Monday, September 12, 2011

Najib liabiliti BN?!

Rasanya ramai yang faham apa yang dimaksudkan dengan tajuk di atas.

Malaysia hari ini tampak seperti hilang kawalan oleh Perdana Menteri. Kerajaan Persekutuan yang diterajui Najib nampak sangat lemah.

Kami percaya majoriti rakyat tiada pilihan. Mereka akan tetap menyokong BN kerana tahu dan sedar Komplot Pembangkang memang tak boleh harap nak terajui negara ni. Tapi rakyat juga dalam dilema dengan penilaian 50-50 terhadap Najib.

Banyak perkara yang membuatkan rakyat resah. Moh kita senaraikan satu persatu.

1. Masalah ekonomi yang tidak stabil. Kerajaan umumkan berbillion revenue dalam ETP, projek itulah, pelaburan inilah, tapi hakikatnya rakyat tak nampak pun duit tu semua dalam poket mereka. Cukai yang dikenakan kerajaan berbanding pendapatan rakyat masih tak seimbang. Pendapatan boleh guna rakyat semakin berkurangan. Kadar faedah tinggi. Keputusan BNM menaikkan OPR dan BLR yang kononnya mampu menyelesaikan masalah inflasi, tampak semakin menghimpit rakyat. Kontraktor dan peniaga kecil takde job. Ekonomi domestik dan mikro semakin perlahan. Aliran tunai macam dah nak tepu. Bursa saham tak menentu. Dan seperti biasa tiada tindakan daripada Najib.

2. Harga barang keperluan, terutamanya makanan semakin melambung. Cili pun RM9-10 sekilo sekarang ni. Harga ayam, ikan, daging, sayur etc. tak payah ceritalah. Ikut sedap tekak peniaga je nak letak harga. Makan sorang di restoran tak akan cukup RM5 sekali makan. Dulu rakyat bawahan pergi pasar bawak RM100 boleh beli stok seminggu sekeluarga makan. Sekarang bawak RM100, 3 hari stok dah licin. Pernahkah para pegawai PEMANDU, MTEN & MOF yang bergaji berpuluh ribu, malah berjuta itu pergi sendiri ke pasar setiap minggu untuk beli barang? Pegawai KPDNHEP tetap jugak lolap sambil ternganga. Dan seperti biasa tiada tindakan daripada Najib.

3. CEO GLC dan Korporat mula cemas apabila tengok pendapatan mereka kurang RM1 juta saja daripada berjuta pendapatan tahunan yang mereka dapat setiap tahun. Penyelesaiannya, mereka letak beban itu pada rakyat untuk menyelesaikan masalah pendapatan mereka. Sedangkan mereka masih kaya dan untung beratus juta setahun. Contohnya, bil astro dan bil elektrik yang kecoh sebelum ini tetap juga dinaikkan. Akan datang bil Telco 6% tetap juga akan dinaikkan. Tak percaya? Dan seperti biasa tiada tindakan daripada Najib.

4. Kes gila glamer Kak Mah bukan lagi isu pembangkang, tetapi dah jadi isu nasional. Pelik juga apabila melihat ramai golongan yang tidak pernah berminat dengan politik sebelum ini pun sibuk berbicara (mengutuk sebenarnya) Rosmah Mansur. Jika Najib sendiri tampak hilang kawalan terhadap isteri sendiri, apatah lagi nak kawal negara ni? Dan seperti biasa tiada tindakan daripada Najib.

5. Beribu laporan polis dibuat terhadap perhimpunan haram Bersih, isu Namawee, isu kencing & simbah cat di surau, isu Al-Kitab, isu pembangkang membocorkan maklumat pertahanan negara, isu Murtad, isu Anwar Anak Beranak yang memburukkan Malaysia di luar negara, isu Mat Sabu Komunis, bla...bla...bla...tapi Jabatan Peguam Negara, KDN dan Polis tetap tidur celik tanpa buat apa-apa. Kes Anwar entah bila nak selesai. Badan kehakiman pun dah jadi macam sarkas dipermainkan Anwar. Tapi masih tiada tindakan tegas di pihak kerajaan. Tiap kali Hisham buat kenyataan di tv dan akhbar, pasti ramai yang tersenyum sinis. Hinggakan pernah kami terdengar sekumpulan anak muda yang sedang duduk minum di kedai, tiba-tiba menjerit, "Woi...Pondan tengah bercakap...", merujuk kepada Hisham yang sedang bicara di tv. Memang mudah untuk kita salahkan Hisham Bapuk, tapi kuasa sebenar di tangan Najib. Mengapa Najib lebih rela dilihat penakut? Apa yang menjadi kerisauan Najib sebenarnya? Apa RAHSIA yang cuba disembunyikan Najib hingga enggan bertindak? Adakah kerana ugutan; atau Najib sememangnya tiada sifat pahlawan dan suka memilih jalan selamat? Atau dalam badan Najib sudah terserap roh Paklah? Dan seperti biasa tiada tindakan daripada Najib.

6. Perlantikan 'GENG KEPARAT' dalam sektor korporat seperti PEMANDU, TERAJU, PETRONAS, TNB, UDA Holdings, Maybank, MAS, etc. telah menjadi perdebatan sekian lama oleh ramai pengguna Media Baru. Tapi Najib masih mengekalkan 'GENG KEPARAT' ini. Bertambah pelik apabila mereka yang dilantik Najib dikenalpasti adalah penyokong pembangkang selama ini. Apa, Najib nak bunuh BN yang ditubuhkan ayahandanya sendiri ke? Kami cuba memahami mungkin Najib ingin melantik orang yang loyal dengannya. Tapi masalahnya, orang yang loyal itu belum tentu bijak buat kerja! Kesetiaan boleh dibentuk, tetapi kreativiti, kebijaksanaan dan pengalaman itu yang lebih utama. Apa gunanya punahsihat yang loyal jika mereka sendiri BODOH untuk memahami denyut nadi rakyat hingga membuat keputusan yang sering menyusahkan rakyat. Akhirnya menjadi backfire kepada kerajaan Najib sendiri. Itu belum cerita bab perlantikan Senator sehingga membuatkan ramai ahli Parlimen berkecil hati. Sebab itulah sekian ramai Parliament Members BN jarang mempertahankan kabinet Najib jika kerajaan di'serang' pembangkang. Penyudahnya Najib yang terkapai-kapai keseorangan kerana tiada sokongan kuat daripada ahli parlimen BN sendiri. Dan seperti biasa tiada tindakan daripada Najib.

7. Wang rakyat sering dilambakkan kepada Cina terutama semasa PRK. Tapi undi tetap tak beri pada BN. Cina tak nak kerja gomen, kerajaan merayu. Cina tak fasih Bahasa Kebangsaan, takpe...biar Melayu yang belajar bahasa mandarin. Cina nak tambah sekolah, bagi. Cina nak kurangkan kuota bumiputra, tunaikan. Cina tak bagi Melayu masuk syarikat korporat Cina, senyum. Cina hentam Islam, diam. Pendek kata, apa yang Cina tak mintak pun, Najib boleh bagilah. Undi belakang kira, yang penting kasi happy ini Cina. Penyudahnya, kiri kanan Cina ambil kesempatan. Tak kiralah DAP ka, MCA ka, Gerakan ka, semua pakat kasi tipu Melayu. Ayat popular mereka. "Kita kan 1Malaysia maa..." Depan-depan Najib pun Cina boleh tipu. Dan seperti biasa tiada tindakan daripada Najib.

8. Najib seringkali dilihat tidak mampu membezakan antara ucapan sebagai Perdana Menteri Malaysia, dengan ucapan sebagai Presiden sebuah parti politik. Malah kadangkala ucapan Najib lebih banyak mengguris hati bangsa Melayu & Islam sendiri. Sebab itulah kita sering mendengar dalam pelbagai majlis di mana Najib akan menghentam pembangkang, sedangkan ketika itu dia bercakap atas kapasiti sebagai Perdana Menteri. Kekeliruan ini tampak jelas apabila ucapan-ucapan Najib dipaparkan di Media Massa. Adakah Najib sudah sampai ke suatu tahap letih akal dan minda? Kesilapan sebegini masih kerap dilakukan Najib sehingga kini. Dan seperti biasa tiada tindakan daripada Najib.

9. PRU-13 semakin hampir. Tapi gerak kerja persiapan pilihanraya daripada pihak BN, terutamanya di Negeri Sembilan semacam hambar. Kawasan Parlimen dan DUN yang kalah, tiada aktiviti. Masalah-masalah tempatan (local issues) tiada penyelesaian segera. Semua maklumat hanya bergantung daripada dapatan Ketua Bahagian dan bukannya daripada denyut nadi rakyat yang sebenar. Wakil Rakyat BN yang dah lama berkhidmat, rakyat dah benci. Jadi macamana BN nak dapat semula 2/3 majoriti? Dan seperti biasa tiada tindakan daripada Najib.

BN hilang banyak kerusi di PRU 1969, 1999 & 2008 adalah disebabkan faktor undi Melayu. Maka sewajarnyalah Najib menjadi lebih Melayu daripada Melayu untuk menang PRU-13. UMNO dan BN tidak boleh hanya bergantung pada kesilapan bodoh yang dibuat pemimpin pembangkang untuk menang pilihanraya. Masalah rakyat perlu diminimakan sebanyak mungkin bagi menjaga keluk kepuasan mereka sebelum PRU-13. Jika Najib kelihatan masih tidak mampu menyelesaikan semua masalah itu, maka UMNO dan BN sudah sewajarnya mempertimbangkan secara serius untuk 'sekolah'kan semula Najib.

Personaliti atau individu tidak penting, kerana UMNO & BN lah yang perlu diutamakan. Sejarah sekian kali membuktikan, bahawa pemimpin yang tergelincir daripada parti keramat UMNO akhirnya tidak akan kemana.

Siapalah Najib tanpa UMNO?!

25 comments:

  1. cantiiiiiik, padat. saya akan simpan sebagai rujukan. Pendapat saya, ada tiga lagi yang bro tertinggal -

    1- sebagai Bapak Vernakular yang 'over' dalam menjunjung sekolah cina dan bahasa cina. Bahasa Kebangsaan dipinggirkan

    2- cara Najib yang jelas begitu liberal, tidak lagi mempertahankan dasar2 afirmatif DEB.

    3- 1Malaysia yang mengelirukan dalam konteks perpaduan dan hak Melayu. Depan cina , Najib seperti menjuarai Meritokrsi. Depan Melayu, cakap lain. Mungkin Najib tersedar akan kehilangan undi Melayu maka baru ni kelam kabut bodek Melayu dengan Meritokrasi Terkawalnya.

    Najib mungkin sesuai menjadi Presiden Amerika dimana keliberalan nya disanjung, kita diMalaysia belum bersedia lagi untuk semua itu.

    ReplyDelete
  2. Sunggoh tepat padat amat berjasa kapa bangsa Melayu, kalau bangsa Melayu sahut seruan anda.
    3 juta ahli Umno sudah jadi ta da melayu lagi,harap baju melayu mahal dan songkok tinggi pada tiap perhimpunan ,syiok sendiri ber pantun dan bersyair.UMNO sudah meminggir kan Melayu dan keMelayuan atas dasat liberalisasi enggagement inclusive.
    Sudah tepat masa nya ,Melayukan balik UMNO, atau jadi pati pembangkang PRU 13,tanpa kerja keras.
    arjuna waspada
    changkat lobak.

    ReplyDelete
  3. Salam Din dan Arjuna.

    Terima kasih Din kerana buat lagi 3 tambahan. Memang benar dasar liberal Najib yg secara perlahan meminggirkan DEB dan peranannya sebagai bapak vernakular yang jelas bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan memang menjadi buah mulut ramai profesional Melayu akhir2 ni. Mereka terdiri daripada profesional Melayu yg sayangkan bangsanya tp dlm dilema nak sokong Najib ke tidak.

    Bab Najib cakap depan Melayu lain, depan Cina lain tu, rasanya skrg dia dah mula slow. Agaknya sbb bro Din selalu sound dia dalam blog, dan Najib dah sedar kot. Sebab tu Najib tak banyak cerita dah. Hehehe.

    Saya setuju dengan Arjuna. Perwakilan UMNO kena kembali ke zaman Tun Dr. Ismail yang akan mengkritik secara direct apa saja kesilapan yang telah dilakukan pemimpin UMNO semasa perhimpunan. Ahli UMNO bukan setakat gah bergaya dengan songkok tinggi dan baju Melayu saja. TDI yg dikenali garang dulupun sampai berpeluh dan kecut takut kena hentam dgn perwakilan UMNO masa perhimpunan.

    Trend ahli UMNO sekarang hanya menjunjung kasih ucapan dasar Presiden saja.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  4. HAH, TU LAH DIO YG DEN DOK KOBA AN HARI2..TAPI EKAU KATO DEN NI TAK MELAYU LAH, TAK BERSYUKUR LA, KOMUNIS LAH, SOKONG PEMBANGKANG LAH, PENCACAI PAS LAH, PENCACAI PKR LAH, DAN MACAM2 LAGI LAH..

    DEN DAH KOBA AN DAH, NAJIB NI TERLALU LEMBUT DGN BANSGA LAIN, TAPI KOK KONO TONTANG MELAYU, DIA DAN UMNO BUKAN MAIN LAGI, DIO LANYAK HABIS2AN, TU TAK TERMASUK TEAM2 ULTRA MELAYU LAGI TUH..

    NAJIB PADO DEN HANYA PANDAI CAKAP YO..MULUT MANIS DGN PELBAGAI RETORIK...TAPI KOSONG!

    PENGUMUMAN ETP, KOS TAMBAHAN, PEMANDU, DAN SEMUA PROJEK BILION2..TAPI SAMAPI KO KEK POKET RAKYAT MISKIN NI? SEMUO TU GULO2 YO!

    TAK NAMPAK LANGSUNG KESAN LANGSUNG RAKYAT MENIKMMATI FAEDAH DR PENGUMUMNA ETP..APO DIO?

    SIFIR RAKYAT MUDAH YO...MRK TAK RETI PASAL ETP BERBILION RM, TAK RETI PASAL TRANFORMASI EKONOMI...YG RAKYAT RETI BELANJA MAKIN MENINGKAT, KOS MAKIN MELAMBUNG2, MAKIN MENGHIMPIT...KALU ETP BERJUTA2 MALAH BERBILION, TAPI APO BONDO EH YG RAKYAT DAPEK? APO MENATANG EH ETP TU?

    PATUT EH BILO DAH ADO PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI, HARGA BARANGAN MAKIN STABIL, MAKIN MURAH, MAKIN SELESO RAKYAT...INI TAK CUKAI MAKIN DINAIKKAN, ASTRO BUAT TAK RETI JER MENAIKKAN KOS LANGGANGAN, TERBARU PULAK CUKAI PRABAYAR 6%...KAN GILO NAMO EH TU..

    BAGI DEN LAH, MAKIN LAMO SI NAJIB NI, MAKIN KETARA KELEMAHANNYA...MAKIN HARU BIRU KEMENTERIAN2 NYA..ISMAIL SABRI YG JAGO HARGA BARANG,MAKIN TAK BERBUNYI SKRG NI...MUNKIN LA, RASUAH MAKIN TERUK..

    MACAMANO NAK SOKONG NAJIB,ROSMAH LAGI...TAK BULEH JANG!!!

    ---PARTI JAHAT---

    ReplyDelete
  5. Analysis yang menerangkan apa yang nak saya katakan tentang...liabiliti najib kpd BN! Cuma satu saje...liabiliti najib akan berkurangan JIKA NAJIB BERANI MENCERAIKAN BINI PUAKA DIA...ROSMAH. Satu malaysia meluat kat bini dia dan najib jadi bini rosmah jadi lakinya. Kalau najib tak boleh ceraikan rosmah...suruh najib turun dan ambik MahYUDDIN jadi Perdana Menteri kita. Najib kena turun seperti Pak Lah dulu masa KJ buat hal UMNO kalah. Sekarang giliran najib pulak disingkir dengan SEGERA sebelum UMNO BN kalah. Percayalah najib TAK BOLEH BUAT KEPUTUSAN bini dia yang buat keputusan untuk dia. Malapetaka UMNO kalau najib masih pakai rosmah ... cepat2 buang najib tuan2 sekalian sebelum kita (UMNO) lingkup).... HIDUP UMNO TENDANG NAJIB*********

    ReplyDelete
  6. NAJIB PM BONEKA..PM SEBENAR ROSMAH!!!

    ReplyDelete
  7. Aku pun makin rimas dengan kelembikan najib dan sepupu dia tapi kita tak ada pilihan lain.Undi pembangkang kita mati,tukar PM dah tak sempat dah sebab PRU13 dah dekat sangat.

    Ada tak ada siapa yg boleh access dengan najib suruhlah dia jengok2 blog2 macam blog ni ke blog din turtle ke yg selalu tegur kerajaan(najib).

    Dengar cerita minggu depan najib nak jumpa namewee anak cina rasis lahanat yg arahkan nasi lemak 2.0(bersih 2.0)yg konon2 mempromosi 1 Malaysia(sebenarnya Malaysian Malaysia)dalam filemnya.Agaknya bila dengar anak cina tu sebut 1 Malaysia najib terus teruja nak jumpa, atau najib pun dah tak tahu beza 1 Malaysia dia dengan Malaysian Malaysia tajaan dap?Atau najib sebenarnya memang satu kepala dengan lks cuma malu nak ngaku terus terang?

    ReplyDelete
  8. Fuh!dah keluar habis apa yang terbuku di hati selama ni.

    Thanks to 6% tax proposal, Celcom !

    ReplyDelete
  9. Anon 4.08pm.

    Belum keluar habis lagi. Kalau keluar semua mahu tertuduk terus yang di Putrajaya tu. Lagipun ini benda normal yang kami sering tulis dan menjadi bualan masyarakat Melayu.

    ReplyDelete
  10. Defending the PM is not just about defending and making excuse for him but reminding, giving feedback and guiding him.

    Good job paneh.

    ReplyDelete
  11. bukan Najib jer liabiliti Umno/Bn malah semua menteri2 kabinet dan menteri besar yang dibawah kerajaan Bn/Umno tak boleh pakai.

    Cara paling efektif ialah jadikan Umno/Bn parti pembangkang di PRU13.
    nescaya muka2 yang ada sekarang ni akan dihumban ke rumah pasong akibat salah guna kuasa dan rasuah.

    Gantikan dengan muka2 baru yang muda dan berakhlak. Nescaya PRU14 Melayu akan dipimpin oleh pemimpin baru yang berkaliber dan berakhlak mulia dari parti Umno yang diberi nafas dan ROH yang baru. Insyallah

    ReplyDelete
  12. Langkah pertama yang perlu Najib ambil sekarang:

    1. Suruh Rosmah duduk diam2 di rumah hingga selesai PRU-13.

    2. Tukar KSN dan PTD yang mangkuk hayun di setiap Kementerian dan Jabatan yang bebal menyusahkan rakyat.

    3. Tukar semua CEO GLC yang juga bebal serta selalu menyusahkan rakyat.

    4. Pastikan semua Ketua Bahagian UMNO Sembrong tidak bertanding di PRU-13.

    5. Pecat KJ daripada UMNO.

    6. Tukar semua Menteri Besar tiap2 negeri. Makin lama makin orang menyampah.

    7. Jangan layan permintaan chauvinis Cina dan mula bagi perhatian lebih 300% kepada orang Melayu.

    8. Pastikan UMNO bertanding di semua kerusi Melayu. Tiada lagi kompromi dgn MCA, Gerakan, MIC atau PPP. Suruh komponen bukan Melayu dalam BN bertanding secara anak jantan dgn DAP dan PKR di kawasan majoriti bukan Melayu.

    9. ISA kan semua yang cuba menghuru2kan negara ni tak kira dari pembangkang atau kerajaan sendiri.

    -pakteh

    ReplyDelete
  13. MACAMANO MENTERI2 BN NAJIB NAK BERFUNGSI DGN BAIK DAN BERTANGGUNGJAWAB, SOBAB EH, RAMAI DI KALANGAN MENTERI YG DILANTIK IKUT PINTU BELAKANG JER!!!

    KALAH PRU 12, TAPI LANTIK SENATOR SBG TIKET JD MENETRI PENUH...

    MANO ADO KALIBER DAN RASA TGJWB ORG MACAM TUH...BUEK HABIH AN BOREH JER!!

    SOBAB TU MENTERI2 NAJIB LEMAH DAN LEMBIK...MACAMANA NAK KAWAL NEGARA DAN RAKYAT TERBELA..MENTERI PUN "ORG BUANGAN"...MEREKA NAK MAKAN GAJI BUTO DAN MENDAPAT FAEDAH JER...DAH LAH TU, MENTERI2 BUANGAN INI LAH YG HEBOH DAB KEPOH...SODAR DIRI LA SKET!!

    SOBAB TU TANGAN ROSMAH SENTIASA MENCENGKAM KEPALA NAJIB!!!

    ReplyDelete
  14. Juga tertinggal persepsi rakyat terhadap pendakwaan terpilih dan pendakwaan kartun satu dunia tertawa.
    juga kes yg tergantung tanpa motif terhadap perempuan diletup C4.

    ReplyDelete
  15. hujah anda amat bernas.

    ReplyDelete
  16. cumo kau harus ingat paneh, pemimpin umno yg sedio ado skarang ni tak makan dek togur. masih dongan peel syok sendiri. perasan bagus. macam dio yo yang handa. elok mano2 ketuo bahagian atau wakil rakyat purba yg dah telalu lamo menongkat langit kek kawasan memasing digugurkan copek maso pru-13. macam banten betawi koba an tulah "Gantikan dengan muka2 baru yang muda dan berakhlak. Nescaya PRU13 Melayu akan dipimpin oleh pemimpin baru yang berkaliber dan berakhlak mulia dari parti Umno yang diberi nafas dan ROH yang baru."

    ReplyDelete
  17. Menteri Kewangan (aka PM Najib) melalui pembentangan Bajet 2011 di Dewan Rakyat pada 15 Oktober 2010 telah mengumumkan mengenai cadangan:

    (i) menaikkan kadar cukai perkhidmatan daripada 5% kepada 6% ke atas semua perkhidmatan bercukai kecuali kad kredit dan kad caj.
    (ii) mengenakan cukai perkhidmatan ke atas perkhidmatan Penyiaran Televisyen Berbayar
    Kedua-duanya akan berkuatkuasa mulai 1 Januari 2011.

    BAJET 2011 DILULUSKAN DI PARLIMEN.

    Kenyataan Najib semalam 11 September 2011

    "Saya dah dapat banyak reaksi dan maklumat timbal balas dari orang ramai bahawa langkah yang dibuat oleh syarikat telekomunikasi mengenakan cukai perkhidmatan kepada pengguna adalah suatu yang tidak popular dan sukar diterima oleh rakyat."

    "Saya berharap syarikat telekomunikasi dapat kaji semula langkah ini kerana hari ini kita hendak kurangkan beban kepada rakyat."

    "Kini rakyat terpaksa menanggung kos perbelanjaan serba-serbi dan ada sesetengah bahan makanan sudah bertambah harga, kita hendak kurangkan bebanan pada rakyat," katanya ketika ditemui pemberita selepas melancarkan logo baharu Maybank di Menara Maybank di ibunegara ari ini.

    Cakap gila berbelit. Dia sendiri yang bentang Bajet 2011 suruh naikkan cukai perkhidmatan, dia jugak yg mintak tangguh. Gila flip flop macam Paklah.

    ReplyDelete
  18. Melayu BODOH umno menang,,yea,,yea,,
    Melayu BODOH umno menang,,yea,,yea,,

    ReplyDelete
  19. laaa pencacai pembangkang xde otak dpt komen stakat macam tu je? standard la skit. dont waste our time. jgn kasi malu pembangkang. kesian la pada porknik ngan aljub hanya dpt pengikut retard mcm ni.

    ReplyDelete
  20. Sayang bonar kau dgn UmnoApcoPORNO kau tu yo JANG,,umno bukan agama,,apo yg kau fanatik bonar dgn parti kau tu JANG??? Mantan presiden kau mamak kutty pn pernah sendiri cakap parti kau tu parti rasuah.Tak usah ckp la kunun2 nak bersihkan parti,dh semuo sekali terlibat,dh jadi barah dah.mana yg baik dlm parti mmg kono tondang la jwb eh,,kono sisihkan,,silap2 duduk dalam.yg ado akal sikit kono cantas la jwb eh,,selagi yg dh monapuos dlm parti ado selagi tu la yg mudo tk akan naik,dh jadi tradisi puak2 kau mcm tu,apo nak buek JANG,,,dari dulu,kini dan ontah sampai bilo la nk berubah.mgkn bilo umno dh berkubor sok baru korang semuo sodar kot JANG.
    Kalau pun ado yg nampak n sodar masalah tu skrg ni pun apo yg kau boleh buek JANG,,????Setakat kau protes parti kau dlm blog ni yo tk usah mimpi la kau dapek ubah semuo tu.silap2 bilo d bagi cikit duit kopi,gulo sekilo,boreh sekampit kau sonyap la pulak sok,,Hampeh belako.Pemimpin kau ckp kokok berdogar2 tp ekor bergelumang taik,,,nasib kau la JANG.
    APO NAK DI KATO,,,????
    allo anon kek ateh,, dont waste our time kato eh,,Kah!!Kah!!Kah!!!!

    ReplyDelete
  21. aik terasa ke xde otak? siap jawab panjang lebar. hahaha. bagut bagut. nampaknya kau sayang umno rupanya. impian nak umno berubah jelas di komen kau. hahaha. bagussssss..

    ReplyDelete
  22. ado ko pegawai najib atau penasihat najib baco apo yg kau tulih ni jang? penyudahnyo samo la deh.

    ReplyDelete
  23. SEBAB TULAH AKU SUKA BLOG NI BANDING BLOG POPULAR LAIN YANG NAMPAK MACAM TAKUT NAK KRITIK PEMIMPIN SENDIRI. KALAU KRITIK PUN MAIN SIPI-SIPI JE SEGAN NAK KOMEN. PM BAGUS. NAMPAK MACAM TAK MEMIHAK. NAMPAK MACAM BALUN SEMUA PEMBANGKANG KE KERAJAAN KE. TAPI AKU TAU BLOG NI PRO MELAYU DAN UMNO. ORANG MACAM INILAH YANG PATUT DI ANGKAT JADI PEMIMPIN DI MALAYSIA NI. MELAYU SELAMAT NEGARA BERKAT. BERANI KERANA BENAR. CALL A SPADE A SPADE. BARULAH MAKMUR MALAYSIA.

    ReplyDelete
  24. Selain Rosmah yang jadi punahsihat najib...termasuklah jugak pegawai2nya yang jaga pintu masuk pejabat najib yang namanya Dato' Aziz bedebah. Kerana pegawai2 macam dialah yang jugak akan buat orang meluat kat najib. Dia ingat orang koprat dan taukeh2 cina yang berduit senang jumpa najib, dia tak tau orang2 politik umno yang ada undi perwakilan yang akan menentu najib jadi presiden atau tidak. Memang semua yang keliling najib gila kuasa macam bini nya. Tengoklah banyak menteri kabinet kalau jumpa najib ...tangan si Rosmah dicium dulu sampai terjungkit jubur masing2 punya nak mengampu...contoh nya cuba lihat Rais Yatim punya bodek..sampai hampir tiap2 hari atau minggu muka Rosmah mesti keluar TV kalau tidak nahas kau Rais tak jadi calun dan menteri..begitulah ceritanya kisah keluarga pak pandir!!!!

    ReplyDelete
  25. huhuhu.... padat dan tepat untuk PM kita..sayang bini dan takut bini, mano satu agak ehh..bekas MB N9 ada berkata ...cina jer den pandang dulu dulu..cina ada RM ,kerja buat sendiri, sungguh2 buat kerja,melayu (orang UMNO lah tu) RM x de,malas kerja, dapat kerja sub kan..buang masa jer...yg untung adalah cina dan cina..hahaha x caya tanya mana mana pemimpin UMNO dalam malaysia ni..berapa kerat jer yg buat sendiri..kalau ada pun dah kena cantas oleh orang UMNO sendiri..hihihi hasad dengki mesti ada punya..x caya jugak ,tanya PM dan TPM..panas..panas.. panas..betul tak paneh..tak de cina ,pemimpin UMNO mana ada duit...belakang diorang ni pun adalah cina....funder RRRRMMMM...

    ReplyDelete