Saturday, June 26, 2010

Boycott BTN!

Apa makna sebuah negara yang tiada Agensi Latihan Negara? Sedarkah bahawa negara Uncle SAM memiliki 2,500 agensi dan jabatan persekutuan dan negeri untuk LATIHAN GERAK SARAF negara Amerika. Manakala ISRAEL memiliki 5 buah agensi "BRAIN WASHER" warganegara dan pengikut Zionis. United Kingdom memiliki 145 agensi psy-war, manakala IRAN punyai 1 agensi gerak saraf mirip BTN di Malaysia, yang dikenali sebagai President Commandment Agency.

Negara India dan China juga memiliki ribuan Agensi Latihan Negara yang dikenali dengan pelbagai ganti Nama Khas. Karektor utama semua Agensi Latihan Negara ini bersifat setianegara yang merangkum perihal patriotisme, idealisme, nasionalisme, solidaritisme, pluralisme, jihadisme dan indoktrinisme.

Pak Sedaro melihat laman facebook Boycott BTN sebagai sebuah medan memesong akidah kewarganegaraan Rakyat Malaysia. YB Johari Abdul yang kini PKR boleh ditafsir sebagai Chin Peng Melayu, kerana sifatnya yang "meludah ke langit". Apalagi bila ramai kalangan "profesional rakyat Raja" yang berhimpun semakin bersetuju dengan pemboikotan atau pengharaman BTN. Mereka mewujud SPIES yang diterapi oleh YB Hasan Ali, tetapi menggunakan Modul BTN secara terbalik. Ini semua manipulasi PKR+DAP ke atas Rakyat Malaysia. Hari ini, mereka memberi terjemahan dan tafsiran songsang kepada Perkara 14 dan Perkara 15. Mereka merubah semangat Perkara 5, Perkara 6 hingga Perkara 11 dalam Perlembagaan Persekutuan 1957.

Hari ini, mereka melacur Perkara 153 dengan tindakan durjana dan paria mereka. Apa makna negara ini jika Bro Anwar Bin Ibrahim berjaya memenangi kes mahkamah menjubur Saiful Bukhari Azlan? Apa makna negara ini bila mana DAP dalam Parlimen boleh memperkecil dan mempersundal Perkara 12(1) dan Perkara 4? Hari ini Parlimen yang sedang bersidang menjadi Medan Pelacuran ILMU dek dengkelnya kefahaman Perlembagaan Persektuan oleh Ahli Parlimen DAP.

Biro Tatanegara amat relevan sifatnya. Biro Tatanegara mesti di BAI'AH semula dengan perkumpulan yang lebih besar. Hari ini BTN sudah tumpul mata penanya dan sumbing GIGI TARINGnya. Esok BTN mesti di asah kerana belakang parang andai di asah lagikan tajam. Esok BTN mesti dimasinkan semula, kerana yang masin itu penawar dan yang manis itu RACUN. Esok BTN mesti dimantapkan dengan SAF BERANI dan PERSAUDARAANNYA.

Sudah-sudahlah menyanyi dan berkaraoke. Kita sudah tiada MASA, Majulah dengan Gagah Perkasa, Janganlah Terlalai, Teruskan Usaha, Melayu kan GAGAH di pelusuk DUNIA.

Allah Hu Akbar, Rakyat Raja milik siapa?

2 comments:

  1. Salam Uncle Paneh,

    AMAT setuju dengan saranan ini. Kita sedih kerana di kalangan bangsa kita sendiri ramai pengkhianat yang hanya mementingkan diri sendiri dan sanggup mempertaruhkan maruah masa hadapan bangsa dan agama sendiri.WaAllahuAlam.

    Semoga Allah swt sentiasa memberikan kita Taufik dan Hidayah serta InnayahNYA dan jauhkan kita dari kesesatan dunia dan akhirat.

    ReplyDelete
  2. salam 1 malaysia

    membontot aka butt-fuck [b/f ] adalah satu jenayah dalam

    undang undang malaysia. Yang heran ekau semua nampak kes

    brader nuar aje. Apa hal kes chua kong kek yang membuntut

    isteri orang yang berzinah dengan dia?


    Lihat kes daphne iking pengacara tv3. bila ia dicuri olih

    jantan x untuk tujuan seks , dia di saman olih si suami[sekarang

    ex lah]. jadi si chua kong kek tak dilepaskan bagitu saje?


    Timbang balik logik anda-

    bila brader anwar [baru aje dituduh ] b/f si polan x, ekau

    semua buat tuduhan bagaikan dia sudah b/f sipolan x dan kutuk dia

    habis habisan. kes belum selesai lagi dan ekau dah putuskan brader

    tuh dah bikin the b/f.

    di dalam kes 2- chua kong kek b/f bini orang. dia tak kata macam

    si pundek lingam [ kawan baik madey ] -

    looked like me

    sound like me

    but it [imej dalam rakaman ] is not me

    si chua kong kek mengaku salah dan gambar jelas tunjuk dia ada bikin b/f


    adakah logik tuan macam ini-

    orang umno bikin b/f .. .. ... ... ok

    bukan orang umno bikin b/f .. .. .. tak ok


    dari segi undang undang
    -----------------------

    kalau si C b/f betino atau jantan ..... semuanya calah besar

    tiada beza.



    sedaro sekalian'

    pasal apo ekau semua nampak salah brader nuar aje tapi tak nampak

    salah sama yang si chua kong kek b/fkan bini orang ?


    adakah tuan sudah jadi 'race horse' yang pakai adang [blinkers]

    tak nampak kesalahan geng gerombolan bn tapi bolih nampak jalan

    depan kaki macam race horse aje.


    baguih jugak kalau sekali sekali

    tengok kudo lari . sedaro semua bolih tengok kudo lari dari tingkat
    3/4 hotel casuarina di ipoh. seronok gak!!!!


    khong khek khuat

    ReplyDelete