Friday, December 25, 2009

Dewa Matahari, Pokok Krismas & Santa Claus

Rujukan Sumber: ccg.org/indonesian

25 Disember juga dikaitkan dengan Mithras yang merupakan dewa Matahari. Ahli liturgi Katolik iaitu Mario Righetti (selain daripada Duchesne dan juga Cullman) berpendapat bahawa:

Selepas pendamaian Jemaat Rom, untuk memudahkan penerimaan iman ini oleh masyarakat pagan, ia mendapati sesuai untuk menjadikan 25 Disember sebagai perayaan kelahiran duniawi Kristus, bagi mengalihkan perhatian mereka daripada perayaan yang dirayakan pada hari yang sama sebagai penghormatan kepada "Matahari Tidak Terkalah" Mithras, penakluk kegelapan (nota kaki 74, II,mukasurat 67; petikan juga di dalam karya Bacchiocchi, From Sabbath to Sunday, Pontifical Gregorian University Press, Rome, 1977, mukasurat.260).

Maka itu, Mithras merupakan dewa perayaan solstis pada 25 Disember yang tiba sejurus selepas Saturnalia. Merujuk kepada dewa ini, maka kita dapat melihat bagaimana ibadat hari Minggu bermula di Rom.

Ucapan-ucapan kepada Mithra adalah sebagai Soli Invicto Mithrae atau Matahari Tidak Terkalah – Matahari Tidak Tertakhluk sebagaimana yang digelarkan oleh Frazer. Ia juga disebut sebagai Sol Invictus Elagabal dalam bentuk umum agama tersebut.

Gelaran Father (Bapa) merupakan pangkat yang dipegang oleh para paderi Mithra. Istilah ini dilarang untuk orang Kristian (Matius 23:9). Penggunaan nama Father diserap ke dalam agama Kristian melalui kultus-kultus Misteri.

Kalendar asal sistem Rom memulakan minggu pada hari Sabtu dan sudahpun digunakan pada tahun-tahun awal era Augustan (27 SM hingga 14 TM) berikutan penemuan kalendar Nola. Struktur ini nampaknya berkaitan dengan sistem Mithras (Celcus Epicurea (sekitar 140-180 TM) di mana Matahari menduduki tempat tertinggi pada tangga kenaikan melalui tujuh pintu gerbang tangga Mithraic iaitu dari Saturn hingga Matahari. Ini merupakan Shamanisme klasik dan diamalkan oleh agama bersifat animistik di seluruh dunia. Di dalam karya Origen Contra Celsum, 6,21-22, Celsus menyenaraikan planet-planet mengikut urutan terbalik demi membolehkan Matahari menduduki posisi ketujuh yang penting.

Sistem ini kemudiannya muncul sebagai simbolisme hari kelapan di dalam sistem Rom bagi minggu yang bermula pada hari Saturn atau Sabtu dan berakhir dengan hari Matahari atau hari Minggu yang sentiasa merupakan hari cuti. Minggu planetari juga tidak mengikut aturan sebenar planet dan orang ramai jarang dapat menentukan perbezaannya.

Perbezaan juga boleh dilihat melalui perbandingan dengan Ziggurat daripada sistem Babilon dalam tujuh tahap kenaikan kepada dewa Bulan (rujuk karya Anak Lembu Emas [222]. Tertullian dalam buku Ad Nationes, 1, 13, ANF, III, mukasurat 123, telah cuba untuk menafikan tuduhan penyembahan Matahari. Tertullian menegaskan pada masa itu orang Kristian telah mula berdoa ke arah timur dan menjadikan hari Minggu sebagai hari berpesta. Dia secara langsung menyalahkan kultus-kultus penyembah Matahari ke atas pertukaran ibadah hari Sabat kepada hari Minggu dengan hujah bahawa mereka mengutamakan hari itu daripada hari sebelumnya (iaitu Sabat atau Sabtu). Namun ketika itu mereka sudahpun beribadat pada hari tersebut selain hari Sabat Kristian.

Pokok Krismas

Pokok pain berhias berasal secara langsung daripada kultus-kultus Misteri dan penyembahan dewa Attis. Ia dipercayai berasal daripada seorang lelaki yang menjelma menjadi pokok dan merupakan penjelmaan semangat-pokok kuno yang kerap ditemui dalam mitologi India atau Indus kuno seawal zaman Harappa dan Mohenjo Daro. Lelaki itu dikisahkan kononnya merupakan dewa kesuburan jagung dan memakai topi Phrygia seperti Mithras (daripada suatu ukiran patung di dalam Lateran; Frazer, v, mukasurat 279).

Pokok pain yang dihiasi bunga kembang pagi (ungu) dan lingkaran bulu biri-biri adalah seperti pembawaan masuk pokok-Mei (pokok-Musim Panas) dalam adat penduduk moden. Patung yang dipasangkan pada pokok tersebut merupakan satu salinan mewakili dewa Attis. Ia secara tradisi akan disimpan sehingga ke tahun seterusnya sebelum dibakar (Firmicus Maternus De errore profanarum religionum; rujuk Frazer, v, mukasurat 277 dan nota 2).

Tujuan asal adat ini adalah untuk mengekalkan semangat tumbuhan di sepanjang tahun berikutnya. Orang-orang Phrygia menyembah pokok pain lebih daripada penganut lain dan dipercayai di kawasan inilah terbitnya misteri-misteri dalam sistem Mithras. Resin pokok pain seterusnya dibakar sewaktu perayaan-perayaan solstis walaupun asal-usulnya tidak lagi wujud sejak sistem Asyur-Babilon diperkenalkan.

Gambaran dewa Attis ditukar kepada simbol Matahari sebagai bingkai pemegang pada sebelah atas pokok pain dan kemudian diletakkan hiasan-hiasan berbentuk angels, matahari, bulan serta bintang-bintang sistem Triune sebagaimana kepercayaan masyarakat Babilon seperti Sin Ishtar serta bintang kepercayaan masyarakat Mesir seperti Shamash atau Isis, Osirus dan Horus (karya Anak Lembu Emas [222]).

Buah-buah pain juga digunakan untuk menghasilkan sejenis wain dalam upacara-upacara liar Cybele, yang pada dasarnya sama dengan pesta-pesta liar Dionysius dan Strabo. Pada pesta Thesmophoria, buah ini dibuang bersama babi serta lain-lain lambang kesuburan ke dalam kubah keramat Demeter bagi tujuan menambahkan kesuburan tanah dan golongan perempuan.

Santo Nicholas kepada Santa Claus

Santa Claus merupakan satu ciptaan produk komersial Amerika yang terkemudian. Ianya bermula daripada cerita rakyat Jerman dan Belanda. Asal-usulnya adalah daripada entiti yang digelar sebagai Santo Nicholas.

Santo Nicholas asalnya adalah Nicholas dari Myra di Lycia. Dia telah meninggal dunia pada 6 Disember 345 atau 352 (Catholic Encyclopedia, Vol. XI, mukasurat 63). Nicholas terkenal dalam jemaat Yunani dan Latin, namun tiada siapa yang dapat memastikan salasilahnya dengan tepat kecuali khabar umum mengatakan bahawa dia merupakan biskop Myra pada abad ke-4 (ibid., mukasurat 64). Nicholas dilaporkan lahir di Parara, Lycia di Asia Minor. Sewaktu zaman mudanya, Nicholas telah melawat Mesir dan Palestin. Sejak kepulangannya, beliau telah diangkat menjadi biskop Myra serta pernah dipenjarakan sewaktu tempoh penganiayaan Diocletian. Nicholas kemudiannya dibebaskan apabila Constantine menaiki takhta. Para penganut Katolik menyatakan bahawa Nicholas pernah datang ke Nicaea namun setelah disemak, namanya tidak wujud dalam mana-mana rekod kawasan itu.

Pada tahun 1087, para pedagang Itali telah mencuri mayat Nicholas di Myra dan seterusnya membawa mayatnya ke Bari. Kultus Nicholas kemudiannya telah bermula di Itali sejak itu. Konon dikhabarkan Nicholas telah melakukan pelbagai keajaiban, hasil daripada cerita tradisi yang diperkatakan turun-temurun. Namun kebanyakan kisah yang diceritakan mengenai Nicholas tiada kena-mengena langsung dengan orangnya.

Kultus Nicholas seperti yang dikisahkan dalam jemaat Yunani sudah wujud sejak sekian lama dan keajaibannya terus diperkatakan dalam jemaat Rusia walaupun ia hanya bermula selepas kematian Nicholas (sekitar 1000M). Maharaja Justinian I telah membina sebuah gereja khas untuk menghormati Nicholas di Constantinople dan namanya muncul di dalam liturgi yang ditulis John Chrysostom (ibid).

Kultus Nicholas di Eropah bermula sejak zaman Otto II yang mana isterinya Theophano merupakan seorang berbangsa Yunani. Biskop Reginald dari Eichstadt turut menulis suatu metrik berjudul Vita S. Nicholai. Nama Nicholas amat dihormati sebagai santo penaung di Greece, Rusia, Naples, Sicily, Lorraine, kawasan Diocese bagi Liege serta banyak bandar di Itali, Jerman, Austria dan Belgium, Campen di Netherlands, Corfu di Greece, Frieburg di Switzerland dan Moscow di Rusia (ibid). Nicholas juga dianggap sebagai penaung bagi pelaut, pedagang, pengurus bank dan kanak-kanak.

Relik-reliknya masih dipelihara di gereja S. Nicola di Bari. Sejenis bahan berminyak yang dikenali sebagai Manna di S. Nicola dikatakan mengalir keluar daripada relik-reliknya itu. Ia kononnya dihargai kerana mempunyai ciri-ciri penyembuhan.

Satu dongeng yang dikaitkan dengan Nicholas ialah mengenai pembentukan tiga bola emas, di mana setiap satunya diperbuat daripada syiling emas yang merupakan upah pekerjaannya selama setahun. Satu daripada bola emas itu kemudiannya digolekkan melalui jendela kepada sebuah keluarga baik yang memerlukan. Bola emas pertama dikatakan jatuh ke dalam sarung kaki (kini sarung kaki Krismas). Ia kononnya membolehkan penerima bola emas itu berkemampuan untuk mengahwinkan anak-anak perempuan mereka. Dua bola emas yang lain seterusnya menjadi milik pemajak gadai serta menjadi simbol naungannya ke atas para pedagang.

Tradisi-tradisi seperti ini dikaitkan dengan kemurahan hati Nicholas yang membawa kepada amalan para biarawati Norman Perancis yang akan menderma kepada orang miskin pada hari Santo Nicholas, yang kemudiannya dikenali sebagai Boxing Day sempena kotak (box) derma gereja. Ia kekal menjadi tradisi di sebalik Boxing Day pada 26 Disember setiap tahun. Di Jerman, Christ Bundles (bungkusan Kristus) juga diberikan kepada golongan miskin dan perarakan-perarakan tahunannya turut membawa masuk tanda-tanda dewi Ibu Surgawi milik Misteri-Misteri itu.

Amalan di mana kanak-kanak turut menyimpan sepanjang tahun untuk babi tahunan sewaktu Krismas di Holland telah membawa kepada pengenalan bank berbentuk babi (piggy bank).

Manakala kewujudan elemen lain dalam perayaan Krismas seperti jubah-jubah Roma palsu golongan paderi yang dipakai sewaktu Perayaan Orang-orang Bodoh, kisah-kisah mengenai tunggangan liar Odin serta janggut-janggut golongan Majus dengan makhluk-makhluk Elf dalam pesta-pesta Yule, telah tercipta lebih kemudian daripada pokok krismas.

Perayaan Krismas nampaknya turut mengalami nasib yang sama seperti kisah-kisah dongeng yang pernah wujud dalam mitos lain.

10 comments:

  1. orang kristian masih tak sedar, agama mereka banyak penyelewengan..kalau betul ajaran agama mereka, tak kan perayaan mereka semuanya berdasarkan mitos dan cerita rakyat..

    ada yang mengatakankan jesus dilahirkan 25 disember jadi sebab itulah crismas disambut..

    tapi ikut sejarah, jesus dilahirkan di Palestin. Buminya padang pasir dan pokok tamar tapi kenapa crismas disambut dengan salji dan pokok pain?

    Renung renungkan lah betapa jauhnya penyelewengan mereka.

    ReplyDelete
  2. UMNO pun lagi kuat menyelewengnya....!!!! sama kot??

    ReplyDelete
  3. PM, setuju sangat dengan komen Yb Raz..... buat Anonymous 10.14pm, ngapa lari dari tajuk...... apakah PAS, PKR terlalu bagus..... seburuk-buruk UMNO sekali pun lihat sahaja bagaimana Melayu sekarang ?

    ReplyDelete
  4. YangGambi...

    UMNO hanya menjadikan Melayu umpan untuk terus mengekalkan kuasa...lihat lah Melayu spt yg awak kata kan....
    1. yang berjaya ada, namun yg sewel pun ramai,
    2. yang kaya ada, yg hina spt peminta sedekah pun ramai.
    3. yang pandai masuk U pun ada, yang nak masuk pusat serenti pun tak cukup tempat dek karana terlalu ramainya..
    4. Yang berakhlak ada, yang buang anak pun berlambak2
    5. Rancanagn agama kat tv ada, yang banyaknya hiburan ke arah maksiat..
    6. yang ikut Islam ada, namun yg meninggalkan dan melekehkan islam lagi ramai
    7. yang berkuasa ada, tapi yg menyalahgunakan kuasa utk melonggokan harta ramai juga
    8. Yang lelaki sejati pun ada, namun kini lagi parah pompuan nak jd jantan, jantan nak jd betina..
    9, yg berdisplin ada, yg merempit pun ramai
    10. yg berjaya niaga ada, namun yg mengusasi ekonomi kita bukan org kita..
    11.yang masuk U ramai, yang menganggur pun terlampaulah ramainya
    12. yang bersekolah ramai, yg suka ponteng melayu lah
    13. yang masuk politik ada, tapi masuk politik untuk kepentingan diri ramai lah...dapat lot2 tanah, tender, projek, saham, lot kedai dll
    14. yang pandai cakap agama pun ada, tapi dia tak jalankan hukum agama
    15. yang baik hati ada, tapi yg macam setan pun ramai
    16. .....dan macam2 lagi REALITI GELAGAT ORG MELAYU SEKARANG ...engko sambung je la....

    ReplyDelete
  5. kok nak perfect hidup ni pi syurga jelah hompuk. memano pun kek dunio ni hatta mekah dan madinah pun ado bondo2 yg ko senaraikan tu. toksah nak hipokrit la. sobab tu la Allah jadikan syurga dan neraka sbg peringatan. ko lamo bonar dok malaysia ni agak eh hompuk. jarang kluar nengok dunio ni gamak eh. sobab tu hujah kau nampak dangkal dan tak mampu nak buek perbandingan. seolah cermin kepado hambo yg tak reti bersyukur.

    ReplyDelete
  6. Gedoyok...

    Apo yang den senaraikan itu adalah BUKTI yang UMNO gagal menangani permslhan umat melayu...tak kan itu pun bangang bona ekau nak fikir....yang den benci dengar tu ialah UMNO lah segalo2 nya...UMNO lah penyelamat melayu, UMNO lah yg mengangkat maruah melayu, umno lah pembela melayu, umno lah ambik berat org melayu, umno lah membela melayu, umno lah menaiktaraf melayu....semuanya UMNO...tapi hakikat eh...melayu makin punah....tak kan bangang bona ekau, kiasan macam tu pun tak dapek nak faham apatah lagi ekau mengakuinya....cubo ekau lihat budak2 melayu...kek mano dio pegi melepak,buang masa ke...semuanya ditepi jalan, kedai video game, malu tengok perangai melayu yg dijuarai oleh parti ekau UMNO...tak paham2...akui lah kegagalan ekau....itu lbh baik dr ekau menyalahkan plak melayu itu sendiri...sebab apa...kan ekau (UMNO) yg memegang kuasa melayu skrg....

    ReplyDelete
  7. bebudak merempit salah umno. bebudak melepak salah umno. bebudak main game salah umno. melayu punah umno gak salah. berjuta melayu jadi hebat merata dunia hari ni pun umno jugak patut disalahkan. hebat tul umno ni. agaknya dulu ada hadis sebut - "anak ibarat kain putih dan umnolah yang mencorakkannya." hahahah. raja lawak betul la kau. semuanya umno yang salah. sebijik macam cerita anakku sazali. mak bapak tak salah doh.

    -tom tem bak-

    ReplyDelete
  8. Orang yang mabuk kuaso mano ada nak akui kelemahan dan kesalahan sendiri...samo lah dgn UMNO nya...bilo dokek nak pilihan raya, bukan main lagi dio datang sambil memegang lutut meminta nyawa...undilah UMNO...bilo dah monang, org kampung buek2 tak kenal yo..."rasa-rasanya macam kenal lah.." pada hal eh, org tu org kampung dio sendiri...YB UMNO sudah EX....tak lamo laie mercedeh menjalar la...keto proton dah "hilang" dah...dongar2 dah dapek plak syer konsesi balak, tanah, saham, projek....tu lah deh!!! mano ado maso nak fikir MELAYU nih!!! yg terfikir kek dio tentang MELAYU ni maso nak ngundi semulo sok....hah!!! maso tu ke masjid tak tinggal, semua org kek kodai habih dibelanjo eh...senyum simpul meleret2...namun Melayu tetap melayu yg sentiasa menjadi mainan olh YB dio sendiri...dan buleh dibeli undinya dgn secawan teh tarik dan sebatang rokok...mako riuh lah org kg tu mengatakan YB UMNO ni baik hati sesangat.....hakikat eh...Melayu menjadi barang mainan saja....heh..heh..heh...

    ReplyDelete
  9. dituju pada aspan:macam di sonanti, mantan yb dulu teh brahim.apo kogomaran eh?dapek yo jadi yb.maso jadi yb bulan poso di kodai ameng.buek apo?lawat kawasan.tu dah lua kawasan.Parit bukan DUN 17.lopeh tu anak e si aboy ,dio yg balon projek. ateh kau ni pandai goli2.sekarng dio goli sapo?wiroulubondo

    ReplyDelete
  10. UMNO adalah ajaran songsang bukan ajaran tauhid. Boleh semak mustika hadis Pantet Miang.

    ReplyDelete