Friday, January 21, 2011

Apa kejadahnya PTPTN ni?

Baru-baru ni aku berkesempatan berbual dengan member aku yang bekerja sebagai salah seorang kakitangan kerajaan. Setelah pelbagai topik yang dibualkan aku sebenarnya agak tertarik dengan keluhan beliau mengenai sistem Ujrah yang dilaksanakan oleh PTPTN. Antara perkara yang beliau timbulkan ialah perubahan sistem 3% kepada 1% yang dinamakan sistem Ujrah yang hakikatnya mempunyai helah tertentu yang harus diketahuï. Contohnya adalah seperti berikut:

Baki yang dikira bukan baki semasa, tetapi adalah baki pada tahun tertentu, dalam kes ini Jun 2008. Perjanjian yang adil sebenarnya hendaklah menggunakan jumlah asal pinjaman seperti yang terdapat dalam perjanjian asal. Menggunakan baki pada tarikh yang berlainan sebenarnya menimbulkan keraguan, contohnya apabila peminjam telah meminjam pada Jun 2000 hingga Mei 2003 (selama 3 tahun). Dalam kes ini, peminjam telah dikenakan kos sebanyak 3% dari tahun 2003 hingga 2008. Justeru, jika pinjaman asal bernilai RM 24000, dengan dicampur dengan kos di atas (3 % x 5 tahun) akan bernilai RM 24000 + RM 3600. Dengan anggapan peminjam belum lagi membayar sebarang jumlah sehingga tarikh tersebut, jumlah yang dinilai dalam perjanjian ini sebenarnya bernilai RM 27,600. Melaluï sistem Ujrah, peminjam akan dikenakan 1% daripada jumlah (RM 27600) ini bernilai RM 276, selama 126 bulan iaitu 10.5 tahun.

Justeru, peminjam akan dikenakan tambahan sebanyak RM 276 x 10.5 iaitu RM 2898. Maka jumlah sebenar yang dikehendaki dibayar oleh peminjam adalah RM 27600 + RM 2898 iaitu RM30,498. Maka peminjam perlu membayar RM30,498 berbanding pinjaman asal ketika di IPT sebanyak RM24,000. Ini melibatkan pertambahan jumlah sebanyak RM6,498 daripada jumlah asal pinjaman, atau 27.075%. Setelah dikira, sistem ini adalah satu helah bagi PTPTN mendapatkan kembali bayaran balik dengan cara potongan gaji.

Setelah menandatangani perjanjian sistem Ujrah ini, peminjam akan membayar secara potongan gaji tanpa boleh mengelak daripada membayar pinjaman ini. Ini bermakna, keuntungan adalah berganda kepada PTPTN, yang mengambil 27.075% daripada pinjaman asal selain pembayaran on-time melaluï potongan gaji. Ini sebenarnya adalah helah PTPTN dan bukan sebagai satu "ihsan" untuk mengurangkan beban peminjam. Sebelum ini peminjam hanya perlu membayar jumlah minima RM50 sebulan, yang entah bila akan habis membayar pinjamannya, tetapi melalui sistem Ujrah, pemimjam terpaksa membayar lebih RM200+ sebulan mulaï tarikh sistem Ujrah diluluskan.

Bila aku tengok kiraan ni aku mula terfikir....sebenarnya kebanyakan peminjam PTPTN ini adalah dari golongan rakyat Malaysia yang kurang berkemampuan yang majoritinya adalah daripada bangsa Melayu. Kalau peminjam terutamanya orang Melayu semuanya berkemampuan percayalah, tidak ada seorang pun yang mahu dibebani hutang. Pilihanraya umum makin dekat, kebanyakan harga barang dah naik, dan 'diwujudkan' pula beban baru kepada peminjam PTPTN.

Memang betul setiap yang dipinjam itu perlu dipulangkan semula, tapi janganlah sampai terlalu membebankan peminjam yang kebanyakannya datang daripada keluarga yang berpendapatan sederhana. Segala apa yang kerajaan buat akan sentiasa diikuti dengan penuh minat oleh pembangkang yang akan memanipulasikan pelbagai isu daripada yang besar sehinggalah isu yang sekecil-kecilnya. Janganlah sampai kerajaan ditumbangkan dengan isu yang mungkin boleh diselesaikan dengan cara yang lebih berhemah dan lebih rasional. Lu fikirlah sendiri...

4 comments:

  1. PTPTN ni memang amalkan riba kan..

    bukan setakat pinjaman PTPTN, belum kira lagi ngan Bank Konvesional.

    sakit rakyat klu mcm ni...

    ReplyDelete
  2. ALLO..

    SESIAPA YG NAK HAPUSKAN ATAU SEMAK KADAR SEMULA PTPTN KPD YG LBH ADIL DAN TELUS UNDI LA PAKATAN RAKYAT PRU 13 NANTI!!!

    ReplyDelete
  3. ni salah phm ni.. yg betolnye.. sistem ujrah ni.. xde membebankn pn.. untung ade la... OK.. cth la u pjm ptptn 10k gedebak gedebuk skang ni konon lah dh jd 15k.. then bile u tukar ke ujrah ni... dorg x amik duit u pn... dorg TIDAK mengira dr 15K tu... TETAPI dorg stat kire dr 10K yg kite pjm tu... kire refinance blk.. bape u pjm? 15K 20K bile tuko ujrah.. dorg tetap kire dr ASAL DUIT ITU DIPINJAMKN balik... byk org salah phm ingat 3% + 1% = 4%.. tu x betol... yg 2008 tu plak is actually thn di mulakan pembayaran.. sbb tu dorg galak kn SEMUA peminjam ptptn utk tuko ke ujrah ni... yg 3% tu kire burn.. so dun wori.. duit korg tu ttp same jumlahnye cume tambah 1% SAHAJE... ade paham adik2??

    info ni i dpt drpd pengarah PTPTN sndri... (^_^)

    ReplyDelete