Thursday, January 14, 2010

Dr. MAZA tak perlu BINA POLEMIK!

Mohd Asri Zainul Abidin: Perkataan 'Duli Yang Maha Mulia' wajar ditukar atau tidak? - Dipetik daripada facebook MAZA.

Pak Sedaro mencongak, walaupun dio ni orang borikan markah kesian, tapi tak payahlah nyibuk SOAL-SOAL terminologi DYMM ini? Udah sekian lama, sudah sejumlah ramainya ILMUAN ISLAM MURSHID yang lahir di TANAH MELAYU ini, dalam perihal istana ini JANGAN LAH membongkar yang bukan-bukan.

MAZA kono ingat, darjah yang diperturun dan diguna pakai oleh manusia yang dipanggil INSAN YANG BERFIKIR, tidak akan sama taraf atau sama tingkatan darjatnya jika dikalung dan didodoi dengan GELARAN DUNIA DYMM seperti yang dipolemikkan.

Raja Perlis daripada keturunan yang sanadnya keturunan ke-33, Muhammad bin Abdullah, Rasul Pilihan, pun sedar akan DYMM sebagai kalungan duniawi yang tidak boleh disama angkat seperti terma pendefinisian HAK-HAK Allah, Yang MAHA MULIA.

Cukuplah, MAZA. Jangan ungkit perkara yang membutuhkan Majlis Fatwa Kebangsaan dan Persatuan Ulama' Malaysia bersidang. Majlis Raja-Raja Melayu ada, Allah Maha Kuasa lagi Maha Penentu dan Maha PengHAKIMI.

Binalah warasah fikrah ILMU yang berasas tanpa mewujudkan perasaan CURIGA dunia dan alam RAKYAT RAJA. MAZA boleh banyak cerita dan bicara sebab dia ada ASAS dan HUJAH. Belakang, akan ramai nanti mula memberi JAWAPAN atas fakta-fakta benar dan fakta-fakta REKAAN.

Selesaikan kisah MAZA di Selangor dulu. Dunia Pandangan Alam Islam begitu LUAS dan tidak akan habis walaupun sebanyak air di lautan. Banyak lagi perihal rakyat dan warga ISLAM yang miskin, daif, kufur, fasiq, musyrik, papa dan fakir yang wajar MAZA juangkan dengan HUJAH-HUJAH yang TEPAT, BENAR DAN TUNTAS.

4 comments:

  1. DR Maza sebenarnya jenis spesis BABI

    ReplyDelete
  2. aku rasa dr maza ni perlu dipantau. too vocal pun bahaya jugak.

    -tom tem bak-

    ReplyDelete
  3. Duli membawa maksud 'pacal atau hamba'.

    Jika lazim disebut Duli Yang Maha Mulia kepada seorang sultan atau raja itulah membawa maksud bahawa sultan atau raja itu juga adalah hamba kepada yang maha Mulia iaitu Allah S.W.A.

    'Hamba' Kepada Yang Maha Mulia atau 'Duli' yang diguna menggantikan Hamba adalah sekadar istilah bahasa menunjukkan tanda hormat atas status sultan atau raja itu.

    Kita juga lazim menggunakan perkataan tuanku, keberangkatan, kemangkatan menggantikan boss, kedatangan dan mati sebagai bahasa protokol kerana orang Melayu kaya dengan budi bahasa.

    ReplyDelete
  4. KLUANGMAN: SETUJU 100%. Itulah juga yg saya komen dlm FB Dr Maza.

    Anonymous: Tak setuju 100% dgn anda. Melayu itu kaya dgn budi bahasa..anda? Kaya dengan BABI ke?

    ReplyDelete