Friday, October 9, 2009

N31: Kenapa pangkah BN?

"Saya hidup selesa. Walaupun tak kaya atau dapat projek tapi rezeki tu hak Allah. Setiap makhluk ada rezeki masing-masing. Cuma sikap cemburu dan dengki terhadap kejayaan orang lain dah jadi lumrah dalam masyarakat Melayu. Sebab tu empayar Melaka jatuh." - Subki, Bagan Pinang.

"Takde masalah. Nak keluar pergi mana-mana, jam berapa pun tak kisah. Tak risau kena tembak ke, bom ke, kalau keluar rumah. Nak makan apa pun boleh. Takde kisah. BN dah buat elok pun dah cukup baik." - Rahmah, Bagan Pinang.

"Tadi saya dengar ceramah Pas dia kata BN ni zalim. Betul ke bang? Saya perati yang tukang ceramah tu pakai keta besar, ada rumah besar dan isteri pun ramai. Kalau nikmat yang dia dapat macam tu pun masih dikatakan BN zalim, yang lebih zalim dari tu tak tau la lagi macamana." - Atas Pagar, Bagan Pinang.

"Meniaga kalu cari makan pun tara problem. Sikit-sikit cukuplah apa mau tamak. Ini worang banyak dengki kasi huru hara. Tara bagus itu macam. Hidup orang India jauh lebih baik dari 50 tahun dulu juga. Ini BN juga punya kerja. Dulu tarak Pas datang bantu pun." - Subra, Bagan Pinang.

"Saya ni asal keluarga miskin je bang. Adik beradik 9 orang tapi alhamdulillah 5 berjaya masuk universiti dan sekarang dah bekerjaya. Kehidupan kami pun banyak dah berubah. Nak tak nak saya kena terima hakikat yang ini semua hasil pemikiran pemimpin kerajaan sejak dulu. Sebab tu kita kena jadi hamba Allah yang bersyukur. Kalau tak serupa macam iblis la perangai." - Razak, Bagan Pinang.

"Banyak tempat dah saya pergi termasuk ke luar negara tanpa halangan. Saya bebas buat apa yang saya suka. Banyak benda dah saya tengok. Saya bersyukur dilahirkan di Malaysia dan tidak menyesal dengan pilihan saya untuk sentiasa memilih BN. Ini pilihanraya yang ke-4 saya mengundi. Moga semuanya berjalan dengan baik." - Totok Umno, Bagan Pinang.

"Kalau pangkah Pas nanti tak dapat dah tengok AF, Mentor, Raja Lawak, Juara Lagu...bla...bla...bla." - Remaja Sengal, Bagan Pinang.

"Kereta saya dah ada, rumah dah ada, anak dah ada, isteri lagi 3 belum ada, tanah pun mampu beli sikit-sikit. Tak pernah dapat projek kerajaan tapi saya tetap boleh berjaya. Nak ke masjid senang, nak amal ibadat takde sapa halang, nak ke mana-mana pun bebas. Apa nak lagi? Kerajaan dah jalankan amanah pun kira bagus. Terkurang terlebih tu adatlah. Macam la puak sebelah sana tu perfect sangat." - Hazli, Bagan Pinang.

"Janji wa dapat cali makan itu sulah cukup bagut. Buat apa mau tukar kelajaan." - Chun, Bagan Pinang.

"Kerajaan BN yang menaikkan martabat dan maruah tentera sejak dulu. Bukannya Pas, bukannya PKR dan bukan juga DAP." - Col. (B) Shamsudin.

Che Din: Kau lak Islah, kenapa pangkah BN?

Islah: Sebab aku boleh kritik dan fitnah kerajaan dalam blog sesuka hati tanpa dikenakan sebarang tindakan. Boleh ceramah hentam kerajaan tiap-tiap malam tanpa perlu susah payah buat kerja, pastu boleh kutip duit dari orang ramai untuk masuk poket sendiri. Tapi sebab utama aku pangkah BN, hanyalah semata-mata nak bagi komplot pembangkang ni sakit hati. Kes kes kes..."

3 comments:

  1. Elok lah pangkah UMNO jika nak jadi SETAN.......

    kalau UMNO monang, siap siagalah semua...NAGA lapar dah bangun!!!!!

    ReplyDelete
  2. to encik anonymous dated 9 october 2009, 11.33am,

    bangun la naga lapar.. tak takott!

    jom pakat pangkah umno! kot sapa pangkah umno jadik setan ye? takot sapa pangkah pas jadik iblis pulak..

    kot orang islam, pegangan agama kuat sangat bahasa tu biar la berhemah.. dah bahasa pun semacam, nah amek la kau balik bahasa cantek cam gini!

    ReplyDelete
  3. salam

    hohoh,BN tuh apsal x amek hukum Islam?? hehe,aku taw kowt jwpn

    TGK AHH SENDIRI,POLITIK WANG banyak gile,ikut ISLAM terus jer rampas harta,ikut sendiri punya hukum ceh,lepas lak dari hukuman,takat x bler jadi calon...mne Islam nyer nih ?? nk masuk x syurga ?? pikir elok2

    ReplyDelete