Wednesday, May 12, 2010

UMNO Berubah @ Najib DiUbah

Phonm Pehn dijadikan medan persilatan wacana Najib dalam hal UMNO berubah jika ada Ahli Yang Berani Merubah dan Berubah serta Mengubah...kata asalnya ialah UBAH...

Boleh jadi berUBAH, merUBAH, mengUBAH, diUBAH, terUBAH ... namun apakah rasionalnya bicara bermula dari perantauan? Apakah 500 orang yang mengikuti Najib merupakan kalangan perUBAH atau sekadar angkUBAH geometri dan sifir politik BN sahaja?

Atau apakah konsep "Integer" merupakan sandaran Najib sekembali dari Kemboja? Apakah Institut Integriti Malaysia yang dipandang sepi oleh Najib akan diberi suntikan dan nafas lebih SEGAR untuk misi merUBAH dan berUBAH.

UMNO sebuah institusi tidak akan berubah, biar pun Garuda melanggar. Barisan Nasional juga tidak berubah. Manusia dalam UMNO mesti berUBAH, diUBAH, mengUBAH, merUBAH. Siapa dalam UMNO mesti diUBAH?

1. Isteri kepada pemimpin mesti UBAH cara berkomunikasi dan cara meletak diri sebagai Orang Penting kepada Pemimpin Penting. antaranya, Rosmah kena diberi NASIHAT dan TUNJUK AJAR, untuk UBAH diri supaya persepsi dan fakta rakyat kepada Rosmah untuk kebaikan Najib sebagai Perdana Menteri berUBAH.

2. Isteri kepada mana-mana pemimpin UMNO juga mesti kawal diri dan ubah teknik memberi kasih sayang kepada rakyat.

3. Ketua-ketua Bahagian UMNO yang tidak produktif, tidak proaktif, tidak bijaksana, tidak berani, tidak komited kena diUBAH atau dipaksa UBAH. Kalau tidak kita paksa cawangan-cawangan UBAH mereka, dari kedudukan semasa. Mana-mana ketua bahagian yang sudah terlalu LAMA dalam kerusi bahagian, bersama juak-juak dan kerabat pemalas mereka, juga kena UBAH dan dipaksa oleh ahli UMNO untuk berUBAH.

4. Ketua-ketua Cawangan UMNO yang tidak boleh menegur, ditegur, bekerja dan dikerja JANGAN disimpan. Mereka mesti diUBAH dan berUBAH. perUBAHan super raksasa kena dilakukan dengan radikal oleh semua pihak.

5. Pemuda UMNO lagi besar kena UBAH. UBAH segalanya, agar perUBAHan dapat memberi implikasi kemenangan kepada Pilihanraya PRU-13, PRU-14, PRU-15 dan PRU-16.

Najib Tun Razak hanya boleh memimpin dengan bistari jika penasihat mereka juga bistari dan tidak LICIK. Isteri Najib juga kena bistari. Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin juga kena bistari. Jika Najib boleh bertahan, maka dia akan memimpin Negara selama PRU-16, ini pun jika Alah pelihara dan beri dia ruang berUBAH kalau tidak diUBAH.

Ahli UMNO dalam Perhimpunan Tahunan lebih gemar bersembang dan berhujah Konsep Kopitiam Moden ada WiFi. Tiada perUBAHan setakat ini. Sistem ekonomi dan pemilikan kerusi panas dalam GLC semakin hari makin dipertikai. Apakah 1 Malaysia diterjemah mengikut selera semasa atau "kerangka fikir" yang tetap menjadi pemusatan utama?

Hari ini Pemimpin UMNO kena mula menulis buku-buku wacana pemikiran Bangsa Melayu Moden, antara kandungan yang baik dan berkesan ialah:

1. Analisa Integriti Rakyat Raja.

2. UMNO masih milik Melayu atau milik Imigran.

3. Tsunami Melayu Sainstifik

4. Tamadun Bangsa Malaysia Wawasan Negara

5. UMNO: Mahathir, UMNO: Pak Lah, UMNO: Najib [100 hari belayar]

6. Sejarah Kerajaan Melayu Tua Abad ke-13.

7. Jalan Sutera India-Melaka-China

8. Melayu Teras Negara Bangsa

9. Usahawan Melayu Resepi UMNO

10. Politik Keris dan Dastar

10 comments:

  1. byk berubah dah, dulu tanah melayu skrg ni malaysia. dulu org pemimpin melayu dan raja2 dihormati skrg org wat x tau jer. dulu org melayu pandai2 banyak masuk universiti skrg ni ramai masuk jel atau pusat serenti. dulu org x segan mengaku melayu skrg ni malu nak mengaku dia org melayu apatah lagi beragama islam. byk betul perubahan kalau nak ikutkan..x cukup tgn nak tulis...hahahaha

    ReplyDelete
  2. liki this entry.. we must transform..

    ReplyDelete
  3. kalau UMNO tak berubah , gimana kalau kita ubah kerajaan?

    ReplyDelete
  4. UMNO mesti diubah dari luar tak boleh dari dlm. Untuk membina semula bangsa melayu agar bermartabat, UMNO mesti dijadikan pembangkang sekurang2 lagi 5 negeri. Baru dia tahu langit tinggi rendah, baru tahu tanah mana yg dipijak. Kok aku heran kenapa ya Toyol yg telah kehilangan negeri masih bercakap pandai dalam blognya. Salah satu sebab aku rasa dia adalah kebal. Dari 25 pertuduhan rasuah, hanya satu disiasat SPRM iaitu tentang rumah yg sampai hari ini pun tiada hujung pangkal. Nabi Muhammad S.A.W bersabda bermaksud akan jatuh sesuatu kerajaan jika orang kebanyakan melakukan kesalahan dihukum, orang kenamaan yg melakukan kesalahan dibebaskan. Renung2kanlah sebelum terlambat.

    ReplyDelete
  5. Dejavu - Sodomy 1 dan 2. Malaysia boleh! Den anak Minang banggo bonar jadi rakyat Msia.

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah lesen judi taruhan bola yg selama ini dimain secara haram telah dihalalkan diberi kepada Berjaya Group. Tahniah 1 Msia. Bersatu kita Bersatu.

    ReplyDelete
  7. Dekad ini adalah merupakan ZAMAN PALING BACUL UMNO kerana zaman ini UMNO di kepalai oleh para opportunis yang sekadar mengharap habuan projek dengan mengenepikan idealisme perjuangan. Akibatnya maruah bangsa DI LACURKAN!

    ReplyDelete
  8. Pendirian mesti teguh. Jangan membelakangi nasib orang Melayu.

    chinese racist are not good actors

    ReplyDelete
  9. Teringat UMNO teringat Judi, teringat UMNO teringat Yahudi. Rupanya melayu islam UMNO jonis Dua Alam. Patutlah Sunahtullah Allah mengharamkan orang Muslim makan binatang 2 Alam. Syukur Alhamdulillah aku tak masuk golongan 2 alam ni.

    ReplyDelete
  10. najib vageena , tuphat rozzmah regina
    ======================================

    if kat englisland ada elizabeth regina
    kini di boleland kita ada -

    najib vageena , tuphat rozzmah regina


    fikir fikirlah brader and sisters

    esp my sister in islam freakies

    marina vageena and other sissees...

    new paradeegma mah, semua bole mah

    what chingkie vingkie tan ask , chingkie gets

    and what abaout sanMiguelMukreeje ....

    what ayahanda ask , sanMiguelMukreejee will get

    itulah paradigma baru

    moktar cifut

    ReplyDelete