Sunday, November 28, 2010

Memoir MEMALI

Pak Sedaro terasuk untuk menulis cebisan sejarah dan cerita benar tentang Memali, apabila diusik dengan pukulan maut oleh seorang insan yang pernah terlibat secara langsung dalam peristiwa berdarah Memali, dek kerana "Ibrahim Libya-Ahli Neraka".

Ibrahim Libya bukanlah seorang patriot seperti yang dimomok oleh PAS. Dia tidak syahid seperti yang digebang oleh PAS. Kuburnya yang diheboh sebagai seharum bau kasturi kononnya, adalah kubur yang telah disimbah dengan Minyak Atar Subuh, yang dibeli bertong-tong oleh ortodok Ibrahim Libya.

Ibrahim Libya merupakan manusia yang kejam dan zalim. Dia memberi arahan pada pengikutnya yang berhadapan dengan pihak berkuasa, untuk membina tembok dan benteng manusia daripada kalangan perempuan tua, ibu mengandung, anak-anak kecil dan remaja yang bersenjatakan parang, pedang, tombak dan apa jua alat dan perkakas yang boleh ditakrif sebagai tajam, merbahaya dan boleh membunuh.

Ibrahim Libya seorang pengamal ajaran sesat yang mentafsirkan bahawa perjalanan rohnya sudah melewati mukjizat yang kononnya setaraf seperti seorang nabi. Dia sudah membenarkan zikir-zikir yang diputar belit, sehingga ada dikalangan pengikutnya yang taksub melampau boleh membenarkan proses "ringan-ringan" di antara mereka yang bukan muhrim.

Maklumat tentang kedudukan Ibrahim Libya yang semakin terpesong akidah dan survival umat Islam di perkampungan yang jauh ke hulu iaitu mukim Memali, merupakan lokasi pengkaderan soldadu Imam Mahadi, kononnya. Ramai ahli PAS yang sedar akan pemesongan akidah ini telah lebih awal "cabut lari", tapi mereka tidak pula membuat laporan kepada Mufti Kerajaan Negeri Kedah, mahu pun Kadi Daerah Baling.



PAS tidak layak rupanya menjadi pelapor kepada permasalahan rakyat, dan ini dibuktikan dalam insiden berdarah Memali. Ibrahim Libya mengumpan para sukarelawan RELA yang mempunyai senjata api, dan tuan-tuan miliki senjata api, untuk berjuang bersamanya dengan mempraktikkan ilmu sihir yang dipelajari daripada wat-wat Siam di Selatan Thailand. Ibrahim Libya sebenarnya dicari oleh polis khas Thailand kerana bersekongkol menyebarkan dakyah dan fahaman Komunis-Islam, serta menganjurkan keganasan sebagai medan mencari perdamaian.

Alhamdulillah, Allah memberi hikmah kepada Malaysia kerana sejak peristiwa Bukit Payung di Batu Pahat, dituruti dengan Memali, kemudian Al-Maunah di Jenalik, kita masih menjalani kehidupan yang aman dan damai. Barisan patriot yang terdiri daripada anggota tentera dan polis, yang bertugas tanpa rasa gusar, gentar dan khuatir, sanggup menggadai nyawa demi menjaga kerukunan yang WAJIB ke atas Bumi Islam iaitu Malaysia ini.

Inilah implikasi tersirat daripada kekuatan Perjanjian Hudaibiyah dan Piagam Madinah yang menjadi resepi dan ramuan penyusunan dan pengazetan Perlembagaan Persekutuan 1957.

Anak kecil yang pernah menangis semasa tragedi berdarah Memali dulu, kerana melihat bapanya seorang Koperal Polis dari Cawangan Khas ditetak dengan pedang oleh pengikut Thaghut Ibrahim Libya, hari ini, anak kecil itu sudah berumur 35 tahun. Bapanya baru pencen daripada pasukan.

Seorang pegawai penyiasat yang undercover sebagai pengikut paling setia kepada Ibrahim Libya daripada Bahagian Perisikan, kini sudah mampu tersenyum dan saban hari sujud syukur, kerana manusia derhaka dan khianat kepada tanahairnya sudah terhapus di muka bumi ini.

Inilah fahaman Syiah yang didodoi oleh PAS dengan memperalatkan Ibrahim Libya. Di gelar LIBYA kerana dikhabarkan pergi berguru di Libya. Walhal, sepatah haram bahasa Arab pun Ibrahim Jakun ini tidak tahu, tetapi diberi taraf pula sebagai Mursyid oleh pengikut kufurnya. Moga Allah ampuni dosa semua pengikut yang dibodohi Ibrahim ini. Moga semua anak dan keluarga insan yang pernah dikhianati oleh Ibrahim Libya, diberikan keampunan Allah jua.

Memoir MEMALI ialah nostalgia pahit kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad jua. Allah Hu Akbar.

21 comments:

  1. Assalamualaikum. Saudara penulis, siapa anda untuk menghukum Ibrahim Libya ini ahli neraka? Syurga neraka itu urusan Allah. Anda sendiri tidak mampu untuk menjamin nasib anda di akhirat kelak, apa mungkin menentukan syurga neraka orang lain? Aneh sungguh.

    Penulisan saudara penuh dengan umpat keji yang tidak berfakta, malah menjadi fitnah pula. Dari mana sumber dakwaan-dakwaan saudara? sila kemukakan bukti bukan bercakap mengikut emosi yang tidak tentu hala begini.Ini hanya akan menggambarkan kerendahan akhlak saudara sendiri. Menulis mengikut hawa nafsu semata.

    ReplyDelete
  2. To Anon 3:52PM

    Biasa la, kalau tak tulis macam tu bukan Paneh Miang la namanya

    ReplyDelete
  3. kalau nak tulis bro biar lojik sikit baru pembaca percaya.saya percaya ibrahim libya tak syahid tapi ajaran dia bleh ringan2,komunis islam,belajar di wat siam tak lojik lansung.pening2.lain x tulis lojik sikit bro.selamat berkarya.

    ReplyDelete
  4. bila dah sesat, tak mungkin kita menolak ada unsur syirik. Itu memang kerja syaitan. Apa yang berlaku diMemali memang jelas ada unsur kesesatan. Apakah unsur Islam yang kita lihat dimemali? Dia nak berperang dengan Kafir mana?

    Banyak sebenarnya kes semacam ini tapi tak se ekstrem sampai angkat senjata. Tarikat lah, tok guru itu, wali ini. Bila terasa hebat, mulalah syaitan & iblis datang dekat, bagi mimpi, wahyu dan sebagainya. Maka terus angkat diri macam Ayah Pin.

    Kepada pihak yang yakin Ibrahim tu shahid, galilah kubur dia dan sentuhlah darah jika masih mengalir basah.

    Ini ada lagi satu catatan pasal kes Al-Maunah.
    Fikirkan sendiri.

    http://www.freewebs.com/shamzanafamily/

    ReplyDelete
  5. Hahaha...
    Paneh miang yang sesat..
    Nak emo pun, biar la logik. Ini tak, macam orang bodoh y sibuk nak tunjuk pandai..

    Hahaha..
    Kredit kepada cicit kamat kerana telah berjaya menunjukkan KEBODOHAN yg tiada tandingan!!!

    ReplyDelete
  6. Orang Melayu ni, bila ada ilmu sikit, cepat terasa hebat.

    Pergilah kat mana-mana universiti atau kolej. Bila terlibat dalam aktiviti keagamaan, dah mula terasa macam orang alim sangat. mula berserban, berjubah, simpan janggut ( Abu Jahal pun berjanggut), dah mula nak takzirah orang lain yang nampak tak Islam.

    Dia saja yang betul. tapi ilmu tak setara mana. Imej saja lebih!

    ReplyDelete
  7. Kalau tak silap ada "White Paper" dikeluarkan berkenaan kes Memali.

    Ramai juga pengikut terkorban. Pihak berkuasa sedar bahawa IL menggunakan manusia sebagai benteng pertahanan.

    Strategi menangkap mereka salah. Mengapa pihak polis tidak bersabar mengepong mereka seberapa lama perlu supaya mereka lemah dan kelaparan. Mereka nak lari kemana. Biar mereka memaki hamun.Umum maklum mereka taksub dengan ajaran sesat.

    Masa berlakunya insiden berdarah itu PM berada diluar negara kalau tak silap saya. Kiranya TPM yang memberi arahan merempuh siapa sebenarnya bertanggung jawab sebagai "the killer of Memali" dan menanggung dosa?

    ReplyDelete
  8. eden amik kesempatan untuk mencolah sikit

    pasal kes ibrahim libya nih.

    eden sodih bilo gomen yang di pimpin olih orang melayu

    tidak dapat menangani isu perbalahan kecil dengan sekumpulan

    orang kampung melayu. Yang sodih paling bosar ialah ada

    melayu sanggup kondem bangso sendiri yang ditangani dengan

    cara kejam. Mungkin kalau mereka yang terbunuh itu bangsa koliang

    ke chino, akan bangunlah loyar loyar mereka membawa kes ini keluar

    negara mungkin ke Mother England. Pernahkah pihak british menangani

    perbalahan kecil seperti yang ditangani di memali?


    Sejarah Melayu dan sejarah Tanah Melayu

    ----------------------------------------

    Adakah tuan /puan mentelaah buku sejarah tuan dengan rapi dan

    cemerlang?

    2. Sejarah bukan sahaja kita belajar dari buku buku-kita perlu

    jelaskan kepada anak cucu kita pergolakan politik yang berlaku tetapi

    yang tak ditulis kerana sobab sobab tertentu? Kalau datuk saya

    seorang sarjan polis akan duduk bercerita politik apa yang berlaku

    kepada anak cucu itu adalah sejarah sebonarnya. Mungkin nasib baik

    generasi cucu cita

    akan dapati intipati sejarah yang di tulis olih rpk/ tukar tiub dan

    sesiapa saja yang dapat memeberi penjelasan yang rasional kepada sesiapa

    yang suka mentelaah sejarah politik sebonarnya bukan sejarah establishment

    yang kita nak guno untuk pass exam ajo.


    apa pontingnya sejarah asli dengan sejarah establishment
    ---------------------------------------------------------

    sejarah asli adalah yang kita mahu tahu -afthal demi keadilan sejagat.

    contoh - orang nogori hampir mendapat yamtuan baru yang tak ikut adat

    nogori sedikit masa lalu. Nasib baik , orang orang yang berkuaso

    dapek menegakkan keadilan untuk Yam Tuan Tunku Mukhriz. Lihat pula

    kes sama di nogori perak. Yang berhak sudah terlopeh peluang

    menduduki darjat yang patut dipegangnya.


    Betulkah gomen nak orang hayati sejarah sebonar atau sejarah
    establishment yang direka baru untuk benefit se suatu kaul?


    nota kaki
    -------------

    ada gossip bahawa semasa krisis berlaku , montori dalam nogori

    musa hitam tengah bersuka rio di kolab . Timbalannya Radzi mungkin takde

    kuaso nak keluarkan arahan apo apo. Ada kemungkinan arahan dikeluarkan

    semasa musa tengah mabuk dan tidak berfikiran waras. Tanyolah member yang

    tahu cerita ini dan janganlah buat sejarah baru.

    2.Usul supaya tindakan atas arwah ibrahim telah dibuat olih ahli umno di
    mesyuarat agung umno sebelum kejadian. Ahli yang membawa usul kemudian
    dinaikkan pangkat jadi speaker dun kedah selepas peristiwa memali.Mungkin

    ada pembaca bolih isikan the blanks.


    Konklusi
    ---------

    kalau kita lihat loyar 2 india akan ketengahkan isu keadilan untuk

    bangsa mereka seperti juga mca [champion untuk isu sekolah chinadsbnya]

    siapa kah bolih jadi juara untuk melayu?

    UMNO ke?


    khong khek khuat

    ReplyDelete
  9. khong kek khuat mmg kaki kongkek ke? sampai sejarah pun kau nak kongkek ikut tafsiran kau sendiri. kau pun dengar cerita mengikut ayat kau "ada gossip". sejarah establishment yg kau paparkan dlm komen boleh mengelirukan org. dan ko juga tergolong dr mereka yg cuba buat sejarah baru.

    keputusan nak menyerang ibrahim libya dan pengikut sesatnya bukan diambil dalam masa sehari atau seminggu, tapi bertahun. banyak proses dilalui sehingga cuba memujuknya hadir di ipk, hadir di majlis agama negeri dsb. tapi disebabkan sikap riak & takbur atas alasan ada pengikut dan tentera mujahidin kononnya yg setia, maka dia naik kepala. tambahan pula ibrahim ini didokong dan disokong oleh pas.

    kepada mereka yang minta ditunjukkan bukti, sila tunjukkan bukti juga kisah memali dari sudut pandangan pas. kenapa bila pembangkang yang berkisah mengenai ibrahim libya, anda dgn mudah percaya. apabila mendengar dr pandangan berlainan, anda mula mempersoalkan fakta itu dan ini.

    ini menunjukkan penyokong pembangkang hanya ingin mendengar apa yg mereka nak dengar sahaja. mereka tdk kritikal dan berminda terbuka. perkataan jumud lebih sesuai utk mereka.

    laporan sulit ibrahim libya boleh disemak dlm rekod kdn dan jbtn peguam negara. kisah kesesatan ibrahim libya tdk diwar2kan kerana ini memburukkan imej islam itu sendiri. tp malangnya, apabila fakta tdk didedahkan, org membuat spekulasi dan menyalahkan kerajaan. tapi bila didedahkan fakta sebenar, ramai pula yg sibuk mempertikai.

    mgkn itu antara sbb mengapa rahsia sulit negara tidak dikongsikan kerajaan kpd rakyat kerana akhirnya, rakyat yg tdk rasional akan tetap menyalahkan kerajaan.

    ReplyDelete
  10. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:”Syaitan akan menghantar tentera-tenteranya untuk memfitnah manusia, manusia yang lebih tinggi kedudukan akan mendapat fitnah syaitan yang lebih hebat. Syaitan akan datang kepada seseorang kamu dan berkata:”Siapakah yang telah menjadikan kejadian ini? Siapakah yang telah menjadikan kejadian ini ? Sehingga syaitan akan berkata:” Siapakah yang telah menjadikan Tuhan kamu?” Apabila perkara ini berlaku kepada kamu maka mintalah perlindungan dengan Allah daripada syaitan yang direjam.”

    Riwayat Bukhari Dan Muslim

    ReplyDelete
  11. salam 1malaysia kepada semua

    pemerhati bebas
    ---------------------


    saya tertarik dengan dengan komen anda-

    keputusan nak menyerang ibrahim libya dan pengikut sesatnya bukan diambil dalam masa sehari atau seminggu, tapi bertahun. banyak proses dilalui sehingga cuba memujuknya hadir di ipk, hadir di majlis agama negeri dsb


    saya harap ini adalah pandangan tuan aje kerana jika gomen telah

    berbincang untuk menghapuskan sebilangan orang melayu setelah

    memikirkan hal itu beberapa tahun menunjukkan betapa bankrapnya

    pemikiran pemimpin kita pada masa itu. Yang tuan maksudkan ialah

    tidak lain dan tidak bukan TDM sendiri. alangkah ironiknya rakaman dr

    mahadir menangis kononya mengenangkan betapa sedihnya bila

    tanah melayu di jajah olih inggeris dulu selalu di mainkan di dalam

    radio ikim. Dan dia sendiri teramat kejam kepada melayu dari negerinya

    sendiri. saya confident statement tuan ada banyak kebenaran kerana

    musa hitam sememangnya se orang gentleman yang memegang prinsip kabinet
    bercakap dengan satu suara.


    atas isu ibrahim libya itu sesat, perkara ini tidak di bangkitkan

    dek rais yatim selaku spokesman semasa laporan tentang trajedi ini

    dilaporkan di parlimen selepas berlakunya trajedi itu. Mungkin ada

    pembaca rajin bolih keluarkan dari hansard.


    Di dalam hal ini kita bolih gunakannya sebagai 'what should not have

    happened ' -satu lesson untuk decision making untuk pm akan datang.

    Kalau mengikut lojik tuan, semua ahli ajaran sesat akan diburu dan

    tembak mati. adakah perkara ini bolih dilakukan di negara majmuk

    ini?


    Lihat ajelah betapa freenya si aripin? dengan gomen atas langitnya

    kat ganu. Ada gossip dalam blog ipin selalu pulang ke kampongnya?

    Apa tak ditembaknya -on sight?

    Dan ada komentator yang mengkondem institusi Islam dan saudi dan

    menghina hudud -satu perintah Allah.

    Ingat tak tuan tuan semua bila rtm memfitnah kononnya penjenayah

    di afgan di tembak 2x walhal cnn memnunjukkan ianya di tembak sekali

    aje? Dan bila ditanya di parlimen olih lks, zam pariah menjelaskan

    yang ianya sengaja di buat untuk menunjukkan apa akan jadi jika

    pas memrintah negara.


    Jadi idea yang Umno menegakkan syariah islam dan berjuang menegakkan

    kebenaran bolihlah ditongsampahkan. Jadi kononnya arwah ibrahim

    adalah sesat adalah non-issue untuk umno. My take- geng umno

    kat alor star sana tak senang dengan kejayaan pas. itu saje. bukan

    kes arwah tak betul islamnya dsb. Fikirkanlah -saya biasa lihat

    arwah memberi ceramah di tv dan beliau juga pernah menjadi

    penjawat awam di jpm !!!!!


    khong khek khuat

    ReplyDelete
  12. ya btul arwah pernah memberi ceramah di tv. hassan ali, ismail kamus dan harun din pun pernah bagi ceramah di tv. tp apa jadi la ni. mereka juga yg menyokong perpecahan sesama ummah. pernah dengar kisah wali Allah yang akhirnya mati kafir?

    khong kek khuat ckp seolah org yg tiada daya fikir intelek. kbyknnya hanya spekulasi dr sudut pandangannya sendiri. kamu tdk buat keputusan ketika itu maka tdk layak kamu menyatakan pemimpin ketika itu bankrap idea. apa idea kamu utk menangani situasi sama jika ia berlaku ketika itu jika kamu handalnya akal.

    mereka yg menyekutukan Allah aka sesat aka murtad itu hukumnya wajib diperangi. tambahan pula golongan itu membina tentera utk menentang pemerintah islam. menggunakan kanak2 dan wanita utk membina kubu bagi melindungi dirinya. ini bukan bicara soal akal logik ada faham? mereka wajib diseru kembali mentaati Allah sblm apa2 tindakan diambil ke atas mereka. dan rasanya, itu tdkn yg diambil kerajaan. harus diingat, tujuan polis & tentera mengepung kediaman il adalah utk menangkapnya. bkn membunuhnya. tp apa terjadi bila org dah taksub.

    umar tdk menyerang orang munafik, kerana katanya mereka masih mentaati Allah. tetapi bagaimana pula kisahnya apabila orang2 munafik atau sesat itu membina pasukan tenteranya utk menumbangkan sebuah kerajaan islam yang disokong oleh rakyat ketika itu?

    atau khong kek khuat yang dah mula sesat?

    ReplyDelete
  13. Teruk Den tgk pemerhati bebas@Cirit Komut kono kongkek dgn KongKekKuat Tapi biasolah jonis kaki bingai sekular, hati dah batu hitam pekat tak masuk hati.

    ReplyDelete
  14. Salam, kalau Assyahid Ibrahib Libya tu sesat, takkan la Madrasah Islahiah Diniah tu wujud lg smpai skang, bahkan bertambah maju dan bekas pelajar pon ramai yg berjaya...kalau kata sesat kenapa tak tutup ja sekolah tu...don't spin da fact la...sesungguhnya Allah Maha Melihat dan Mendengar.

    ReplyDelete
  15. salam 1 malaysia sekali lagi

    -----------------------------

    betul telahan pb. My take adalah berdasarkan

    fakta yang bolih di dapati dari msm. Hal hal

    terperinci tentang si polan itu sesat tidak pernah di dedahkan

    olih msm -khususnya utusan melaysia. Jadi saya tak dapai nak

    sokong atau bersetuju atas isu yang saya tak tahu.

    Saya unjurkan rujukan untuk semua yang ingin telaah

    hansard dari rujukan yang dapat saya cari dari nukilan Art Harun.


    http://webcache.googleusercontent.com/search?q=cache:JX9dOGegs2sJ:art-harun.blogspot.com/2010/08/memali-democracy-in-rubbles.html+hansard+%2B+memali+report&cd=1&hl=en&ct=clnk&gl=my


    Beginilah, ini adalah pandangan saya -mungkin ia tidak tepat
    jika dikaji dengan fakta yang penuh. Sayugia diingat fakta
    dari gomen diedarkan kepada mana mana opiser berdasarkan -'need
    to know' aje. Jadi saya nih tergolong dari kes yang tak dapat tahu
    dan tak perlu tahu. Tidak ada disagreement dengan pb.

    Sekian.

    Nota kaki
    ----------

    Tak payahlahlah cadangkan saya sesat atas nukilan kecilan saya.

    Ingat tujuan saya membuat nukilan ialah untuk melayu bersatu
    baik di pas atau pun umno. Contohilah mca dan dap. Konon bermusuh

    -dong dang dong dang . Akhirnya pasal isu sekolah cina mereka
    bersatu dan ada sekitika dulu mca kononya ada ura ura dema nak keluar
    parti kerana bee en tak setuju dengan kendak mereka.


    2. kalau saya pee em saya akan bersabar dan biarkan keadaan reda
    dan hantar kawan mereka untuk berdialog dulu. Bukankah saya dah
    kata arwah adalah penjawat gomen dan banyak rakan arwah bekerja dengan
    jpm. Apa problemnya yang nak hapuskan mereka. dari nukilan Art harun
    3000 polis dan pga dihantar untuk handle berbelas orang?
    Saya kata tdm bongok . Ini adalah satu overkill. satu operasi yang
    tak munasabah. Apasal ada suara bangkang bila saya kata isu ini ditangani
    dengan 'heavy hand'? Perlu diingat tdm di dalam era dia berkuasa merupakan
    seorang egotist-tak dengar nasihat opiser opiser gomen. Memanglah
    tdm seorang bijak tapi beliau tak
    beri peluang untuk diplomasi-itu aje.


    3. Sesudah mendapat pengalaman yang banyak sebagai politiko no 1,

    saya confident tdm tidak akan sokong keputusan sama jika situasi

    sama berlaku lagi. Tak caya - tanyalah beliau.

    Saya yakin dsn dan my juga tidak akan mengambil tindakan yang sama

    kerana stail pengurusan dsn dan my nampaknya berdasarkan consensus.

    Sebagai satu blog pro gomen saya cadangkan ck ajukan soalan kepada

    ketiga tiga mereka. Lepas itu berilah feedback pada pembaca

    Amacam?


    Khong Khek Khuat





    gomen tak mahu ikut telunjuk

    ReplyDelete
  16. walaupun den tak berapa setuju apo yg cubo disampaikan oleh mat kong kek ni, tp dasarnya den paham. but d argument base on speculation. hanya bergantung pado sumber yg kureng. cumo den nak tanyo 2 bondo, adokah ekau ni kkk org islam? ngapo guno namo khong kek yg amat bertentangan maksudnya dgn norma nilai org islam dan melayu itu sendiri? just tanyo yo. tak nak jawab pun takpor doh. kubur memasing. soklan keduo, kato ekau nak nyatukan melayu dlm umno dan pas. tp bilo baco komen2 kau bkn nak menyatu tp nak menambah pocah bolah sesamo melayu. adokah ini terma sikitul raja mendaliar? skali laie kok tak nak jawab pun takpo. kubur memasing.

    ReplyDelete
  17. ko nih bro haram buta sejarah..ibrahim libya pun ko xkenal ko nak fitnah2 org plak..fitnah tuh lebih jahat dri membunuh..sedor diri la jang oi...sape2 yg baca pitinah ko n pecaya, ermm ko jawab la nanti dol...

    ReplyDelete
  18. bagus nasihat anon atas ni. ramai jugak penyokong pembangkang yg fitnah mahadet, najib, tunku, hussein, rosmah bla bla bla wlpn ramai yg tak kenal mereka. inilah dlm peribahasa melayu dikatan kata dulang paku serpih.

    ReplyDelete
  19. pergh...cara ko tulis nie cm ko tw sume la..ak x heran klu yg tersurat dan tersirat ko tw.. smpai thp makrifat pun ko tw.. 2 yg ak heran 2.. pny la hebat ko nie smpai bleh tw org 2 masuk syurga ke neraka ke.. pdhl 2 sume keja tuhan.. rentikanlah sume nie,ko mcm bagus sgt je wei..

    ReplyDelete
  20. kesah sbenarnye :
    ibrahim libya ni sbenarnya tak guna prempuan dn knk2 utk jdkan benteng ..yg btul adlah sdg mereka asyik membaca ayat suci al-Quran ..mereka dikepong pihak berkuasa atas sbb mnyebarkan ajaran Jihad klau xslp.. dan mreka sbanya hanya mggunakan kayu penyapu dan alat2 yg terdapat dari dlm madrasah trsbut .bknnya panah beracun dn yg mrepek2 tuh !

    ReplyDelete
  21. Tolong cari tahu penulis. Kami nak report polis . Ni geng2 Mahathir ni. Geng2 pembunuh wali. Ibrahim Libya belajar di Al Azhar, sheikh Arab banyak kenal beliau. Orgnya zuhud walaupun berharta. Dia dibunuh sbb Masa tu pengaruh Mahathir Makin berkurang kerana rakyat lebih suka pendekatan pas yang dipimpin Ibrahim Libya. Politik Mahathir mmg Kotor.

    ReplyDelete