Wednesday, January 19, 2011

Jangan serang rakyat Najib!

1. Kata Najib, "Kenapa saya harus takut berdebat dengannya? Saya adalah Perdana Menteri. Saya ada semua maklumat. Kalau saya dedahkannya...adoi...dia akan demam!"

2. Kami memang 'percaya' Najib tidak takut berdebat dengan Bro Anwar Bin Ibrahim. Jika Ahmad Shabery selaku menteri kabinet Najib pun berani berdebat dengan Anwar, maka agak mustahil pula bos Shabery dikatakan takut nak berdebat dengan si Ketua Pembangkang Boneka.

3. Cuma kami merasakan, hal polisi dan dasar perlu dilawan/balas dengan hal polisi dan dasar juga. Jika Najib gunakan isu peribadi untuk menang argument, seperti yang pernah dipraktikkan Ahmad Shabery ketika berdebat dengan Anwar, maka tentunya rakyat akan jatuh simpati dengan Ketua Pembangkang Boneka itu. Risau juga andai Anwar pula bangkitkan perihal peribadi Najib, mahu menggelupur nak jawab tu. Kena ingat bahawa Najib adalah Naib Ketua Pemuda UMNO semasa Anwar sebagai Ketuanya. Dan jangan juga lupa bagaimana dahulunya Anwar meletakkan Zahid Hamidi sebagai setiausaha Najib semata-mata untuk memantau pergerakannya. Sudah tentulah banyak rahsia Najib yang Anwar tahu ketika itu, walaupun Najib juga mungkin tahu banyak rahsia Anwar. Tapi bab manipulasi dan putar belit ni memang sudah sebati dengan Anwar. Jadi berhati-hatilah Najib!

4. Namun yang menarik perhatian kami apabila Najib mengatakan, "Saya adalah Perdana Menteri. Saya ada semua maklumat." Persoalan kami, benarkah begitu?

5. Budaya "Yes Bos", "Semua ok Bos", "Tiada masalah Bos" sudah sinonim dikalangan pegawai tinggi kerajaan terutama yang bertugas secara langsung dengan para menteri. Hanya kerana enggan dibebani tugas menimbun atau takut dimarahi, maka mereka yang berada disekeliling menteri, hatta Perdana Menteri sekalipun, pasti akan melaporkan perkara yang baik-baik belaka. Toksah nak tipulah jika dikatakan ramai yang berterus terang melaporkan perkara sebenar kepada Najib akan segala kesulitan yang berlaku dikalangan rakyat hari ini. Kaki kipas dan bodek saja yang ramai. Mungkin ada seorang dua yang mahu melaporkan duduk perkara sebenar, tapi pasti laporan tersebut diketepikan kerana yang melaporkan perkara baik lebih ramai daripada yang melaporkan perkara tidak baik. Penyudahnya akan berlaku sepertimana PRU-12, BN hilang 5 negeri.


6. Bukti Najib tiada semua maklumat ialah dia seakan tidak maklum akan keluh kesah rakyat mengenai kos sara hidup dan harga barang keperluan harian yang semakin meningkat ketika ini.

7. Antara strategi hebat di sepanjang pentadbiran Che Det ketika menjelang pilihanraya ialah dengan mengaktifkan mikroekonomi. Beliau akan memastikan kos sara hidup rakyat adalah rendah, harga barang keperluan harian terkawal, merendahkan kadar faedah, melambakkan pemberian insentif kepada peniaga kecil dan sederhana, serta merancakkan aktiviti ekonomi dengan pelbagai projek sama ada di kawasan bandar mahupun luar bandar. Limpahan dana bakal mengaktifkan aktiviti ekonomi mikro serta merancakkan aliran tunai di pasaran yang pastinya akan menggembirakan rakyat terbanyak.

8. Dengan kata mudahnya, "Jangan serang poket rakyat ketika menjelangnya pilihanraya!"

9. Jika pendapatan boleh guna mencapai tahap kepuasan rakyat sebelum pembubaran parlimen, maka proses BN memburu kemenangan di PRU-13 akan jadi lebih mudah.

10. Itulah strategi BN yang sejak dulu berjaya memeningkan pembangkang hingga mereka seringkali gagal dalam setiap pilihanraya. Anwar maklum akan strategi BN ini kerana dia pernah berada 16 tahun dalam kerajaan, dan kerana itulah dia menawarkan 'janji 100 hari' demi 'membeli harapan' rakyat walaupun secara dasarnya kebanyakan janji tersebut agak sukar direalisasikan.

11. Pembangkang selama ini 'perasan' bahawa mereka kononnya menang banyak kerusi parlimen di PRU-12 kerana merasakan mereka kuat. Tetapi hakikatnya rakyat ketika itu hanya menunjukkan protes terhadap kerajaan pimpinan Paklah yang gagal menyelesaikan keluhan rakyat yang merana disebabkan kos sara hidup yang tinggi.

12. Saranan kami sebagai info tambahan supaya Najib 'ada semua maklumat', JANGAN SERANG POKET RAKYAT dan PASTIKAN PENDAPATAN BOLEH GUNA RAKYAT DI KELUK KEPUASAN sebelum mengisytiharkan Pilihanraya Umum ke-13, maka insyaAllah BN akan terus menang.

5 comments:

  1. Berani kerana benar.

    ReplyDelete
  2. Salah satu sebab kenapa aku suka blog paneh miang ni kerana korang menulis dgn jujur. Tak kiralah kritikan ke, cadangan ke, hentam ke, kutuk ke, boleh sampai ke hati aku. Beza dgn blog lain macam membodek je banyak. Teruskanlah pm menulis dari hati muga terbuka pula hati semua pemimpin melayu di luar sana untuk berubah.

    ReplyDelete
  3. Malaysia perlu galakkan pelaburan domestik – Dr Mahathir
    19/01/2011 4:50pm

    MELAKA 19 Jan. – Malaysia perlu lebih bergantung kepada pelaburan domestik daripada pelaburan langsung asing (FDI) bagi menjana pertumbuhan ekonomi yang berterusan, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

    Beliau berkata, sudah terdapat banyak syarikat tempatan yang kini berupaya merangsang pertumbuhan ekonomi negara melalui pelaburan domestik mereka.

    "Malaysia tidak boleh lagi bergantung kepada FDI kerana sekarang kita sudah tidak memperolehi banyak FDI,” katanya semasa berucap pada Ceramah Malaysia 2020 di sebuah pusat peranginan di Ayer Keroh di sini hari ini.

    Dr Mahathir yang dalam lawatan dua hari ke Melaka bermula hari ini, berkata, terdapat lebih 14 syarikat besar tempatan yang keupayaan operasinya sehingga ke luar negara, boleh membantu merangsang pertumbuhan ekonomi negara.

    Bagi menggalakkan pelaburan domestik tersebut, kerajaan perlu memberi insentif seperti pengecualian atau pengurangan cukai, sebagai dorongan untuk syarikat tempatan lebih berjaya, katanya.

    Beliau yang yakin Malaysia akan mencapai matlamat negara maju menjelang 2020, satu wawasan yang dicetuskan beliau pada 1990, berkata, negeri-negeri yang belum mencapai status negeri maju perlu giat berusaha termasuk memajukan aset yang terdapat di negeri masing-masing. – Bernama

    ReplyDelete
  4. Selama 14 tahun aku penyokong tegar UMNO. Selepas zaman Pak Lah, aku undi Pakatan. Apa yang Paneh Miang katakan memang benar. Setiap malam kita disajikan dengan berita ekonomi yang semakin pulih. Pelaburan masuk disana sini. tetapi hakikatnya, berita baik ini tidak dirasa oleh rakyat. Minyak petrol dinaikkan walaupun hakikatnya kita negara pengeluar minyak. Minyak masak tak mencukupi walaupun kita negara terbesar menanam kelapa sawit. Barang keperluan naik mencanak setiap tahun. Hakikat semua tahu, jika harga barang keperluan ini sudah naik, jadi hendak turun pula amatlah sukar.Pentadbiran BN yang saya lihat hari ini terlalu banyak membazir. setiap malam kita melihat najib memperuntukkan berjuta2 ringgit kepada projek tertentu. Tetapi, sebagai pekerja kerajaan di kementerian, pada masa sekarang, kerajaan tengah kering kontang dan banyak berhutang. dan jika ini diambil kira, terdapat desas desus pekerja kerajaan akan mendapat gaji lambat daripada tarikh yang ditetapkan.

    ReplyDelete
  5. Itulah sebabnya debat diantara PM yg belum teruji dgn bakal PM yg banyak kali teruji patut diteruskan. Jangan takut Najib, berani kerana benar. Kalau dikau benar PM yg punyai banyak maklumat silalah debat dan kita rakyat sama2 boleh melihat jika ada kebenarannya. Rakyat pun ingin jugak lihat siapa yg Demam. Debat bukan nya susah. Macam mana negara termaju didunia, semua PM atau persidennya telah melalui acara debat. Tapi jgn sesekali dikau buat statement "you deliver this sunday, come collect 5 million" Ini akibat mengudang hujah lipat maut dari lawan. Den tahu anak2 Mantan PM tiada pernah lalui debat hatta kat sekolah dulu sekalipun. Jika den ado mahu den jadi coach. Jika anak mantan lama sekalipun den percaya bukan setakat berbiuh mulut, berbuih juga di rambut. Comeon Najib you can do it. Trust yourself or perhaps gedoyak able to give some tips of how to debate.

    ReplyDelete