Monday, May 23, 2011

Apo lekeh bonar UMNO?

Apakah Presiden UMNO dan Timbalan Presiden UMNO sedar jiwa dan hati nurani, bahawa, pasukan PAS+DAP+PKR+KITA+PSM sedang melekeh dan menjahanamkan Negara ini melalui:

1. Blog-blog mereka
2. Twitter penyamun tarbus mereka
3. Facebook pelacur karya mereka
4. Akhbar tabloid yang bersepah di pasaran
5. Media tidak berlesen yang dikepalai oleh mangkuk-mangkuk ayun mereka

Semasa Pak Sedaro menukil mesej Revolusi 13 yang diberitakan oleh Haprak Daily, gamaknya tiada gerakan Transformasi 13 dilaksana secara tekun oleh UMNO. UMNO masih GAGAL menjawab:

1. Isu-isu tempatan yang sifatnya amat dekat dengan rakyat dan pengundi.
2. Isu-isu setempat yang lebih sentimental dan emosi sifatnya dengan pengundi UTAMA.
3. Maklum balas secara pidato terbuka di pentas-pentas politik untuk memberi kenyataan balas secara langsung kepada pengundi.
4. Menjalin hubungan dengan 1000 bloggers Pejuang Rakyat Barisan Nasional UMNO yang saban hari menjadi "paria" di Bumi Sendiri?

Apakah UMNO khasnya Setiausaha Kerja, Abdol Raouf masih sibuk menebeng muka belakang Presiden UMNO, Setiausaha Agung Adnan Mansor, Ketua Penerangan Ahmad Maslan, tidak bijaksana mengurus perihal ini.

Blog dan Laman sesawang politikus UMNO hanya bahan berita kerana melapor aktiviti masing-masing, mempopularkan diri sendiri, atau kerana sibuk KPI dan meritokrasi UMNO mungkin. Lagi buruk apabila laman sesawang pemimpin UMNO terus bersawang kerana tidak pernah update! Dalam bab penguasaan politik Negara Bangsa, tiada KPi atau NKRA atau Benchmarking sebagai Hall Marking politik!

Yang ada ialah gerakan Min Chong Yuen Thong partai-partai politik. Buletin Warkah Bumi Melayu mesti digerak semula. 1 Bumi 1 Melayu ialah slogan mentakrif 1 Malaysia secara ilmiah. 1 Bumi Melayu bermakna Bangsa Teras dan Kaum-kaum lain bersama.

Jika UMNO tidak berlari, maka Tsunami Transformasi 13 mungkin menjadi milik Peliwat Buku Jinggay. Marilah kita BERSATU kerana SETIA BERGANDING BAHU ialah asas Negara ini MERDEKA.

Ahmad Maslan usah dok melopong laei...Doreh Jang.

4 comments:

  1. Biasalahbro....

    semua nak tunggu najib buat tu najib buat ni, kendian tu ramai-ramai chorus up..."Kami sentiasa di belakang Dato' Seri".....

    ReplyDelete
  2. salam warih, kau tolong highlight kan sikit UMNO BHGN SEREMBAN ni..den raso DUN AMPANGAN, SIKAMAT akan tetap kekal di tangan pakatan rakyat ni DUN LENGGENG bakal tumbang pada PRU 13 nanti selagi Tok Sahak tak mahu beronti secara terhormat.Suruhlah dio beronti secara terhormat kalau dio boto pejuang UMNO dan sayangkan UMNO, Sudah2 lah tu..sebab semua kerusi BN ni akan tumbang kerana undi protes dari org UMNO sndiri sobab mahu jatuh kan tok sahak, di bahagian somban sekarang ni penuh dgn dendam kesumat yg tidak berkesudahan..parah ni somban ni.. pemimpin2 UMNO yg ateh2 tu tgk2 kan lah sikit BAHAGIAN SEREMBAN ni..

    ReplyDelete
  3. Salam Paneh.
    Semua orang Umno ini kena hantar kat Adlin Aman Ramli..masuk siri 'Jangan Tidor Lagi'...

    Asyik berdengkur je..ZZzzzZZzz

    ReplyDelete
  4. orang UMNO ni bongkak tak tentu arah. nyawa di ujung pedangpun dok masih ingat dunia lagi!!! UMNO, UMNO, bila la nak serik ye..???

    ReplyDelete