Friday, January 21, 2011

KPKK tidur ka Rais?

Kewujudan sebuah parti baru pada 1998 demi menyelamatkan Anwar Al-Juburi (bak kata Mat Sabu Al-Khalwati) daripada tindakan undang-undang, maka itulah saat dan ketikanya parti Pas mula 'mati' secara perlahan-lahan. 'Kematian' Pas saat itu disebabkan pemimpin-pemimpinnya yang sedia rakus untuk berkuasa, telah menjadi bertambah rakus dan mula lari daripada matlamat asal perjuangan mereka.

Pemimpin Pas mula berubah menjadi oportunis dengan menggunakan Anwar demi dendam menjatuhkan kerajaan di bawah pimpinan UMNO. Saat itu jugalah, beralihnya hijrah perjuangan politik Pas dengan agenda baru untuk menyatukan dua aqidah songsang, iaitu aqidah golongan munafik dan satu aqidah kaum Luth. Terkini, mereka bersatu pula dengan aqidah komunis.

Hasil daripada penyatuan 'syaitan' ini, maka terbentuklah sebuah pakatan yang memiliki kepakaran yang sama dalam cubaan memenangi hati rakyat dengan cara MENIPU dan MEMUTAR BELIT fakta. If ever there's one thing we could learn from them, this is it. Na'uzubillahi min zalik.

Namun kami tidak salahkan Pakatan Pembangkang kerana berjaya MENIPU rakyat dalam usaha mereka untuk menakluki Putrajaya yang menjadi igauan setiap hari Anwar dan Pok Nik.

Foto Bernama

Kejayaan Pembangkang menipu rakyat perlu dipertanggungjawabkan kepada Rais Yatim, menteri yang seharusnya BEKERJA KERAS memberi penerangan serta penjelasan kepada segala kekeliruan rakyat terhadap dasar kerajaan yang telah sekian lama dimanupulasi oleh 'tentera-tentera' upahan Pembangkang.

Sebaliknya kini Rais hanya tampak sibuk membela hantu di televisyen serta golongan artis yang kurang memberi impak dalam membantu meluaskan sokongan rakyat terhadap pemerintah. Sehingga ke hari ini, Rais dilihat gagal untuk tampil memberikan penjelasan yang tuntas kepada rakyat terutamanya dalam isu berkaitan toleransi kaum dan agama, yang setiap hari diperalatkan pembangkang untuk memporak-perandakan kerukunan masyarakat Malaysia.

Iklan 1Malaysia yang menggambarkan kanak-kanak berbilang kaum sedang berebut rambutan, yang jelas salah dan lari daripada konsep perkongsian antara kaum di negara ini; namun masalah iklan ini masih lagi belum ditangani oleh Rais Yatim. Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia jelas semakin kalut dengan kelemahan sistem penyampaian terhadap dasar-dasar kerajaan, serta dilihat gagal menangkis serangan bertali arus pembangkang terhadap kerajaan selama ini.

Agaknya sudah tiba masanya Rais Yatim bersara. Andai arena politik boleh disamakan dengan permainan catur, kedudukan Rais Yatim ini tidak lain hanyalah seperti 'an isolated pawn'. Kewujudannya tidak menggerunkan lawan malah menjadi sasaran utama memecah benteng pertahanan dan akhirnya 'Checkmate!'... Kreatif sikitlah Rais atau berundur saja.

1 comment:

  1. Apa kata kita hantar dinasor ini dan partinya sekali ke muzium negara buat tatapan anak cucu atuk2 subsidi.

    ReplyDelete