Sunday, July 18, 2010

"KERAJAAN BODOH!"

Ungkapan di atas biasa dilafazkan oleh golongan rakyat marhain apabila:

1. Kerajaan menaikkan harga minyak, rentetannya harga barangan seperti gula naik, rakyat mengadu dan jawapan yang diberikan kepada rakyat hanyalah..."Kurangkanlah pengambilan gula."

2. Kerajaan lambat menyiapkan pembinaan jalanraya, terutama di kawasan-kawasan yang sesak dengan kenderaan. Akibatnya, banyak berlaku kemalangan dan kos penyelenggaraan kenderaan bertambah dek masuk lubang setiap hari. Tetapi kerajaan cuma mampu kata: "Adukan saja pada JKR!"

3. Kerajaan meluluskan polisi/rang undang-undang, tetapi tidak disusuli dengan mekanisma penguatkuasaan yang menyeluruh. Kakitangan kerajaan yang diamanahkan hanya menguatkuasakan perundangan pada waktu-waktu tertentu sahaja, tapi hebohnya umpama ayam bertelur riuh sekampung...mengalahkan pula program 'Jom Heboh'.

4. BN membelanjakan wang yang begitu banyak ketika PRK, terutamanya di negeri Kelantan sedangkan umum mengetahui sifat pengundi Kelantan ialah: "Demo hulor kito ambik, tapi pakoh tetap bule".

5. UMNO memberikan kepercayaan kepada individu seperti Zahid Hamidi, Hishamuddin, Sabri Chik, Khairy dan yang seangkatan dengan mereka untuk memegang tampuk kepimpinan...sedangkan seluruh rakyat mengetahui betapa mereka ini ada yang bermuka-muka, lemah dalam membuat keputusan, tiada pendirian, dan bersifat lalang.

6. Kerajaan mengutamakan permintaan 'orang tersayang' terutama yang melibatkan isu peruntukan kewangan dan dasar-dasar penting negara.

7. Pakcik Cino pemandu teksi di Cheras pula kata: "Kerajaan ar..manyak boloh. Apa pasat dia bikin itu paip bomba sana atas jalan laya? Mau kasi olang accident ka?..."

Kerajaan wajib mendengar rungutan rakyat, walaupun hakikatnya tiada manusia yang pernah berasa puas. Juga tiada kerajaan di dunia ini yang tidak pernah melakukan kesilapan kerana kerajaan itu ditadbir oleh manusia dan manusia itu bersifat lemah serba serbi. Namun, kurang juga manusia yang mahu berhenti sejenak, merenung, muhasabah diri, berfikir untuk mensyukuri atas nikmat & rahmat yang terlalu banyak Allah berikan kepada kita sebagai rakyat Malaysia selama ini. Mungkin kita hanya akan menyesal apabila semua nikmat itu diambil kembali suatu hari nanti.

Kerajaan memerlukan rakyat dan rakyat memerlukan kerajaan. Maka sama-samalah kita saling ingat mengingati antara kerajaan dan rakyat serta memberi kritikan beserta cadangan yang membina; bukan untuk kita semata, tetapi juga untuk generasi masa depan yang akan mewarisi negara ini.

Kerajaan tidak bodoh, BN tidak bodoh, malah Umno juga tidak bodoh. Yang bodoh cuma segelintir yang berada dalam kerajaan, termasuklah individu di luar kerajaan yang 'sakit jiwa' melihat kemakmuran, keamanan & kejayaan yang dikecapi Malaysia selama ini yang disebabkan keredhaan Allah kepada kepimpinan sedia ada. Spesis inilah yang tidak pernah insaf akan pengorbanan orang terdahulu sejak kejatuhan Melaka 1511 dengan jerih perih membina negara ini dengan darah, keringat dan airmata.

Kita memerlukan beratus tahun untuk mencipta sebuah tamadun, tetapi hanya memerlukan masa sehari sahaja untuk memusnahkannya. Pilihan di tangan kita dan janganlah pula mempersiakannya.

8 comments:

  1. Astaghfirullah!

    Tabik saya kepada tuan yang memberi kupasan dengan bernas dan membawa makna.

    Saya tertarik bila diperkatakan tiada kerajaan yang tidak berbuat silap tetapi akan lebih dihormati jika cepat memperbetulkan kesilapan.

    Dengar segala keluhan walaupun kita tahu tidak semua manusia merasa puas.

    ReplyDelete
  2. kerajaan=najib
    najib=rosmah

    sapo nak jawab tu eh?

    ReplyDelete
  3. salam...

    bilo hargo gulo naik mendadak, penyokong kerajaan kato, 'ia tak membebankan' mako pembangkang pulak kato 'kerajaan bodoh' naikkan harga barang dlm keadaan ekonomi kacau-bilau. kilang2 byk yg tutup, ramai yg nganggo.

    den pun peniago gak. dah tak tau nak kato apo!!!!

    dulu sebeg gulo RM 80, kini dah jadi RM 100.naik harga gulo, harga susu pekat jugo akan turut naik. mcm mano den nak beniago. nak cakap banyak nanti di cop pembangkang.

    kalau msia betol2 miskin, kenapo gaji polis dinaikkan ? kenapo tabur duit banyak2 maso prk? kenapo boli kapal solam berbilion2...
    yg heran...
    kenapo gaji anggota bomba tak naik?

    mereko samo-samo bekorban utk negaro?

    den heran betol tengok mentori2 ni buek kojo. kalau sekali silap...kito kato tak sengajo.
    tapi kalau tiap2 kali buek silap, kita kato, mentori banggang!!!

    ReplyDelete
  4. Pemimpin dipilih dikalangan rakyat, oleh rakyat, untuk rakyat. Maka mengikut hukum demokrasi, BN adalah kerajaan pilihan rakyat hari ini. Dan ada hukumannya dalam hudud kepada mereka yang menentang pemerintah @ kerajaan. Tiada yg maksum, hatta Nik Aziz dan Anwar Ibrahim. Dan ingatlah bahawa mereka berdua termasuk dlm kelompok yg rajin menentang pemerintah. Jadi apakah hukuman yang sesuai utk golongan ini?

    ReplyDelete
  5. CAM NI LAH BANG...KITO SERING DILAGUKAN DENGAN KEISTIMEWAAN MELAYU...

    DEN RASO TAK ADO APA YG ISTIMEWA LAGI KAT MESIA NI...SOBAB EH!

    1. SEBAHAGIAN BESAR RAKYAT MESIA ORG SEDERHANA DAN BAWAHAN, TAPI BILA SEMUA BARANG NAIK, APO KEISTIMEWAAN KITO NAK HIDUP DN SELESO...???

    2. BARANG2 NAIK SIAPO YG SUSAH? ORG TAK FIKIR APO2 BANG! HARI2 ORG FIKIR MACAMANA NAK BAGI ANAK MAKAN, PAKAI,SEKOLAH,MINYAK...

    3..KATA2 TAK MEMBEBANKAN RAKYAT INI MENYODAPKAN KITA YO..HAKIKAT EH, SENDIRI MAU INGAT LAH...

    APA MACAM..KITA TUKAR YO KERAJAAN BN NI MASA PRU 13 NANTI...KITA BAGI KEK ORG LAIN PULAK LAH YG TAHU MENGURUS MESIA NI...ASYIK2 ORG LAMO YO, TAK ELOK YO, BAGI ORG LAIN PLAK...BOLEH SEDARO?

    ReplyDelete
  6. Hisyam rais,

    Pemimpin bagaimana yang wajib ditaati? Dan apa maksud taat? Adakah mengiyakan segala yang pemimpin buat hatta sehingga mendera rakyat? Ada syaratnya untuk taat kepada ulul amri, anda kena belajar banyak..banyak saudaraku. Anda juga kena memahami apa itu demokrasi dan kenapa kita mengundi 5 thn sekali. Anda kena faham istilah pembangkang dan kerajaan.

    Disini diturun kan satu hadis;
    “Dengar dan taat (kepada pemerintah) adalah kewajipan setiap individu muslim dalam perkara yang dia suka atau benci selagi dia tidak diperintahkan dalam perkara maksiat. Apabila dia diperintahkan dalam perkara maksiat maka tiada lagi dengar dan taat. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

    Persoalannya; kalau pemimpin menyeru ditinggalkan perintah Allah dan mengambil perintah kafir perlukah ditaati? Contohnya mengambil hukum saranan Lord Reid dan meninggalkan hukum hudud ciptaan Allah?

    ReplyDelete
  7. KALAU DIFIKIRKAN APA YG TUAN TULISKAN NI, JELAS BUKAN LAHIR DARI HATI DAN PENULISAN TUAN YANG SEBENARNYA, INI PENDAPAT DARIPADA SAYA YG TELAH MERANTAU DIMERATA KERAJAAN NEGARA ORG, CUBA TUAN BUAT PERBANDINGAN DENGAN NEGARA KITA ATAU KERAJAAN MALAYSIA, SUNGGUH JAUH PERBEZAANNYA DARI SUDUT KEAMANAN, KETENANGAN, KEHARMONIAN, KETENTERAMAN DAN KESEJAHTERAAN, BERSYUKUR TUAN KITA DILAHIRKAN DAN BERADA DI TANAHAIR KITA MALAYSIA, BERSYUKURLAH SEDIKIT TUAN, JANGAN CAKAP IKUT SEDAP SAHAJA..
    1.Katakanlah: "Dia-lah Yang menciptakan kamu dan menjadikan bagi kamu pendengaran, penglihatan dan hati." (Tetapi) amat sedikit kamu bersyukur. AYAT 23. SURAH AL-MULK
    2.Kalau Kami kehendaki, niscaya Kami jadikan dia asin, maka mengapakah kamu tidak bersyukur? SURAH AL-WAQIAAH AYAT 70
    3.sebagai nikmat dari Kami. Demikianlah Kami memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur, SURAH AL-QAMAR AYAT 35
    4.Perbuatan manusia baik atau buruk kembali kepada dirinya sendiri "Allah-lah yang menundukkan lautan untukmu supaya kapal-kapal dapat berlayar padanya dengan seizin-Nya dan supaya kamu dapat mencari karunia -Nya dan mudah-mudahan kamu bersyukur. SURAH AL JAASIAH AYAT12
    5.Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan; "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih." SURAH IBRAHIM AYAT 7
    6.Dan ingatlah (hai para muhajirin) ketika kamu masih berjumlah sedikit, lagi tertindas di muka bumi (Mekah), kamu takut orang-orang (Mekah) akan menculik kamu, maka Allah memberi kamu tempat menetap (Madinah) dan dijadikan-Nya kamu kuat dengan pertolongan-Nya dan diberi-Nya kamu rezeki dari yang baik-baik agar kamu bersyukur. SURAH AL ANFAAL AYAT 26
    7.Allah tidak menghukum kamu disebabkan sumpah-sumpahmu yang tidak dimaksud (untuk bersumpah), tetapi Dia menghukum kamu disebabkan sumpah-sumpah yang kamu sengaja, maka kaffarat (melanggar) sumpah itu, ialah memberi makan sepuluh orang miskin, yaitu dari makanan yang biasa kamu berikan kepada keluargamu, atau memberi pakaian kepada mereka atau memerdekakan seorang budak. Barang siapa tidak sanggup melakukan yang demikian, maka kaffaratnya puasa selama tiga hari. Yang demikian itu adalah kaffarat sumpah-sumpahmu bila kamu bersumpah (dan kamu langgar). Dan jagalah sumpahmu. Demikianlah Allah menerangkan kepadamu hukum-hukum-Nya agar kamu bersyukur (kepada-Nya). SURAH AL-MAIDAH AYAT 89
    WALLAHUA`LAM

    ReplyDelete
  8. economical flights to germany
    [url=http://vimeo.com/user4498961]name price hotel
    [/url]catalyst enclosure
    low-priced fabricate up
    bed rooms
    [url=http://www.earthday.org/users/48490]cheap hotel packages
    [/url]brazil hotel prices
    weekend bed deals
    inferior tickets
    [url=http://www.fairview.org/cty/members/klemot/default.aspx]hotel price bid
    [/url]grampians accommodation
    eticket booking
    hotel booking software
    [url=http://www.youthcabinet.org/profile/Josh]white hart hotel
    [/url]cheap flights to amsterdam
    for a song house painters
    airplane tickets
    [url=http://www.beautyresearch.com/blogs/alexa/archive/2010/08/15/hotels-and-accomodations.aspx]hotel cafe
    [/url]online pension booking sites
    tatty vegas tourist house rooms
    bield habitation
    [url=http://www.mazdacommunity.com/profiles/blogs/special-hotel-offers-or]cheap ny hotels
    [/url]favour in la
    housing rates
    stumble on case

    ReplyDelete