Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Tuesday, July 26, 2011

Ku Li yang Amanah?!

Bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) mengesa rakyat bersama-sama melakukan perubahan segera menolak politik kotor, perkauman dan rasuah yang semakin membarah di negara ini, ketika bercakap semasa penubuhan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Angkatan Amanah Merdeka(AMANAH) di Memorial Tunku Abdul Rahman Putra pada 22 Julai 2011 yang lalu.

Hadir sama di majlis pelancaran Amanah ialah Dato' Seri Ong Tee Keat, Dato' S.Subramaniam, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir, Dato' Wilfred Bumburing, Dato' Seri Danial Tajem dan Dato' Seri Bujang Ulis yang mana masing2 menjadi Timbalan Presiden Amanah.

Manakala jawatan Naib Presiden Amanah terdiri daripada Dr Patau Lubis, Ong Hock Siew, Dato' Mohd Azmi Razak, Ragunath Kesavan,Tan Sri Simon Sipaun, Muhd Lukhman Ghani dan Wan Saiful Wan Jan.

*********

Persoalannya, adakah Ku Li selama ini adalah seorang yang benar-benar AMANAH? Cukup-cukuplah tu. Mereka yang sezaman dengan Ku Li semuanya sudah bersara. Sampai bila nak menongkat langit di Gua Musang? Adakah Ku Li seimpian dengan Anwar, masih berhasrat untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia? Kuasa tidak boleh dibawa ke kubur Ku Li! Berilah peluang kepada generasi baru dan carilah apprentice di Gua Musang.

13 comments:

  1. Ku Li ni dah nyanyok? Masa dia Menteri Kewangan, dia beri printing permit kat kawan dia,

    Keluarga ni, anak2 semua tak kerja, sekadar duk rumah makan duit bapa mereka saja, tiba2 diberi permit, sampai tak tau apa nak buat dengan benda tu?

    Jangan duk buat lupa ya..

    ReplyDelete
  2. scorpene, altantuya
    Papa Vatican caya

    billion sana sini
    RM111.1juta untuk bini
    apa ini?

    minyak naik
    barang naik

    ku dan adik ku
    ku dan bapak ku
    felda ku

    APU, Gagasan
    pakatan

    kus Semangat
    ku panggil kau

    kus Amanah
    ku seru kau
    silau memukau

    ReplyDelete
  3. salam, blog tuan sudah dipautkan di umbhululangat.blogspot

    ReplyDelete
  4. Kadiaq Mamak tu pula macam mana? Dia tu amanah sangat ke? Semua depa dalam barisan kepimpinan AMANAH tu benar-benar beramanah ke?

    Cuba korek tengok!

    ReplyDelete
  5. Paneh, sdr memberikan komen yang agak tidak wajar tentang Ku Li. He is the only one with civil politician left taht was trained by Tun Raak. May be you are still young but please, I have high regards for this man.
    Kelapa tua kalau jatuh itu melantun, kelapa muda kalau jatuh akan pecah. Have some human respect if you dont support him. Read some history will you?

    rahim khan

    ReplyDelete
  6. Paneh,

    Apa post PM hanya untuk najib saja ke?
    Siapa yg. menentang dan menegur akan dijadikan musuh kau?

    Memang dasar penjilat dan pembodek tegar.

    ReplyDelete
  7. Jadilah blogger yang membangunkan minda bukannya blogger semata-mata nak jadi blogger. Berilah pandangan yang membina bukannya pandangan yang sentiasa jumud dan pariah. Apa kau pencinta parpukarike?

    ReplyDelete
  8. jawatam pm untok semua yang layak tak kira tua, muda, atau lelaki atau pompuan...siapa yang menang dia lah dapat......bukan hak siapa2...democracy..kan .....hairan ya bodoh sunggoh penulis blog ini....

    ReplyDelete
  9. Bagus team paneh. Anda semua jelas tak memihak. Sesiapa saja anda balun termasuk najib. Mereka yg komen ni baru baca blog paneh ni agaknya. Bukan follower tegar. Sbb tu tak faham apa yg mereka ni cuba utarakan.

    Igt lif yg boleh naik bawa kereta hgga ke pejabat di kementerian kwgn dulu? Zaman siapa agaknya?

    ReplyDelete
  10. hahaha. lawak sungguh yg dok jadi ahli amanah ni. has been yg kecewa. mereka dulu ni 'amanahlah' sangaaaattttt...

    ReplyDelete
  11. kalo setakat baca sejarah ku li mmg la tak kenal ku li sgt wahai rahim khan. nak kenal ku li tanyalah tokey2 cina yg rapat dgn dia dulu. masa dia lwn mahathir utk jwtn presiden, agak2 siapa sponsor?

    ReplyDelete
  12. Sdr,

    'Kuasa tidak boleh dibawa ke kubur Ku Li! Berilah peluang kepada generasi baru!'

    pd hemat saya ungkapan sdr tersebut agak menyeleweng. seolah2 TRH menyekat orang lain. Kalau itu yg saudara maksudkan, elok kiranya difahami terlebih dahulu kenapa Amanah ditubuhkan dan apa yg dihasratkan.

    kalau sekalipun TRH bercita-cita menjadi PM bagi saya, adalah untuk memberikan kestabilan politik dan halatuju negara yg lebih fokus. Spt sdr rahim khan, nampaknya hanya TRH yg mampu buat masa ini untuk mendidik satu generasi baru yg bebas dari persepsi tidak baik yg dialami pentadbiran kini.

    so contrary to what you express, the only natural cause is for TRH to pave the way for a new generation.

    ReplyDelete
  13. Buat Ku Li dunia kata pergi, kubur kat mari....tumpukan perhatian pd agama bukan pada NGO yg bermotif politik kepartian yang sempit.

    ReplyDelete

Blog Archive