Thursday, September 22, 2011

Sanusi Junid vs Hamid Albar

MAYC Kebangsaan masih tidak bertuan. Akramsyah Sanusi proksi kepada Sanusi Junid, mantan Presiden MAYC. Mustafa Mat Arof proksi kepada Hamid Albar, mantan Presiden MAYC selepas Sanusi Junid. Harta tetap yang direbut ialah Bangunan Wisma Belia, Jalan Syed Putra sebelah MCOBA House. Ini harta paling berharga untuk MAYC.

Kedua-dua manusia yang bersengketa adalah sahabat yang akrab kepada Pak Sedaro. Pak Sedaro dah posan, kok bonar nak berebut MAYC Kebangsaan, salah satu pasukan bawa kes ini ke Mahkamah Persekutuan untuk dihakimi berasaskan perundangan mutlak mengikut Akta 668. Inilah jadahnya Akta 668 berkuasa dan berperanan penuh. Selagi berebut dan saling benci-membenci, yang musnah ialah legasi MAYC.

MAYC tertubuh lebih awal dari Gerakan Belia 4B Malaysia. Asal MAYC terbit hinggalah terdirinya Persekutuan Belia Malaysia yang hari ini dikenali sebagai Majlis Belia Malaysia. Insan bertanggungjawab tinggal seorang yang hidup iaitu Sultan Ahmad Shah. Pengasas lain ialah Almarhum Tuanku Jaafar dan Tunku Abdul Rahman.

Hari ini yang malu bukan sahaja pasukan yang berkecamuk, terpalit jugalah Alumni MAYC dan ribuan ahli MAYC sejak 1948 hingga 2011. Pak Sedaro cadangkan Akramsyah dan Mustafa, buatlah Perhimpunan Agung Luar Biasa khusus selesaikan urusan siapa mahu jadi Presiden MAYC ini. Mustafa Mat Arof hanya ada 1 penggal (ini penggal akhir untuknya), Akramsyah ada 2 penggal lagi. Jangan buat malu kaum la sedaro...Dok elok-elok, runding apa yang patut.

Bukan hak kau orang pun nak berebut macam "ungka dapat pisang". Kalau diisytihar MAYC sebagai pertubuhan HARAM oleh Pendaftar Pertubuhan Belia, sudah lebih memalukan. SELESAIKAN SEGERA.

1 comment:

  1. Sanusi Acheh dengan Hamid Turki sama saja perangainya. Pentingkan diri. Tapi sedia maklumlah, keturunan Acheh ini kalau boleh semuanya hendak dapatkan pangkat dan harta untuk anak beranak dia aje. Akramsyah tu bukanlah pejuang belia sebenarnya. Harapkan pendek Acheh untuk angkat dia.

    ReplyDelete