Monday, July 18, 2011

Penjara kubur blogger Pakatan

Diceritakan oleh Syeikh Ali Soleh Muhammad Alijabber, Guru Tahfiz Masjid al-Nabawi, kisah tiga menteri dan seorang Raja.

Pada suatu hari, Raja memanggil tiga orang menterinya untuk diberikan tiga karung guni. Berkata Raja, "Pergi panjat pokok itu dan petik buahnya sehingga penuh guni kamu masing-masing."

Maka terpinga-pingalah ketiga-tiga menteri tersebut, sambil tertanya di fikiran, mengapa seorang menteri yang memiliki taraf dan kedudukan yang tinggi diberikan perintah sedemikian rupa? Namun disebabkan perintah itu datangnya daripada seorang Raja, maka tanpa banyak soal mereka pun melakukan sepertimana yang disuruh.

Menteri A merupakan menteri yang jujur dan amanah. Justeru beliau bersungguh-sungguh memanjat pokok tersebut dan mencari buah yang paling baik serta berkualiti demi memenuhkan karung guni yang diberi Raja.

Menteri B merupakan menteri yang sekejap amanah dan sekejap tidak. Beliau hanya amanah berdasarkan situasi yang dihadapi. Imannya tidaklah sekukuh Menteri A. Maka ketika Menteri B memanjat hingga separuh pokok, terfikirlah dia, "Buat apalah aku bersusah payah untuk ambil buah yang elok-elok? Lebih baik aku kutip saja buah yang dah gugur ke bawah. Lebih cepat aku dapat penuhkan karung guni ni." Lantas Menteri B turun, lalu mengutip buah yang sudah sedia gugur di bawah pokok, maka bercampur-baurlah buah yang baik serta buah yang busuk di dalam guni.

Menteri C pula merupakan seorang yang sungguh tidak amanah. Beliau hanya mementingkan diri sendiri saja. Fikir beliau, "Buat apalah aku susah-susah. Aku kan menteri. Ini bukan kerja seorang menteri. Lebih baik aku kutip batu je dah cukup. Asalkan karung guni aku ni nampak penuh. Lagipun mana la Raja ada masa nak periksa isi dalam karung ini." Tanpa berlengah, Menteri C pun mengutip batu untuk memenuhkan karung guninya.

Sampai masanya, ketiga-tiga menteri kembali mengadap raja. Benar sebagaimana telahan Menteri C, Raja langsung tidak melihat isi dalam karung guni tersebut. Namun begitu, Raja mempunyai cara yang lebih bijak. Baginda memerintahkan pengawal menangkap ketiga-tiga menteri dan dihumbankan ke dalam penjara. Seterusnya baginda menitahkan ketiga menteri tersebut hanya akan diberi makan berdasarkan apa yang ada dalam karung guni masing-masing di sepanjang penahanan mereka di penjara. Maka beginilah situasi para menteri itu ketika di dalam penjara:-

Menteri A mempunyai bekalan makanan yang mencukupi kerana telah mengutip buah yang lazat dan berkualiti.

Menteri B terpaksa memilih buah yang baik untuk dimakan dan kadangkala terpaksa pula mengikat perut demi memastikan bekalan makanannya sentiasa mencukupi sehingga selesai tempoh tahanan.

Menteri C pula terus kebuluran dan akhirnya meninggal dunia tidak berapa lama kemudian. Innalillahiwainailaihirajiun. Itu sajalah ucapan yang mampu diberikan kepadanya.

Bayangkanlah, selama ini Allah SWT telah memerintahkan kita supaya beramal dengan penuh amanah dengan tujuan untuk mencari redha-Nya. Maka, andai berpeluang, watak menteri manakah yang akan kita pilih? Adakah Menteri A, Menteri B ataupun Menteri C?

Dan PENJARA dalam kisah di atas bolehlah kita ibaratkan seperti sebuah KUBUR. Di sanalah tempat perhentian kita, tempat yang kita semua bakal lalui. Di dalam suasana yang sempit dan gelap itu, pernahkah kita bertanya, adakah amalan kita selama ini mampu membantu kita mendapatkan keredhaan Allah? Atau nasib kita bakal berakhir sepertimana Menteri C?

Gambar dari blog pro pembangkang

Justeru kepada blogger pro pembangkang (termasuk blogger umno yang berpura-pura tetapi sebenarnya cenderung kepada pembangkang) ambillah pengajaran daripada kisah ini supaya setiap penulisan yang dibuat bersikap rasional serta bertanggungjawab, dan bukannya suka-suka menyebar fitnah untuk menjatuhkan orang lain demi mendapatkan sedikit nikmat di dunia ini.

Lihatlah bagaimana blogger pro pembangkang yang tanpa takut dosa telah memanipulasikan lakonan kematian Suhardi Mohd yang diputarbelitkan kononnya sebagai gambaran sebenar Allahyarham Baharudin Ahmad. Ramai blogger pro pembangkang telah menipu dan berbohong secara terang dan nyata sehingga tergamak memanipulasi video serta gambar lakonan kematian Suhardi Mohd semata-mata untuk memberi kesan emosi dan simpati yang berlebihan kepada pembaca.

Malah rakyat dan masyarakat antarabangsa diperlihatkan kononnya polis Malaysia sangat kejam dan zalim. Malah ada yang tergamak menyamakan polis Malaysia seperti polis Israel. Ini tidak termasuk cerita fitnah cincin RM24 juta yang kini sedang hangat dimainkan oleh media-media siber pembangkang. Tidakkah mereka sedar akan dosa bersubahat menyebarkan fitnah? Tanpa disiasat dan diselidiki kesahihan sesuatu perkara terlebih dahulu, blogger pro pembangkang tanpa segan silu telah menghebahkan fitnah dengan begitu dahsyat sekali.

Maka pembaca bolehlah menilai sendiri jenis blogger yang bagaimanakah yang jelas terserlah akan niat dan perancangan jahat mereka demi menghancurkan kemakmuran dan keamanan Malaysia yang bersama telah kita kecapi selama ini. Tidakkah sedar bahawa kita akan ke kubur jua akhirnya?

7 comments:

  1. Pak Menteri dibawah kerajaan BN/Umno semuanya amanah termasuk PDRM. satu sen RASUAH pun tak pernah makan.

    Alhamdullilah..moga-moga masuk syurga

    ReplyDelete
  2. Amboi terasa sampai ketulang itam.

    ReplyDelete
  3. pergh...artikel nih...kiri kana,depan belakang,atas bawah kena...huhuhuhuh...sape yg meliwat lagi la kena setepek pada dahinya...

    -Ahli PAS Seumur Hidup tp Anti PKR-

    ReplyDelete
  4. "Apalah bodohnya menteri-menteri tu?" Mana larat panjat pokok dengan perut buncit.

    Upah beruk la buat kerja macam Paneh.

    Kalau ditanya Raja, salahkan beruk-beruk le. Kan pun ada beruk yang dilatih, yang malas dan jugak yang suka bermain-main saja.

    ReplyDelete
  5. harap maklum,

    - PARTI JAHAT - yang dipakai oleh anon semasa mengomen dalam artikel'spesies keladi' adalah pak hompuk... biasolah pencacai juak pembangkang suko menyamar untuk tujuan berpocah bolah...

    aku adolah anon yg pakai - parti jahat - sobonar eh..

    - parti jahat -

    ReplyDelete
  6. Sah pemimpin himpunan berSHIT 2.0 terpaksa menipu agar kelihatan hebat dimata penyokong. Mat Sabu takutkan polis peronda terjatuh sendiri, tuduh polis langgar dia. anWAR dilanggar penyokong sendiri, terpaksa berlakon konon dilontar gas pemedih mata. Yang benar tetap benar yang salah tetap salah, pasti Allah tunjukkan. Apakah bukti yang penyokong pakatan nak lagi.....

    ReplyDelete
  7. Blogger pakatan pembangkang nie memang patut dipenjarakan. Dahlah suka memfitnah dan menipu orang tanpa rasa bersalah membuat fitnah yang baru......

    ReplyDelete