Friday, August 12, 2011

Muhyiddin pun cemas...

1. Perhimpunan Pengetua dan Guru Besar seluruh Malaysia di IAB baru-baru ini telah mengundang persoalan peserta kepada Menteri Pelajaran merangkap Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin. YAB TPM telah diajukan soalan mengenai Rosmah.

2. Ahmad Maslan pernah diajukan soalan sama dalam program KPTO di Janda Baik beberapa bulan lalu, juga mengenai Rosmah.

3. Sama dengan tindakan Ahmad Maslan sebelum ini, Muhyiddin di IAB kelihatan mengelak apabila timbul persoalan mengenai isteri Perdana Menteri Malaysia. Jika Timbalan Perdana Menteri sendiri play safe dalam menjawab isu Rosmah, apatah lagi menteri kabinet yang lain. Yolah, mana ada menteri kabinet yang berani menjawab isu berkaitan isteri Perdana Menteri. Nak mampuih...

4. Hari ini timbul polemik dikalangan generasi muda cerdik pandai yang menyokong Barisan Nasional. Kalangan generasi muda hari ini sedar bahawa pakatan pembangkang masih belum layak untuk memerintah negara. Mereka masih ingin terus menyokong BN, cuma dilemanya, mereka enggan menyokong Najib.

5. Polisi Najib yang tidak jelas dalam mempertahankan hak dan ekonomi Melayu, serta kegagalan Najib dalam menangani isu antara kaum hingga kelihatan seolah Melayu dan Islam dipermainkan sewenang-wenangnya oleh kaum chauvinist akhir-akhir ini, telah menyebabkan Melayu mula rasa mual dengan Najib.

6. Ditambah pula dengan media arus perdana seperti RTM dan TV3 yang saban hari memberi publisiti bodek terhadap Rosmah secara keterlaluan, telah menambahkan kemeluatan ramai generasi muda dikalangan cerdik pandai Melayu. Setiap hari pasti ada slot "Isteri Perdana Menteri" yang disiarkan di televisyen serta akhbar arus perdana. Orang boleh kata itu hanya tuduhan dan propaganda pembangkang, tapi hakikatnya majoriti rakyat boleh menyaksikan serta membuat penilaian sendiri. Punahsihat dan pengampu Najib yang bersungguh memberi alasan untuk mempertahankan Rosmah sebenarnya cuba memperlekehkan tahap intelektual rakyat Malaysia.

7. Rasanya para punahsihat Najib tidak berani memberitahu yang benar kepada beliau. Budaya "Yes Boss" dan "Bereh Boss" masih kekal di sekeliling Najib. Namun siapa yang sanggup serta berani untuk berkata benar kepada Najib?

8. Blog ini pernah menyarankan agar Rosmah Mansur 'didiamkan' sehingga selesai PRU-13 bagi mengurangkan liabiliti BN. Tapi siapalah yang nak dengar kata orang macam kami ni. Kami bukannya senator pun.

9. Cerita bab senator ni, rasanya ramai MP BN yang bekecil hati dengan Najib. Kegilaan Najib melantik senator menyebabkan Najib turut dicop sebagai Menteri Senator, selain portfolio Menteri Kewangan.

10. Hari ini telah timbul idea 'gila' dikalangan akar umbi UMNO untuk mengalahkan Najib di Pekan di PRU-13. Berdasarkan kepada kemenangan tipis Najib pada 1999 di PRU-10, memungkinkan idea 'gila' ini mampu direalisasikan.

11. Seandainya Najib benar-benar kalah di Parlimen Pekan di PRU-13, mungkin Perdana Menteri baru boleh melantik Najib dan Rosmah sebagai senator untuk menerajui PEMANDU atau TERAJU. Kalau tidak pun portfolio Menteri Permata mungkin sesuai untuk Rosmah.

12. Cadangan di atas mungkin dianggap sebagai joke atau jenaka murahan oleh punahsihat dan pengampu Najib. Tapi jika sikap play safe Najib masih tidak berubah, generasi hari ini mungkin bakal menjadi saksi kepada satu peristiwa bersejarah, seorang Perdana Menteri kalah dalam pilihanraya di kawasannya sendiri.

29 comments:

  1. Rasa curious juga kenapa guru2 dan guru2 besar rasa tak senang dengan Rosmah?

    Kerana dia seorang wanita ker? She has the qualification.. Kenapa perlu disenyapkan? She should contribute in whatever ways she can, why no?

    Ramai dari kalangan cerdik pandai dari kalangan wanita, tetapi kerana budaya "perlu disenyapkan" saya rasa amat merugikan Negara.

    Ramai dari rakan2 saya, termasuk Professional Doctors, telah berhenti kerja, duk rumah goreng mee dan buat muffin - malas kerana kerenah seperti ini.

    Terima kasih

    ReplyDelete
  2. Sedap sangat kee Ikan bakar kat depan 7 eleven tu

    ReplyDelete
  3. Rugi ke orang Melayu kalau UMNO kalah dalam PRU13 nanti. Kalau rugi, sekarang ni apa yang untungnya?

    ReplyDelete
  4. benci pengkhianat bangsaAugust 12, 2011 at 2:46 PM

    apa masalah paneh miang ni dengan rosmah?

    aku rasa, tidak salah kalau isteri pm mainkan peranan dalam negara. lagipun, rosmah bukan sibuk hal politik pun, dia hanya sibuk hal permata yakni sebuah institusi pendidikan khusus untuk anak-anak pintar. salah ke?????

    salahkah kalau dia terlibat dalam fesyen islam? mungkin satu hari dia akan bertudung pula.

    aku rasa najib telah berhempas pulas untuk menaikkan imej negara kita dan seterusnya meningkatkan pelaburan negara. apa masalah???????

    ReplyDelete
  5. Sebagai Wanita dan isteri PM, seharusnya dia perlu memberi motivasi kepada wanita2 lain supaya tampil hadapan berdampingan Adam membantu negara.

    Tengok, Thailand juga akhirnya Wanita menjadi PM mereka, apa kurang hebatnya Wanita Malaysia seperti Governor Bank Negara dan sebagainya.

    Rasa saya Rosmah berpendidikan lebih tinggi dari Anwar Ibrahim.

    Dia juga seorang ibu, apa salah penglibatan dengan program kanak2 atau apa segala program wanita, apa salahnya kiranya dia dapat mengerak kearah tujuan yang positif??

    Kenapa semua ni? Cerita bukan2 bom manusia, cincin jutaan dollar dll.. nak lemahkan kaum Hawa ker hai sang Adam2 semua.

    Ramai juga wanita menjadi satunya punca pendapatan keluarga.

    Takkan nak suruh semua jadi ahli Obedient Wives Club saja?

    ReplyDelete
  6. setelah berlalunyer zaman aishah ghani dan rafidah aziz.. nampaknyer wanita kita begitu ketandusan pemimpin.. begitu jugak di sebelah putri umno.. blum nmpak lg bayang2 yg akan melahirkn pemimpin yg hebat.. buat smentara tu terpaksa ler mengimport kak mah..

    ReplyDelete
  7. Ye lah... Biarlah Rosmah bantu Najib, apa salahnya. Ringan sikit kerja Najib. Najib tak dapat rasmikan sesuatu majlis, ada back up bini dia. Lebih rapat dengan PM dari orang lain. Kerja yang susah dapat jadi mudah bila buat berdua. Najib boleh urus benda lain yang lebih penting dari rasmi2 majlis yang boleh diwakilkan pada Rosmah.

    Like Rosmah 4ever.

    ReplyDelete
  8. masalah eh ramai wanita dan puteri umno x bosinar sobab kan kak mah curi lime light. tgk sharizat penyudah eh dah jadi cam assistant rosmah lak den nengok.

    kak mah ni lobih dari iron lady. dah jadi optimus. dio boleh amik tugas kementerian luar, amik tugas kementerian pertahanan, amik tugas kementerian wanita. tp selalunya diolah menteri kewangan sobab dio mintak duit mosti dapek. tu yg berbilion peruntukan permata tu.

    ReplyDelete
  9. Paneh, aku suka apa yag kau tulis di no 4. Kalangan generasi muda hari ini sedar bahawa pakatan pembangkang masih belum layak untuk memerintah negara. Mereka masih ingin terus menyokong BN, cuma dilemanya, mereka enggan menyokong Najib.

    Aku rasa inilah dilema kebanyakan orang sekarang terutama penduduk kawasan bandar.

    Tok Long

    ReplyDelete
  10. news from graveyardAugust 12, 2011 at 6:03 PM

    ekau nak test market ka? nk nengok berapo crowd ko boleh tarik with single post. bagus. makno eh kau masih ado special touch tu. kono asah slalu skill tu kok tak kono tingga ngan chedin, ajl dan islah. cicit kamat tak yah risau. dio ado crowd ko, xdo crowd ko, tarak sapo pun pedulik.

    ekau ni memang jonih sinikal dan provok kan? byk tulisan ekau bebontuk tu. apo2 pun gudluck bebeh.

    ReplyDelete
  11. Bro,
    Aku sangat setuju dengan pandangan ini, aku yakin, tanyalah mana rakyat Malaysia, pasti pandangan yang sama akan diperolehi.

    secara peribadi, aku pernah ketemu TSM mencadangkan beliau bertanding Presiden tahun 2008, kerana aku sedar masalah ini akan timbul.

    Aku juga telah membantu Ku Li dalam pemilihan Parti 2008, bersama sama gang D Kadar, Cpt Zahar, dll bukan kerana aku sokong sangat Ku Li, tapi kerana aku merasakan DSN akan menjadi liabiliti kepada UMNO dan BN. Ternyata benar perasaan aku.

    Itulah masalah yang dihadapi UMNO hari ini, ahli telah hilang arah, wang telah mematikan semangat UMNO.
    Ahli ahli UMNO turut bertanggung jawab dalam masalah ini sebenarnya

    Harapkan PAS, bukan sahaja pemimpin, hala tuju perjuangan pun tidak boleh kita harapkan.

    Harapkan PKR, parti yang tak lebih daripada parti untuk kelompok orang orang yang sakit tenat ..

    KITA ! apa yang hendak kita harap?

    Jadi tidak ada satu pun parti Melayu sebenarnya yang dapat kita benar benar sandarkan untuk membina kekuatan bangsa Melayu.

    Apakan daya, suka atau tidak UMNO sahajalah harapan kita untuk bernaung.

    Aku setuju bro, aku mengharapkan agar DSN dapat menasihatkan isterinya, kalau tidak menjadi sebaik T Hasmah pun, jadilah seakan akan beliau.

    Ingatlah Rosmah, banyak cerita yang kurang elok tentang kamu berlegar legar di merata rata tempat. Kami tidak mahu , kerana kamu, kami menjadi bangsa yang kucar kacir.

    Aku merayu pada Rosmah

    Utamakan rakyat daripada kepentingan peribadi

    Jangan lupa, Pak Lah jatuh juga kerana rakyat.

    ReplyDelete
  12. Zaman Tun M kita tidak buang masa membicarakan hal hal peribadi

    Tetapi, mengapa dizaman DSN ni, terlalu banyak kontroversi yang melibatkan hal hal peribadi, terutama DS Rosmah?

    Tak Salah Rosmah membantu Najib, tetapi jangan sampai pula rakyat menganggap Rosmah yang menjadi PM

    Kita tidak mahu memberi terlalu banyak peluru kepada musuh untuk menembak kita.

    ReplyDelete
  13. Kluangman!

    Untung atau ruginya orang Melayu kalau UMNO kalah, elok sdr hujahkan agar kami dapat berfikir lebih waras!

    ReplyDelete
  14. benci pengkhianat bangsa

    Ini bukan soal benci atau tidak, dia nak jadi apa pun lantaklah dia, tetapi sebagai isteri Pm, berlagaklah macam isteri PM bukan jadi PM.

    Sdr buat statistik la, berapa kali muka rosmah keluar TV dan berapa kali muka Najub keluar TV. Lu tanyalah orang orang stesen TV apa masalah sebenar!!!

    anon 3:37

    Memang patut pun Rosmah jadi obedient wife sebab dia isteri PM , ikutlah jejak langkah T Hasmah,

    kalau dia nak sangat lebih lebih, suruh je dia bertanding presiden dan jadi PM.

    ReplyDelete
  15. SENANG CERITA MACAM NI LA: ROSMAH NI PENYEBOK. RAKYAT TERUTAMANYA ORANG MELAYU MEMANG TAK SUKA ORANG YANG MENYIBUK, BUAT2 SIBUK. KATA ORG TUA2, NAJIB JGN LAH LENYAP TUAH NAN SEMBILAN DEK SEBAB CELAKA NAN SATU (KALAU TAK FAHAM BAHASA NI, PI TANYA RAIS YATIM)

    ReplyDelete
  16. Cerito Kak Rosmah ni lah yang membuatkan kami orang2 NS yang merantau di jelek olih orang.Macam2 cara kami pertahankan issue Rosmah ini tapi akhirnya BENSON & HEDGES.....!!!! Malu sey...terlalu mengaibkan...Tak ponah laie, isteri saorang PM yang macam tu sebelum ini....apo nak dikato....tanggong lah sendiri...

    ReplyDelete
  17. saya mewakili pihak mykmu.net ingin menarik perhatian pihak tuan
    bahawasanya...laman web mykmu.net akan mengadakan Majlis Himpunan penulis
    penulis maya (blog Politik shj) pada 14, 15 Oktober 2011, Insya'Allah ..Perdana
    Menteri Malaysia akan turut menghadiri majlis tersebut…

    Buat masa ini apa yang boleh saya beritahu penginapan akan disediakan dan voucer minyak pecuma….

    Mohon pada pihak tuan agar memyebarkan berita ini kepada rakan rakan tentang perkara ini....

    Tuan boleh menghubungi saya di email cranell@mykmu.net merangkap
    setiausaha kerja mykmu.net bagi sebarang pertanyaan dan pengesahan.

    jika berminat sila berikan nama, namablog dan no fon di email tertera diatas untuk pendaftaran dan segala detail mengenai majlis tersebutkan akan disms kepada pihak tuan..

    segala kerjasama pihak tuan amatlah dihargai....

    ReplyDelete
  18. Aku tk nampak apa salahnya DSR. Semua yg dia buat bagus dan menaikkan imej pm. Permata telah melahirkan generasi baru yg lebih cemerlang dan bakal jadi pemimpin jika berterusan dibimbing (kira mcm PTD) peringkat pra sekolah la ni.

    Baru baru ni, DSR lawat balik sekolah tahfiz yg dilanda musibah waktu sahur, kan baik untuk tunjukkan bhw dia seorang yg prihatin. Siapa yg dpt nama baik? PM gak. Kan baik utk BN tu. Klau tak klua tv, mana org nk tau apa yg DSR buat.

    DSR menonjol dgn kebaikan2 yg dia lakukan. Secara tk langsung, org kampung (sasaran kita) akan lihat bhw kita punya isteri pm yg prihatin. Undi akan pergi ke bn secara tak langsung dgn tindakan DSR ni. So, jgn negatif ok. Biar DSNajib buat kerja dia sbg PM dan DSR buat kerja dia bantu naikkan imej suaminya.

    ReplyDelete
  19. telurku tak cukup masinAugust 13, 2011 at 4:36 PM

    dulu isteri tun hussein aka mak hisham pun ada gayo2 cam prangai rosmah ni jugak. tp sobab zaman tu xdo internet dan tv3 pun tak wujud lei maso tu jd selamat la dio. rosmah ni malang skit la sobab tak ngoti camno nak adapt n play dgn prkembgn s&t sbg isteri kenamaan. tu yg mendapek tuh. nak kato bangang...

    ReplyDelete
  20. rosmah dan ibu najib pun x brapa ngam. dia cuba amik hati mertua melalui bini nazir sbb bini nazir adalah menantu kesayangan tun hajah rahah tan sri mohamad noah. prob rosmah macam kes ibu mertuaku la ni.

    ReplyDelete
  21. anon 4:36

    yang dah lopeh nak wat po crito, kito crito yang sekarang ni la.

    Tak salah nak bantu Suami, tapi jangan lah over sangat !!!!! sampai orang naik meluat !!!

    ReplyDelete
  22. Tup tup vaucher minyak percuma, lagi lagi timbul melayu subsidi.

    ReplyDelete
  23. Anon, 2011 7:13 PM

    Silap2 isteri yang disenyapkan kat rumah itu lah adalah penyumbang utama rezeki keluarga kamu?

    Ramai lelaki kat kampung saya tak kerja, duk kedai kopi ajer, tunggu isteri pulang bawa gaji dan bonus.

    Isteri, mereka tak kasi campur dengan orang, tak bagi libat dgn kerja2 kemasyarakatan pasai takut terbuka tembelang diri sendiri.

    Macam2 le kau orang semua ni!

    ReplyDelete
  24. rosmah tak nak bayar paneh miang ni. cuba rosmah bayar mesti paneh miang ni pun sokong rosmah. tgk blog umno lain mana ada kutuk rosmah. mungkin rosmah dah bayar dorang agaknya melalui proksi. cuba tanya gomo-parpukari-gap sapa bayar dorg. tipulah boleh update 5-6 artikel sehari kalau takde orang sponsor. apa dorg takde keja lain ke nak cari duit isi perut selain berblog. tokey kedai emas yang tulis blog tu pun jarang update blog. itu baru namanya cari rezeki sendiri dan bukan kena taja.

    ReplyDelete
  25. mesti wartawan yg sama ikut rosmah ke mana event yg dia terlibat sobab mereka dh paham kehendak rosmah. kalo antar new press yg cover story rosmah, siaplah telinga utk kena sembur ngan rosmah. kak mah ni ada reporter sendiri yg ditugaskan utk follow dia ke mana saja. kalah pm beb. nak reporter yg sama je kak mah ni. mano la rakyat tak anggap yg kak mah ni pm sebenar dan bukannya najib.

    skrg prog singgah sahurtv3 dah jadi program rosmah jugak ke? hehehe. sian lah kau reporter malang.

    ReplyDelete
  26. OK la,

    Kita sama sama lihat jauh mana penglibatan Wanita sedunia;

    http://woman724.blogspot.com/2011/08/female-prime-ministers-and-presidents.html

    Salam

    ReplyDelete
  27. kalau nak sangat rosmah tu jadi pemimpin suruh la dia bertanding presiden umno. tak pun bertanding ketua wanita umno. kalo rasa dia tu berwiba dan hebat sangatlah.

    ReplyDelete
  28. FLOM kato eh!! Kah!! Kah!! Kah!!!!

    ReplyDelete
  29. kita kena faham apa itu peralihan kuasa dan kita kena faham jumlah undi yg di bawa masa PRU 12.Di situ juga, kita kena apa yg rakyat suka dan rakyat tak suka dr pengalaman PR 12 utk di bawa ke PR 13.jadi kenalah berhati2 dan jgn nk bt lagak ngeri

    ReplyDelete