Saturday, August 1, 2009

Politik di Kalangan Umat (sambungan)

.....

Pesan Mustafa ulamalah pewaris
Bukan yang berlilit kepala dan berjubah saja
Kini secara amali diganti semua penguasa
Ulama, sarjana menafsir segala laku dan kata.

Universiti berebut mengalung ijazah tertinggi
Ibn Ubayy disanjung dan dibonat ahli ajaran nabi
Orang eropah tersenyum sesama sendiri penuh arti
Islam tidak perlu dimusuhi seperti dulu lagi:
"Sumbu dan cermin Lampu Muhammadi diganti
Ciptaan kitalah kini menerangi
Semua lembaga pengajian tinggi dari Brunei ke Turki
Mereka menghantar ke sini bakal ulama dan ilmuan
Dengan bayaran tinggi kita tentukan
Rela menutup lembaga ulong tempatan
Kerana perbalahan lama dan dendam tersimpan."
Bila Lampu bersumbu baru, zairun diganti benzin
Sinarnya samar, asapnya mual, Lampu agung diganti lilin
Muhammad, Ghazzali, Raniri, Attas dianggap kuno, ketinggalan
Ataturk, Taha Husein, Hanafi, Arkoun disangka penyuluh jalan.

Sukar mendapat pimpinan rakyat rajin beribadat
dan bisa mengurus mesyuarat mengawal peta pendapat-
Yang keruh dijernihkan, yang samar diterangkan
Yang kusut dileraikan, yang salah dihukumkan.

Bila permata siyasi ini terjumpa, dan kilauannya menyeri
Kita cepat mencari helah menutupi kilaunya kerana iri:
Permata itu bukan datang dari lombong sendiri
Tapi dari lombong jiran, sekian lama tidak disenangi.

Rela bertuankan cucu Iblis asalkan berjemaah sama
Mengikis habis pengaruh semua dari jemaah berbeza
Walau cukai mereka dinikmati, tidak berhak dihormati
Kononnya itulah pilihan rakyat, walau kemenangan diragui.

Allah melarang kita memaksa dalam agama
Walau terdapat golongan bertuhan dua dan beberapa.

Tuhan Yang Esa Maha Tahu kebenaran agama-Nya
Tidak terkurang nilai itu walau insan tidak bersetuju
Tidak hilang bisa ular, walau menyusur di bawah kayu
Kenapa perbezaan politik dianggap lebi berbahaya?
Apakah tidak yakin akan kebenaran pegangannya?

Sudah tiba masanya pemimpin umat bangun semula
Mengibar gagah panji-panji Nabi dan pewarisnya.

***SOLOSAI***

1 comment:

  1. Huh!!! cicit kamat punyo "lecture", mang aii!! meromang den baco...tapi kalau dio tuju kek UMNO, silap bosa lah...sobab sayang seribu kali sayang, UMNO sobona eh...dah memang HAMPEH ....!!!! malu ngaku org UMNO nijam...org pandang serong yo....ngarut lah UMNO ni...asal ado bondo(????? paham2 la) tu, idup lah dio (UMNO)...

    ReplyDelete