Saturday, April 10, 2010

Posan Paduka Lang Buana

Sudah beberapa hari, Pak Sedaro beruzlah dan berdebat secara ilmu dengan insan yang dalam kalangan kelompok raksasanya di gelar sebagai Paduka Lang Buana. Insan ini seorang pejuang yang pernah menikmati kehidupan di hutan dan memburu Komunis di hutan dan Komunis dalam bandar. Namun ada beberapa pesanan, yang wajar diperaku dan diposan kepado pembaco budiman.

Posan Paduka Lang Buana:

1. Umat Melayu harus ingat bahawa tiada bumi Allah yang dizahirkan keturunan Melayu yang dipanggil anak@warga@rakyat Raja. Lalu, digazet dalam buku perlembagaan sebagai beragama Islam.

2. Umat Melayu harus ingat, walau sibuk setara mana pun mencari Sesuap Nasi, Sekawah Lauk atau Sebidang Tanah atau Sepadang Bola Himpunan Kemewahan, keturunan Melayu dan rumpun Rakyat Raja mesti dipertahan dan diperkukuh. Tiada mana-mana suku kaum daripada kaum-kaum lain, boleh menuding jari dan mengatakan kepada umat Melayu "BERAMBUS KAU".

3. Umat Melayu harus ingat, bahawa kedudukan kita secara relatifnya ibarat telur di hujung tanduk, ibarat meniti di atas belahan bilah pedang samurai, ibarat halus dan lembutnya seurat rambut yang reput dan kusam.

4. Umat Melayu harus ingat, bahawa perpaduan kaum di Bumi Allah Tanah Melayu ini ibarat nipisnya kulit telur puyuh, yang mudah pecah dan meretak. Pantang ditekan apatah lagi dihempas ke bumi, maka pecah berderai ia.

5. Umat Melayu harus ingat, bahawa perlu ada dalam kalangan kita ahli ilmu yang bijaksana, ahli perang yang cekal jiwa, ahli tempur yang suci hati dan ahli zikir yang redha meredhai.

6. Umat Melayu harus ingat, bahawa alam politik Melayu sudah makin hancur dek kerana riak, takbur, haloba kerana pewarisan tangan-tangan Firaun, Namrud, Tharut, Qarun, Dajjal, Jahal, Lahab, Lahub, Jahil. Umat Melayu tiada PILIHAN kecuali berubah habis-habisan, ke kedudukan haq dan rukun pekerti yang diwasilah oleh junjungan besar Muhammad bin Abdullah, saw...ang diertikan dalam konteks 1, 6, 5.

7. Umat Melayu harus ingat, selagi ada namanya Masjid, Quran, Azan, maka panglima-panglima dan hulubalang-hulubalang yang dimaklum oleh Paduka Lang Buana, akan bernafas dan bernyawa. Hanya Allah jua penentu segalanya. Namun, bak kata adat...Selagi ada Budi, Selagi itu ada Pekerti. Selagi ada Adab, selagi itu ada Adat. Selagi ada Ilmu, maka Fikrah Ilmu akan terus berlaku.

Demikianlah posan Paduka Lang Buana, yang Pak Sedaro fikir amat cocok diinfak dalam wacana PM yang paneh, miang dan ganeh.

2 comments:

  1. hehehe... pesan versi moden ehh... tapi memang betul pun.. cuma je ingat ehh.. raja adil kita sembah, raja zalim kita sanggah.. kan gitu pesan tok wan..

    ReplyDelete
  2. Orang politik Melayu sebenarnya memecahbelah dan memp;erkotakatikan orang Melayu. suku-suku lain gelak ketawa, Melayu berpuak-puak dan bergaduh bersama sendiri.

    ReplyDelete