Thursday, January 20, 2011

Ohh..patutlah Normala jadi calon

Suatu hari dalam kelas di sebuah sekolah...

Murid: Selamat pagi cikgu.

Cikgu Mala: (Menengking) Mengapa selamat pagi sahaja? Petang dan malam awak doakan saya tak selamat?

Murid: Selamat pagi, petang dan malam cikgu!

Cikgu Mala: Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh orang! Kata selamat sejahtera! Senang dan penuh bermakna. Lagipun ucapan ini meliputi semua masa dan keadaan.

Murid: Selamat sejahtera cikgu!

Cikgu Mala: Sama-sama...duduk! Dengar sini baik-baik. Hari ini cikgu nak uji kamu semua tentang perkataan berlawan. Bila cikgu sebutkan perkataannya, kamu semua mesti menjawab dengan cepat, lawan bagi perkataan-perkataan itu, faham?

Murid: Faham, cikgu!

Cikgu Mala: Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.

Murid: (Senyap)

Cikgu Mala: Pandai!

Murid: Bodoh!

Cikgu Mala: Tinggi!

Murid: Rendah!

Cikgu Mala: Jauh!

Murid: Dekat!

Cikgu Mala: Pas..ti!

Murid: UMNO!

Cikgu Mala: Salah tu!

Murid: Betul ni!

Cikgu Mala: Bukan!

Murid: Ya!

Cikgu Mala: Dengar sini!

Murid: Cakap situ!

Cikgu Mala: Diam!

Murid: Bising!

Cikgu Mala: Rotan baru tau!

Murid: Akar lama tak tau!

Cikgu Mala: Malas aku ajar kamu!

Murid: Rajin kami belajar cikgu!

Cikgu Mala: Sudah...cukup! Cukup!

Murid: Belum...kurang! Kurang!

Cikgu Mala: Saya kata sudah...sudahlah!

Murid: Kami jawab belum...belumlah!

Cikgu Mala: Mengapa kamu semua degil sangat?

Murid: Sebab kami seorang baik!

Cikgu Mala: Oh! Melawan!

Murid: Ah! Mengalah!

Cikgu Mala: Kurang ajar!

Murid: Cukup ajar!

Cikgu Mala: O.K. Pelajaran sudah habis!

Murid: K.O. Pelajaran belum bermula!

Cikgu Mala: Sudahlah bodoh!

Murid: Belumlah, pandai!

Cikgu Mala: Berdiri semua!

Murid: Duduk sorang!

Cikgu Mala: Saya kata UMNO salah!

Murid: Kami dengar Pas betul!

Cikgu Mala: Kamu semua ditahan tengah hari ini!

Murid: Dilepaskan tengah malam itu!

Cikgu Mala: (Senyap dan terus keluar kelas sambil berkata dalam hati) Aku jadi calon Pas lagi bagus...

Idea asal sini.

6 comments:

  1. hahahaha..! tersedak2 hamba membaca..!

    MekNah

    ReplyDelete
  2. WHOEVER YOU ARE PANEH MIANG> PERGI JAHANAM DAN MAMPUS LAGI BAIK> LAKNATULLAH>

    ReplyDelete
  3. Orang Miskin MersingJanuary 20, 2011 at 4:07 PM

    Mengadakan yang tidak ada..cari le cara lain kalau nak ajak orang sokong UMNO/BN. Janganlah melampau dalam perbuatan, perkataan dan niat. Semoga Allah Ta'ala melindungi kita dari kejahatan diri sendiri.

    ReplyDelete
  4. org miskin mersing tapi boleh online internet baca blog siap bg komen. nampak sgt perbuatan, perkataan dan niat terselindung memburukkan pemerintah membiarkan diri sendiri masih miskin.

    walaubgmanapun satira ni memang kelakau. hahaha.

    ReplyDelete
  5. Kalau lihat wajah cikgu Mala, hati kecil kita yakin bahawa beliau layak jadi ADUN dan seorang muslimat yang jujur.

    Kalau lihat wajah Rosmah, Sharizat ada bersih ke?

    Tokparoi, pemimpin yang tak betul pun tak boleh ditegur ke? Apa punya pencacai lah punya tokparoi

    ReplyDelete
  6. Wajah bersih tak semestinya hati pun bersih bro. Don't judge a book by it's cover.

    p/s Orang Kaya Jelebu kaya sebab dpt projek ngan Rais ke?

    akuantipr.

    ReplyDelete