Friday, August 26, 2011

Lupakan sajalah Ku Li...


1. Hebat sungguh Malaysiakini mempromosikan kata dan tulisan Ku Li akhir-akhir ini.

2. Benar sebagaimana perbualan pelbagai pihak, memang ada usaha dalaman dikalangan pemimpin komplot pembangkang sendiri yang mahu menggantikan Bapak Anwar Bin Ibrahim dengan Ku Li untuk mengetuai mereka menghadapi PRU-13.

3. Malah sejak beberapa bulan lalu, beberapa pemimpin tertinggi PGayR, DAP dan Pas telah bersemuka dengan Anwar, bertujuan mendesak beliau mengundur diri kerana percaya Bapak Anwar Bin Ibrahim sememangnya bersalah dalam kes rogol bontot serta tidak lama lagi bakal bercuti di Penjara Inn Sungai Buloh.

4. Ramai dikalangan pemimpin tertinggi pembangkang hari ini mula merasakan Bapak Anwar Bin Ibrahim adalah liabiliti terbesar komplot pembangkang, dan mereka sudah tidak mampu lagi membendung serta mempertahankan reputasi Anwar yang semakin buruk dikalangan rakyat. Minat luar biasa Anwar sudah tidak mampu lagi disorok pemimpin komplot pembangkang daripada pengetahuan umum.

5. Anwar dikhabarkan awalnya berang dengan desakan tersebut, tetapi memandangkan perkembangan terbaru kes rogol bontot yang semakin tidak memihak dirinya, menyebabkan Anwar terpaksa tunduk dengan desakan bertali arus barisan pemimpin pembangkang.

6. Beberapa cadangan telah dibuat dan akhirnya mereka sepakat untuk memilih Ku Li. Malah dikhabarkan pertemuan turut diatur antara beberapa pemimpin pembangkang dengan Ku Li, dan sehingga kini keputusan sama ada Ku Li bersetuju atau tidak menyertai komplot pembangkang belum dapat dipastikan.

7. Cuma kami meragui keputusan komplot pembangkang memilih Ku Li menggantikan Bapak Anwar Bin Ibrahim adalah satu keputusan yang tepat.

8. Pernah seorang commentator di blog ini yang menamakan dirinya "Rahim Khan" menyatakan kononnya Ku Li adalah pemimpin pelapis yang dilatih/ditunjuk ajar oleh Tun Abdul Razak. Malah "Rahim Khan" turut menyuruh kami 'membaca sejarah' bagi mengenali siapa sebenarnya Ku Li.

9. Tetapi kami telah lakukan lebih daripada itu, bukan setakat 'membaca sejarah', malah berjumpa, berbual, bertanya serta mengkaji siapa sebenarnya Ku Li.

10. Kami tak pastilah adakah benar Ku Li kini satu-satunya anak didik Tun Razak yang masih aktif dalam politik semasa. Tetapi kami sangat yakin bahawa Tun Razak sering memuji serta mengagumi Che Det di hadapan timbalannya Tun Hussein, sehinggakan Tun Hussein membuat keputusan menamakan Che Det sebagai Timbalan Perdana Menteri selepas meninggalnya Tun Abdul Razak.

11. Daripada 3 naib presiden UMNO ketika itu, termasuk yang paling popular ialah Ku Li, tetapi Tun Hussein tetap memilih Che Det naik ke jawatan Timbalan Perdana Menteri, sekaligus membuktikan kredibiliti Ku Li sebenarnya masih boleh dipertikaikan.

12. Jika di zaman kegemilangannya pun, Ku Li masih tidak mampu mengekalkan pengaruh, mahupun 'mencipta' sesuatu yang luar biasa dalam sejarah politik tanahair, apatah lagi di zaman ini yang mana Ku Li bolehlah diibaratkan umpama 'hidup segan mati tak mahu'.

13. Namun jika komplot pembangkang masih mahukan Ku Li berserta team 'Amanahlah sangat...'nya itu untuk mengetuai pasukan pembangkang menghadapi PRU-13, maka percayalah, BN tak rugi apa pun.

18 comments:

  1. Kesian Ku Li...

    Yang dikejar tak dapat..., yang dikendung keciciran...

    ReplyDelete
  2. Jangan tertipu bro. Ku Li akan ganti DSNajib dan DSMYassin. Ini komplot dalaman umno bro. Isu ni saja dispin kpd pembangkang agar pemimpin leka.

    Ramai yang sedang menyokong kuli dan AMANAHnya terutama dari kalangan ahli veteran dan golongan tertentu.

    Sokongan kpd AMANAH jangan dipandang kecil, sebab KuLi ada kekuatannya yang tersendiri. Mungkin sudah tiba masanya dia menggunakan senjata terakhir yang ada padanya.

    Apa yang penting, pergeseran antara Najib dan Muhyidin akan menguntungkan KuLi, tetapi buat masa ini, geng umno sedang spin kata kuli akan ganti anwar, hakikatnya dia akan gantikan Najib. Sorry to said la bro.

    Cuba risik2 geng penawar dan lain2 bro. banyak info dan gerakan bawah tanah umno. nanti akan dapat jawapannya.

    ReplyDelete
  3. aku tak percaya ada pergeseran antara najib dan muhyiddin. kalu ada pun hnya diperingkat minor ckp2 belakang. bkn sstu yg besar. baik najib atau muhyiddin msg2 sedar mereka perlu bersama bg pastikan bn menang p/raya. lepas tu nk fight gentlemen pun mereka tak kisah rasanya. bg aku org has been mcm ku li tak perlu dihiraukan sgt. barisan yg duduk dlm amanah pun kelakar. org yg tersangatlah tidak amanahnya ramai dlm amanah sepertimana ramai perasuah dlm pkr.

    ReplyDelete
  4. Paneh Miang...
    Byk tulisan kau aku respek jugaklah. Taoi hujah kau dlm entry ni nampak terlalu mentah. Takpayahlah bandingkan pujian ucapan Tun Razak pd che det itu tanda Ku Li tak wibawa dan kesimpulannya lupakan kuli... Nampak sgt kau tak kena kuli, apatah lagi Tun Razak dan siapa arkitek dibelakang tun razak.

    Kalau nak buat pbandingan setakat mcm tu...aku nak ingakan kau...Najib adalah personal assistant Kuli masa di petronas.. Amacam? PM msia sekarang mantan PA Kuli...

    ReplyDelete
  5. telurku tak cukup masinAugust 26, 2011 at 10:31 PM

    kalau mantan pa pun boleh jadi pm, maka si bos tak sehebat manalah. senang je nak buat conclusion. siapa pulak arkitek di belakang tunku? wlpn tunku pm tp org kata arkitek sebenar tun razak. siapa pulak arkitek di belakang ku li? tp siapa pun arkitek di belakang ku li maknanya arkitek ku li bodoh gak la. tengok ku li end up mana skrg.

    ReplyDelete
  6. Paneh,

    Apa kau tau tentang politik zaman dulu. Kencing masih bercabang nak cakap politik besar.

    Suatu hari kamu akan tahu hakikat sebenarnya.

    ReplyDelete
  7. penulis artikel buta sejarah dan berat sebelah...ku li lebih baik dari apa yang dituliskan....

    ReplyDelete
  8. Marah penyokong Ku Li kau buatkan Paneh. Hahaha. Tapi setakat mereka ni cakap orang behingus, kencing becabang, buta sejarah bla bla bla, tak kemana bro. Kasi hujah la apa bagusnya Tg Razaleigh. Dia tak buktikan apa-apa this present day. Sama ada dr segi politik mahupun pembangunan insan. So what to expect from another has been. Nak tengok siapa yg lebih berat sebelah? Aspan si KuLi boy. Hakikat sebenar ttg KuLi ialah individu yg masih bercita2 nak jadi PM tp malangnya sendiri pun tak mampu bawa BN memerintah Kelantan. Hahaha. Kesian...

    ReplyDelete
  9. bro kuli ni favor cina. keliling businessman cina byk ngadu dgn dia. ramai ahli perniagaan geng team b yg tak cukup mkn zaman paklah pun ramai yg dok ngadu ngan kuli. tp x dpt jugak kuli amik kesempatan sakau jwtn pm. mana taknya hanya bhgn sendiri je yg calonkan dia. masa duduk dlm mof dulu siapa yg tak tau lagak kuli. nak cakap pasal amanah boleh bikin lawak antarabangsa.

    ReplyDelete
  10. hangpa ni tak faham strategi paneh miang ni. read between the lines. dia ni nak kasi provok saja. nak tengok reaksi hangpa macamana. dia nak tengok kot tang mana ramai dak orang kasi petahan kuli ni. kalu defend ikut lagu mana. tapi rasanya tak dak sangat orang yang nak petahan kuli. so mission dia tercapai dah tau la orang tak bulih nak gantung harap pada kuli sangat dah. tahniah aku bagi kredit pada penulisni.

    -nordin

    ReplyDelete
  11. Forget whether he wants to be the PM. But he is the best PM that Malaysian never had.

    Everyone was all out to kill his politics because of his ability. Everyone especially Dr M was jealous of him.

    Remember he is the only one person outside USA who became the Chairman or the World Bank as well as the Chairman of the Asian Development Bank and Islamic Development Bank. By virtue of him being the World Bank Chairman, He was also the Chairman of IMF.

    He is has the best life record that Malaysian and the world has ever experienced.

    Only Dr Mahathir vandalized his political carrier.

    Paneh, don't prostitute your dignity. If you don't know history you just smoke cigar bro.

    ReplyDelete
  12. karim ismail, batang melakaAugust 27, 2011 at 11:51 AM

    Saya tidak pernah berjumpa Ku Li dan saya tidak kenal beliau. Tetapi beliau adalah arkitek yang mengasaskan strategy ekonomi negara yg telah diporak perandakan oleh UMNO sekarang.

    Petronas yang dirampok oleh Mahathir dan UMNO sekarang adalah pembangunan yang beliau secara peribadi bina. Semasa itu orang Melayu Cina dan India semuanya masih tidor.

    BBMB yang dirampok oleh Daim dan Dr M adalah binaan beliau. Penrnas yang dibelasah oleh orang Zaman Mahathir adalah binaan beliau.

    Sebagai seorang peguam yang bekerja dengan syarkat huaman ternama diKL semasa itu saya tahu tanah yg meletakan PWTC sekarang adalah tanah beliau yg diikhsankan oleh beliau untuk untuk UMNO.

    Semasa beliau membina dan mengetuai Petronas dan Bank Bumi dahulu puluhan ribu scholarship untuk Melayu telah beliau keluarkan.

    Permodalan Nasinal dan ASN adalah bekas tangan beliau. Banyak lagi saudara bekas tangannya yang telah menjadi cash cow yang di rompak oleh pemimpin semasa dan selepas Dr Mahathir.

    Pemimpin seperti ini susah untuk naik kerana UMNO terlalu ramai pemimpin yang kotor dan tidak suka orang seperti ini.

    Jangan kita memperbodohkan diri kita sendiri dengan memberikan pandangan negative kerana buta sejarah dan kerana politik.

    Bagi saya, saya berdoa beloau akan menjadi penyelamat kepada negara yang sudah terumbang ambing ini.

    Maaf kerana memberikan pandangan yg berbeza. Saya tidak menyokong Ku Li, tetapi menafikan jasa beliau adalah suatu yang tidak sepatutnya saudara lakukan.

    Sekian sahaja. sekali lagi maaf.

    ReplyDelete
  13. Kalaulah saya masih aktif dalam politik, saya akan tonjolkan Ku Li sebagai PM.

    Hanya beliau yg masih hidup yang mempunyai wawasan untuk negara.

    Beliau adalah seorang yang berkesan dan banyak membina institusi perekonomian yang membuatkan negara mantap.

    Comparing Ku Li dengan pemimpin sekarang serupalah membandingkan apple dengan bacang.

    ReplyDelete
  14. bagi orang kampung mcm den bacang lobih sedap dari apple. senang crita mcm ni la. kalo Allah nak angkat kuli sejak dulu dah diangkatnya jd teraju utama negara ni. kuli dan orangnya pun perlu belaja trima qada qadar. ada la sbb Allah tak angkat kuli. x perlu la nak salahkan org itu, org ini yg konon dengki dgn kuli. mitu maknanya tak mahu terima hakikat takdir. anwar kalu ikatkan macam2 buat nak jadi pm, tp tak dapat jugak jd. kun fa ya kun-kena trima la. mungkin juga jika kuli jd pm akan lebih baik dr pm terdahulu, atau mgkn juga lebih truk dr paklah. haha. tapi aku tetap percaya setiap pemimpin yang Allah angkat adalah sesuai dgn zamannya, sama ada Allah nak jahanamkan sst kaum tu atau nak selamatkan mereka. so anggap sajalah zaman kuli dah selesai.

    tapi la ni jd pengerusi wb, imf tu smua org tak pecaya dah. wb dan imf proksi yahudi amerika. tgk anwar la.

    ReplyDelete
  15. tun hussein kasyaf bro. sobab tu dio lantik mahathir instead of kuli sbg pengganti dio.

    ReplyDelete
  16. Apa yang pasti kalau Ku Li jadi PM, semakin naik tocanglah ketua ketua bahagian diKelantan, bermacam macam fail dikepit ke hulu kehilir,

    dan bukan sahaja Ketua ketua bahagian, malah rakyat rakyat marhain pun turut serta, kerana mereka tidak lagi melihat Ku Li sebagai pemimpin UMNO tetapi pemimpin Kelantan.

    Serabut bila gua fikir pasal orang kelantan ni,

    di universiti, di jabatan kerajaan, di mana mana juga dipenuhi oleh orang kelantan, jutawan jutawan Melayu, ahli ahli korporat! apakah ini juga perancangan Ku Li???

    Yang bawa virus pembangkang pun banyak orang Kelantan !!!

    betul jugak cakap lu bongek boy !!!

    ReplyDelete
  17. Aku pernah kempen untuk KU LI semasa pemilihan 2008

    Tapi apa nak buat, ahli UMNO majoritinya tolak!!

    Aku terimalah kada dan kadar

    Taklah sampai aku nak masuk PAS atau DAP atau PKR walaupun ada tawaran ...

    ReplyDelete
  18. UMNO dah desperate. Kata apa awak nak kata. Siapa saja yg berani menentang UMNO itu saya sokong.

    Berapa UMNO dah bayar kamu paneh? Ambil upah nampak?

    ReplyDelete