Sunday, May 22, 2011

POLI NAN DAIF

Rupo-rupo ehh, begitu rendah kedudukan kultus fikrah para pendidik Politeknik. Pak Sedaro ambik kajian kes, pensyarah Politeknik yang dikobar sedang dilamun jendela Nasionalisme dan Patriotisme dek kerana dipaksa ikuti siasah oleh Pengarah Politeknik.

Nampak bonar baning mereka ini. Pak Sedaro dimaklumkan bahawo andai mauduk fikir dan keletah pensyarah-pensyarah ini masih demikian lakunya, maka amat rendahlah martabat ilmu mereka. Baik yang tuo mahu pon yang mudo, memanglah ramai mudo yang nyombong "ibarat kato pepatah, berajo di mato, bersultan di hati".

Bilomano pensyarah ini berhujah, tidak langsung memberi perspektif sebagai seorang ahli ilmu. Yang nampak ialah teknik berfikir anak-anak merdeka yang baru sudah Master, yang baru sibuk menjolok PhD, penuh retorika dan falasi dalam perbahasan. Tidak boleh memberi rasional dan ta'akulan kritikal dalam banyak perkara. Apalagi bila disabit soal isu-isu semasa yang melibatkan perkara pokok dan genting kepada Negara Bangsa. Apakah amalan mengambil sikap pesimis, bongkak, "beta" pada perkara furuq dan ranting, serta sanggup menjadi "kaldai adu domba", merupakan kualiti pensyarah Politeknik di Malaysia?

Patutlah rata-rata golongan pensyarah mudah saja diperdaya pembangkang. Fikiran hanya sehala. IQ saja tinggi, tapi EQ di bawah par.

Apakah juga ini merupakan protes senyap yang membunuh kualiti para akademia, dek kerana sikap berat sebelah dan ketidakadilan dalam perjawatan di Politeknik telah menjadi santapan bengis mereka? Difahamkan ada pensyarah yang sudah berkhidmat begitu lama, hingga tinggal 2 tahun untuk pencen tetapi masih ditakuk DS41? Kasihan-kasihan.

Apakah Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran BUTA MATA, BUTA HATI, BUTA AKAL dalam bab ini? Pemisahan Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kementerian Pengajian Tinggi tidak memberi makna kepada pensyarah Politeknik? Satu subjek yang mesti diselesai segera oleh YAB Menteri Pelajaran dalam isu ini.

Sedarkah kalian bahawa Politeknik ialah wawasan Dasar Pandang Ke Timur. Semasa Tun Dr. Mahathir menjadi Pengerusi Majlis Pengajian Tinggi di tahun 1971, antara legasi ilmu yang ditinggalkan ialah MRSM, Sekolah Menengah Sains, Sekolah Teknik, Sekolah Vokasional dan Politeknik. Sebab itulah, bila mana Dr. Mahathir menang 1974, maka beliau diminta menduduki kerusi Menteri Pelajaran, yang akhirnya mengupas kembali Penyata Rahman Talib dan Penyata Razak.

Apakah pensyarah Politeknik seluruh Malaysia "sedar" sejarah Penyata-Penyata ini? Apakah kelangsungan yang diangkat oleh Tun Dr. Mahathir? Pada tahun 1974 juga, program The Ship Of South East Asian Youth Program dimulakan oleh Cabinet Office of Japan dengan kapal MV Nippon Maru. Inilah kesan Dasar Pandang Ke Timur yang disahut oleh Jepun secara terbalik. Kumpulan pelajar yang pertama (rasmi) melanjut pelajaran ke Jepun, ke Politeknik termasyhur di sana antaranya hari ini YB Timbalan Menteri MITI, Mukhriz Mahathir. Kemudian dipanjangkan ke Korea Selatan. Apakah pensyarah Politeknik terkesan?

Inilah taraf ilmu pensyarah Politeknik. Sebelum nasi jadi bubur, ada baiknya Pengarah Politeknik, KP Jabatan Politeknik dan Kolej Komuniti ambil perhatian serius, serta YAB Menteri juga perlu ambil perhatian dalam bab SPP ini...

Kita tidak mahu dilihat, "habis madu, sepah dibuang."

32 comments:

  1. salam,
    skim gaji pensyarah politeknik adalah DH41 bukan DS41. dan saya akui kata-kata pak sedaro ada benarnya terutama dari segi tahap kualiti pemikiran pensyarah-pensyarahnya. namun, all the blames shouldnt be put on their shoulder jika tekanan dari pihak atasan yang kurang memikirkan kesan jangka panjang sesuatu perkara yang telah/sedang/akan dilaksanakan. janji-janji manis memang saban tahun didengar. mungkin pensyarah universiti ada banyak kelebihan dalam mengembangkan ilmu, membuat kajian dan sebagainya tapi peluang sedemikian jarang diberi kepada pensyarah politeknik. justeru, jangan hairan jika ada pensyarah politeknik yang tak pernah langsung hadir ke mana-mana konferens atau persidangan ilmu. galakan dari pihak atasan ada tapi peruntukan susah sekali untuk diturunkan untuk menyambung pengajian, membuat penyelidikan dan tiada hala tuju yang jelas selepas itu.

    ReplyDelete
  2. salam.
    setuju dgn komentar di atas.
    n nk tmbh lg,pensyarah poli pd sblum ke kursus diberitahu kursus ini ialah program transformasi PROFESIONALISME PENSYARAH POLITEKNIK.tp x sangka pulak modul2 spnjang kursus adalah brkaitan kenegaraan n nasionalisme. mungkin itu slah satu faktor penghujah2 poli pd mengutarakn soalan tidak menepati kehendak BTN. jadi, sepatutnya pada sesi taklimat kursus hari pertama,para peserta sepatutnya diterangkan dengan sejelas2nya objektif kursus.

    ReplyDelete
  3. sangat kecewa dgn hinaan ini :(

    ReplyDelete
  4. daif ke naif pak sedaro?

    ReplyDelete
  5. bukan pensyarah sepatutnya boleh adapt dengan any kind of situation ke? masuk kandang lembu menguak, masuk kandang kambing mengembek. transformasi profesionalisme pun boleh, nasionalisme lagilah boleh. pensyarah patut jadi pemangkin kepada perubahan, bukannya menolak perubahan, terutama perubahan itu memberi kebaikan. kalau pensyarah pun sukar nak mengoptimize keupayaannya dalam apa jua kesukaran yang ditempuhi, bagaimana nak diharapkan student jadi bagus?

    ReplyDelete
  6. ape benak n bening sgt ke pensyarah PPD nih? malu aku nk ngaku aku nih pelajar PPD...sebab dgn jelas nya perkataan 'PPD' dlm statement tersebut....

    ReplyDelete
  7. but in this situation,BTN hanya nk memBE End kn pnsyarah...

    ReplyDelete
  8. nampaknya ada yang dah terjerat. kantoi dengan posting ni. hheehe. maklumat dah dapat. tunggu jelah nasib pensyarah oii.

    ReplyDelete
  9. kepada pelajar baru...i'll find u in poli pd.

    ReplyDelete
  10. hidup sekali, mati sekali, xdo guno nyo buek paneh cenggini.. rayo dah dokek , mari la kito saling memaafkan..

    ReplyDelete
  11. macam tau je...

    ReplyDelete
  12. pensyarah mudo poli pdJune 9, 2011 at 12:57 PM

    Eden cukup x pueh hati dengan ko pak sedaro tiri! ko buek kami dalam kem btn macam ko suruh buek macam-macam. Buek macam budak2 pun ado. Suko2 ekau jo kato kami kono pakso. Ekau main taruk jo kato kami macam2. Main sodap mulut ekau jo. Eden tahu ekau x pueh hati pasal mejoriti yang poie kursus tu pensyarah mudo dan kami bukan semuo sokong dasar2 kerajaan. Eden tahu lah ekau punyo blog ni tapi ekau punyo tulisan menyebabkan persepsi negatif pado semua pihak kami. Dengan kato lain kami memang meluat sangat dengan ekau pak sedaro tiri! berlakON jo baik. Tapi hati ekau busuk! kalau x pueh hati datang dialog, bincang elok2 dengan kami. Tindakan ko tulis kat blog ekau buat kami makin menyampah dengan ekau fesi2 BTN! ekau memang x profesional langsung. Macam ekau lah yang paling bagus dan cerdik. Wei kalau kami ni bodoh kami x datang lah jadi pensyarah. Kami lepasan universiti tempatan dan antarabangsa dan aku bekas engineer di syarikat terkenal di Malaysia. Kesimpulannya ekau memang x layak jadi fesi. Sebab ekau bukan membina orang jadi semakin baik tapi ekau meruntuhkan moral orang dan rosakkan martabat organisasi kami. Kalau blog ekau boleh bakor. Dah lama aku bakor blog ekau. Kita Bakor Je!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  13. Kawe nih pensyaroh jugok,mu sume dok kecoh ngapo,kawe doh panah nih,btn nyo orghe mmg bodoh sokmo,sekoloh pun rendoh sume,ckak cam baguh,nasib baik den bukang pensyaroh poli pd.dtg krusus bukan utk sokong krajaan,jadi btn konolah ubah konsep,ikut la keadaan se masa tu,tgoklah sapo peserta yg dtg,yg btn benggong luruih macam taik apahal,dasar org x skolah tinggi la tu,den benggang gak nih,jgn la den yg kno krusus ngan btn gilo nih,satu je wa ckap,lu langsi lu mati...(untung lor 8.18 juta collection),klu bnyak gilo komen camni bleh la buat filem 'btn nan gilo'.adios.grrrrrrrggh.

    ReplyDelete
  14. zaman skrg dah tak wujud perasaan saling hormat menghormati. dah tak hormat pada ibubapa, guru, org tua. berpendidikan tapi tak berilmu dan tak berakal. nasib baik aku bkn cikgu atau org bodoh yg menghina cikgu ni. heheh

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum wbr..
    Hmmm,membaca artikel ini berkali-kali membuatkan saya sgt kecewa dan sedih. Ya, sedih kerana pendidik diinjak dan dihina sedemikian rupa. Nabi Muhammad saw pun tak pernah ajar kita sedemikian, bahkan kita diajar supaya sgt menghormati guru (bukankah pensyarah politeknik juga GURU) dan tidak memalukan orang sehingga menjatuhkan maruah mereka.
    Ya, mungkin Pak Sedaro adalah ilmuan terbilang dan sangat mantap pengetahuannya tentang dasar2 yg pernah diperkenalkan Tun Dato' Mahathir, hinggakan akhlak yg baik dan sgt kecil seperti menjaga air muka saudara seagama yg lain, tidak perlu diamalkan lagi.
    Atau, inilah hasil hak2 atau kebebasan bersuara yang sgt dipuja2 atau diingini oleh generasi kini. Saya tidaklah pandai, namun saya tidak pernah membodohkan atau menjatuhkan maruah orang kerana ALLAH swt sendiri sangat menglindungi para hamba-Nya.
    Terpulanglah, siapa pun jua anda, bagi saya anda tidak amanah dalam melaksanakan tugas yang diserahkan kepada anda dengan mencanangkan output yg anda perolehi selama sesi berkursus Pensyarah PoliPD ke blog anda, di mana, ya saya ucapkan tahniah terlebih dahulu... kerana satu dunia boleh MEMBACANYA.
    Semoga Allah mengampuni dosa2 pensyarah politeknik Port Dickson berkenaan kerana telah pergi ke kursus btn tersebut, kerana akur pd arahan pengarah polipd, dan meskipun dianggap pro-pembangkang, mereka masih tau patuh pada pemimpin mereka.
    Wasalam....

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum dan salam sejahtera saudaraku,khalifah muka bumi dan tumbuhan sekalian alam,
    Bertelingkah kalian berbalah hujah sedangkan yang pokok belum diubah.
    Setelah diamati nilai kemasyarakatan dan perihal ketamadunan mereka mereka ini yang sesuka hati menyelar pendidik bangsa dan meratah maruah sebagai manusia, terlalulah busuk dan hina mor
    al yang menjadi kepala khususnya pak sedare, bicara tentang siapa salah? Tepuk dada tanya selera, bilamana jika tiada ulasan diblog ini maka tiadalah golongan pendidik ini melemparkan kata sebagai habuan pak sedare menatapnya, benarlah kata hujah diatas, pak sedara terlalulah lemah tangkai ilmunya, dari sudut tertentu pak sedara tidak sedar betapa besar jasa mereka meledak ilmu dan maka lahirlah pemangkin yang sekarang ini tergolong dari anak anak kita, dan betapa dalamnya ilmu hingga tak tergapai dek minda pak sedara yang hanya memandang sebelah mata hanya kerana pak sedara menjadi kepala semasa kursus tersebut.

    Pokoknya cermin diri, hiasilah peribadi kalau nak disanjungi.


    Wasalam

    ReplyDelete
  17. Salam semua, kepada rakan-rakan dan juga blogger Paneh Miang terutamanya Pak Sedaro.

    Saya adalah salah seorang pensyarah poli yang mungkin telah dilatih oleh Pak Sedaro dan rakan-rakan di Ulu Tiram baru-baru ni.

    Setelah meneliti bbp kali hujah dalam tulisan Pak Sedaro ni, saya faham sebenarnya apa yang berlaku, terutama ketika kursus baru2 ni.

    Buat pengetahuan rakan-rakan dan Pak Sedaro, saya sekelumit pun tidak terasa dengan apa yang Pak Sedaro tulis. Kerana apa? Kerana saya faham apa yang ditulis ini tidak ditujukan kepada semua pensyarah poli. Cuma mungkin kepada sebahagian besar saja.

    Saya faham di kalangan rakan-rakan di politeknik PD pun bukan semuanya baik dan suka antara satu sama lain. Ada juga yang kurang senang antara kami. Cuma bezanya dikalangan kami ni pandai bermuka-muka.

    Saya sebenarnya agak kecewa juga dengan tingkahlaku dan lontaran persoalan dalam perbincangan oleh rakan pensyarah semasa kursus itu, dan saya rasa malu bila mendengar rumusan yang dibuat oleh fasi apabila ramai dikalangan kami tak faham pun apa yang pihak btn cuba serapkan.

    Mungkin ada dikalangan kita ni yang terlalu ego dan bangga dengan kehebatan akademik yang kita miliki sehingga kita menganggap fasi seolah cuba memperlekehkan kita sedangkan fasi itu cuba menunjukkan jalan, tapi ada kalangan kita saja yang rasa angkuh dan sombong perasan diri hebat.

    Saya tahu ada antara kita yang telah menetapkan persepsi awal sebelum melangkah ke kursus. Yelah, semua kan kena paksa. Jadi disebabkan keterpaksaan itu, ramai yang jadi tidak terbuka dan jauh disudut hati ingin saja mencari kesilapan orang lain.

    Disebabkan ketidak terbukaan itu, kita gagal hanya untuk memahami kenapa kita tidak dapat makanan yang kita pesan. Hanya kerana ego, kita sanggup campurkan sardin dengan rumput, biarkan beras ditanak dengan pasir tanpa dibersihkan, dan rela melihat kawan kita makan hiasan gatal tanpa mengingatkan mereka akan bahayanya. Kita sedikit pun tidak hormat rezeki yang Allah kurniakan kepada kita ketika itu, sebab kita buat andaian ada rezeki lain dengan makanan yang kita order sebelumnya. Benda semudah itu pun ramai dikalangan kita gagal untuk faham, jadi wajarkah kita berbangga dengan kehebatan akademik yang kita miliki? Terus terang saya cakap, saya malu sebenarnya dengan sikap sebahagiaan rakan2 yang tak tahu bersyukur pun. Maka wajarkah lagi saya nak salahkan fasi?

    Saya secara peribadi tak marah langsung dengan tulisan ini, malah berterima kasih juga kerana intipati tulisan Pak Sedaro ni meminta pihak atasan mengambil berat akan kebajikan pensyarah poli PD ni. Malahan saya secara peribadi, dan turut sama berkongsi perasaan yang sama dengan rakan2 pensyarah yang rapat dengan saya, amat berterima kasih kepada fasi dan pihak btn kerana berjaya membuatkan saya berfikir akan makna disebalik segala aktiviti yang dijalankan.

    Saya minta maaf kepada rakan-rakan pensyarah lain kerana tulisan saya ini mungkin dilihat seperti tidak memihak kepada pensyarah poli. Tapi saya juga ingin berpesan kepada rakan2 dan diri saya sendiri, tidak ada salahnya kita merendah diri kerana menunduk itu bukan bererti kita menyembah. Malah jika kita merendah diri, makin bertambahlah ilmu kita.

    Saya tidak mahu menidakkan jasa btn selama ni yg banyak menyedarkan anak bangsa seperti saya. Malah saya merasakan agensi seperti btn ini patut dipertahankan.

    Akhir kata, terima kasih semua atas pengalaman yang diberikan.

    Salam dari Anak Melayu Pensyarah POLI PD.

    ReplyDelete
  18. yang kecoh ni banyak pensyarah melayu je. pensyarah cina dan india tak peduli pun. sebab melayu selalu lupa. bagus jugak hentam pensyarah melayu ni. lupa daratan. hanya fikir nak gagalkan pelajar dikalangan anak bangsa sendiri. biarkan mereka gagal tanpa fikir macamana nak tolong pastikan anak bangsa sendiri supaya dpt naikkan gred mereka agar keluar ipta dengan rekod cemerlang. mengarut jelah semua pensyarah melayu ni. perasan jew lebey.

    ReplyDelete
  19. Sokong "yang berfikir". Malu saya sebagai golongan pendidik bila masa rumusan ada yang bercakap macam buat show maharaja lawak. Seolah mentaliti bukan taraf pensyarah saja. Insult my intelligence. Malas la nak cakap jabatan mana. Nanti cakap lebey-lebey nama busuk. Kita di Poli PD ni kena selalu muhasabah diri. Memang la kita ni guru, golongan pendidik merupakan tugas yang mulia. Tapi itu tak menjamin kita ni betul sentiasa. Bagus juga tulisan ni bagi cadangan supaya Pengarah Politeknik PD, KP Jabatan Politeknik dan Kolej Komuniti ambil perhatian serius akan kebajikan kami pensyarah muda ni.

    ReplyDelete
  20. Yang ckp pensyarah melayu ,india cino tu apehal? Xder kaitan kat sini, kalau student dah x boleh blah,xkan nak bagi A+ plak, tu namenye lg meruntuhkan tahap akedemik. Masuk universiti kena tendang ramai2, sistem poli buat pelajar naik lemak. Yg tibe2 nak tuding melayu xina india pe hal. Perkauman tu sensitif. Bo*%#!!

    yang ckp mcm bagus lurus mcm bendul tu pun satu jgk,dah jelas ternyata semua pensyarah poli pd yg kena tempiasnya kat sni tiba2 nak mengiyakan smua dengan fakta2 ilmuan. Tapi x hairan,golongan mcm ni memg ramai dlm kalangan kita, bermuka2, atau lebih tepat,poyo

    Yang pak sedaro pon lg cetek akal, cakap biar berlapik agar smua tuduhan tu x terlalu khusus.aku. Pon penah jadi fasi bagi kursus yg lg besar dr btn, aku paham ade yg bleh terima ada yg tak, diam je la,tu kan lebih baik,sengal

    Dan yang lg satu, korang sume nih, pasti ke yg ckp tu pensyarah ke student ke, ntah sape2 ke, aku pon boleh letak nama aku as pengarah poli ke, pengrah filem ke, student ke,profesor ke, pendek kate,

    pak sedaro memang x guno, buek paneh, andai raser ape skalipon,x peelu di luahkan di blog ini, tu x profesional,

    yang korang pon satu! !!? Yang korang pi bukak blog ni baco baco baco! Xdo kojo lain, kalo ekau yang poie kursus tu xpo laie nak marah2, ado jgk hok lain2 nak menyibuk, dah ekau tutup computer ekau tu skg, bondo nih xdo apo faedah mbaconyo, sapo komen laei pasni ,x paham bahaso namonyo tuh, buang maso, bek pi mengaji, ado faedah, layan pak sedaro tuo ni x guno. Adios!

    Aku x cari pasal,korg jgn cr pasal, sebaris ayat korang taip noh, aku tau sapo gerangan.

    Hhahahah.!!!!!!

    ReplyDelete
  21. ...huuuu sodih Den sobab ghamai pensyarah yg bagi komen kek sini semuonyo guno bahaso ta semongah,kensil nak anta Den belaja kek PPD...!

    ReplyDelete
  22. den cdo. den setuju ngan ekau. sobab tulah gak eh polipd ni tak dapek lawan ungku omar. baco komen pensyarah pun dah tau lombam. ingatkan sedaro maro sumo xyah la antar anak blaja kek polipd. caghi yo poli laen.

    ReplyDelete
  23. salam,
    Den disini terpanggil lak utk bersuara dalam blog pak sedoro yang banggang lagi sengal. Den sebonar nyer berangin lak ngan artikel mula2 sekali pak sedaro. ITU PUNCO NYER. Bagi pembaca seterusnyer pak sedaro lah punca segala nyerrr.

    Aku harap anak2 sedara korang tak yah hantar di polipd. Biar sedara den jeaa.......BANGGGGANG PUNYA BTN.KUBUR KATA MARI, UDAH2 LAH BEKERJA. DUDUK JEA DI UMAH. TAK YAH MENYUSAHKAN ORANG. TAK CUKUP KE NGAN DUIT PENCEN?

    ReplyDelete
  24. Salam,
    Kepada korang yang membaca blog ni skrg, sbnrnya kenyataan dalam blog ini telah diedit oleh pak sedaro bagi mencantikkan ayat. artikel yang sebenar telah di "print screen" untuk tindakan selanjutnya. Tidak perlu lah didedahkan. Anggaplah apa yang berlaku memberi pengajaran kepada kita semua.

    ReplyDelete
  25. hahhahahhahah amik ko...........

    ReplyDelete
  26. aku sebenarnya dah lama tau ramai pensyrah melayu terutama yang muda-muda ni banyak tak boleh pakai. ego tinggi dan selalu emosi tak memasal. yg jadi mangsa student. habis degree, keja 2-3 tahun pastu buat master dan ngajar. masa ngajar buat phd. ada tu yg hbs degree terus buat master dan ngajar. langsung takde pengalaman. sbb tu mereka ni semua takde kualiti. tgklah budak2 sekarang di ipt jadi bengap tak dapat buat pertimbangan dan kurang berfikir kritis. tu yg ramai terjebak buat demo la, hapuskan auku la pebala semua. cuma aku tak sangka ramai pensyarah muda poli pd ni teruk lagak mereka. apa la hasil budak poli nanti ni. rasanya kpt kena tgk2 sikit pensyarah poli ni. orang yang tiba2 ubah status dari taraf guru kpd pensyarah. dari kpm ke kpt. sudah tentu ada culture shock dan tu yang ego terlampau macam bagus tu. elok juga la ada yang tegur mereka ni. kalau tak sampai ke sudah perasan bagus.

    ReplyDelete
  27. Dah la.. cukup la tu... tak payah layan sangat pak sedaro ni.. kepada yang mula tak percaya dengan politeknik ni, tak payah la sibuk nak cakap poli ni tak bagus. ramai lagi mak bapak nak hantar anak-anak mereka ke poli ni.. apa-apa blog pun orang bebas nak beri komen positif ke.. negatif ke.. nilai la sendiri. Akan datang Pak sedaro pun tak tau lagi mana la tau cucu cicit dia pun nanti masuk poli jugak. silap-silap kat PD lagi.. hahaha...

    ReplyDelete
  28. pak sedaro anak buahJune 15, 2011 at 11:35 AM

    walaupun den tak ponah blaja poli tapi den pecayo makin lamo poli akan makin matang sesuai dengan peredaran maso. cumo maso mudo emosi sikit biasolah darah mudo. lelamo ok la tu. jangan lak sobab ado pensyarah poli sekarang tak bagus, mako yang lain pulak dilebel samo. den cayo ado laie yang ok tu. isyaallah. setau den sedaro maro pak sedaro pun ado yang blaja poli tu. sajo jo pak sedaro ni usik kasi kojut orang poli supayo bangkit. raso eh ramai yang dah sodar tu. alhamdulillah. domi kemajuan bangso dan agamo kito jugak.

    ReplyDelete
  29. sebenarnya artikel ini memang telah diubah ayatnya menjadi lebih berbudi bahasa.. kali pertama sy membacanya memang teruk bahasa yang digunakan.. berkali kali sy membacanya untuk memahami apa sebenarnya yang nak disampaikan.. siapalah kita untuk menilai seseorang/ organisasi tersebut. tak kan dalam beberapa jam pertemuan kursus sudah boleh melabelkan seseorng. itu tidak profesional namanya..jadi harapan saya artikel ini tidak perlu dipanjangkan... delete je sonang cerita (mcm delete gambor/komen dlm fb Mr.X tu.. kepada yang terlibat.. mana yang baik kita ikut.. yang tak baik kita delete.

    ReplyDelete
  30. sy setuju dgn komen sebelum ni,jangan disebabkan nila setitik habis susu sebelanga.jangan salahkan pensyarah politeknik 100%,tak semua mcam tu.ni baru baca blog pasal pensyrh poli,belum lg psl cikgu sekolah or pensyrah uni.kepada yg komen pasal pensyrh poli asalnya dr cikgu tu dan brtukar ke pensyarah...baik2 sikit ye...sekarang dh takde semua 2...dhla tak tau,memandai2 je nak kutuk...bagus sgt ke sedara ni?

    ReplyDelete
  31. pengarah poli sume tido mkn gaji buta. pensyarah pulak naik kepala rase mcm dia boss, high-class la konon. kalau kau rase kau tu bagus sgt baik kau pegi mengajar kat tempat selain poli. sedar diri gaji kau tu rakyat yg bayar. bodoh bahlul pensyarah poli. menyusahkan rakyat

    ReplyDelete
  32. bosan la bace blog ni.. banyak ngutuk dari fekdah.. melayu oh melayu.. gaduh je kejenye.. hurrmmm

    ReplyDelete