Sunday, May 9, 2010

Episod 2: Melayu Kelas Dunia

Sambungan...

Kedua: Melayu Kelas Dunia WAJIB kuasai ilmu-ilmu termaju, berteknologi tinggi, falsafah tamadun dan peradaban bangsa purba Maju dan bangsa Zaman Maju, serta mempunyai kekuatan ekonomi yang tinggi.

Untuk mencapai dan akses kepada kekuatan ilmu ini, maka Kerajaan Persekutuan mesti menyediakan prasarana tertentu dan khas. Terdapat 3 de facto kepada instrumen ini iaitu ianya Subjek Tertentu, Berkepentingan Awam dan Amat Wajar Disegerakan. Maknanya, ISTAC perlu dikembalikan kepada kedudukan ASAL. Andai sudah tidak boleh lagi disebabkan terlalu banyak politiking dan popular judgement, maka Kerajaan mesti rebuild wahana baru seperti WiSTAC misalnya. Tempatkan semula ilmuan-ilmuan tersohor Islam dalam Dunia untuk berhimpun dan bermukim di Bumi Melayu.

Pusat tamadun ilmu dan kajian angkasa lepas berteraskan Kajian Al-Farabi dan Al-Khawarizm wajar dibina. Pusat tamadun ilmu dan kajian perubatan termaju berkiblat Kajian Muslim Purba dan mengadakan duplikasi kitab-kitab muktabar tulisan Parsi, Urdu, Hebrew, Latin, Arab Tua, Russia lama dan Portugal serta Spanish, mesti dijayakan.

Sebuah Pusat Latihan dan Pengkaderan Ketenteraan sama dan lebih baik daripada Kolej Tentera Amerika dan Kolej Tentera DiRaja India mesti ditubuhkan.

Semua Kerajaan Negeri mesti mengadakan Ladang Bersepadu yang menempatkan Rancangan Pembangunan Usahawan Mesra Rakyat seluas 20 ribu ekar. Maknanya, akan ada tidak kurang 2,000-3,000 isirumah atau ketua keluarga dari kalangan Rakyat Miskin Tegar atau Rakyat Termiskin bagi menjadi Peneroka Perintis program ini.

Semua premis bangunan perniagaan baru yang dibangunkan oleh Pemaju kaum-kaum lain, mesti memperuntukan lokasi kedai strategik tidak kurang 45% daripada bilangan pintu premis siap atau sedia ada. Manakala sebarang Konsep ALI BABA premis, akan dikenakan tindakan sita atau undang-undang. Maknanya, manusia Melayu yang betul-betul ingin berniaga sahaja yang akan bersungguh-sungguh. Di samping ada Unit Fasilitator Usahawan Melayu ditubuhkan khas untuk membantu pelbagai soal hubungkait bisnes tersebut.

Semua MegaMall dan Taman Perumahan mesti dibina Musolla, Surau, Madrasah, dan jika terlalu luas, maka dirikanlah Masjid. Ini merupakan Syarat Pembangunan WAJIB dalam setiap dokumen pembangunan oleh semua PBT di Malaysia. Termasuk dalam skim ini ialah pembangunan Hotel, Resort, Kawasan Rekreasi dan Pelancongan di Tanah Besar, mahu pun pulau-pulau agar tiada pengecualian.

Kadar Upah atau Gaji atau Imbuhan Bulanan kepada kakitangan awam paling rendah mesti dinaikkan kepada RM2,500 sebulan. Maknanya untuk Pegawai Gred 41, kadar bulanannya ialah RM3,560 sebulan.

Implikasi ke atas inisiatif ini akan memberi Pulangan Berganda dan Melonjak Taraf Ekonomi Umat Melayu ke kedudukan selesa dan berbaloi.

2 comments:

  1. Salam Pak Sedaro/Paneh,

    Come and join ISTAC. The evening classes starts at 6pm, break for Maghrib and ends at 9pm. You can choose to take up the courseworks in Western/Islamic Philosophy, Civilization, History, Sufism, Islamic Arts etc..

    The Professors are great and the students are as young up to the age of 65 from all over the world. Some commuted from Singapore and Melaka to attend lectures.

    Paneh,

    Kita sedih kerana ramai lagi Melayu yang rendah jati diri dan semangat. Mereka tidak mahu berusaha mengambil kesempatan untuk memperbaiki taraf Ilmu dan kemahiran tetapi terus menyalahkan segala yang disekeliling mereka.

    SEMUA BANGSA pun sama sahaja, tetapi Bangsa Melayu ada yang MEMELIHARA, Syukurlah.

    Ramai pelajar Afrika di ISTAC adalah dari graduan Al Azhar yang kebanykkan mereka Hafaz Al-Quran dan Hadith juga. Mereka amat bersyukur bila Di Malaysia. Orang Melaysia baik baik dan hidup di Malaysia amat senang jauh berbeza dari di Afrika dan di Mesir.

    Sedih kita bila MASIH ada Melayu macam Pandikar mustar pinang dua batang yang menghina Bangsa sendiri tetapi pada waktu yang sama tidak ada Ilmu dan tahu apa yang harus dilakukan demi kebaikan bangsanya sendiri..

    Namun terubat luka bila kita sedar ramai Melayu di luar sana sedang berlumba mencari Ilmu, mengisi kokosongan dada dan pada masa yang sama mempelajari banyak kemahiran..Syukur Alhamdulillah..

    Bila nak hilang tension, mereka berblog..nak tinjau pendapat dan pandangan semasa..relax relax je

    ReplyDelete
  2. Ilmu kalau sekadar ilmu Parti sekular tak payah lah nak amalkan dalam hidup ini. Fahaman sekular yg pro barat dan zaionis inilah yg meruntuhkan akhlak2 anak2 melayu yg berugama islam. Kocik2 mudo2 rock sana rock sini, akademi AF8 la AF 9 la. Import lagi pop group dari baratlah menyebabkan anak melayu muda terlena. Bilo dah tuo bertaubat konun2 pastu poe masjid. Bilo dtg Pilihan raya sokong dacing. Inilah pegangan hidup mereka spt warga Paneh Miang 4 sekawan. Bilo dah tuo rasa diri lobih islamic dari org lain, podah

    ReplyDelete