Monday, November 29, 2010

Azizah Juga Kurniaan Tuhan

Pak Sedaro amat simpati tahap gaban pada Kak Azizah The Legend, kerana bermati-matian mempertahankan Anwar Ibrahim, suaminya yang berselera luar biasa dan hidup dua alam serta dua identiti.

Benar bahawa semua insan ialah kurniaan Tuhan. Gillard di Australia pun kurniaan Tuhan. Anak-anak yang merempit itu juga kurniaan Tuhan. Tapi kurniaan Tuhan semata-mata tidak menjadikan semua orang 'wajib' diangkat darjatnya, terutama ianya sespesis Anwar Ibrahim yang terang-terangan telah menjadi musuh yang amat nyata kepada umat Islam di bumi Melayu ini. Anwar Ibrahim kini sedang menghadapi kecaman maut daripada media. Tapi untuk tugasan liberalisasi media di Malaysia, editor Mingguan Malaysia memberi "highlight" kenyataan Azizah, anak angkat Wan Ismail ini.

Nampaknya jihad songsang Anwar Ibrahim dalam impiannya untuk tidur baring dan bermukah di istana Seri Perdana seperti yang diidamkan selama ini sudah di penghujung epilog cinta .

Sekolah simpang-siur Anwar Ibrahim merupakan sekolah latihan kepada kefahaman pluralisme, liberalisme, sosialisme dan sekularisme yang ditaja oleh Zionis. Institut Kajian Dasar yang dulunya menjadi pusat kajian ilmu UMNO semasa Anwar Ibrahim sang lanun darat menjuarai kerusi Timbalan Presiden UMNO, kini menjadi markas tarbiyah politik murahan dan jembel. Pedagogi ilmu politik miskin yang dipelopori oleh PKR khususnya dalam koloni DAP dan PAS, ialah "Mencipta kehancuran dan kejahanam sebuah Parlimen Melayu di Wilayah Melayu".

Apakah peristiwa Memali moden akan kembali atau peristiwa Rundingan Baling moden akan berulang? Bilakah orientasi nasional untuk menjana kekayaan Bangsa Teras akan dimakmurkan oleh pemimpin barisan hadapan UMNO? Bilakah rakyat akan menikmati kesan kepada kekayaan harta dan ilmu yang luwes?

Ohh, Azizah...anda memang taat kepada sang suami, walaupun dia hari ini mencetak diri sebagai "The BEAST".

9 comments:

  1. paneh miang pun anugerah Allah juga tapi kerjanya untuk memfitnah serta mengutuk orang.Anuar anugerah Allah untuk memimpin rakyat jelata yang tertindas.saya juga anugerah Allah.apa masaalahnya..ada pemimpin anugerah Allah tapi jadi penyangak macam firaun.begitulah manusia kekeringan modal..

    ReplyDelete
  2. Anuar anugerah Allah untuk memimpin rakyat jelata yang tertindas.?????

    adoiiii....hahahahhahahahhahahahhaa....senak perut aku gelak...ahhahahahhahah(sambung gelak)

    www.anwaraidc.com

    ReplyDelete
  3. Paneh ialah mahluk perosak anugerah tuhan kpd iblis, dijadikan manusia bernama paneh utk menjadi pengikut iblis laknatullah maka bila dia mampus tanpa tobat neraka adalah kampung tempat dia bermastautin selama2nya bersama2 dgn tuhan dia iblis.

    ReplyDelete
  4. Anon 3:31 (balaci B.A.B.I) sudah sawan. Rilek la bro.

    AkuAntiPR.

    ReplyDelete
  5. Anwar anugerah tuhan utk rakyat Malaysia.....the god must be crazy

    ReplyDelete
  6. DSAI memanglah anugerah Allah pada rakyat Msia. Anugerah untuk menyedarkan yg hak dgn yg batil. Walau pun dia di hambat dari jawatannya secara tidak gentlemen, mamaktaik penakut tewas bertanding yg hambat dia pun, di hambat keluar hanya dgn setiap undi 200RM ajo. Inilah melayu sebonarnya yg diternak oleh UMNONGOK. Mahashit yg tak bermoral hanya mencipta fitnah dongeng hingga sampai kehari ini pun mahkamah kelam kabut mengendalikannya. Hanya mereka yg ado hasad dengki ajo atau yg murah spt sipelacur lelaki yg sanggup bersumpah diliwat dikondo tapi sebelumnya dah disondol 3 lelaki lain.(menurut bukti DNA). Yg den taajub ado sibingai sampai menubuhkan Paneh Miang spt CiCit Komut, Paneh, Melayu angkat dan di ikuti oleh Org kuat Kubang Taik si Temterkucil.

    ReplyDelete
  7. Selamat berjaya Kak Wan dan DSAI. Den dah tanya Ulamak Muktabar, jika DSAI mati dalam memperjuang maruahnya, mati DSAI adalah mati syahid Dunia sptmana matinya Arwah Ibrahim Libya dlm kes Memali. Jika Pak Sedaro tak caya tanyalah bekas mufti Johor Datuk Noh Gadut.

    ReplyDelete
  8. kalau ye pun anugerah tuhan, tak payah promosi sangatlah. Ramai yg hebat-hebat dari anwar dalam dunia ni tak ada pun angkat macam tu sangat.
    Nuar kalau betul anugerah tuhan yg maha hebat, kenapa tak berani bersumpah bahawa dia tidak meliwat Saiful. Itu bukan kerja susah sangat. Kalau berani, bersumpahlah. Bukan lama sangat. Tak sampai lima minit pun.

    ReplyDelete