Tuesday, July 19, 2011

PAS Khawarij Moden I

Ciri-ciri Al-Khawarij

Kaum Khawarij adalah orang-orang yang suka dan rajin beribadah. Nampak pada mereka kebaikan dan ketaqwaan. Di antara ciri-ciri mereka adalah: berkepala gundul, berumur muda, dan juga sering menyebut-nyebut hadits Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam.

Ketika Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam menyebutkan ketinggian tingkat ibadah mereka, beliau berkata:

"Salah satu di antara kalian pasti akan menganggap rendah solat dibandingkan solat mereka, serta shaumnya (puasanya) dibandingkan shaum mereka. Mereka tekun membaca Al-Qur’an, namun bacaan tersebut tidak mampu melalui kerongkong mereka." - (Hadis ini diriwayatkan oleh Al-Imam Al-Bukhari rahimahullah no. 3414)

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah ditanya: "Apa ciri-ciri mereka?" Rasulullah menjawab, "At-Tahliq atau At-Tasbid." - (Hadits ini diriwayatkan oleh Al-Imam Al-Bukhari no. 7123)

At-Tasbid pengertiannya adalah: Tidak meminyakkan rambutnya.
At-Tahliq pengertiannya adalah: Menggondol rambut kepalanya.

Berkata Al-Imam Abu 'Ubaid, bahawa kedua perkara tersebut (yakni At-Tasbid dan At-Tahliq) biasa saja terjadi secara bersama-sama. Dinukilkan dari kitab Lisanul 'Arab III/202.

Telah diriwayatkan oleh Al-Imam Al-Fasawi dalam kitab sejarah karya beliau (I/ 522), salah satu pernyataan Ibnu 'Abbas ketika beliau datang menemui kelompok Khawarij untuk berdialog dengan mereka, bahawa beliau berkata:

"Aku datang menemui suatu kaum yang aku belum pernah melihat satu kaum pun yang setinggi mereka tingkat kesungguhannya. Dahi-dahi mereka hitam (seperti bekas luka) akibat banyak bersujud, tangan-tangan mereka kasar bagaikan lutut unta. Mereka memakai pakaian yang tercuci bersih dan terkenal. Wajah mereka nampak lesu disebabkan (sering) berjaga di malam hari (untuk beribadah)" — Ibnu'Abbas.

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam pun menceritakan tentang ciri-ciri umur mereka, sebagaimana dalam sabdanya:

"Akan muncul di akhir zaman suatu kaum yang masih muda belia umurnya, dungu cara berfikirnya. Mereka berucap dengan sebaik-baik ucapan manusia Mereka melesat (keluar) dari (batas-batas) Islam seperti melesatnya anak panah menembus (tubuh haiwan) buruannya. Tidaklah iman mereka mampu melewati kerongkongnya." (Hadits ini diriwayatkan oleh Al-Imam Al-Bukhari (hadits no. 3415, 4770).

Disebutkan dalam Fathul Bari bahawa At-Tasbid semakna dengan At-Tahliq. Namun ada sebuah pertanyaan yang perlu dikemukakan di sini, iaitu apakah dengan ciri-ciri di atas bererti setiap orang yang menggondol rambut dapat dipastikan bahawa dia termasuk kelompok Khawarij?

Jawapannya TIDAK! Kerana maksud ciri-ciri tersebut ialah, kaum Khawarij menjadikan rambut kepalanya gondol sebagai ciri khas mereka pada waktu itu. Sementara para salaf tidaklah mengatakan mereka menggondolkan rambut kepalanya, kecuali untuk tahallul saat melakukan manasik haji/'umrah atau suatu kepentingan tertentu lainnya.

Kalau ada pun yang mengatakan bahawa kita tidak mendapati ciri-ciri tersebut, maka ia termasuklah pihak-pihak yang dikatakan sebagai Khawarij pada masa ini.

Bagi menjawab hal ini, saya kemukakan di sini salah satu penjelasan Al-Hafizh Ibnu Hajar ketika menerangkan tentang makna-makna At-Tasbid atau At-Tahliq, beliau berkata:

"Yang dimaksud dengan (At-Tasbid atau At-Tahliq) adalah penggambaran sikap ekstrim mereka (kaum Khawarij) dalam melakukan pembunuhan, serta untuk lebih menekankan tentang penyimpangan mereka dalam urusan agama." Lihat Fathul Bari dalam syarh (penjelasan) hadits di atas.

Berkata Al-Hafizh Ibnu Hajar: Bahawa yang dimaksud dengan خير قول البرية adalah Al-Qur'an. Atau juga bermakna bahwa mereka berucap dengan kata-kata yang baik secara zahir, namun hakikat sebenarnya tidak demikian. Seperti statement mereka: لاحكم إلالله (Tidak ada penentuan hukum kecuali milik Allah.) [lihat Fathul Bari penjelasan hadits no. 6930].

Di Malaysia hari ini, ramai pihak serta kelompok yang menyeru kepada seruan-seruan yang nampak baik secara zahir, dipimpin oleh orang-orang muda atau orang-orang yang dungu dalam berfikir; seperti seruan penerapan syari'at Islam, menegakkan Khilafah Islamiyyah, membela nasib rakyat, amar ma'ruf nahi munkar, dan berbagai seruan lainnya yang secara zahir terkesan baik. Namun hakikatnya pelbagai seruan tersebut jauh menyimpang dari bimbingan ilmu Al-Qur'an dan As-Sunnah yang sebenarnya, serta jauh dari bimbingan para 'ulama generasi salaf dan para 'ulama pengikut jejak mereka, baik dalam tinjauan makna yang mereka inginkan mahupun praktikal mereka ketika bergerak di lapangan.

Saya yakin tak seorang pun yang mengaku muslim serta mencintai Islam yang tidak menginginkan tegaknya Islam atau berdirinya Khilafah Islamiyyah. Namun yang menjadi persoalan ialah, Syari'at atau Khilafah Islamiyyah model apa yang kita inginkan? Dengan cara apa Khilafah Islamiyyah mampu ditegakkan dan bagaimana mahu Syari'at Islam diwujudkan?

[Rujukan: Syarru Qatla Tahta Adimis-Sama'i Kilabun-Nar; Penulis: Jamal bin Furaihan Al-Haritsi; Redaksi: Asy-Syaikh Shalih bin Fauzan bin 'Abdillah Al-Fauzan Hafizhahullah (Anggota Majlis Hai'ah Kibaril 'Ulama'); Edisi Indonesia: Mengidentifikasi Neo-Khawarij sebagai Sejelek-jelek Mayat di Kolong Langit; Hal: 62-66; Diterjemahkan dan Dijelaskan oleh: Luqman bin Muhammad Ba'abduh; Cetakan: Pertama, Sya'ban 1428 H/ Ogos 2007M; Penerbit: Pustaka Qaulan Sadida]

6 comments:

  1. Paneh, Apo dio khwarij itu? Sdro faham ko apo dio tu?

    boceng

    ReplyDelete
  2. paneh ko boceng?

    - parti jahat -

    ReplyDelete
  3. Cik paneh@islah jika hadis pertama rasullah sebut "puak ini baco alquran tak melalui kerongkong mereka" memang tepat ciri2 ini menjurus kepada puak UMNOAPCOPORNO sbb ternyata sifat berlakun lebih islam dari puak lain mmg jejas puak ini padahal puak ini lah jugak yg menjadi balaci barat, almuklumlah Sekular, Mahakutty pasti tersonyum.

    ReplyDelete
  4. tu yang PAS tarik balik larangan hiburan bulan poso tu yo tak? takut mo tuhan ko takut mo DAP?

    ReplyDelete
  5. cik islah

    nukilan yang agak menarik tapi bolih tak cik tolong melayukan bahasa

    arab yang digunakan kerna eden tak jelas makno yang islah nak ceritakan


    kalau takat pakai base aram bam boom bam, eden tak berapa reti..

    and then, so melayukanlah base cik isla.\\\\



    tolong,pleaze


    kkk

    ReplyDelete
  6. bagus..rajin dia kaji pas.. lepas ni buat thesis... pastu kaji pulak umno..kaji tau..jangan copypaste je

    ReplyDelete