Thursday, September 22, 2011

MCA Anjing - DAP Musang

Kita sedar bahawa selama ini parti MCA dilabel dan dijenamakan sebagai anjing. Falsafah pekataan dan penjenamaan anjing dalam politik di tanah air kita jelas menunjukkan bahawa parti MCA merupakan parti yang biasanya akur kepada segala arahan dan pemintaan Tuan mereka iaitu UMNO. Begitulah bermulanya perjenaman anjing disebati dengan MCA.

Namun begitu, sekirannya kita memahami erti dan falsafah anjing dengan sebaik-baiknya maka kita akan mendapati bahawa anjing merupakan binatang yang paling setia. Ada juga yang mempercayai anjing merupakan kawan terbaik manusia (human best friend).

Oleh itu , sekirannya MCA merupakan anjing kepada UMNO maka keadaan ini juga menandakan MCA juga merupakan anjing kepada masyarakat Cina. Situasi ini menandakan MCA merupakan kawan baik dan setia kepada kaum dan masyarakat Cina. Apatah lagi parti ini merupakan satu-satunya parti Cina secara sah di negara kita.

Pakatan Rakyat suka melaung-laungkan jeritan Demokrasi. Apakah mereka benar-benar faham erti dan makna demokrasi? Dalam mana-mana sistem dan negara di dunia ini demokrasi sentiasa memberi kelebihan kepada mereka yang memiliki undi, pengaruh dan sokongan majoriti.

Dalam masa MCA tunduk kepada UMNO maka bukankah MCA merupakan parti yang memperjuangkan demokrasi yang sering dilaungkan oleh pihak Pakatan Rakyat ? Hal ini disebabkan kuasa dan pengaruh bukan sahaja di Malaysia tetapi juga dalam Barisan Nasional UMNO merupakan parti yang memiliki kuasa majoriti terbesar.

Budaya menghormati rakan seperjuangan tidak semestinya menandakan satu sifat yang boleh kita labelkan sebagai menunduk. Keadaan politik inilah adalah politik "give and take".

Berbanding pula dengan Pakatan Rakyat yang sentiasa berbalah antara satu sama lain dan tidak mengikut falsafah "In 1 Ship There Can Be Only 1 Captain" dan ikatan perkahwinan mereka seolah-olah menggambarkan kepada masyarakat bahawa mereka merupakan suami dan isteri yang sering bertikam lidah. In other words they are fighting like dog and cats all the time.

Bagaimana mereka hendak menjaga kestabilan dan keamanan negara sekirannya tanggungjawab negara diletak atas bahu mereka sekirannya dalam keluarga mereka sendiri tidak mengamalkan sistem toleransi antara satu sama lain? If you cant even take care of your own Family then how on earth is logic that the citizen should trust on you guys to take care of the society and the nation ?

Baiklah. Kalau mereka hendak terus juga kata MCA anjing maka kita restui sahaja penjenamaan mereka.

Persoalannya kini mereka juga perlu mengukur di badan mereka sendiri terlebih dahulu.

Jika MCA anjing maka bukankah mereka sebenarnya musang?


Mengapa mereka musang? Kita lihat perjuangan politik mereka yang sentiasa berubah mengikut peredaran zaman dan tuntutan semasa. Mereka terus memperbodohkan rakyat dengan janji dan gula-gula harapan mereka hanya semata-mata mereka hendak menawan Putrajaya.

Apakah perjuangan BERSIH itu benar-benar BERSIH? Tidak dapat dinafikan bahawa sistem piliharan raya di Malaysia sememangnya bermasalah namun apakah Pakatan Rakyat berani untuk mengistiharkan bahawa sistem pilihan raya dalam mereka benar-benar BERSIH? Ribuaan aduan dan skandal dalam pilihan raya dalam pemilihan parti PKR yang lepas. Cuma musang ini tidak mahu mengaku dan terus menunding jari terhadap segala Media dan Laporan yang dikatakan berpihak kepada BN.

If there is a few complaint perhaps it might be fake but it there more than hundreds of complaint then how fake cant it be?

Begitu juga dengan DAP apabila seorang demi seorang tampil ke hadapan menzahirkan rasa tidak puas hati mereka dengan pemilihan parti yang lepas.

Merekalah musang yang hanya suka menunding jari terhadap kesalahan orang lain namun pada masa yang sama mereka menghalalkan segala kesilapan mereka sendiri.

Anwar dahulunya seorang pejuang Melayu yang tulen dan sejati pula berubah kepada seorang pejuang kepada semua kaum Malaysia.

Ya benar bahawa Anwar boleh mengatakan Manusia boleh berubah. Jika begitu mengapa tidak MCA juga boleh berubah? Tidak dinafikan parti MCA memiliki banyak kelemahan yang mereka lakukan pada masa lampau namun keadaan ini tidak menandakan MCA tidak akan berubah untuk menjadi lebih baik. If Anwar can that why not MCA? Jika Anwar diberi kepercayaan untuk berubah maka MCA juga mesti diberi peluang untuk menunjukkan perubahan mereka.

DAP yang dahulunya terkenal dengan retorik dan penjenamaan pejuang Cina dan masyarakat bukan Melayu pula kini bermusang hendak berbaik-baik dengan PAS. Banyak juga dasar bagaimana Ketua Menteri Pulau Pinang memperjuangkan hak dan kebajikan masyarakat Melayu. Baik. Perubahan ini bukannya tidak baik.

Cuma perubahan ini hanya menunjukkan ke tidak konsistenan perjuangan DAP. Jika semalam begini , hari ini begitu maka esok pula bagaimana? Satu persoalan adalah apakah topeng musang DAP yang sebenar?

PAS pula muncul kumpulan Endorgan yang terbuka. Satu permulaan yang baik dan bukannya tidak baik. Cuma perbezaan dan polarisasi dalam PAS sendiri sudah menunjukkan satu keadaan yang tidak seiring dalam perjuangan parti mereka. Dalam keadaan ini rakyat mudah kabur dengan perjuangan PAS yang sebenar.

Kita lihat bagaimana musang-musang ini terus bertukar topeng dan wajah. Berbeza pula dengan anjing yang kita sudah tahu perjuangan dan suara mereka tidak pernah berubah.

Musang mudah mengkhianati dan sanggup melakukan apa-apa sahaja demi kemenangan.

Anjing pula setia dan sanggup melakukan apa-apa sahaja untuk mempertahankan Tuan dan keluarga yang dijaga oleh mereka.

Masyarakat Malaysia yang bijaksana. Anda sendiri analisis artikel saya bahawa jika anda hendak mengahwini seseorang individu yang dicintai oleh anda maka anda akan memilih seekor Anjing atau pun Musang secara perlambangannya?

-Shen Yee Au-

Sumber sini.

2 comments:

  1. kencing musang ....mak datuk bau nya.......

    ReplyDelete
  2. selagi soi lek presiden payah la cina nak sokong balik.

    ReplyDelete