Tuesday, December 14, 2010

Anak Razak Iktiraf PM

Akhirnya anak Tun Abdul Razak Hussein yang kini berada di kerusi eksekutif Perdana Menteri Malaysia ke-6, telah mengiktiraf beberapa inisiatif yang patut diambil tindakan oleh Kerajaan Persekutuan. Nampaknya barisan pekerja setianya di Perdana Putra telah menelaah laman Paneh Miang.

Daripada sumber risikan Pak Sedaro, difahamkan semua Pengerusi Badan Perhubungan UMNO telah diberi amaran lampu kuning untuk berubah atau dia akan rebah. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu, Perlis, Kelantan serta Selangor sedang giat dipulun dan memulun tindakan bistari agar hubungan human relation semua Ketua Bahagian UMNO kembali aman dan damai.

Pengerusi BN juga telah memberi amaran (bukan amaran keras macam sepupunya) kepada semua rakan bersekutu dalam BN, agar tiada lagi perihal cucuk-menyucuk isu sabitan Hak Ketuanan dan Kedaulatan Melayu, mengungkit isu berkaitan Perkara 153, termasuk isu Perkara 3, Perkara 10, Perkara 11 dan Perkara 12 yang saling berkait antara satu sama lain, Rakan sekutu dalam BN juga diingatkan agar jangan bermain api perihal Perkara 181 dan Perkara 182, kerana perbalahan istana dan hal dalam kain istana bukannya aset perdebatan awam.


Najib telah menyentak kakitangannya di Putrajaya supaya ambil beberapa input yang dilontar oleh Paneh Miang dalam banyak penulisan. Tempohari Setiausaha Politik Najib, Shahlan Nasution Ismail, Suffian Awang, Dr. Mae, Phantom Politician Alies Nor dan Foad Jelani telah mencari dan menelefon Paneh Miang untuk memperoleh beberapa pandangan grass root dan pedoman meneropong minda rakyat.

Gamaknya, Muhyiddin juga sedang menyorong mood yang sama. Feriz Omar sedang terkial-kial mengintai ruang mendekati Paneh Miang. Dah den kobarkan dulu, tak maun nak cayo. Kok bertunas dah berpucuk. Kok berputik dah berbuah.

Cumo sodihnyo Laman MukaBuku (fanpage) Paneh Miang dah kena hack sampai hilang habih sumo. Sapolah gamaknya yang dengki...

2 comments:

  1. tahniah PM kerana mendapat perhatian pihak berkuasa tertinggi dlm mengenengahkan pendapat yg boleh membantu mrk. bukan semua pendapat akan diambil kira jika tidak mempunyai nilai tambah baik. tahniah sekali lagi!

    ReplyDelete
  2. Den sokong NAMAWEE, siap masuk Parlimen lagi, Tahniah Senior Minister Aziz.

    ReplyDelete