Tuesday, July 20, 2010

Macam takde kesan je...

1. Kami baru pulang daripada menghadiri seminar korporat di Port Dickson kelmarin.

2. Melihat akan senario yang berlaku di Negeri Sembilan kini, dalam keadaan 'kebisingan' dan 'kekecohan' rakyat berkenaan kenaikan harga minyak, gula serta penarikan subsidi, timbul persoalan adakah kenaikan itu memberi kesan yang teramat kepada rakyat di Malaysia ini?

3. Sepanjang di Port Dickson, kami melihat begitu ramai manusia, daripada sekecil kenderaan seperti kapcai dan kancil, sehinggalah kepada 'fatboy' dan Ferrari, telah memenuhi jalanraya di sekitar Port Dickson dengan nombor plat dari pelbagai negeri.

4. Hotel dan Resort di Port Dickson sentiasa penuh dengan pengunjung, ditambah dengan keadaan jalanraya yang sesak pada hari Sabtu & Ahad.

5. Semalam kami meneroka kawasan luar bandar seperti Jelebu, Jempol, Bahau, Kuala Pilah, Gemas, Tampin, Rembau, Mambau etc. untuk meninjau keadaan kedai makan/warung, dan keadaannya tetap seperti dulu, sentiasa dipenuhi pelanggan.

6. Restoran, gerai & warung di sekitar Seremban juga meriah dengan pelanggan sepertimana malam-malam sebelumnya.

7. Pasaraya seperti JayaJusco, Giant, Carefour, Seremban Parade, Terminal One, Familiy Store, Centre Point, The Store, Billion etc. masih tidak lekang dikunjungi, tidak kira hujung minggu atau hari biasa.

8. Beberapa kilang baru kini giat dibangunkan di Senawang Industrial Park, dan kelihatan juga kilang-kilang terbiar diambil alih oleh pihak swasta untuk menjalankan operasi perniagaan mereka.

9. Jaringan pengangkutan juga semakin giat dibangunkan di Negeri Sembilan bagi menambah keselesaan pengguna.

10. Dan kita sedia maklum bahawa projek pembangunan akan membawa sekali rezeki kepada pengusaha-pengusaha kecil yang bertebaran di sekeliling lokasi projek yang sedang diusahakan.

11. Maka apakah relevannya penarikan subsidi ini kepada rakyat Malaysia yang sebenar-benarnya?

12. Kami mengajukan persoalan ini kerana pihak pembangkang sudah mula memainkan isu kenaikan harga barang dan semakin rancak menghasut rakyat agar membenci kerajaan menggunakan isu ini.

13. Tetapi sebaliknya, 'habit' & 'behavior' rakyat tetap tidak berubah, yakni sama saja sebelum harga barang naik, berbanding selepas harga barang naik.

14. Pasaraya, kedai, restoran, hotel, jalanraya, pengangkutan awam etc. tetap penuh dengan manusia.

15. Adakah pendapatan boleh guna rakyat Malaysia tidak terjejas dengan situasi kenaikan harga barang ini?

16. Atau rakyat Malaysia sudah mula menerima hakikat akan perubahan ekonomi dunia yang bukan sahaja memberi kesan kepada Malaysia, malah turut menjejaskan negara-negara di rantau ini umumnya?

17. Atau sudah ramai rakyat Malaysia yang pernah mengunjungi Thailand, Indonesia, Bangladesh, Filipina atau India, telah mula sedar betapa beruntungnya mereka hidup dalam sebuah negara yang bernama Malaysia?

18. Atau rakyat semakin rasional serta menerima penjelasan Najib seperti berikut:-

Pertama, kesemua subsidi ini tidak menepati sasaran – ia memberi faedah juga kepada pihak yang tidak layak, iaitu warga asing dan rakyat yang berpendapatan tinggi yakni mereka yang mampu untuk membayar petrol tanpa subsidi. Fokus kita sepatutnya ialah bagi membantu golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana bukan mereka yang memandu kereta import yang mewah. Subsidi gula yang berlebihan pula memberi faedah kepada industri-industri dan bukannya keluarga. Hampir dua kali ganda subsidi gula ini digunakan oleh sektor perniagaan berbanding isi rumah.

Kedua, barangan yang bersubsidi tinggi selalunya membawa kepada aktiviti penyeludupan kerana pemberian subsidi telah menjadikan barangan ini paling murah di rantau ini. Pada tahun 2009 sahaja, ramai penyeludup telah ditangkap ketika cuba membawa keluar lebih 200 tan metrik gula. Sebenarnya, jumlah yang tidak dapat ditangkap kerana penyeludupan ini adalah lebih besar. Diesel terus diseludup dan dijual secara haram di negara jiran. Pihak berkuasa telah meningkatkan pengawalan untuk menghalang penyeludupan, tetapi selagi adanya perbezaan harga yang besar, penyeludup akan terus dengan kegiatan haram ini.

Ketiga, kita perlu menukar cara kita menggunakan bahan bakar dan gula. Penggunaan bahan bakar yang berlebihan akan mengurangkan sumber negara dengan cepat dan tidak menyumbang kepada usaha kita melindungi alam sekitar. Dengan 40 peratus rakyat Malaysia yang berlebihan berat badan atau obes – dan peningkatan jumlah penghidap diabetes – kita perlu menangani apa yang dilihat sebagai satu isu kesihatan. Mengurangkan penggunaan gula di kalangan anak-anak khususnya, adalah langkah yang tepat. Selanjutnya di sini & di sinun.

19. Hakikatnya, majoriti rakyat Malaysia kini sedang melalui fasa-fasa sukar dalam kehidupan mereka dan sedang belajar untuk menerima hakikat hidup serta berusaha untuk membaiki taraf kehidupan.

20. Hanya sebahagian sahaja terutama dikalangan penyokong parti pembangkang yang enggan berubah dan sentiasa menyalahkan orang lain di atas kekurangan diri sendiri.

21. Cuma kerajaan perlu memastikan penguatkuasaan diperhebatkan kerana rakyat sudah lali dengan karenah jabatan penguatkuasa di Malaysia yang agak lemah serta bermusim dan sering pula ikut 'mood' pegawainya. Contohnya, kini harga gula di Jempol berbeza berbanding di Seremban, tetapi masih tiada tindakan dari pihak berwajib. Makan gaji buta gamaknya depa ni.

22. Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan dia sendiri mengubahnya, dan bersyukurlah kerana kita dikurniakan Allah dengan pemimpin yang bersesuaian dengan zamannya, bagi memastikan negara ini terus aman & makmur seadanya.

7 comments:

  1. betul tu.. aktiviti harian rakyat tak terjejas langsung pun pasal kenaikan harga ni..'

    yang terjejas adalah strategi pembangkang untuk takluk Malaysia ni.. Bila dieorang rasa rakyat dah tak sokong dieorang.. mulalah dieorang menghasut rakyat supaya bencikan kerajaan..

    ReplyDelete
  2. fikir positif..semua yg dibuat kerajaan ada baiknya..

    jgn ikut pemikiran pembangkang..klu dh bleh disamakan dgn diri sendiri kais pagi makan pagi, kais ptg mkn ptg pn masih nk salahkn org lain..

    ubah la gaya hidup dgn lebih berhikmah..berubah la..bangsa lain di bumi malaysia ni pn maju dgn usaha mereka sendiri..

    jgn jd kuli di negara sendiri..

    ReplyDelete
  3. habis nak macamana..? tiap kali barang naik.. rakyat bekurung dalam rumah..? berenti buat apa yang dah dirancang sebelomnya instantly..? menangis..? gitu..?

    setiap kali harga naik.. alasan murahan & lapuk jugak diberi.. "kenaikan tidak akan beri kesan kepada rakyat.." atau "..harga masih murah jika dibanding dengan negara lain.." MUAK!

    ReplyDelete
  4. Kenaikan harga sesuatu barang kegunaan harian kepada rakyat memang ada kesannya, berapa banyak kesannya bergantung kepada kemampuan.

    Kalau tiada kesan masakan kerajaan takut dan berhati hati dalam penggunaan bahasa, daripada kenaikan diubah kepada penyeelarasan dan adjusment, pemotongan subsidi bla blablabla... lepas tu kata, kurangkan gula, harga lebih rendah...komen di atas pun dah kata muak, di sini pun muak dan muntah.

    Kerajaan jangan ingat rakyat buta untuk melihat lain2 pembaziran dan kebocoran yang sedang di alami oleh kerajaan. Pengurusan kewangan yang lemah adalah pokok segala galanya, lain lain perkara adalah alasan sahaja.

    Wahai kerajaan dan UMNO, jagalah tingkah laku dan pendekatan yang digunpakai dalam menangani isu rakyat kerana anda diperhatikan secara peribadi oleh setiap rakyat dan hentikanlah tuduhan bahawa pembangkang mempengaruhi rakyat, pengaruh mereka tidak seberapa kalau dibandingkan dengan tingkahlaku kerajaan sekarang yang makin sumbang.

    Pembangkang juga tidak terlepas dinilai oleh rakyat.

    ReplyDelete
  5. Senang je. Ibarat ukur kain badan sendiri. Belanja ikut kemampuan. Barang naik mcm mana pun tak kisah. Tak mcm masa Tun Dollah dulu, kenaikan drastik menimbulkan panik. Bravo, menarik rambut dalam tepung. rambut jgn putus, tepung jangan berselerak.

    ReplyDelete
  6. Siapa dapat nafikan bahawa setiap kenaikan akan menyusahkan rakyat? Tetapi pembangkang manupulasi isu seolah-olah ramai yang akan kebuluran dengan pelarasan subsidi tersebut.

    ReplyDelete