Thursday, September 8, 2011

Mereka dibakar hidup-hidup!

1. Darurat yang dikuatkuasakan sejak 1948 banyak memberi impak negatif kepada rakyat di seluruh negara.

2. Malah Negeri Sembilan merupakan antara negeri yang diwartakan sebagai kawasan hitam, terutamanya Bahau, Broga dan Titi yang dianggap sebagai sarang pengganas komunis.

3. Tragedi darurat paling dahsyat yang pernah berlaku di Jelondong, Jelebu Negeri Sembilan adalah antara peristiwa menyayat hati dalam sejarah kekejaman pengganas komunis. Kami pernah mengisahkannya tahun lepas di bawah tajuk "Kemaluannya disumbat ke mulut."

4. Kami nukilkan kembali kisah yang dipetik menerusi buku "Askar Melayu 50 Tahun", tulisan Tan Sri Abdul Samad Idris...

"...Apabila sampai di sebatang anak sungai, tersepit antara dua bukit, Perajurit Yunus nampak kesan-kesan beras hanyut di dalam air. Ini menunjukkan ada orang bertanak nasi telah membasuh beras di situ. Beliau segera melaporkan perkara itu kepada Leftenan Nayan.

Bagaimanapun Leftenan Nayan mengarahkan 'leading scout' itu mara ke hadapan sedikit. Sebaik saja Perajurit Yunus maju ke hadapan, kira-kira 100 orang pengganas komunis telah melepaskan tembakan. Mereka menggunakan kabain, telah mengepung kedudukan Askar Melayu. Disebabkan musuh terlalu ramai, keadaan menjadi kelam kabut. Leftenan Nayan mengambil keputusan berundur sahaja, tetapi tidak dapat mengumpulkan orang-orangnya secara serentak.

Kira-kira jam 5 petang, Leftenan Nayan berjaya melepaskan diri ke sebelah hilir Kampung Seperi bersama Perajurit Umar yang cedera terkena tembakan pada bahagian punggungnya. Perajurit 5087 Yusuff yang sedang bercuti, terkejut dengan peristiwa yang menimpa rakan platunnya, telah meminta orang-orang kampung di situ memberikan pertolongan. Tuan Haji Shamsuri (ayah kepada Perajurit Yusuff) telah memberikan kain sarung untuk mengusung Perajurit Umar untuk dibawa ke kampung.

Sehingga jam 8.30 malam, 2 orang lagi perajurit berjaya keluar ke kampung menyeberang sawah sampai ke kawasan sekolah di sebelah hulu kampung. Mereka terpaksa bersembunyi di hutan sebelum lari keluar kerana telah diekori oleh komunis. Apabila sampai di kampung, kedudukan mereka selamat.

Tiga hari kemudian, 2 orang lagi Askar Melayu dapat keluar ke Pekan Titi dalam keadaan cedera. Mereka yang terselamat daripada serangan hendap telah bertempiaran menyelamatkan diri masing-masing. Setelah tiga hari berlalu, barulah diketahui bahawa 10 daripada 17 orang pasukan platun itu telah terselamat, walaupun sebahagian besarnya mengalami kecederaan.

Seminggu kemudian, usaha mencari mereka yang terkorban dimulakan dengan bantuan gerison di Port Dickson. Mayat Askar Melayu seramai 7 orang itu ditemui jauh dari tempat kejadian. Sama ada mereka diheret ke situ oleh komunis, atau ditemui pihak pengganas sewaktu mahu melarikan diri seperti kawan-kawannya yang lain, tidaklah diketahui.

Keadaan mayat yang ditemui itu sangatlah mengerikan. Anggota badannya dipotong pendek atau boleh dikatakan dicincang. Kemaluannya disumbatkan ke dalam mulut; biji mata dicungkil, kulit kepalanya dikoyakkan hingga terdedah tengkorak. Demikianlah kejamnnya komunis dalam kejadian di Hutan Jelondong, Jelebu pada 16 April 1951 itu."


5. Selain hutan Jelondong, komunis turut melakukan kekejaman terhadap anggota polis sekitar dekad 1950an di jalan berliku Bukit Tangga, Jelebu. Serangan hendap komunis ke atas kenderaan black maria polis di Bukit Tangga telah menjadi bukti kekejaman komunis apabila kesemua 13 anggota polis itu di bakar hidup-hidup. Mangsa kekejaman itu sebelumnya ditawan serta diikat secara tergantung dengan kaki di atas dan kepala ke bawah. 13 anggota polis tersebut kemudiannya dibakar dengan api yang dinyalakan di bawah tempat penggantungan dengan tujuan menyeksa mangsa sebelum kesemua mereka hangus dijilat api.

6. Rentetan itulah, beberapa daerah di Negeri Sembilan kemudiannya diisytiharkan sebagai kawasan paling hitam dalam klasifikasi darurat. Malah daerah Jelebu dan Bahau telah diproklamir sebagai kawasan hitam yang dianggap paling merbahaya dalam Persekutuan Tanah Melayu.

7. Tidak lupa juga sejarah kekejaman komunis yang berlaku di hampir semua kawasan dalam Persekutuan Tanah Melayu sepertimana yang pernah berlaku di Sungai Semur, Gua Musang, serta serangan hendap rel keretapi di Sungai Yu, Kuala Lipis. Mungkin selepas ini blogger Kelantan dan blogger Pahang boleh mengisahkan pula mengenai tragedi kekejaman komunis di kedua daerah tersebut.

8. Siri kekejaman komunis di Negeri Sembilan adalah antara rentetan peristiwa yang akhirnya mewujudkan kesedaran nasionalisme di kalangan bangsa Melayu ketika itu.

9. Bak kata Ho Chi Minh, "It was patriotism, not communism, that inspired me."

26 comments:

  1. telurku tak cukup masinSeptember 8, 2011 at 2:06 PM

    Sesiapa pun tak boleh nafikan fakta ini:-

    Mat Indera memusuhi British adalah fakta. Mat Indera seorang Melayu Jawa dan beragama Islam juga fakta.

    Mat Indera menyokong perjuangan ganas komunis adalah fakta.

    Mat Indera bukannya secara berseorangan menyerang Balai Polis Bukit Kepong, ini fakta.

    Mat Indera mengetuai sepasukan 180 orang pengganas komunis menyerang dan mengganas di Bukit Kepong, ini fakta.

    Ideologi komunis yg menolak ketuhanan yakni tidak menyakini kewujudan Allah s.w.t jugak adalah fakta.

    Matlamat komunis utk mendirikan Republik Komunis seperti mana republik komunis Soviet Union dan negara Cina adalah fakta.

    Hak kehidupan umat Islam mengamalkan Islam di Soviet Union dan China di kekang dan dinafikan, ini fakta.

    Dan komunis berterusan membuat kacau walaupun British sudah berambus dari Tanah Melayu (Malaysia) pun adalah fakta.

    ReplyDelete
  2. TRONOH PANAS MASA DARURAT

    Darurat (Emergency) menentang komunis telah diistiharkan pada Jun 1948. Peperangan gurilla berterusan sehingga tahun enam-puluhan. Dari tarikh tersebut hingga Jun 1951 (3 tahun) bilangan polis yang terkorban di seluruh Persekutuan Tanah Melayu ialah:

    Polis biasa (Regular Police) 360 anggota
    Polis khas (Special Constable) 431 orang
    Polis bantuan (Auxillary Police) 75 orang.
    Tercedera 831 orang kesemuanya.

    Dalam tempoh 3 tahun tersebut bilangan gurilla kommunis yang tebunuh ialah 2,184 orang, tercedera dan tertangkap 172 orang, tertangkap 633 orang, menyerah diri 553 orang.
    Orang-orang kampong diberi latihan menggunakan senapang patah, berkawat dan organisasi sebagai Home Guard.


    Masa darurat kawasan Tronoh adalah antara sarang kominis. Dalam Balai Polis terdapat papan peringatan senarai anggota yang terkorban semasa awal darurat. Tarikh hitam 12.8.51 dimana enam orang polis terkorban di Reyland Estate di kawasan Parit.

    Nama/Tarikh Tempat
    SGT Rukun Din 9.8.48 Siputih
    PC Suhan Singh 24.8.48 Kg Prah
    SC Mahamud 31.10.48 Bota Rd
    SGT Abu Bakar 6.1.50 Kamuning Jawa
    SC Darmadasa 25.3. 51 South Bali
    SC Halim 4.8.51 Sadang Estate
    SC Halim 4.8.51 Sadang Est
    CPL Shahabudin 12.8.51 Reyland Est
    PCNayan 12.8.51 "
    PCShaari 12.8.51 "
    EPC Shahid 12.8.51 "
    SC Arshad 12.8.51 "
    SC Othman 12.8.51 "
    SC Abdul Aziz 24.3.52 South Bali


    Polis, dalam menjaga keamanan negara kalanya menempah nyawa sendiri seperti dalam darurat. Masa aman menghadapi banyak cubaan selain daripada perompak, ada demo dan rusuhan.

    Ayun ajalah belantan tu!

    ReplyDelete
  3. x poie tgk ko myt org kno semolih kt jln mantin?

    ReplyDelete
  4. )))))ALERT to all mobile handphone users((((( !!!

    [The Biggest Scam in the Country]

    That cheats off your money without your consent.
    (Your silent makes them BILLION) !!!!!

    http://jp3rdparty.blogspot.com/2011/09/maxis-sms-scam-how-it-works-rampant.html

    ReplyDelete
  5. Semua BARUA,Talibarut,Bersengkongkol dengan BRITISH PENJAJAH adalah PENGKHIANAT NEGARA.

    ReplyDelete
  6. Tak payah meraban jauh sampai ke Dharurat. Bang Mat sebut tentang Mat indera seorang pejuang. Bang Mad bukannya sebut atau agungkan Komunis. Kalau dah umporno label Mat Indera seorg komunis dan agungkan polis yg terkorban, kenapa sampai saat ini wang pencen askar atau polis dibawah Her Majesty the Queen umporno tak bayar pencen???????? Jgn GedoyakGedembuk dan tomtembak air prit melopong ajo.

    ReplyDelete
  7. hompuk cuba hang baca ayat mat sabu betui2, "Hat (yang) serang Bukit Kepong itulah pejuang kemerdekaan."

    tau dak hompuk siapa yg dimaksudkan mat sabu yang serang bukit kepong tu? bukan ka namanya komunis? hang baca dak apa yg abdullah cd tulih pasai mat indera dlm buku dia? hang baca dak komen editor buku pengukir nama johor kata tentang mat indera? hang dok mana hompuk masa darurat? keluarga hang takdak ka yg pernah kena bunuh komunis, bolih la hang cakap banyak. kalu takdak family hang mati kena tala komunis memang sesuai la hang ngan mat sabu pun komunis. tak pun ada saudara hang mati sebab kena tala bontot itu aku tak tau. hang baca balik apa fakta telur tak cukup masin tulih. ka hang ni lahir semulajadi bangang?

    -tom tem bak-

    ReplyDelete
  8. Anon 9.49pm,

    Gua sokong lu, sipaneh dan balaci2 dia penyokong amogok dah tak ada point sebab tu merapu mcm manusia kena sawan. Dengar pun tidak ceramah bang mat yg sebetulnya, menambah2 fitnah yg disebarkan utusan, bapak segala fitnah.

    Kerajaan BN baru terhegeh2 cari waris polis rumah pasong bukit kepong yg mati, nak bayar pencen, bukan ker tanda cetusan idea bang mat dah berjaya. Lu pikir la sendiri!

    ReplyDelete
  9. nak dongar apo mat sapu bini orang cakap? pi tgk ni http://www.youtube.com/watch?v=m4hDwBiGPGA

    memang boto dio koba "bila hari merdeka nanti, tunjuklah filem bukit kepong. bukit kepong, polis itu polis british. hat serang bukit kepong itulah pejuang kemerdekaan (komunis)." -mat sapu bini orang, timbalan presiden pasberg / 21 ogos 2011.

    walau macamano pun caro baco eh, tak kiro la dio kato mat indera tu melayu, yg pasti mat indera join komunis. ighek balik sejarah ahli sufi yang akhirnyo mati kufur sodangkan sopanjang hidup eh hidup mengabdikan diri pada Allah. xdo sapo leh jamin diri masuk syurga bhai. terutamo mat sapu bini orang. apatah laie mat indera.

    ReplyDelete
  10. ala,sedangkan kaki dubur,kaki China Doll,kaki sokong gereja 100%,kaki khalwat pun diorg pertahankan idup2...inikan plak Mat Indera...apa la sangat...sebab tuh pGAYar nih kasik tanam jer idup2 time election nanti...


    -Anti Liwat Seumur Hidup-

    ReplyDelete
  11. Projek umporno dulu kini keakhirat hanyalah fitnah dulu dsai kini bang mad. Tapi zaman canggih ni rakyat tetap well informed. yg den sodih bila abg mad cito ado laei org kg yg ditipu Meloya dan 3 1/4 kato dio sokong BN kapal layour.

    ReplyDelete
  12. lagi lagi tombontot.

    ReplyDelete
  13. KOSIAN DEN NENGOK EH, ORG2 MELAYU...MUDAH BONA DIPERDAYO KEK UMNO..

    ISU KOMUNIS NI, DEN NAK KOBA AN LAH..

    UMNO MEMANG BONCI BONA KEK KOMINIH, TP BONCI DIO PUN BUKAN IKLAS,NAK CARI POLUANG YO..

    DLM BONCI2 UMNO KEK KOMUNIH, UMNO/BN PUN TERANG2 JALINKAN HUBUNGAN DIPLOMATIK DGN BAPAK KOMUNIH DUNIA, IAITU NEGARA CINA DAN DIJADIKAN TUAN BOSA UMNO..SATU!

    YG KEDUA EH, EKAU POIE TENGOK AN TUGU BERHALA NEGARA TU, PATUNG2 TUGU BERHALA NEGARA TU MUKA EH GHOMAN SAPO? GHOMAN MELAYU KO ATAU ORG PUTIH?...KALU MELAYU PEJUANG MALAYA SOBONA, SUDAH TONTU MUKA PATUNG BERHALA NEGARA TU ADO MUKO MOLAYU...TAK DO PUN!..DUO!

    YG KOTIGO EH..EKAU TENGOK AN JUGA NAMA2 PEJUANG YG TERCATAT PD TUGU BERHALA NEGARA TU, SEMUA PEJUANG ADOLAH ORG PUTIH,SEKOR PUN TAKDO ORG MOLAYU UMNO...JD TUGU BERHALA NEGARA ITU DIDIRIKAN UTK MENGONANG JASA PEJUANG SBG SIMBOLIK (WALAU BERTENTANGAN DGN ISLAM)...

    DARI KISAH TUGU BERHALA NEGARA TU SECARA HALUS ORG PUTIH MENIPU KITA...DAN YG MENJADI TALIBARUT ORG PUTIH DULU, KINI DAN SELAMO EH, TAK LAIN TAK BUKAN ADOLAH UMNO SENDIRI, SAMPAI TULISAN JAWI PUN DIHAPUSKAN OLH UMNO...TU PERANGAI KOMUNIH LAH TU!!!

    ReplyDelete
  14. pandai amek la parti Gayboy nih nak pusing fakta...patutla yang meliwat katanya sedap...yang khalwat katanya Normah...yang China Doll katanya best...dasar putar alam tak sudah...

    ReplyDelete
  15. anon ni cakap DLM BONCI2 UMNO KEK KOMUNIH, UMNO/BN PUN TERANG2 JALINKAN HUBUNGAN DIPLOMATIK DGN BAPAK KOMUNIH DUNIA, IAITU NEGARA CINA DAN DIJADIKAN TUAN BOSA UMNO..SATU!

    kah kah kah. ini mesti baru lepas baca harakah. kah kah kah. pasal ekonomi dia nak pusing jadi komunis. kah kah kah. satu dunia pun cari peluang ekonomi dgn china la mangkuk. kah kah kah.

    wei mangkuk kau tau tak sapa yang taja bina putik nun? kah kah kah. ala yang org pas buat jadi pusat dakwah tu. kah kah kah. trace line balik la sebulum crita tugu negara. kah kah kah. patung buddha terbesar di asia tenggara baring berdiri duduk semua kat mana? bukan di negeri serambi mekah timur semenanjung ka? kah kah kah. patung siam terbesar di asia tenggara kat mana? kah kah kah. bukan di negeri nik najis ka? kah kah kah.

    lawak la lu anon.

    ReplyDelete
  16. UMNO TAK PERNAH NAFI BRITISH DAN KOMUNIS ADALAH PENJAJAH DALAM MANA2 INSTRUMEN SEJAK DULU. TAPI PAS AKUI KOMUNIS ITU PEJUANG. DAN 1998 DULU SIAPA YANG PERGI MENGADU KAT BRITAIN DAN AUSTRALIA PASAL MALAYSIA? BUKAN PRESIDEN PAS DAN KEADILAN SEKARANG KE? CAKAP BERBELIT LIDAH TIGA CABANG ITULAH PKRPAS.

    ReplyDelete
  17. AKU SEBONA EH, RASA MELUAT JUGAK LAH BILO ISU KOMUNIH NI MASIH MENJADI MENU MAKANAN BUSUK ORG MELAYU HARI2...BAIK MELAYU UMNO MAHUPUN MELAYU PR..KEDUA2 EH, SAMO2 NAK CARI PELUANG DAN KESEMPATAN DR KEBODOHAN MELAYU SEMUA..DITAMBAH LG DGN "PERASA2" SOKONGAN DR GOLONGAN CERDIK PANDAI PUN SECARA TDK MRK SEDARI TUMPANG SEMANGKUK JUGA BUAT HURU-HARA DLM ISU KOMUNIH NI...DGN PANDANGAN PELBG VERSI DAN PERSEPSI..

    ALANGKAH BODOHNYA MELAYU...(KECUALI DEN LAA...HA.HA.HA)

    UMNO "BERJAYA" BERMAIN PSIKOLOGI POLITIK DGN MELENGAH2 KAN DAN MELAMBAT2 PERMAINAN POLITIK ISU NEGARA YG MENCENGKAM RAKYAT SPT ISU NASIONAL, HARGA BARANG NAIK, PENJENAYAH, RASUAH BESAR, PENIPUAN/MANIPULASI SPR, EKONOMI LEMBAB, INFLASI, DLL...YG MANO RAKYAT MENJADI MENGSA KEADAAN...

    UMUM MENGETAHUI BHW, BARU2 INI UMNO/BN HAMPIR LEMAS TAK BERMAYA, POPULARITI NAJIB JATUH MENJUNAM AKIBAT HIMPUNA BERSIH, DAN TUNTUTANNYA, DTAMBAH LAGI PEMBONGKARAN MANIPULASI PENDAFTARAN PENGUNDI OLH SPR YG SPR SENDIRI TAK JANGKA BHW RAHSIA MANIPULASI MRK SUDAH TERBONGKAR DGN BYK KES2 PELIK, DEMI UTK MEMENAGKAN UMNO/BN SECARA KOTOR DLM PILIHAN RAYA..

    UMNO/BN MAKIN TERSEKSA DGN BERSIH...SPR MAKIN HARU BIRU...EKONOMI MAKIN MENCENGKAM RAKYAT...KES JENAYAH MAKIN MENJOLOK MATA...RAKYAT MAKIN TERSEKSA DGN KOS KENAIKAN BARANG...SEMUANYA TDK MENGGEMBIRAKAN UMNO/BN....DAN SEMALAM 1 MALAYSIA SUDAH DISEMBELIH DAN DIKENCING OLH NAJIB DGN MENGENAKAN CUKAI PREPAID HANDPHONE...GILA BETUL!

    OLH SEBAB ITU LAH...UMNO DGN PENASIHAT TERSOHORNYA APCO MULA MEMIKIRKAN UTK "MELENGAH2KAN PERMAINAN ISU POLITIK" (SPT PERMAINAN BOLA SEPAK) DENGAN MELEMPARKAN SEBIJI ISU "KOMUNIS"..MAKA GEGAK GEMPITA LAH BUMI MALAYA BERBULAN2 PASAL KOMUNIS...

    YG HERANNYA YG EMOSIONAL ADALAH ORG MELAYU...YG MENYALAK HIDUP SUSAH PUN ORG MELAYU...MAKA UMNO SENDIRI PUN BERJAYA LAH MEMBODOHKAN KITA DLM ISU INI DGN MENGAPI2KAN PERASAAN ORG MELAYU...PADA HAL NYA APO BONDO EH LA ISU KOMUNIH NI...ISU BODOH!

    ISU UTAMA KINI ADALAH ISU KEHIDUPAN PD MASA INI...KECUKUPAN EKONOMI, KEWANGAN, MENTAL, DAN SBGNYA BG KITA ORG MELAYU...SEBAB DUNIA ZAMAN INI ADALAH MEMERLUKAN KUASA KEWANGAN DAN KUASA HAK...BUKAN ISU KOMUNIH..ISU KOMUNIH PUN TAK LEH NAK TOLONG PUN MELAYU SUSAH!! KO MARAH LAH BERAPI2...ISU KOMUNIH TAK DPT MEMBANTU MENYELESAIKAN MSLH KITA SEHARIAN...ITU LAH NAMO EH BODOH!!

    APO KITO KESAH SGT PSL KOMUNIH..DIO DAH TAK DO LAIE..
    DAN UMNO KATO SBG PEJUANG, DAN PRIHATIN KPD PEJUANG2 KOMUNIH DAHULU, SAMPAI KINI ADO BERITA BHW BEKAAS ISTERI2 PEJUANG2 DAHULU TDK MENDAPAT ELAUN, PENCEN DR BN!...BILO DAH KECOH PASAL IBU INI, BARU LAH UMNO TERABA2 CARI WARIS2 NI NAK BAGI DUIT DAN BANTUAN..KAN PENIPU BOSAR UMNO NAMANYA TUH..

    UMNO BUKAN LAH PEJUANG YG IKHLLAS..TENGOK NANTI JIKA UMNO/BN MENANG PRU 13, MAKA OTOMATIK ISU KOMUNIS AKAN HILANG DAN TDK DISENTUH2 LG OLH UMNO...SEBAB LPS MEMANG PRU 13, UMNO/BN SEBOK DGN PROJEK EKONOMI YG MENGUNTUNGKAN 5 TAHUN LAGI DISAMPING MENEKAN DAN MENINDAS RAKYAT DGN KEJAMNYA...TENGOK LAH NANTI..

    OLH BERFIKIR LAH DGN WARAS..JGN BAGI UNDI LG KPD UMNO/BN...SB MRK TDK BOLEH LG DIPERCAYAI...RAKYAT AKN LBH MENDERITA JIKA UNDI MRK NNATI...

    ReplyDelete
  18. anon atas ni, susah tul org guna anon ni. takde identiti tapi merapu macam bagus. komunis memang takde dlm hutan skrg. tp agenda komunis masih wujud diklgn kite dlm kawasan bandar2 di malaysia. senang citer kwsn urban ler. buke mata dan minda anda. ideologi komunis tak pernah mati doh. segala yg anda cakap tu ekonomi la, p/raye la, rasuah la, semue tue nak jatuhkan bangse melayu supaya mereka mudah mengambil alih atas peluang menjadikan melayu boneka. lihat dan fikirlah dgn mate hati dan anda akan nampak agenda tersirat disebalik kemelut yg berlaku akhir2 ini.

    ReplyDelete
  19. wa nak tergelak la baca komen mamat yg pro PAS nir... MAT SAPU BINI ORANG tu kan da dikenali ngn penipu putar alam. YG eko nak tegakkan lagi perkara yang sahih tu buek apo.. ishhh anyway like so much d words used by the ANONYMOUS tu.. sedap bahasa NOGORI tu, malangnya yg menggunakannya tuk menegakkan MAT SAPU BINI ORANG.... hancus!!!

    ReplyDelete
  20. 3:11

    WAHAI SEDARO..

    EKAU KATA MAT SABU CILOK BINI OGHANG...YE KO?

    TAPI ROSMAH PUN CILOK LAKI OGHANG JUGAK KAN?

    DAN NAJIB PUN TIBAI BINI OGHANG JUGAK KAN?

    HA..HA..HA..HA..

    EKAU SEBOK KUTUK MAT SABU, SEHINGGO EKAU SENDIRI LUPO ATAU BUEK2 LUPO BHW PM NAJIB DAN PM ROSMAH RUPA2NYO KAKI CILOK MENCILOK LAKI BINI OGHANG!!!


    KA..KA..KA..KA..KA..KA..KA.KA..KA.

    ReplyDelete
  21. najib rosmah sapu laki bini orang pun tak sodap bunyi eh. lgpun dorg tak sapu laki bini orang kwn baik sendiri macam mat sabu. sodap lagi sobut mat sabu sebagai mat sapu bini orang kawan baik sendiri. keh keh keh.

    ReplyDelete
  22. ANON 9.00

    MAKNO EH, BAIK MAT SABU, BAIK NAJIB, BAIK ROSMAH SEMUO EH KAKI TIBAI MENIBAI..

    KA..KA..KA..KA..

    NAJIB PULAK TIBAI BINI OGHANG DAN CILOK PULAK ANAK DARO OGHANG...SUMO OGHANG TAHU...KEK PD DULU...!!!

    DAN ADO PLAK OGHANG KATO NAJIB DGN ALTANTUYA PULAK TU....KE..KE..KE..

    NAJIB LAGI "GANAS" DARI MAT SABU...PUKUL KELILING!!

    KE..KE..KE...KE..

    ReplyDelete
  23. Ado Profesor Koling@KangKong@KongKaliKong pulak ckp Negara tk pernah d Jajah,,cuma d Naungi yo,,,
    KAH!!!KAH!!!KAH!!!!!
    anon 8sept. 11.34pm,,Gua setuju dgn lu dan apo nak herankan pulak,,bukan ke d antara bait2 senikata lagu UmnoApcoPORNO ada kato,,:
    Bersatu kita bersatu,,,
    Kita tipu Melayu???
    lagu kemaran Bongek boy@BODEK Boy la tu.
    Kah!!Kah!!Kah!!!!

    ReplyDelete
  24. bila masuk bab ziana dan altantuya, itu dah jadi fitnah. jauhkanlah memakan daging saudara sendiri jika anda islam.

    -pak teh

    ReplyDelete
  25. Siri kekejaman komunis di Negeri Sembilan adalah antara rentetan peristiwa yang akhirnya mewujudkan kesedaran nasionalisme di kalangan bangsa Melayu ketika itu. 65 tahun pengganas komunis dicari, tahun 1955 mereka lari dan tahun 1989 mereka letak senjata.
    Dalam fikiran rakyat, sudah tiada ideologi komunis, Tetiba satu Tanah Melayu heboh dengan berita abu mayat Ching Peng. Tetiba hal merdeka, penjajah dan komunis muncul kembali. Dan sekarang mereka datang balik untuk menghantui pemikiran kita. Semoga roh kesemua Askar Melayu yang menjadi mangsa kekejaman komunis, ditempatkan dikalangan orang-orang yang beroleh rahmat Allah swt ..... amin .... Al-Fatihah.

    ReplyDelete