Monday, December 13, 2010

Rosmah Ikon Muslimat PAS

Rosmah Mansor hakikatnya adalah ikon PAS kerana sering dijadikan tajuk berita Haprak Daily. Haprak Daily melaporkan hampir 10 mukasurat tentang kehandalan Rosmah Mansor, iaitu isteri Najib yang disifatkan sebagai 'role model' wanita PAS. Hebat betul Kak Rosmah ini.

Rosmah kena sedar bahawa tindakannya yang di luar kawalan penasihat Perdana Menteri amat merbahaya dan boleh meruntuhkan legasi kepimpinan Putra Perdana. Bila mana Najib sakit kerana chicken pock, Rosmah pula dilihat sibuk bertugas, lagaknya seperti pemangku kepada jawatan Perdana Menteri. Memetik Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan, andai Perdana Menteri uzur, maka Timbalan Perdana Menteri perlu menjalankan segala urusan negara, dan Timbalan Perdana Menteri juga perlu melantik beberapa orang menteri kanan untuk membantu urus sekunder berkaitan negara.

Sepatutnya, pemangku kepada Perdana Menteri adalah Timbalan Perdana Menteri dan bukannya isteri atau cinta hati seorang Perdana Menteri. Rosmah Mansor kini sedang dinilai dan dicontohi kerana PAS+DAP+PKR akan menggunakan pendekatan yang sama dalam pengurusan tadbir negara andainya mereka berjaya selepas PRU-13 untuk menduduki Tingkat 5, Blok Tengah, Perdana Putra.

Rosmah telah mempercepatkan proses 100 fail reput untuk Najib. Hakikatnya, Rosmah kini berada di tangga pertama sebagai instrumen kehancuran sebuah institusi Perdana Menteri.


Tetapi yang menghairankan, PAS pula bertindak menulis pelbagai halaman dalam Haprak Daily dengan menggambarkan Rosmah sebagai simbol kehandalan seorang isteri mithali. Apakah sebenarnya strategi yang sedang dimainkan oleh PAS?

Wahai kak Rosmah ku sayang, kak Rosmah masih berpeluang menemui jalan pulang. Maka pulanglah segera ke akarmu. Kembalilah sebelum terlambat, selagi pintu taubat masih terbuka untuk insan yang hebat sepertimu.

'Tahniah PAS' kerana input Rosmah Mansor sebagai IKON Muslimat PAS 2011.

2 comments:

  1. Memang jelas di lihat Rosmah ini akan lebih mendapat liputan apabila ada aktiviti yang di hadirinya. Aku pun rasa pelik kenapa setiba waktu Najib menjadi PM isterinya pun sama naik dgn tugas yang dipikul. Kalau di compare kan dgn isteri isteri PM terdahulu tak lah banyak sangat aktiviti yg di buat malah liputan pun tak lah segagah nya seperti isteri TMM, DSAB dan PM seblum nya.

    Dalam hal ini DSN wajib menasihatkan Rosmah agar tidak melebih bak kata pepatah lebih kuah dari sudu nya.Sekiranya ini berlarutan jgn salah kan sesiapa sekiranya perkara yg tak baik berlaku kat masa depan DSN. Sebenarnya rakyat bawahan akan memerhatikan gelagat isteri DSN ini. Oleh itu DSN wajib mengambil tindakan dgn menasihati isteri nya agar berpatutan kalau nak glamour pun jgn sampai kecundang si suami dari masa depan politik nya.

    ReplyDelete
  2. selalu aku terfikir

    NAJIB BOLEH KAWAL SEMUA KETUA BAHAGIAN, KETUA KETUA PARTI BN, KAKITANGAN AWAM, TAPI YANG SATU NI MACAM TAK BOLEH KAWAL PULAK ..

    SAMPAI HARI INI GRASS ROOT BERBUNYI

    PANEH TOLONG TOLONGLAH PANJANGKAN PANDANGAN RAKYAT NI SEBELUM PUNGGONG NAJIB JADI PANEH

    RAKYAT PERHATI, RAKYAT BERBUNYI ..

    JANGAN JADI PAK DOL

    BENDA NI NAMPAK KECIK TAPI BAHAYA ...

    KALAU NAJIB TAK BOLEH NASIHAT YANG SORANG NI, BIAR KAMI RAKYAT MISKIN NI YANG KASI NASIHAT JE ... JANGAN SAMPAI NASI JADI BUBUR ... KALAU TAK NAK JUGA DENGAR SUARA RAKYAT .. NANTI RAKYAT PAKAT RAMAI RAMAI TUKAR PERDANA MENTERI !!!

    TOLONG SAMPAIKAN YA BRO

    ReplyDelete