Tuesday, December 1, 2009

Chin Peng Lagi?

Heran Pak Sedaro, tak habis-habis. Akhbar berita perdana beri highlight tentang Manusia nama Chin Peng ini? Apa yang besar sangat BARUA ini? Chin Peng ini secara rohnya telah hilang taraf dan kelayakan untuk diberikan sebagai jaminan ganti nyawa kepada anak Malaysia yang terbunuh, dikorbankan dan mengorbankan diri semasa Komunis berkuasa membuta-tuli.

Apakah akhbar perdana juga telah tersebar isme-isme apologitik Komunisme? Apakah ada anak Rakyat Raja berkiblat Komunis atau simpati kepada Komunis dan Komunisme?

Chin Peng hendak jumpa Najib di Selatan Thailand? Chin Peng tak mahu jumpa dengan Norian Mai? Apakah taraf Chin Peng ini hingga perlu sangat jumpa Perdana Menteri Malaysia? Apakah besar sangat perjuangan dan pengorbanan Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya ini?

Jika akhbar perdana tak cover cerita dan berita pasai Chin Peng lagi baik. Jangan terlalu prihatin dengan Chin Peng, hingga sanggup korbankan erti Perlembagaan Persekutuan 1957. Jangan beri muka dan peluang dengan SI BEDEBAH Chin Peng walau sebesar zarah sekalipun, kerana jika dipatuhi Hukum Hudud, Chin Peng telah layak dalam merit untuk di HUKUM MATI/BUNUH.

Halal untuk Chin Peng di hukum sesuai dengan hutang darah oleh Parti Komunis Malaya.

1 comment:

  1. Salam.. pak sedaro..

    Macam ni la.. bagi aku.. ada baik nyer jugak "Chin Peng" ni dibenarkan balik.. Tetapi dengan bersyarat dia boleh balik menjengok sanak saudara disini dan dalam masa yang sama diperlu menghadapi tuduhan dimahkamah atas semua kesalahan yang telah dibuat.. Biar mahkamah KEADILAN yang menentukannya...
    Kedua, yang pastinya bila dia balik akan timbul kekacauan diantara mereka yang menentang atau kehilangan sanak-saudara akibat kekejaman "Chin Peng" dan juga mereka yang membela "Chin Peng".. Terus terang kita boleh lihat siapa yang sanggup bersengkongkol dengan "Chin Peng" maka jika "chin Peng" ini bersalah dan dijatuhkan hukuman maka mereka yang menyokong "Chin Peng" ini juga harus ditangkap kerana bersubahat dengan penderhaka negara.. Jatuhkan hukuman yang setimpal terhap mereka.. Barulah ADIL rasanya..

    ReplyDelete