Thursday, October 8, 2009

PILIHANRAYA UMUM HAK SIAPA?

Melihat kepada senario dan kefahaman semasa warga partai siasah baik Partai Pemerintah mahu pun bukan Pemerintah dalam 14 buah Negeri di Malaysia, gamaknya...wujud beberapa titik benyek persoalan yang akan bermain dalam kotak fikiran rakyat yang PUNYA HAK dan BERHAK untuk mengundi.

Pada kedudukan semasa SPR mencatatkan bilangan Pengundi Sah berdaftar seramai 11.7 juta orang. Berasaskan demografi populasi sebenar, Pak Sedaro fikir ada tidak kurang 2.5 juta rakyat yang masih belum berdaftar sebagai PENGUNDI SAH, sesuai dengan tuntutan keperluan seorang warganegara dalam Perkara 14 dan Perkara 113 Bahagian 8 Perlembagaan Persekutuan.

Untuk orang berparti siasah, ketumbukan ini masih kecil sekitar 5 juta ahli BN manakala 1.7 juta ahli PAS-PKR-DAP-PSM dan rakan sekutu.

Sebetulnya Pilihanraya milik siapa dan hak siapa? Calon pilihanraya milik siapa dan hak siapa? Apakah parti siasah bertanding memiliki calon Wakil Rakyat yang berwibawa? Apakah wibawa calon masih tebal dengan kosmetik palsu dan tempelan cerita-cerita miskin dan haprak sebagai DONGENGAN dan LELUCON halwa gigi dan lidah pendengar?

PRU-13 yang akan singgah dalam 56 bulan lagi, merupakan manifestasi kepada rangkaian sketsa By-Election yang berlaku...Mungkin selepas Bagan Pinang, akan ada lagi By-election ... Rakyat sudah makin celik POLITIK purba, tetapi Rakyat belum celik ILMU BERPOLITIK. Pasukan Kerja Parti Siasah juga sudah celik POLITIK MODEN, tapi kumpulan kerja ini masih kuno dalam disiplin ILMU BERPOLITIK berciri NILAI dan EVOLUSI BERPOLITIK ALAM SAINS DAN FIKSYEN SAINS POLITIK.

13 Oktober hingga 16 Oktober, UMNO berkampung untuk menyelesai perihal Perlembagaan UMNO, dan usaha meremaja dan mendewasa Politik Matang dalam UMNO masih jauh, beranjau, onak duri dan berliku. UMNO tidak perlu kepada reformasi diktator, UMNO tidak perlu kepada JANJI MAT JENIN.

UMNO mesti sanggup membelah EVOLUSI dan MENDALAMI SEMASAK SECARA IKLHAS DAN KERANA ALLAH, untuk memperhalusi kepentingan Rakyat Raja, Orang Asli, Pribumi Sarawak dan Sabah serta Kaum-kaum lain. 28.79 juta warganegara Malaysia bergantung harap kepada UMNO dalam BN.

Walau apapun yang membadai gelombang Bagan Pinang, kendatipun dipukul ribut PEMBOHONGAN DAN DAKYAH SONGSANG ...PAS-PKR-DAP, rakyat Malaysia keseluruhannya mesti BANGKIT dan INSAF, bahawa kekuatan kita menempa WAWASAN 2020, amat getir dan mencabar. PRU-13 akan datang ialah anak tangga kedua sebelum pertemuan 2020.

Apakah Selangor akan TERUS diratah oleh Abdul Khalid Ibrahim, seorang yang dewasa dengan makan hasil perut UMNO, memanas punggung di kerusi Guthrie, memenuh pelbagai kerusi sebagai istimewanya Khalid ini dalam UMNO, kemudian merajuk...bawa diri dan berkepit di ketiak Anwar Ibrahim? Apakah ini model kumpulan pimpinan Selangor yang rakyat sukai, Terresa Kok, Elizebeth Wong, Ronnie Liu, sebagainya...Apakah Pengundi Negeri SELANGOR masih BUTA, TULI, PEKAK, BISU...?

Parlimen Malaysia memerlukan kekuatan melebihi majoriti 2/3. Hari ini 222 Ahli Dewan Rakyat, maknanya jika 210 ADR dalam PRU-13, makanya Pemerintahan di Tanahair ini akan TENANG, AMAN dan DAMAI. Proses kupasan nilai dan integriti 1 Malaysia akan menembusi papan-papan ilmu setiap inci dan sudut tanah ini.

Dalam komentar Anon-anon tertentu dan Cuping Merah merujuk kepada tulisan terdahulu. Pak Sedaro melihat, kumpulan insan ini hanyalah 0.05% daripada Penyampai dan Pelapor Ortodoks kepada PAS-PKR-DAP. Mauduk dan Uslub fikriyah mereka, hanya berkisar kepada kenyataan-kenyataan umum dan lontaran kata-kata, tanpa justifikasi fakta dan rujukan khusus.

Pak Sedaro telah sumbu Naib Presiden PAS-Salahuddin Ayub supaya JANGAN BERLAGAK SEBAGAI PANGLIMA ANGKATAN TENTERA MALAYSIA untuk jawab dan hamburkan skrip-skrip bahawa Kerajaan BN semasa tidak prihatin kepada ATM. Nampaknya, SA sambut baik. Kerana dia juga sedar, langkah SILAT yang SILAU akan SUMBANG dan SILAP. Makanya, kepada ortodoks PAS-PKR-DAP... Pak Sedaro posan poei le berus gigi dulu...kekumur dengan Listerin baru bercakap, kok tidak lobih bau KoDeh yang kluar...

UMNO dan BN sudah kena fikir kandungan RAKYAT untuk Pemajuan Berterusan RMK-10 seterusnya preskripsi perubatan PRU-13. Pasukan pemikir Bangsa dan Rakyat Raja, sudah punya penugasan KHUSUS dalam hal ini. Pasukan bertindak Bangsa dan Rakyat Raja, sudah punya pelan bertindak untuk dimobilisasi sebilang masa. Pasukan penggempur Bangsa dan Rakyat Raja, sudah berwasilah dan halaqah ini mesti beroperasi sejak SEMALAM lagi.

Isu 20 tahun dulu, dan panas hati rakyat kepada beberapa manusia yang dipanggil Wakil Rakyat sebenarnya PUNCA yang mesti diselesaikan oleh Wakil Rakyat Semasa.

Ramai Wakil Rakyat yang semakin memBUSUNG dek makan sumpahan rakyat yang begitu benci dan marah kepada mereka. INSAFlah...TAUBATlah....

9 comments:

  1. Boto tu nasihat pak sedaro...yang kono berubah dan bertaubat nasuha adalah UMNO ....dia telah banyak membawa malapetaka kpd negara dan rakyat, sblm bala Tuhan turun...pada UMNO insaflah, akan setiap kesalaahn dan dosa2 besar anda...lebih baik ahli2 dan penyokong buta mata hati UMNO ni, bermuhasabah diri, dan mengambil keptusan drastik iaitu : TINGGALKAN UMNO SEGERA, CARILAH NUR DAN HIDAYAT ISLAM....

    ReplyDelete
  2. Nampaknya tuan paneh sajalah yang terbuka mata dan pintar. Tidak apalah, dalam PRU 13 nanti tuan sajalah seorang yang undi UMNO, kami tidak mau lagi...UMNO sudah rosak, sudah tua dan menunggu hembusan nafas terakhir saja...Marilah berbondong-bondong kita menyertai PAS....

    ReplyDelete
  3. betul kata anon tu..tinggalkan umno tu..'carilah islam yang tulen' bak kata bekas mufti perlis..

    ikut umno tak boleh masuk syurga..kah..kah.,kah

    ReplyDelete
  4. Kalau berhasrat nak jadi SYAITAN dan SETAN undi dan sokong lah UMNO.....

    Kalau nak Firaun dan Namrud dan Hamman borang keahlian percuma hanya boleh didapati dlm UMNO

    Pendek kata...dalam UMNO SEMUA ADAAAA....

    ReplyDelete
  5. berani betul puak2 pembangkang ni melabelkan org sebagai syaitan, iblis, firaun. inilah ajaran islam ala pas kepada pengikutnya yg buta hati dan tiada nur rahmat. nabi s.a.w. mengatakan umat islam itu bersaudara. xde pulak nabi labelkan umat islam sebagai setan. sesat dah puak2 ni. kesian pada tok nek depa yg tak sempat undi pas dulu kerana tak berpeluang masuk syurga.

    -tom tem bak-

    ReplyDelete
  6. Apa nak heran...tak tumbuh tak melata..tak sungguh (UMNO begitu) org tak kata....dalam UMNO semuanya ada...tambah lagi ..PELESIT dan PARASIT memng banyak...

    Takat SAMSENG tu...biasalah..tu dh memang kerja mereka...UMNO @ SAMSENG = Memang PELESIT...

    ReplyDelete
  7. Pak Sadero tu alias CIRIT KOMUT

    ReplyDelete
  8. Ni satu lagi spesis bodoh tom tom bak yang tak kenal asal usul bangsa dan pejuang tanah air. Jika tau asal cicit kamat, nama salah sorang tokoh pejuang, sudah tentu tidak dipermainkan namanya. Nilah spesis keturunan Melayu Hampas yang lupa asal usul dan jati diri disebabkan rakus membontoti aljuburi. Pi belajar sejarah la bahlol.

    ReplyDelete
  9. Bonjorno, paneh.blogspot.com!
    cialis naion cialis medicinale cialis retina cialis scheda tecnica [url=http://farmamed.fora.pl/ ]Come Compra cialis online[/url] In realt? il problema acquisto cialis generico della coppia. La durata d'azione [url=http://farmitalia.fora.pl/ ]Dove Comprare cialis in Italia[/url] Primamed online per l'acquisto di Cialis Viagra, e Levitra contro impotenza. [url=http://milanofarma.fora.pl/ ]Dove Compra cialis online[/url] cialis generico diuresi e quasi trasparente l'urina (azione cialis liquido [url=http://farmanova.fora.pl/ ]Dove Compra cialis [/url] comprano [url=http://farmaroma.fora.pl/ ]Dove Compra cialis in Italia[/url]

    ReplyDelete