Tuesday, August 4, 2009

WANITA MALAYSIA UMPAN UNTUK JADI WARGANEGARA?

KUALA LUMPUR 12 Julai – Kelembutan dan keayuan paras rupa wanita Malaysia khususnya gadis Melayu mendorong jejaka Asia Barat untuk menjalin hubungan cinta dengan mereka.

Selain itu, jejaka Arab juga berminat dengan wanita negara ini kerana mereka berdikari, pintar, pemurah, peramah serta mempunyai sifat bertolak ansur yang tinggi.

Pengakuan terbuka mengenai sifat wanita negara itu dibuat oleh jejaka Arab yang ditemui semasa tinjauan penulis di sekitar ibu kota.

‘‘Kebanyakan gadis Malaysia berfikiran terbuka, cerdik, mewah, berdikari serta peramah. Mereka juga cantik dan menawan,’’ akui Syedd Reza Walid, 26, warga Iraq.

Dia yang menuntut di sebuah kolej di Damansara, dekat sini, mengakui sudah mempunyai kekasih, seorang gadis Melayu yang berasal dari utara tanah air.

‘‘ Walaupun kami baru tiga bulan bercinta saya sangat menyayanginya. Saya mahu membina kehidupan berkeluarga di negara ini. Kehidupan di sini sangat aman,’’ ujarnya.

Kavel Shahi, 24, yang baru enam bulan berada di Malaysia juga telah berjaya ‘mencuri hati’ gadis negara ini.

Jejaka dari Iran ini mengakui sedang menjalin cinta dengan gadis Melayu yang juga teman sekampus.

‘‘Gadis Melayu mempunyai paras jelita. Lemah lembut dan bijak. Saya merancang mahu berkahwin dengannya dan membina kerjaya serta rumah tangga di negara ini,’’ katanya.

Dia yang menuntut di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkata, kehidupan di negara ini sangat menarik dan gembira kerana mempunyai kekasih yang setia.

Rakan senegaranya, Mahdi Saman, 24, juga memberi pendapat yang sama mengenai keperibadian wanita Malaysia.

‘‘Saya selesa dengan mereka. Baik hati dan rajin membantu rakan-rakan dari negara luar,’’ katanya yang bercadang menetap di ibu kota.

Jejaka Libya, Musbah Guma Alwarfaly, 26, pula gembira tinggal di negara ini kerana keramahan penduduknya serta dapat hidup dalam suasana aman.

‘‘Gadis-gadis di negara ini juga baik hati dan mudah mesra. Saya kagum walaupun rakyat negara ini pelbagai bangsa tetapi mereka boleh hidup dengan aman. Saya selesa tinggal di sini,’’ katanya yang menuntut di Universiti Tun Hussien Onn, Batu Pahat Johor.

Rakannya, Walid, 23, juga mengaku tertarik dengan wanita-wanita di sini tetapi belum ‘berani’ memikat mereka.

‘‘Bila cuti kami sering bersiar-siar di ibu kota untuk melihat keindahannya sambil mencari kenalan. Wanita Malaysia memang pandai bergaya,’’ katanya.

Membaca tinjauan yang di buat di atas membuatkan saya terfikir...apakah pujian itu benar-benar ikhlas atau mereka hanyalah oportunis yang menggunakan wanita tempatan untuk menumpang kesenangan hidup di bumi bertuah ini yang menjadi idaman warga dunia semenjak masyhurnya bumi Melaka?

Sekiranya negara ini sudah tidak aman akibat tindakan-tindakan bodoh golongan cetek akal seperti pemimpin dan pengikut Parti Kencing Rakyat, apakah mereka masih berminat dengan wanita2 tempatan ini?

Pesanan saya untuk kaum-kaum wanita di luar sana, berhati-hatilah dalam memilih pasangan. Mungkin kenyataan ini agak prejudis terhadap orang luar, namun tidak salah untuk kita berhati-hati...usah mudah termakan pujian, kerana ia walaupun manis namun tetap berbisa.

8 comments:

  1. Alahai. . masa becinta smuenya indah
    Puj pujian membuai rasa
    Bila ditjakdirkan dpt besatu sifat diri baru terserlah
    Masa tuh ada pasangan yg tak sebulu
    Perceraian pn mula berlaku
    Yg laki balik tanah ibunbanda
    Yg perempuan tgl menjanda menangis tak berlagu. .

    Itu kalau dah kawen. .Bagaimana kalau laki ini hanya bersendiwara habis madu sepah di buang sudah dpt dia bla pulang !!

    Kejadian seperti ini bnyk dah berlaku lapor kat paper..

    Perempuan nie pulak walau setinggi mana ilmunya tapi bab cinta cintun ini mereka lemah,, cepat sgt cair bila terkena ayat2 power walaupn ayat2 tidak berpijak di bumi nyata. Cepat sgt pecaya waima jiwa dan body sanggup serah he he he. .

    Kpd wanita2 di luar sana berhati hati lah dgn lelaki asing kerana budi dan adatnya mungkin berbeza dgn kita. .Tapi tak dinafikan ada juga lah yg betol2 ikhlas. .jodoh lah katakan keh keh keh. .

    Apa pn berhati hati lah. .beringat sblm kena he he he

    Wasalam. .

    ReplyDelete
  2. "WANITA MALAYSIA UMPAN UNTUK JADI WARGANEGARA?"--lama dah...bukan lelaki dari Timur Tengah sahaja tapi dari Indonesia, Myanmar,Pakistan dan Bangladesh pun tak kurang hebatnya.Tapi kan pompuan Melayu cakap, lelaki Melayu nih tak sedap. Huhuhuhhuhuh, ese pun tak tau laaa tang mana yang tak sedapnya.Cuma ese nampak, sok kalau kawin n bercerai, anak tuh jadi lagu mana chek? Jangan pk sedap sendiri saja. Sendiri mau ingat.

    ReplyDelete
  3. Sobona eh, bukan jo wanita malaya atau wanita Melayu mudah kono temberang, tapi sampai lah ko org molayu yg mudah bona pecayo temberang UMNO/BN....sobab tu jd cam tu....kok tak cayo, fikirlah dgn mendalam...sobab melayu ni dah diasuh olh umno spy ngikut yo cakap dio...ni la jadi eh...

    ReplyDelete
  4. Abah kau la, temberang PR tak amik kiro pulak?

    ReplyDelete
  5. PR kan maksum...kot tak, takkan al-juburi asyik nak menyaman org jer...dasar pengkhianat btul al-juburi al sontoti itu ek...

    ReplyDelete
  6. camno wanita malaysia diminati warga asing ado kaitan dengan UMNO plak.. poning kepalo den.. muehehehe..

    "Ini semuo salah UMNO... UMNO yang membiarrrrrrkan wanita malaysia terrrrpikat dgn warga asing.."
    wakakakak.....

    - parti jahat, kato eh -

    ReplyDelete
  7. memang boto..pondapat ekau semuo bhw, semua yg buruk, busuk, jahat, keji, kejam, tong taik, punah, dan sebagainya adalah UMNO....

    sebut UMNO : kita tergambar dan terbayang semua yg buruk-buruk, keji-keji, busuk-busuk, jahat-jahat, dan seburuk-buruk nyo lah...tak dapek nak kato apo laie la...kiro cam tu laaaa....

    ReplyDelete
  8. btul tuh...tapi kalau sebut Saiful atau dubur makan teringat siapa???huhuhuhhh...goli den

    ReplyDelete