Friday, January 15, 2010

Dasar dan Falsafah MAKAN RASUAH

Pak Sedaro suka hendak posan kepada PELAHAB, PEJAHIL, PEJAHAL, PENGGANAS DUIT HARAM, KAK-TANGAN PENGGEMAR API NERAKA YANG MAKAN DUIT HARAM/RASUAH.

Kes dan alasan Majistret Muda di Kelantan bahawa Duit Gaji dia tidak cukup, AMAT tidak masuk akal budak sekolah darjah satu sekali pun. Kendati pun, budak tak sekolah di estet pun tahu makna DUIT HARAM atau RASUAH ini.

Ramai kalangan pemegang DASAR dan Falsafah Makan Rasuah di kalangan manusia yang songsang survival kewangan harian. Ada RM1 tapi selera RM100. Kalau nak DUIT banyak, keluar baris daripada anggota pentadbiran awam. Berniaga, tak kiralah...sebagai Agen Insurans, Agen Unit Trust, Jual Hardware, Tauke Burger dan rangkaian 20 buah gerai Burger, Jual Petai, Agen Hartanah, Jual Ayam, Kontraktor, sebagainya...

Tak perlu jadi PELACUR KEHORMAT dengan MENGGADAI MARUAH DIRI, AGAMA, BANGSA DAN NEGARA dengan makan RASUAH.

2 comments:

  1. Tuan, dalam kes dan alasan Majistret Muda di Kelantan bahawa Duit Gaji dia tidak cukup sebenarnya merujuk kepada rayuannya berhubung wang jaminan ke atasnya yang dikenakan oleh pihak mahkamah dan bukan ALASANNYA menerima rasuah.

    Majistret itu masih OKT dan belum disalahkan lagi oleh pihak mahkamah.

    Secara amnya alasan tak cukup gaji memang logik untuk menerima rasuah dan biasanya rasuah yang diterima ialah sekadar ratusan atau seribu dua sahaja.

    Tetapi pelik dan ajaib ialah rasuah banyak berlaku di kalangan yang berjawatan tinggi, bergaji tinggi malah ada yang tahab jutawan, Dato' dan Tan Sri termasuk juga ilmuan.

    Jadi apakah alasan mereka pula..
    Tentulah tamak dan haloba..selain dari ruang dan peluang di depan mata.

    ReplyDelete
  2. Baguih la kalau UMNO bonar2 insaf tapi borat jugo sbb dah sedarah daging bak kato orang UMNO dah sinonim dgn rasuah sebesar submarin hingga sekecil RM200 kato Pak tuo kubang pasu tak dapek jadi wakil 10 ke KL Waa waaa!! huk!! PS Barry Wain punya tuduhan 100 B blumjawab. Bina Melayu, Melayu mudah Lupa.

    ReplyDelete