Sunday, June 27, 2010

Apa kena mengena?

SELEPAS aktres Maya Karin dan suaminya, Steven David Shorthose atau nama Islamnya Muhammad Ali enggan memberikan sebarang komen kehadiran mereka ke Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur kelmarin, ramai yang mula membuat spekulasi bahawa pasangan itu akan bercerai.

Malah, dalam sebuah portal berita berbahasa Inggeris, The Malaysian Insider semalam mendakwa suami Maya mengaku dia dan isterinya akan bercerai tidak lama lagi.

Dalam pada itu, Maya ketika dihubungi mStar Online menegaskan yang dia tidak akan memberikan sebarang komen berhubung perkara itu.

“Saya ada membaca kenyataan suami saya di portal itu tetapi walau apa pun, saya hanya boleh cakap tiada komen.

“Sebelum ini, saya dan suami sudah membuat perjanjian untuk tidak memberikan apa-apa komen. Jadi, saya tetap dengan pendirian tiada komen,” ujarnya dalam nada tenang. Selanjutnya...

_______________________________


Pengerusi Pemuda Barisan Nasional Khairy Jamaludin berkata kenyataan Ketua Pemuda MCA Datuk Dr Wee Ka Siong berhubung isu biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) tidak berunusr perkauman sebaliknya bertujuan mempertahankan pemberian biasiswa itu.

Beliau berkata dakwaan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali kononnya Wee mempersoalkan kontrak sosial dan tidak menghormati perlembagaan persekutuan adalah tidak berasas.

Khairy, yang juga Ketua Pemuda Umno berkata, beliau mempertahankan kenyataan Wee kerana telah mendengar sendiri rakaman asal kenyataan itu dan daripada penjelasan yang diberikan juga beliau mendapati tiadanya unsur perkauman dalam kenyataan itu.

"Apabila saya mendengar kenyataan asal yang direkodkan dan daripada penjelasan Wee, saya rasa tak ada ruang nak buat tafsiran bahawa kenyataan itu adalah kenyataan perkauman yang tidak menghormati Perlembagaan Persekutuan, hak serta kedudukan bumiputera.

"Wee buat contoh, biasiswa JPA ini adalah satu-satunya peluang untuk pelajar-pelajar bukan bumiputera dapat biasiswa dari kerajaan. Jadi dia kata, apakah perasaan masyarakat bumiputera sekiranya biasiswa dan pinjaman Mara itu ditarik balik," katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen yang turut dihadiri Wee. Selanjutnya...

6 comments:

  1. Si Kitol ni pejuang melayu ke pejuang CINA. Si Kitol ni mana penah rasa susah???? Wakil Pemuda yang mengundi Si Kitol ni entahlah jenis manusia melayu apa agaknya??

    Boleh jalanlah Pemuda UMNO...jangan harap pemuda-pemuda lapisan muda akan menyertai UMNO.

    HIDUP PERKASA!!!!!!
    HIDUP PERKASA!!!!!!
    HIDUP PERKASA!!!!!!

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

    Kami di Unit Media Permatang Pauh selama ini hanya berpeluang membaca dan juga memberi komen ke blog Tuan. Blog Tuan telah banyak memberi info dan juga penerangan berguna buat kami terutamanya tentang putarbelit pembangkang.

    Hari ini, Unit Media Permatang Pauh telah menyahut seruan DS Najib untuk memperkuatkan lagi serangan terhadap pembangkang didalam ruang maya. Dan kami dengan rendah dirinya mohon ingin bersama Tuan serta para bloggers pro kerajaan lainnya berrganding bahu didalam usaha ini.

    Kami telah linkkan blog Tuan ke list kami dan kami harap Tuan sudi linkkan blog picisan kami ini ke list tuan juga. Diharap, kami yang masih baru ini akan mendapat tunjuk ajar dari pihak Tuan. Semoga perjuangan kita diberkati.

    Jutaan terima kasih dari Unit Media Permatang Pauh.

    ReplyDelete
  3. janda glamour menjadi-jadi karang ni.ramailah naik miang. betulka kj kena penampar mertua kerana miangkan maya?

    susah nak senaraikan nama2 yang mendapat biasiswa psd. ramai penerima anak-pinak orang besar2 psd dan politik.

    ReplyDelete
  4. salam 1 malaysia

    nampaknya berahim perkasa betul betul ada point.

    apa jadahnya si keri'promota=apco'jam'din nak bodik cino
    dan pee em dengan sobab konon kononnya jaga hati si chinkie
    celako tu = menjaga spirit 1 malaysia kepala hotak dia!

    padanlah pee em tak amik dia untuk jadi montori kerana
    logik bangangnya.

    Macam manalah korbau korbau kat rombau
    tu bolih pilih si bangang untuk jaga bangso, agama . tak sangka
    si keri 'apco-promota'jamban bodoh bagaikan simat-ngantuk ,
    si mertua hampeh tuh .

    hidup perkasa. baguih berahim, baguih .

    kau terus attack sibangang
    dari oxfart nih.
    cilikan dio baik baik .
    kita sapot dari belakang!!!


    khong khek khuat

    ReplyDelete
  5. sudah 54 tahun merdeka barulah kerajaan sedar judi itu haram. Ini kemenangan besar umat muslim melayu jati bukan seperti mahakutty yg hanya baru ingin menyeru umat melayu islam kembali merujuk kepada alquran dan alhadis. Kemasukan 40 ulama kununnya, walau hanya ada 8 yg hadhir, bukanlah bererti yg fahaman sekular UMNO akan berubah mengharamkan yg selebihnya sepertimana yg dikehendaki islam. Ulamak kunun ini hanyalah penjawat awam yg cari makan makan gaji. Sedarlah wahai umat melayu islam yg lain. sesungguhnya kita kena kembali kepada islam dan meninggalkan ajaran Lord Reid.

    ReplyDelete
  6. KJ, IBRAHIM DAN WEE KA SIONG PUN SAMA2 TOLOL...MASING2 NAK JD HERO.

    GEMPAK JER LEBIH...SEWEL BELAKA SEMUA MONYET2 TU!!

    ReplyDelete