Thursday, December 24, 2009

Cayalah Hadi...

1. Bila Hadi mengatakan parti-parti dalam pakatan pembangkang tidak mahu tergesa-gesa mendaftar sebagai sebuah parti politik, maka timbul polemik berdasarkan kenyataannya itu.

2. Namun kami tidak salahkan Hadi yang mungkin masih was-was dengan agenda peribadi 'sahabat sebantal tapi mimpi lain-lainnya' iaitu DAP dan PKR.

3. Hadi pasti tidak ingin melihat Malaysia berubah menjadi 2nd Lion iaitu Singapura sekiranya tampuk kuasa negara ini kelak dikuasai oleh DAP dan PKR.

4. Singapura keluar dari Gagasan Malaysia pada 9 Ogos 1965.

5. Melalui Akta Nombor 9, 1965 atau dikenali sebagai Akta Kemerdekaan Republik Singapura telah memaktubkan bahawa Perlembagaan Singapura asalnya adalah pemakaian Perlembagaan Malaysia yang tertakluk kepada perubahan dan pindaan yang sewajarnya.

6. Kerana itulah Perkara 152 Perlembagaan Republik Singapura turut memberi jaminan mengenai kedudukan istimewa orang-orang Melayu.

7. Namun realitinya, adakah orang Melayu Singapura diberikan keistimewaan seperti yang dikecapi orang Melayu di Malaysia selepas PAP iaitu abang angkat DAP memegang tampuk kuasa?

8. Kami sering mendengar banyak kenyataan seperti ini:-
"Pulau Pinang adalah sebahagian dari Malaysia dan menurut Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan, keistimewaan untuk orang Melayu harus diberikan. Kerajaan DAP Pulau Pinang mesti memberikan keistimewaan kepada orang Melayu yang mana jika tidak, Kerajaan DAP Pulau Pinang telah melanggar Perlembagaan."

9. Walaupun kenyataan di atas mungkin ada benarnya, tapi kami cenderung dengan pandangan berbeza.

10. Kami yakin dan percaya bahawa kemahuan politik dan kuasa (political will and force) adalah penting untuk mematuhi perkara-perkara yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

11. Sekiranya kuasa memerintah enggan mematuhi perkara yang termaktub dalam perlembagaan, maka keadaan pasti akan berubah walaupun secara prinsipnya keengganan tersebut bertentangan dengan semangat yang telah sedia termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

12. Walaupun pemerintah Singapura tidak meminda perkara yang telah sedia termaktub dalam Perlembagaan Republik Singapura selepas negara itu keluar daripada Malaysia, namun mereka telah MENAMBAH beberapa perkara dalam perlembagaan bagi memastikan kelebihan berpihak kepada kaum mereka.

13. Rentetan itulah maka peristiwa-peristiwa berikut berlaku di Singapura. Antaranya;

a. Empat orang pelajar perempuan dibuang sekolah kerana berkeras hendak memakai tudung ke sekolah. Alasan pembuangan kerana melanggar peraturan uniform sekolah di Singapura. Tiada pertimbangan daripada pihak kerajaan Singapura akan kepercayaan pelajar tersebut kepada agama Islam yang mewajibkan wanita menutup aurat.

b. Corong atau pembesar suara di setiap masjid mesti dihalakan ke dalam dan tidak boleh diletakkan ke arah luar masjid. Ia dilakukan atas alasan menjaga sensitiviti penganut agama lain dan bagi menjaga suasana harmoni beragama di Singapura. Maka suara azan tidak lagi kedengaran berkumandang jelas di luar masjid.

c. Pengambilan tanah Istana Kampung Gelam milik keturunan Sultan Hussain (keturunan Diraja Johor) oleh kerajaan Singapura telah menyebabkan keturunan beliau diusir dari istana dan tempat tersebut dijadikan Bangunan Warisan untuk tujuan pelancongan.

d. Polisi pembinaan dan bangunan tempat tinggal wajib diperuntukkan kepada kaum Cina 75%, Melayu 13%, India 8% dan lain-lain kaum sebanyak 4% yang menyebabkan orang Melayu berpecah-belah walaupun kawasan yang dibangunkan asalnya diduduki oleh majoriti orang Melayu.

e. Pencapaian pendidikan serta ekonomi orang Melayu jauh ketinggalan disebabkan gagal bersaing dalam sistem meritokrasi serta budaya kiasu yang diamalkan pemerintah Singapura.

14. Semua perkara yang dinyatakan di atas berlaku disebabkan polisi pentadbiran yang diperkenalkan kerajaan Singapura yang dikuasai pemimpin PAP (DAP Big Brother), walaupun Perlembagaan Republik Singapura menjamin kedudukan serta hak istimewa orang Melayu.

15. Maka bumiputera di negara ini perlu sedar akan hakikat hidup orang Melayu Singapura yang tidaklah seindah berbanding saudara sebangsa mereka di Malaysia.

16. Justeru, DAP dan PKR yang mempunyai keahlian bukan Melayu yang ramai, tidak perlu untuk meminda Perlembagaan Persekutuan sekiranya mereka berniat untuk meminggirkan orang Melayu serta kepentingan mereka.

17. Hanya cukup sekadar DAP dan PKR diberi peluang memerintah dan selebihnya pasti mereka akan melaksanakan dasar meritokrasi di setiap sektor.

18. Mungkin Hadi menyedari tidak berapa lama lagi Bro Anwar Bin Ibrahim akan kembali menjadi penghuni tetap Sungai Buloh disebabkan hobinya selaku back stabber yang masih sukar dibendung.

19. Atau kata-kata Lim Guan Eng, "Tolak DEB dan kami akan gantikan dengan meritokrasi" masih lagi terngiang-ngiang di telinga Hadi.

20. Bukankah itu mirip dasar yang dilaksanakan pemerintah Singapura?

21. DAP dan PKR harus berhati-hati dengan Hadi.

22. Kerana Hadi hari ini adalah individu berbeza berbanding ketika melaungkan Amanat Hadi lebih 20 tahun dahulu.

23. Umat Islam adalah bersaudara, maka damaikanlah saudaramu yang bertelingkah itu.

9 comments:

  1. DAP ikut rentak lee kuan yew..semasa baru hendak memerintah singapura...berpura-pura berbuat baik dgn org melayu...apabila dapat apa yg dia hendak...habis org melayu...celaka PAP dan DAP

    ReplyDelete
  2. Amanat Hadi Awang 20 tahun lalu itulah yang menjadi punca utama orang Melayu Islam berpecah belah - bermulalah tragedi solat 2 imam dalam satu masjid/surau di Terengganu kerana kononnya imam UMNO kafir kerana berkawan dengan MCA,MIC,PBS dll. Sekarang besar kemungkinan pulak ada puak PAS yang solat 2 imam kerana tak setuju imam pro Hadi kerana berkawan dengan DAP & PKR. Apa yang kita lihat, AMANAT itu hanyalah kepentingan POLITIK PAS. Sama2 lah kita doakan semoga kita akan bersatu semula.... Tidak ada kah orang2 PAS yang teringat isi AMANAT Hadi Awang dan membantah...memang Melayu muda lupa.

    ReplyDelete
  3. Salam Zulparit,

    Begitu juga jangan lupa tentang hudud yang apabila Hadi jadi MB Terengganu, dia kata itu tak penting.

    Hadi PENIPU berserban yang tidak boleh diikuti apa lagi untuk dijadikan IMAM.

    ReplyDelete
  4. Sudah2 lah puak UMNO dari anda terus menabur fitnah busuk...Pakatan Rakyat semakin menuju ke hadapan dgn derasnya, sedangkan UMNO masih bercakaran sibuk memfitnah di belakang....apa2 pun bravo PR...biarkan UMNO lumpuh keseorangan dgn bakul2 fitnah dia sendiri...ha..ha..ha..kini UMNO pula terkulai layu dek pelbagai isu yg mencekik dia sendiri...makin ketara kelemahan UMNO/BN dan kebusukan mereka.....lepas ni, hati2 semua boleh "HILANG" kat malaya....hatta enjin jet buleh hilang, lepas ni, agaknya KLCC pun boleh hilang kot!!!!!heh..he...he...!!!!

    ReplyDelete
  5. Salam Paneh,

    Kita sedih kerana masih juga ada Melayu yang percaya pada DAP terutama Anon tu.

    Bilalah Melayu nak sedar diri mereka sedang diperlagakan.

    Enjin hilang heboh, kebaikan UMNO selama ini? Tak kan tak ada langsung? Dah lupa ke?

    Apa budi dan kebaikan Hadi Awang pada Malaysia? Namakan satu. Sekarang berbaik pula dengan DAP dan PKR.

    BAGUSlah, signlah cepat cepat perikatan Iblis nak jahanamkan Negara dan Orang Melayu.

    Kita semua nak tonton lakonan masing masing.

    ReplyDelete
  6. Melayu angkat...

    Semacam jer cakap ko...mana boleh awak nak paksa ideologi UMNO yg telah 52 tahun memerintah dgn penuh kerakusan utk kita (walau melayu) nak terima....sori lah bro...aku rela tak pergi ngundi dari aku undi UMNO/BN....benci bukan pd institusi tapi benci pd perangai mcm SETAN...

    ReplyDelete
  7. SALAM BRO.... EDEN DAH LAMO DONGAR "HIKAYAT KORIH KONTOT LIDAH PENDEK BERKONAN NGAN KAIN PELIKAT" EDEN CARI RATO KEK KODAI BUKU LUM JUMPA LAI..KAU LEH TOLONG CERITO SIKIT TAK

    ReplyDelete
  8. Enjin hilang kojo org UMNO ko?.pegawai tentera yg diatas tu org UMNO ko?Semua salah UMNO?Ko satu jari tuding pado kito 4 jari tu pada awak hoi Anon tu.Sapa yg Setan ?

    ReplyDelete