Saturday, August 13, 2011

Maniskah KUASA itu...

Kalau benar mengidam kuasa,
Hendaklah wajar tingkah dan cara.

Kalau kuasa hendak digengam,
Kebaikan orang jangan dihentam.

Kalau kuasa hati berkenan,
Jasa orang dinafi jangan.

Kalau kuasa hendak diraih,
amalkan budaya berterima kasih.

Impian berkuasa lekat dihati,
Hapuskan segala hasad dan dengki.

Kalau kuasa pilihan yang syumul,
Ikutlah cara yang paling betul.

Kalau kuasa mahu diburu,
Hindari prasangka jauhi cemburu.

Kalau kuasa impian utama,
Belajarlah sentiasa hidup bersama.

Kalau kuasa ingin dirampas,
Jangan rasa hendak menindas.

Kalau kuasa mahukan sungguh,
Buangkan sombong lemparkan angkuh.

Kehebatan kuasa ingin dilakar,
Aib orang jangan diselongkar.

Keinginan berkuasa sekiranya hadir,
Jangan suka mempersenda menyindir.

Kalau kuasa menjadi keutamaan,
Tingkatkan takwa kukuhkan iman.

Kalau kuasa diimpi dicita,
Jauhi matlamat menghalalkan cara.

Sebelum makan bacalah doa,
Doa dibaca sebagai pembuka,
Jika dosa diketahui juga,
Begitu juga adat buruk permainan kuasa.


Hasil nukilan pembaca Paneh Miang dari Pusat Dakwah Islamiah, Paroi

2 comments:

  1. news from graveyardAugust 13, 2011 at 4:47 PM

    kuasa itu memang manis cuma perangai pemimpin parti2 politik kat malaysia ni je yang tak berapa manis.

    ReplyDelete
  2. Apobilo KUASO d rasokan macam HARTO BAPAK dio yg punyo,,,
    Apobilo KUASO d rasokan PUSAKO MOYANG dio,,,
    MAKO HANCUR LAH NEGARO,,,

    ReplyDelete