Saturday, November 21, 2009

Warkah Untuk Ketua Umno Bahagian Seremban

SEREMBAN, 20 Nov (Bernama) -- Tidak seperti murid Tahun Enam lain yang kegirangan ketika menerima keputusan cemerlang 5A Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Siti Amynur Ain Putri Rosdy kesedihan menerima keputusan itu di hadapan jenazah ibunya.

Apabila keputusan UPSR diumumkan di pejabat Sekolah Kebangsaan Taman Dusun Nyior semalam, Siti Amynur Ain Putri berada di surau rumah rakyat Taman Dusun Nyior untuk membantu kaum keluarga yang lain menguruskan jenazah ibunya, Rusmah Abdullah, 47, yang meninggal dunia akibat tekanan darah rendah pada tengah malam Rabu selepas terlantar di wad hospital selama dua minggu.

Berderai air mata Siti Amynur Ain Putri dan kaum keluarga yang lain apabila guru besar sekolah itu, Noreha Adam menyampaikan keputusan ke tangan pelajar itu sendiri di hadapan tubuh kaku ibunya beberapa minit sebelum solat jenazah dimulakan pada pukul 11.30 pagi semalam.

"Saya sedih sangat, ibu tidak dapat melihat keputusan ini. Ibu selalu berpesan semasa hidup bahawa saya ini harapan dia, ayah pula sudah meninggal dunia empat tahun lalu," kata Siti Amynur Ain Putri dengan linangan air mata kepada Bernama.

Pelajar itu kini hidup yatim piatu bersama abangnya yang berusia 14 tahun.

Selepas ayahnya meninggal dunia akibat sakit tibi, ibu Siti Amynur Ain Putri bekerja sebagai pencuci di sebuah hotel bajet rendah di Seremban dengan pendapatan RM500 sebulan.

Pada April lepas, ibunya terpaksa berhenti kerja apabila pelajar itu mengalami kemalangan sehingga patah kaki dan keluarga itu terpaksa hidup dengan bantuan kewangan RM400 sebulan.

Setiap hari selepas berhenti kerja, ibunya akan berjalan kaki sejauh satu kilometer untuk menghantar nasi bungkus kepada Siti Amynur Ain Putri kerana pelajar itu tidak balik rumah untuk menunggu kelas bimbingan UPSR.

Guru besar Sekolah Kebangsaan Taman Dusun Nyior, yang terkejut ketika dimaklumkan ibu Siti Amynur Ain Putri meninggal dunia, berkata: "Siti merupakan ketua murid di sekolah kami. Kami tahu dia akan mendapat keputusan cemerlang. Pagi-pagi saya sudah ke Pejabat Pelajaran Daerah untuk mengambil keputusan (UPSR) seawal mungkin.

"Saya nekad untuk mendapat keputusan cepat dan sampaikan sendiri ke tangan Siti sebelum jenazah ibunya di kebumikan di tanah perkuburan Makam Tuan Haji Said," katanya.

Beliau dengan ditemani seorang guru hampir sahaja terlewat dan Noreha tidak putus-putus berdoa supaya Siti Amynur Ain Putri menerima berita baik di sebalik ujian berat yang menimpa pelajar itu.

Ketika menyampaikan keputusan itu ke tangan murid Tahun 6 itu, Noreha berkata suasana sangat hiba dan puluhan orang termasuk ahli surau terdiam tetapi beliau mengumpul semangat untuk memberitahu kepada murid itu: "Ibu tentu tahu Siti mendapat keputusan cemerlang".

Noreha, yang berpengalaman dalam bidang perguruan selama 24 tahun, kini berusaha untuk membantu Siti Amynur Ain Putri mendapat tempat di sekolah berasrama penuh.

"Siti ini tabah orangnya, kami tidak tahu pun ibunya dimasukkan ke wad selama dua minggu sebelum meninggal dunia. Semasa Siti patah kaki pada April lepas, dia mendapat cuti sakit selama dua bulan tetapi masuk bulan kedua, dia berazam untuk datang ke sekolah," katanya.

Katanya Siti Amynur Ain Putri mahu mengubah kemiskinan keluarganya dan bercita-cita menjadi seorang pensyarah.


Tok Sahak jangan asik tumpu kek jando sajo. Nengok an sekali anak yatim piatu yang ado masalah kek Somban nun. Banyak Tok kono buek untuk menangi semulo hati rakyat. Bukan takat becakap masuk bakul angkek sendiri yor.

7 comments:

  1. Jando, jando, jando. Rashid Latiff tak do ko Jang.

    ReplyDelete
  2. Salam Paneh,

    Harap UMNO Seremban ambil tindakan yang sewajarnya. Wajib bela nasib pelajar cemerlang yang yatim piatu ini.

    ReplyDelete
  3. Saya rasa perkara ini diambil perhatian oleh pihak umno seremban disebabkan ketua umno cawangan Dusun Nyior merupakan pengerusi PIBG Sek Keb Dusun Nyior dimana pelajar malang ini bersekolah.

    ReplyDelete
  4. Hari tu den ado dongar Sahak bertanyo pasal budak ni. Makno eh dia dah maklum, biar la dio nolong caro dio. Tak yah la kito asik nak bertikak. Raso eh nolong caro sonyap tu lobih afdal dari nolong sambil bawak reporter. Orang tuo2 dulu posan.. kok nolong orang, jangan harap balasan eh. Kok tangan kanan memberi, biar tangan kiri tak tau. Buleh tak kalau sedaro Cik Din & kengkawan Paneh samo2 hulurkan bantuan secaro sonyap2 dari mengato2 orang, kan itu lobih baik. Wallahualam.

    ReplyDelete
  5. Salam Yo lah ese setuju dgn ayat acik pilah ni.Apo kau ni PM.jgn main tangkap muat je.kau kona tak SAHAK ni.???Banyak dah dio tolong org tapi takdo pun dio nak masuk surat khabar doh.

    ReplyDelete
  6. Dato sahak xperlu media untuk menhebah-hebahkan benda yang baik (seperti pemimpin lain) jangan sama kan dato sahak dengan orang lain. dia ada cara yang lebih ikhlas untuk bantu orang xperlu hebahan. bolum PM tau tok sahak dah tau dulu dah....lambek seminit jo

    http://www.hasnoreffendi.blogspot.com

    ReplyDelete
  7. BRO zaman tok sahak dah habih.Anak cucu cicit suroh dio ziarah mosojid buek amal dipenghujung usia itu lai afdal, bori orang muda pulo goreng melayu biar sampai rentong jangan gelohok yo yang lobih bro.....

    ReplyDelete