Thursday, July 16, 2009

Surat Layang Umno Negeri Sembilan

Warga Paneh Miang menerima salinan surat yang kononnya ditulis oleh 'Pemerhati Politik Negeri Sembilan'. Surat layang yang ditulis sepanjang 4 halaman itu kini heboh dikalangan ahli Umno Bahagian Seremban yang ditujukan kepada Presiden, Timbalan Presiden, Ahli-Ahli Majlis Tertinggi, Ketua-Ketua Bahagian serta ahli-ahli Umno secara umumnya. Kandungan surat ini menjurus kepada cubaan untuk merosakkan reputasi Mohamad Hasan dengan tajuk "Perilaku Dato' Mohamad Hj. Hasan, Pengerusi Umno Perhubungan Negeri Sembilan, merangkap Menteri Besar Negeri Sembilan".

Apa yang menarik mengenai surat ini ialah, kononnya ia ditulis oleh seorang pemerhati Umno bebas yang tidak terikat dengan mana-mana pihak. Namun jika dibaca keseluruhan isi kandungannya, jelas kelihatan akan niat sebenar penulis berkenaan yang bukan sahaja mahu menjatuhkan Mohamad Hasan, tetapi secara tidak langsung turut 'mengangkat' Dato' Sahak, selaku Ketua Umno Bahagian Seremban secara amat berlebihan. Mungkin penulis berkenaan mempunyai agendanya tersendiri kerana mempromosikan Dato Sahak. Antara ayat dalam surat berkenaan yang kelihatan seperti mengagongkan Dato Sahak ialah;

"Semua orang tahu di Negeri Sembilan ini seandainya orang yang bernama Dato Sahak ini telah membuat kenyataan panas, menunjukkan banyak benda tak betul sedang berlaku kerana Dato Sahak tidak akan bersuara tanpa siasatan atau bukti-bukti. Semua orang tahu Dato Sahak ini penyokong kuat Perdana Menteri kita, Dato Najib tetapi dia bukan kaki bodek, dia akan belasah apakala ada perkara tak betul atau pun penyelewengan yang berlaku."

"Orang Seremban kata Dato Sahak sanggup berperang habis-habisan untuk mempertahankan Dato Najib, bukan sekarang ini sahaja tetapi semenjak Dato Sahak Pemuda lagi."

"Dato Sahak digugurkan oleh Dato Mohamad Hj. Hasan sebagai calon pilihanraya walaupun umum mengetahui Dato Sahak adalah diantara wakil rakyat terbaik di Negeri Sembilan kerana khidmat baktinya kepada rakyat dan Dato Sahak diakui sebagai pejuang Melayu di Negeri Sembilan. Akibat menggugurkan Dato Sahak sebagai calon pilihanraya, 6 daripada 7 kerusi pilihanraya di Parlimen Seremban gugur kepada pembangkang. Ahli-ahli Umno dan pengundi-pengundi Melayu menunjukkan protes yang amat ketara di Seremban."

"Orang Seremban kata Dato Sahak ini badannya berpuaka kerana siapa yang cuba melawannya bukan kerana perjuangan tapi kepentingan peribadi akan kecundang."

"Dato Mohamad Hj. Hasan mengupah orang bergaduh di Mesyuarat Umno Bahagian tetapi sekali lagi Dato Sahak berjaya menunjukkan kewibawaannya kerana dapat mengawal perasaan."


Surat layang ini bukan sahaja mempertikaikan kredibiliti Mohamad Hasan dan keluarganya, tetapi turut mengutuk serta mempersendakan Paklah, Allahyarhamah Endon, Khairy Jamaluddin serta Allahyarham SM Nasimudin. Pada pendapat kami, sama ada tersurat atau tersirat, surat ini jelas ditulis oleh kuncu Dato Sahak, yang juga berkemungkinan ditulis atas arahan Ketua Umno Bahagian Seremban itu sendiri.

Bagi kebanyakan orang Seremban khususnya ahli Umno, pasti sudah 'masak' benar dengan perangai Dato Sahak berserta sifat ketaksuban melampau para penyokongnya. Ramai yang sedia maklum bahawa Dato Sahak adalah seorang conspirator yang seringkali berjaya mengalihkan pandangan umum daripada melihat keburukan dirinya. Kawasan Lenggeng yang sejak sekian lama diwakilinya sebagai ADUN, hakikatnya hampir tiada berlaku sebarang perubahan. Beliau sentiasa mencari isu luar serta menjadikan pemimpin lain sebagai sasaran bagi mengelakkan orang ramai mempersoalkan kelemahan dirinya selaku wakil rakyat.

Ramai juga maklum bahawa Dato Sahak telah pun disabitkan bersalah oleh Lembaga Disiplin Umno kerana mensabotaj parti semasa PRU-12 yang lalu dan secara tidak langsung merupakan antara faktor penyumbang kepada kekalahan BN di Parlimen Seremban. Namun nasib Dato Sahak agak baik kerana sekadar diberi amaran oleh Lembaga Disiplin berbanding orang lain yang digantung keahlian di atas kesalahan yang sama.

Kepada Dato Sahak, sudah-sudahlah guna taktik lapuk memperbodohkan orang tu. Sekarang ni dah zaman millennium Tok....zaman IT, bukan lagi pakai piring hitam nak dongar lagu. Orang mudo sekarang dah shuffle dance tapi Tok dengan kuncu-kuncu Tok masih lagi beronggeng. Rontikanlah guna ayat, "Ado orang telefon sey...", "Ado orang sms sey...", ado orang itu...ado orang ini. Rontikanlah jugak taktik berentikan keto topi jalan semato-mato nak tukar kot dan tali leher yang dipakai kepado t-shirt Pagoda dongan kain pelikat sebolum poie berjumpo rakyat. Dah ramai bonar yang tau taktik lekeh Tok tu. Kami dah ponek nengok skil politik Tok yang nampak na ketinggalan zaman. Bersaro jolah. Tak payah la buek doso pitnah orang sano sini. Buruk ngoman eh. Nak nungkat langit sampai bilo? Lagipun kes bankrap Tok tu dah setel lum?

Ayat terakhir yang ditulis dalam surat layang itu adalah "Selamatkan Umno Negeri Sembilan Sebelum Terlambat"....namun kami berpandangan bahawa Umno Negeri Sembilan mungkin mampu diselamatkan sekiranya pemimpin seperti Dato Sahak dan yang sespesis dengannya ditalkinkan secepat mungkin. Buek mengabihkan boreh yor.

21 comments:

  1. Yo lah tu...nampak eh, UMNO kek Soromban dah mula bercokik, bergasak berebut harta pusaka yg berupa tanah, projek, kekuasaan, jawtan dan apo2 laie lah...kito ni dag mangli dah dgn porangai UMNO ni..tak kiro di mano sajo, perangai totap samo...seolah2 umno ni wujud kojo dio nak bergasak 24 jam...itu lah umno...sekor org lain, yg sekor laie pulak sembolih yg lain gak...ke dua2 eh, samo...bertumbuk dan menumbuk...samo2 naik minyak..!!!

    umno ni tak do maso dio pikir nak berubah doh!!! samo yo semuo eh..kalu dah sobut ahli umno...samo yo soloram semuo eh...

    tak do lah doh!!!punga semuo dikojo eh!!!!

    ReplyDelete
  2. po cemnih bona lak jadi eh nih.. ayo eh.. kuk cemnih la jadi, ashek nak begamuk yo, sok kalah la n9 nih dek PR.. jam tuh baru lah nak mengado2 nak besatu balik.. den da lotih da nengok eh..

    ReplyDelete
  3. Bukan takat lotih KALOI, den pun dah binga tolingo donga eh...nak bogasak yo kojo eh hampeh2 ni..yg ini salah kan yg itu, yangk itu hoben uyg ini, samo yo keduo2 eh!!! yang elok eh..bonam an yo boruk 2 ekor ni...biar tercungap2, tu pun kok sodar diri laei...kok buek eh yo laie, bonam an dalam air kasi mampush...lagi baik lah den raso...!!!

    pundek la umno...citttt..tarak sekolah punya olang aaa

    ReplyDelete
  4. hiduppppppppp RAIS ZAINUDIN.....

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum Paneh,

    Mak Cik tak tahu apa-apa pasal UMNO NS ini, tetapi berharap sangat apa pun permasalahannya akan dapat diselesaikan dengan baik.

    Biasalah POLITIK. Cuma janganlah melampau sangat. Nak Komen apa pun tak boleh sebab tak tahu. Doa yang terbaik sahaja.

    ReplyDelete
  6. UmNgok@umno BONGOK.Parti karat...dulu,kini dan sampai bilo2 pun akan berkarat d tolan zaman. Waa...kah!kah!kah!kah!!!

    ReplyDelete
  7. den x do la raso sampai nak bonam an oghang dalam air do.. kang den balik kono bonam..

    tapi elok la diselosaikan dengan caro elok.. macam yg MELAYUANGKAT koba an tuh.. masing-masing ado kelebihan.. kok nak betokak sampai bilo tak sudah..

    ReplyDelete
  8. TU LAH PANEH NI DIA BUDAK HINGUS MELELEH .KALAU CITO DATUK SAHAK TAK TAHU JGN ULAS JGN JADI PENGAMPU MAT HASAN TU.KES BANGKRUP DATUK SAHAK TU YO KO ATAU PERMAINAN PUAK YG LG SATU AKU TENGOK DATUK SAHAK OK JE PG LUAR NEGERI TAK DA MASAALAH PUN.AGAK HEH SAPO YG BUAT FITNAH SETAKAT TUNJUK SURAT BANGKRAP TAPI TAK BANGKRAP PUN .DEN TENGOK LEBIH RAMAI IBU TUNGGAL ORG ORG SUSAH DATANG MINTAK TOLONG DGN DATUK SAHAK NI.ASYIK ASYIK TUDUH SABOTAJ JOLAK DEN DONGAR.DAH NAK KALAH UMNO TU KALAH LAH DIO ,JGN LAH DISALAHKAN ORG LAIN MASA PRU 12.YG PG MANGKAH JEJARI ORG BUKAN JEJARI DATUK SAHAK .BODOH KO APO KAU NI PANEH.BOTO BOTO PENGAMPULAH.

    ReplyDelete
  9. Apa bezanya surat layang itu dengan blog yang mempromosi seseorang atau mendajaikan seseorang.

    Sama saja tu...

    ReplyDelete
  10. Mat Hasan ke Sahak ke sama saja. Ismail Lasim pengampu Mohamad Hasan tapi dia orang bangang. Dala mesyuarat exco Ismail Lasim diperbodoh bodohkan ek Mat Hasan.
    Sebenar Mat Hasan ni orangnya sombong. Apabila kena dengan Sahak gila, jadi hancurlah UMNO.
    Sama samalah kita tengok.

    ReplyDelete
  11. Dah kono 6 - 0, dok ckp pandai lagi lah. Ado ko pulak eh TV 3 suku kato kalah tapi monang, gilo babi apo eh.

    ReplyDelete
  12. G mampus la samo umno..

    ReplyDelete
  13. Den ingat la...keduo2 ekor spesis ni samo yo...duo2 nak publisiti, duo2 nak angkat namo masing2, duo2 nak tarik balik populariti, duo2 nak tunjuk kuek, duo2 nak jadi anak jantan, duo2 nak cari dan tambah pengaruh yg somakin hilang, duo2 nak naikkan namo masing2....etc..lah

    So, mslh surat layang-melayang, berantai-rantai ni, sobona eh, diorang yg merancang sendiri la, spy jd isu utk menaikkan namo masing2...ekau tak kan tak paham, ini politik la bang!!!! dalam politik ni banyak seninya...tak gitu Pak Sedaro....

    Sobona eh..duo2 ni dah jd tunggul roput..tunggu maso yo nak kono ngap!!!! jd keduo2 ni buek la isu....spy duo2 ni glemer semulo di kalangan penyokong masing2....dan penyokong masing2 tak kan pokak an telingo yo, mulo lah jalan strategi masing2...untk apo? untuk naikkan namo semulo....

    So, nak solamat ...duo2 ni ikek bodan masing2..humban kek laut...biar tonggolam...dan bersomadi dalam perut ikan JAWS, sonang cito..apo nak poning2 sedaro....

    ReplyDelete
  14. Gua walaupun orang N9 tapi kojo kat luar.. memang tak tau pun masalah politik kat N9 ni.. tapi bilo baco bondo-bondo cam ni tu yang buek gua hangin semacam.. kapal dah nak karam pun sibok beceramok yo lai.. memang hampehh laa.. elok dihantukkan kepalo duo-duo ekor tu..

    ReplyDelete
  15. Wahai Tok Sahak

    Sudah-sudahlah buek kojo sio-sio ni. Sodarlah sikit orang dah tak gomar kek Tok. Lopehkanlah jawatan dan solosaikanlah masalah diri sendiri tu. Banyak lagi pemimpin mudo kek soromban tu yang boleh ganti. Cakap satu soromban seolah punah UMNO Bahagian kalau dio tak ado tu dah naik basi dah ..Marin jumpo orang Tok Sahak kek Pantai pun ceroto bondo yang samo ..sudahlah tu ..

    Budak Gebok

    ReplyDelete
  16. Al-kisahnya...!!!

    ingat kata2 laksamana hang tuah 'takkan melayu hilang didunia'.

    antara sikap yg ada pada melayu itu ialah sgt kuat cemburunya, sgt tinggi dengkinya, sgt tidak senang bila melayu lain berjaya.

    soalan kpd penulis artikel:
    1. sudah bersediakah utk menjawab persoalan dr musuh?
    2. mampukah nak menjawab setiap persoalan dgn berkesan?
    3. artikel yg dikeluarkan menguat atau melemahkan diri?

    gunakanlah kebijaksaan utk menguatkan barisan bukan melemahkan. x perlu dibuka pekong didada kpd musuh didepan mata. nak buka pekong, bukalah didalam rumah sendiri. bgmn nak melawan musuh jika asyik sesama menuduh.

    pikirlah sindri....

    ReplyDelete
  17. ini la den paling boring kalu org umno bercakaran pasal gila kuasa,cubo lah rapatkan barisan,takan tu pun den nak ajar....

    ReplyDelete
  18. kedua2 patut eh lotak jawatan...yg tuo kutuk pencacai tua pengangkut najis dah tak pk tuhan agak eh...nak mampus pun berebut jwtn laie...bangang..mat, ko pun lotak jawatan yo...

    ReplyDelete
  19. Jangan risau jejak tuah. Masalah Umno Bahagian Seremban memang dah lama diperuk sejak zaman Rais Yatim dan Isa menjadi MB lagi. Dan pihak MT sejak dulu tidak mengendahkan masalah yg asalnya kecil dan akhirnya menjadi besar dan parah. Jika ianya hanya melibatkan antara 2 individu kami tdk akan hiraukan. Tetapi ianya melibatkan masa depan politik negeri dan pemerintahan kerajaan di Negeri Sembilan. Harap2 kali ini suara kecil ini didengari. Masalah kena setel secepat mungkin.

    ReplyDelete
  20. Agensi Pusat InteligenJuly 21, 2009 at 9:54 AM

    Handal kau paneh. Pukul Tok Hak habis habisan. Apa beza paneh dan pemerhati politik bengap tu. Bodoh ke kite ni. Zaman ala CIA ni mcm2 boleh buat. Surat2 lyg seboleh2 elak tahu siapa yg buat. Ni agungkan sipolan, bantai lagi satu. Pasti secara zahir kita nampak belah sipolan yg tulis walhal mungkin reverse psychology biar kepentingan ketiga sebenarnya kerna nak burukkan MB. Bergaduhlah lagi kedua berkenaan. Nanti dua2 bungkus jadi yg naik 'ramai calon di Seremban' atau '?????'. Kalo tak faham tu, ikut skrip filem P Ramlee. Nujum Pak Belalang

    Kita pentingkan keamanan dan keharmonian berasas kemajuan. Memang MB buat byk pembangunan di N9. Tengok skrg LBJ, sungai2 pun didalamkan dan hutan2 pun byk diterangkan bagi menyediakan pembangunan untuk anak cucu generasi masa depan supaya kos kerja infrastruktur kurang disebabkan kerja2 penebangan hutan sebagainya dilakukan skrg. Barangkali MB N9 boleh membangunkan lagi N9 mengikut kaedah Singapura sediakan fasiliti NEWATER, dimana air najis, air buangan dll diproses semula sebab kekurangan bekalan air bersih. Ini untuk penyediaan masa depan. Si paneh pun layak jadi MB dan KU Seremban. Cuba2 cadangkan pelan kontigensi dan buat research. Kamu pun dapat byk konsesi dalamkan sungai. Lagi bantai sipolan lagi kau dapat mcm2 anugerah. Wallahualam.

    ReplyDelete
  21. Jika anda semua merasakan blog ini membela mad hasan dan menghentam yang lain nampaknya anda orang baru yang tidak mengikuti blog ini sejak mula. Jenguk2 la label suara negori atau pekembar. Call a spade a spade.

    ReplyDelete