Monday, September 6, 2010

Giliran Hishamuddin pulak kena...

1. Tampak ramai yang menyokong Musa Hassan menggantikan Hishamuddin dalam artikel "Menteri KDN yang baru...", termasuk di blog The Unspinners.

2. Kami faham akan hasrat kebanyakan rakyat Malaysia, tidak kiralah dalam dunia cyber, mahupun di alam realiti, walau apapun ayat yang digunakan, maksudnya tetap sama iaitu Hishamuddin patut disingkirkan segera dari Kementerian Dalam Negeri.

3. Hatta siapapun yang dicadangkan bagi menggantikan Hisham, hakikatnya ramai yang mahukan Hisham ditendang keluar secepat mungkin dari KDN ataupun tidak diberi peranan langsung dalam kabinet, kerana KPI atau prestasinya sangat jelas berada di bawah par.

4. Inilah masalahnya apabila manusia yang tidak pernah hidup susah sejak kecil (bangsawan boy), diberi pula amanah dalam teraju pemerintahan negara...hasilnya hancus. Hishamuddin yang diangkat menjadi pemimpin kerana lahir daripada keturunan mantan Perdana Menteri, menyebabkan beliau yang lama hidup dalam keselesaan telah membentuk peribadi yang 'slow' dan lemah.

5. Walaupun karektor Najib kurang hampir menyamai sepupunya Hisham, namun kami merasakan Najib tidaklah boleh dipersalahkan 100% kerana meletakkan Hishamuddin menerajui KDN hari ini.

6. Kami faham dilema Najib.


7. Hishamuddin adalah Naib Presiden Umno, maka sudah tentulah Najib terpaksa meletakkan Hisham di kementerian yang penting, bersesuaian dengan statusnya sebagai Naib Presiden. Najib sudah tentu berasa serba salah andai tidak melantik seorang Naib Presiden Umno dalam barisan kabinet. Lainlah jika Hisham tiada jawatan langsung dalam parti, mungkin Najib dengan mudahnya akan mengenepikan Hisham daripada senarai kabinet.

8. Jadi siapa yang patut dipersalahkan? Sudah tentulah perwakilan bingai yang meletakkan orang bacul seperti Hisham di kerusi Naib Presiden Umno, termasuk musuh dalam selimut seperti Zahid Hamidi yang juga di kerusi Naib Presiden, spesis korup seperti Khairy sebagai Ketua Pemuda, Nazri Aziz paloi di kerusi MT, dan sekian banyak lagi individu yang diletakkan di kedudukan yang tidak sepatutnya dalam hirarki kepimpinan Umno hari ini. Jadi siapakah yang bersalah memilih mereka? Sudah pastinya ahli-ahli Umno.

9. Tetapi harus diingat bahawa masalah ini bukan sahaja membelengu Umno, tetapi turut menjadi kemelut dalam "Parti Saudara SeIslam Umno", yakni Pas.

10. Rata-rata ahli Pas di peringkat grassroots dikalangan kenalan kami, merasakan sudah sampai masanya Nik Aziz mengundurkan diri. Ramai dikalangan ahli Pas berkeras menyifatkan Nik Aziz semakin nyanyuk dengan kenyataan yang berbelit-belit sehingga menyukarkan akar umbi Pas mempertahankan hujah si Pak Mursyidul. Ramai juga yang tidak sukakan peribadi Husam, Mat Sabu, Nizar, mahupun Nasarudin, hatta Presiden Pas sendiri iaitu Hadi Awang yang turut dilabel lembik kerana tampak sentiasa tunduk pada DAP & PKR. Tapi siapa pula yang meletakkan mereka di kedudukan hari ini sebagai pemimpin Pas? Sudah tentulah perwakilan Pas yang bingai. Maka siapa yang patut dipersalahkan? Pastilah ahli-ahli Pas.

11. Ahli-ahli Umno & Pas telah mengangkat pemimpin-pemimpin bacul yang tidak mampu mempertahankan orang Melayu & Islam yang saban hari diinjak secara menggila oleh orang bukan Islam. Maka pada siapa lagi bangsa Melayu di negara ini boleh bergantung harap?

12. Tetapi satu perkara yang kami sedari, walau sekian ramai Pro Kerajaan menghentam Hisham, kelihatan geng komplot pembangkang hanya diam membisu. Artikel atau isu perihal kelemahan Hisham, hampir tiada disentuh atau diulas langsung oleh komplot pembangkang.

13. Dahulunya, apabila kebanyakan pro BN hampir saban hari menghentam Paklah, pihak komplot pembangkang pula yang kelihatan bersungguh mempertahankannya .

14. Adakah strategi yang sama sedang digunakan komplot pembangkang terhadap Hisham? Jelas mereka tidak menyentuh, mahupun mempertikai kebaculan Hisham, tetapi hanya membiarkan orang Melayu dibuai emosi agar membenci kerajaan dek kebaculan Hisham selaku Menteri KDN.

15. Adakah Najib menyedari dejavu ini? Atau masih leka dibuai mimpi?

16. Yang pasti, semakin ramai Melayu di luar sana yang dah mula hilang sabar dengan Menteri KDN!

11 comments:

  1. mereka inilah yg merosakan parti UMNO.
    cina pendatang makin berani kerana orang2 macam mereka yg bagi muka,senang2 cina pendatang beli mereka dengan wang.
    dari menteri dalam negeri,sampailah ke polis yg peringkat prevet cabuk.
    kalau kita kata mereka ini rasuah..marah pulak.tapi hari2 bolih jumpa kalau kita rajin memerhati masa mereka bertugas.
    cina pendatang juga yg untung dan bertambah kaya.
    cuba2 ke jln kucai lama,depan KK MART tengok kaum pendatang ini berniaga,sampai atas jalan dan petak pArking mereka letak meja.mana penguatkuasa DBKL.
    RASUAH LAH TU....
    KALAU MELAYU BUAT MACAM TU.TAK CUKUP SAMAN,LORI MEREKA BAWA ANGKUT SEGALA KERUSI MEJA
    SUSAHNYA MELAYU CARI MAKAN DINEGARA SENDIRI,PENDATANG DIBERI KEISTIMEWAAN BUAT APA SAJA.
    MELAYU DI ANAK TIRIKAN.PENJAWAT AWAM TERDIRI DARI ORANG MELAYU SANGGUP BUNUH BANGSA SENDIRI.
    TERIMA RASUAH DAN BIARKAN KAUM PENDATANG BUAT SESUKA HATI.
    INILAH DILEMA MELAYU YANG SEBENAR.
    PEMIMPIN RASUAH,PENGUATKUASA RASUAH.
    MELAYU MAMPOS DINEGARA SENDIRI,PENDATANG CINA KAYA RAYA..

    ReplyDelete
  2. setuju dengan bro. melayu dan islam diasak dari pelbagai ssuut, tetapi dato hisham langsung tidak agresif..

    ReplyDelete
  3. atau dato hisyam sedang membunuh watak dato najib

    ReplyDelete
  4. aku setuju.penjawat awam rasuah.pendatang asing melambak lambak,menteri kdn pondan
    dandayus.penjawat awam lah yang menindas melayu,selalu tak cukup,bagi betis nak peha .lepas tu nak pusat,lepas tu nak kepala.
    tenguk saja cuepac ,tak pernah cukup.dia orang ingat penjawat awam saja yang nak hidup dan makan ,swasta tak perlu hidup,biar mampus.

    ReplyDelete
  5. Den sokong Tengku Wong dan mendiang Eric Chia. Eric Chia kata kalau dia didapati bersalah, dia akan membongkar kehujung pangkal. Begitu juga Ling Liong Sik kata, I m guilty if mahathir say so. I was not chairing that cabinet meeting but yet they say i m gulty. Patutlah si mantan itu dapat berbagai namo nick spt Mahahaprak dan Mahabelit. Den cayo pada arwah Tun Razak yg pernah melarang bekas Pengarah ITM dulu agar jgn berniaga waktu Pengarah itu menjawat jawatan kerajaan. Tapi sekarang ini ada pulak yg kata "You help me I help you, You deliver on Sunday, come and collect on Monday" Ini lah kualiti pemimpin melayu. Lepas itu cakap pandai pulak suruh media lapur yg benar. Den tunggu utusan Meloya dan tv 3 1/4 tak keluar2 berita. dalam internet youtube clear. Aduh pedih nya Tem.

    ReplyDelete
  6. melayu x sedar diri...dari menteri ...penguatkuasa sampailah kat rakyat biasa...samo jo... tak payahlah kato ko botul yg lain salah... macam bagus jo... bangang camtu gak... sekolah maleh...berniago tipu...ado kuaso rasuah...jadi ahli asyik nak habuan jo...samolah...jgn kata orang lain...baik kato KITO...bingai lah

    ReplyDelete
  7. Bukan kaum pendatang yg akan menjahanamkam Melayu tapi org Melayu sendiri.
    Jika ada bangsa yg tidak kasih kpd bahasanya itulah bangsa melayu.
    Jika ada bangsa yg tidak kasih kpd bangsanya itulah bangsa melayu.
    Eh eh sapa punya kata2 tu haa.

    ReplyDelete
  8. Salam Sdr PM,

    Sedarlah wahai bangsaku
    5 ratus tahun kita dijajah dan dibelanggu
    Kerana kita lemah tidak bersatu
    Bersengketa dan bermusuh tak menentu
    Menegak pendirian mengikut nafsu
    Akhirnya, kita bangsa Melayu
    Menjadi bacul,dayus dan layu

    Kini sejarah hitam mungkin berulang
    Karenah angkara kaum pendatang
    Bersubahat dengan petualang
    Bangsa kita petunjuk jalan

    Sejarah hitam akan menimpa negara
    Kerana pihak berkuasa tidak terdaya
    Lemah kaku tidak berupaya
    Untuk bertindak tegas dan segera
    Menghapus ancaman musuh negara
    Dari kalangan pendatang celaka

    Askar Tua

    ReplyDelete
  9. hishamuddin tun hussein bangangSeptember 6, 2010 at 8:10 PM

    sidang media musa memaklumkan;

    musa hanya dimaklumkan kontrak tidak disambung semasa sidang media. tiada sesiapa pun beritahu beliau sebelum itu.

    kdn selalu campurtangan arah pegawai polis menjalankan tugas tanpa maklum kepada musa sendiri.

    sah hisham dan kdn bangang.

    ReplyDelete
  10. Aku tengok bangsat amaran ni macam nak muntah.

    ReplyDelete