Sunday, December 12, 2010

Gaji Kastam pun patut naik...

Baru-baru ni aku terserempak dengan member sekuliah masa di UiTM dulu. Segak member aku ni yang bertugas sebagai anggota kastam, beruniform siap dengan paku dan crown nya sekali. Mamat ni bertugas di sempadan negara dan tak perlulah aku nyatakan tempat beliau bertugas. Biasalah, bila jumpa kengkawan yang kojo kastam ni, ramai lah yang cuba menghimpit. Ada yang bertanya pasal mercun, rokok, handset dan pelbagai barangan lain yang memang biasa dirampas oleh kastam. Member aku ni senyum sumbing je bila ditanya macam tu sebab menurut beliau, anggota kastam tidak boleh mengedarkan barangan rampasan sesuka hati kerana barangan yang dirampas itu akan dijadikam bahan bukti. Barulah kami tau yang member ni sedang dalam mode standby selama 24 jam.

Ada jugaklah yang mengusik, bila dah bekerja 24 jam ni mesti gaji dan elaun pun besar. Silap-silap lebih tinggi daripada gaji polis dan tentera. Member yang kerja kastam ni tadi dengan muka selamba je menjawab, "Gaji polis dan tentera lebih besar daripada gaji kastam." Aku dan member-member lain yang mendengar pun terperanjat. Bagaimana sebuah jabatan yang telah dianugerahkan Gencana Diraja, agak ketinggalan dari segi struktur gaji berbanding polis dan tentera? Apakah tidak memadai dengan taraf kastam sebagai pemungut hasil kedua tertinggi negara selepas LHDN?

Mungkin ramai tidak nampak jasa-jasa anggota kastam dalam tugas pencegahan penyeludupan yang telah menyelamatkan berbillion hasil negara sehingga ada yang terkorban nyawa. Sedangkan kita tahu bahawa kastam juga bertugas 24 jam di sesetengah pintu masuk negara contohnya di Tambak Johor, Bukit Kayu Hitam dan berbagai tempat lain bagi memastikan perolehan negara bertambah. Mungkin juga disebabkan persepsi ramai terhadap imej kastam yang digambarkan sebagai korup. Biasalah...dalam hidup ni orang hanya menyebut tentang kekurangan sahaja tanpa mempedulikan jasa dan kebaikan yang dilakukan.

Apa-apa pun, aku dan rakan-rakan amat bersimpati di atas nasib member kami itu. Apabila membaca akhbar Berita Harian yang melaporkan Kementerian Pertahanan sedang menimbangkan pelarasan gaji Tentera agar sekurang-kurangnya sama dengan polis, maka aku rasa sudah tiba masanya untuk Kementerian Kewangan melakukan sesuatu bagi menjaga pula kebajikan anggota-anggota Kastam supaya mereka lebih bermotivasi dalam menjalankan tugas sebagai pemungut hasil negara dan pencegahan penyeludupan. Janganlah hanya kerana nila setitik, maka rosak susu sebelanga. Dek kerana segelintir anggota kastam yang korup, maka habis segala jasa dan pengorbanan anggota yang amanah dan dedikasi telah dilupakan begitu saja. Lu fikirlah sendiri.....

3 comments:

  1. Kita sokong kerajaan tak memperdulikan Kastam dengan syarat:

    1. Kasik la orang2 Kastam jual semua barang seludup yang dirampas tuh.

    2. Mercun dan pasir dibuka untuk pemerdagangan tanpa lesen.

    ReplyDelete
  2. Naikkan gaji pegawai Kastam agar mereka tidak akan terdesak sehingga termakan rasuah daripada penyeludup.

    ReplyDelete