Thursday, October 8, 2009

KLCC: Dunia & Akhirat

Apabila ada dikalangan pemimpin Pas yang memperakui Malaysia sebuah negara Islam sepertimana yang tercatat dalam Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan, kami teringat akan Menara Berkembar KLCC. Rasanya, ramai yang tidak maklum atau tidak peduli mengapa menara itu dibina berkembar. Rata-rata pendapat akan menyuarakan ketidakpuasan hati seperti dikatakan membazirlah, rugilah etc. Malah Sabri Chik dalam perjumpaan tertutup bersama kami sebelum ini turut mengutuk pembinaan KLCC. Semua orang tahu yang Sabri ni memang kaki kipas Paklah yang ketika itu masih lagi Perdana Menteri.


Menara Berkembar Petronas dibina sebagai simbol Dunia dan Akhirat. Kedua bangunan saling berkait melalui jambatan ditengahnya adalah satu manifestasi Dunia dan Akhirat itu perlulah seiring dan tidak boleh dipisahkan. Inilah yang kebanyakan orang terutamanya umat Islam Malaysia yang tidak memahami maksud tersirat pembinaan 2 bangunan tersebut. Begitulah hebatnya pemikiran pemimpin Malaysia yang Allah kurniakan rahmat di negara ini.

Kami banyak menerima komen di blog ini yang mengatakan segala jenis pembangunan dan bantuan yang terdapat di Malaysia ini adalah tanggungjawab kerajaan, maka tidak perlulah berterima kasih. Bina jalan, tanggungjawab kerajaan, bina masjid, tanggungjawab kerajaan, bina sekolah, ahhh...itu semua tanggungjawab kerajaan...bla...bla...bla. Jadi, apa maknanya?

Maknanya kerajaan telah melaksanakan tanggungjawabnya dengan baik. Andainya kerajaan Malaysia hari ini sama bingainya seperti kerajaan Bangladesh atau Indonesia atau Myanmar atau Timor Laste atau Afrika atau lain-lain negara dunia ke-3...adakah kita dapat mengecapi apa yang kita miliki hari ini? Jika kerajaan berjaya laksanakan tanggungjawabnya dengan baik, jadi mengapa perlu kerajaan itu ditukar?

Tiada manusia yang maksum kecuali Nabi. Semua orang ada kelemahan. Jika ada yang terlebih terkurang di pihak kerajaan, maka itu adalah bukti mereka juga manusia yang tidak terlepas dari sebarang kesilapan. Yang penting kita sebagai rakyat kena saling tegur menegur dan memperbaiki kekurangan. Menukar kerajaan bukan seperti menukar baju yang kesannya hanya pada diri sendiri. Takut nanti jadi seperti bidalan orang lama "terlepas dari mulut singa, masuk ke mulut buaya"...dan buaya tu pulak spesis gay...silap-silap boleh kena bala satu negara.

9 comments:

  1. Pandai la ko Paneh...Daripada membazir bina KLCC lbh baik serap duit tu bantu meringankan beban rakyat yg makin terhimpit..

    Apa ke jadahnya, bangunan besar KLCC hanya boleh dinikmati olh mata...sedangkan rakyat di bawah bgn gah berdiri masih lagi tidur di kaki lima, bawah jambatan, rumah2 setinggan, jalan raya sekitarnya penuh sesak setiap masa...apa gunanya nak dibangga, bukan boleh bawak mati pun...

    Lagi satu, siapa yg menguasai ekonomi dalam bangunan KLCC? Melayukah? Cinakah? Orang asingkah?

    Mana peniaga2 melayu dlm KLCC????????????????? yg ada hanya penjaga tandas...nak jual kepok lekor pun tak sanggup nak bayar sewa bulanan..yg ada dulu pun dah dihalau keluar...!!!!org melayu dapat tengok bangunan KLCC dari bawah dan kejauhan pun jadilah...dan berkatalah mereka dgn bangganya, "Inilah kehebatan negara kita, Malaysia nak, abah bangga dengan bangunan besar KLCC tu".....padahal yg dibangganya adalah pandangan matanya sahaja...lalu dilagukan olh pengampu2 UMNO/BN termasuklah Paneh Milah sendiri bhw iniah bangunan penghubung dunia wal akhirat kita umat Islam!!!! pulak dah!!!! lalu terpesonalah melayu dgn bangunan kaku besar KLCC yg tiada memberi manfaat sebutir habuk pun kpd keuntungan semua org melayu, melainkan kenikmatan mata memandang, betapa jakunnya org melayu terhadap KLCC lalu mengagungkan arkitek tua itu yg tiada memberi manfaat kpd bangsanya sendiri, melainkan dirinya memdapat puji-puja meranapkan duit rakyat demi wawasan angan2nya....itulah nasib melayu yg dgn adanya KLCC pun masih bergelut utk hidup....berada di KLCC umpama berada di Paris....bukan di Tanah Melayu....renungkanlah...

    ReplyDelete
  2. Anon,

    Dari hujah kau ni, nampak sangat kau jenis Melayu yang berjiwa kerdil dan penuh dendam kesumat. Takpe, usaha lagi. Good try.

    Sebelum terlupa, lain kali sertakan sekali gambar berapa ramai umat yg tido dikaki lima tu, terangkan secara jujur kenapa org masih mahu duduk rumah setinggan sedangkan mampu membeli rumah sendiri dan senaraikan bandaraya mana di dunia ni yang tak sesak?

    Sedarkah anon bahawa peniaga Melayu makin hilang di klcc masa zaman Paklah...tu kau pi tanya KJ kenapa.

    Mungkin juga kau anon jarang atau tdk pernah ke luar negara. Jika kau biasa, maka sudah tentu kau tahu apa antara topik perbualan utama bila berbual dgn bangsa asing.

    Masih di bawah tempurung? Sudah merdekakah jiwa?

    Semua orang pun bergelut untuk hidup. Hatta nabi dan para sahabat pun sama. Tiada jalan mudah melainkan usaha. Allah takkan ubah nasib kamu melainkan kamu sendiri cuba mengubahnya. Kerajaan dah bagi jalan, maka gunakanlah kudrat dan akal. Jangan hanya pandai menyalahkan orang lain kerana ia akan membawa kepada penolakan qada' dan qadar. Bukan semua orang bernasib baik. Ada sebab Allah angkat darjat seseorang dan ada sebab Allah tak angkat darjat org macam kamu. Muhasabahlah diri.

    ReplyDelete
  3. Islah....

    Ini bukan soal Melayu berjiwa kerdil atau mebantah macam babi gila...ini soal apa yg dapat oleh MAJORITI MELAYU di TANAH MELAYU sendiri?????
    Apa, tak faham ker????
    KLCC yg tertonggok tu apa gunanya kpd org Melayu????dapatkah dengan adanya KLCC tu semua org Melayu hidup senang dr segi ekonomi???? KLCC dibuat utk apa???utk bermegah ker?????wah! satu dunia tahu KLCC, bangganya negara Malaysia....hanya kerana sebuah bangunan KLCC sahaja yg dibanggakan ke????yg lain macam mana??? indek kualiti hidup rakyat? pendapatan perkapita rakyat? setinggan masih subur di negara kita? pendatang asing bermaharaja lela di bangunan KLCC...apa faedahnya???
    Ko salahkan Pak Lah dan KJ, kenapa???? Pak Lah dan KJ bukan PEMBANGKANG, tetapi org UMNO/BN sendiri, bukan????jadi apa gunanya org UMNO jika dgn adanya KLCC peniaga Melayu/Bumiputra dihalau keluar???? untuk siapa KLCC sebenarnya???? untuk Melayukah? Cinakah? mat salleh kah? atau untuk nama dan keagungan Si Tua ??????
    memanglah ada 2 bangunan KLCC....sbg tanda batu nisan Si Tua itu nanti, menjadi bukti bhw Si Tua lah yg byk menjahanmkan maruah bangsanya.....

    Apa gunanya KLCC kalau bukan sekadar santapan mata utk ORANG2 MELAYU KESELURUHANNYA!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Dan di bawah bangunan KLCC, org Melayu sendiri bergelut spt peminta sedekah untuk hidup di KL dan di tempat lain....

    itulah kebanggaan UMNO/BN dan PANEH untuk kita org2 MELAYU!!!!!!!!

    ReplyDelete
  4. toksah layan paneh...mangkuk kat atas nih mmg camtuh...nih jenis penyokong taksub peliwat handalan ummah...ntah2 dia pun termasuk skali...ado main blakang ko bang?khoiittt tuihhhh

    ReplyDelete
  5. dimana2 zaman pun termasuk zaman para anbia' ulama' dahulu kala pun ada orang yang susah dan ada yang senang. itu lumrah alam supaya manusia merenung, berfikir dan menghisab diri.

    klcc juga bernama menara berkembar petronas. banyak jasa petronas ni pada anak bangsa melayu dan manusia islam dunia sejagat kalau nak cerita. penuh komen blog ni kalo nak dihuraikan satu persatu. empayar petronas lebih besar dari empayar iskandar zulkarnain. berusaha dan bertawakal lah. itulah yang sebaiknya daripada mencari kesalahan orang.

    apo2 pun totap kj yang salah. kan kan kan?

    ReplyDelete
  6. Itulah dia jawapan bangang2 UMNO bila dia tak dapat menjawab secara ilmiah dan tepat apakah keuntungan dibuat KLCC untuk org2 Melayu keseluruhannya...umpama KLCC yg gah berdiri itu membawa punca rezeki dan kemenangan kpd bangsa yg mencipta idea bangunan KLCC....bila org2 UMNO bangang menjawab nampaklah sgt akal pemikiran tolol dia, kerana dia sendiri gagal memberi sebab kenapa perlu di buat KLCC...seperti biasa dia (penyokong UMNO dlm blog ini) akan menyalahkan org yg memprtikaikan KLCC....tp dia sendiri merayap spt peminta sedekah dan berasa kerdil sendiri berada di KLCC apabila KLCC digenggam erat olh bangsa asing!!!!!!!!!!
    KLCC dibina hanya utk memberi kekayaan kpd bangsa asing....Org Melayu hanya dapat nama dan nikmat pemandangan sahaja....sedangkan org melayu sendiri membina dan membuka ruang kpd bangsa asing memenopoli dan mendominasi kekayaan KLCC sendiri....org Melayu menjadi haprak di KLCC sendiri....
    Sedih bila melihat apabila cuaca hujan lebat, org2 Melayu melalui KLCC menaiki motorsikal basah kuyup, namun KLCC hanya tersenyum sahaja melihat org melayu tadi kerana di dalam perut KLCC dikuasai bangsa lain yg kaya raya dalam kehangatan dlm KLCC ketika org mela yu kesejukan di luar sana....

    Inilah hapraknya Melayu UMNO yg hanya mengejar nama tetapi yang menguasainya bangsa dan orang lain...itulah MENTALITI UMNO.....

    Tak nampak pun dgn adanya KLCC semua org melayu dah berjaya belaka....tapi bangsa lain yg kaya.....

    Inilah nilai perjuangan UMNO sebenarnya....ini baru satu KLCC, yg lain pun sama dan serupa....!!!!!!

    Inilarh ma

    ReplyDelete
  7. KLCC bukan hanya setakat lambang dunia dan akhirat. Tetapi ianya adalah menjadi lambang kejayaan Petronas sebagai salah satu syarikat petroleum yang berjaya di dunia ini.
    Kita perlu ingat persaingan dalam industri minyak dan gas penuh dengan kroni terutamanya dari syarikat petroleum U.S. Kroni-kroni ini juga mendapat bantuan dan sokongan dari Kerajaan Amerika sendiri. Bayangkanlah jika Petronas hanya nak menggunakan kertas kerja dan air liur sahaja untuk memenangi tender kawasan carigali minyak...boleh dapat atau tidak rasanya? Itu belum cerita tender yang sudah diberi yang kemudiannya terpaksa ditarik balik kerana negara tuan punya kawasan carigali minyak mendapat tekanan dari negara kuasa besar, US terutamanya agar membatalkan pemberian tender tersebut supaya dapat diberi kepada syarikat-syarikat petroleum dari U.S.sahaja.

    Jika tidak kerana tekanan dari Amerika ini, Petronas mungkin sudah boleh menguasai industri minyak dan gas ini.

    Fungsi KLCC ianya bertindak sebagai alat PEMASARAN, lambang keyakinan, kekuatan dan kejayaan syarikat untuk membantu Petronas memenangi lebih banyak tender kawasan carigali minyak dan gas di dunia ini.

    Kepada bangsa Melayu, Cina, India dan kaum-kaum lain bersama-samalah kita merebut dan berkongsi kemakmuran yang bertaburan di negara ini. Kemakmuran ini sedikit sebanyak juga adalah daripada hasil kejayaaan kita di bidang industri minyak dan gas dan kejayaan syarikat Petronas itu sendiri dalam merencanakan program untuk kemajuan dan kejayaan syarikat.

    ReplyDelete
  8. jgn layan sgt anon tu. mgkin dio salah sorang yg basah kuyup naik motor bawah klcc tu. nada ayat dio sumo mcm org kecewo. org yg kecewo ni jgn layan sgt perasaan dio. takut sok bunuh diri lak dio. sumo eh nak nyalahkan org je tau. usaha sendiri tarak. mkn maso gak nak ubah mentaliti org2 yg hanya nak disuapkan 24jam mcm ni. mentalitit kelas 1 jauh dr sasaran. sabor jelah.

    ReplyDelete
  9. pada encik anon diatas,
    setelah aku baco komen ko,nampak sangat ko ni jenis cpat melenting..ko kutuk n memaki carut la ngn pendapat orang lain..copek bona ko paneh jubo..ko ni x pandang dari segi ekonomi langsung..care ko cakap macam ko ni penjaga tandas kat klcc lak rasenya..bro,office2 kt twin tour tu tau x fungsinye?xpun soalan remeh la,de sedara mara ko keje kt sane x?kalo ade,ko p tanye depa balik...nak diterang kang panjang lak cito eh..
    opss lupe lak...ko ni dari tadi nak mengagungkan dan memartabatkan bangsa melayu,PELIK da aku ni..bukan parti aljuburi terang bulan ko nak sama ratakan hak semua bangsa ke?laa ni baru nk kesian kan org melayu plak..
    ko ni melayu tertekan la aku rase..

    ReplyDelete