Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Tuesday, May 31, 2011

Cibai punya PEMANDU!

1. Sudah lama orang merungut pasal PEMANDU ni. Tapi nampaknya rungutan banyak pihak tidak dipedulikan langsung oleh JPM.

2. Semenjak Idris Jala selaku Ketua Eksekutif, Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) umumkan kononnya Malaysia bakal bankrap menjelang 2019 jika trend subsidi tidak berubah sepertimana kemelut yang dihadapi Greece; ramai yang was-was dengan kenyataan tersebut. Yolah, kenyataan daripada mantan CEO yang menyelesaikan masalah kewangan MAS dengan cara membuang pekerja. Setakat nak selesai masalah dengan membuang pekerja, tak payah jadi CEO, pramugari pun boleh fikir.

3. Hari ini PEMANDU yang dipengerusikan Koh Tsu Koon bersama CEO, Idris Jala, dilihat SANGAT BERKUASA menentukan hala tuju ekonomi negara. Mereka tidak peduli dengan kos hidup tinggi yang ditanggung rakyat. Mereka tidak mahu dengar sebarang rungutan dan masalah yang dihadapi oleh rakyat. Makmal Rasionalisasi Subsidi di bawah PEMANDU enggan mempertimbangkan kesan buruk daripada keputusan yang mereka ambil terhadap mileage politik BN selaku pentadbir kerajaan.

4. Siapa yang membolehkan dua orang mangkuk hayun dalam PEMANDU ini menjadi begitu berkuasa dan angkuh jika tidak Perdana Menteri sendiri yang memberikan mandat kepada mereka?!

5. Tatacara rasionalisasi subsidi yang disarankan PEMANDU selama ini jelas hanya menguntungkan sebelah pihak kerana hanya menjaga kantung kerajaan tanpa memikirkan kerugian di pihak rakyat. Sangat jelas PEMANDU hanya tertumpu pada isu quantum dengan tujuan mengurangkan jumlah subsidi yang terpaksa ditanggung kerajaan, tanpa menyedari bahawa keputusan bodoh PEMANDU sebenarnya telah menjejaskan kehidupan sosial rakyat keseluruhannya.

6. Penyudahnya BN yang menjadi mangsa hentaman rakyat setiap kali PEMANDU membuat keputusan membentangkan rasionalisasinya. Contoh terbaru ialah spekulasi kenaikan harga RON95 dan tarif elektrik baru-baru ini. Walaupun harga RON95 dikekalkan, namun bermula 1 Jun ini rakyat terpaksa membayar kadar tarif elektrik baru berjumlah 33.54sen/kwj berbanding 31.31sen/kwj yang dinikmati sebelum ini.

7. Natijahnya, wakil rakyat BN terpaksa bekerja keras untuk memberikan penjelasan di atas ketidakpuasan hati rakyat, walhal keputusan pemotongan subsidi disebabkan PEMANDU yang punya angkara. Cuma wakil rakyat pembangkang saja yang seronok kerana mereka dapat peluru untuk tembak kerajaan serta memanipulasi sepenuhnya keberangan rakyat atas keputusan bodoh PEMANDU.

8. Kebanyakan para pegawai yang 'duduk' dalam PEMANDU membuat dasar dan keputusan hanya berasaskan teori. Keputusan mengurangkan subsidi dibuat berdasarkan defisit fiskal semasa. Adakah para pegawai di PEMANDU begitu bodoh hingga tidak terfikir bahawa struktur ekonomi dan sosial negara masih memerlukan subsidi untuk berubah dan berkembang? Adakah para pegawai ini fikir dengan pemansuhan subsidi maka ekonomi Malaysia akan lebih berdaya saing? Wahai pegawai PEMANDU, negara-negara maju di seluruh dunia pun masih mengekalkan pemberian subsidi dalam sektor tertentu terutamanya makanan, bahan api dan tenaga. Pi google la cari.

9. Sebahagian besar cadangan PEMANDU lebih tertumpu kepada langkah mengembalikan harga yang kini disubsidikan, kepada harga yang berlandaskan kuasa pasaran. Kalau boleh harga barang keperluan asas terutamanya makanan, bahan api dan tenaga hendak disamakan dengan harga pasaran semasa oleh PEMANDU. Namun persoalannya, adakah asas analisis yang kukuh dan tepat serta kerangka yang jelas serta komprehensif telah dilakukan oleh PEMANDU?

10. Dalam seminar yang kami hadiri bersama wakil BNM dan KPDNKK baru-baru ini, telah mengesahkan bahawa PEMANDU tidak pernah menjalinkan kerjasama antara agensi dan jabatan lain bagi mendapatkan sumber serta data sokongan. Jadi bagaimana PEMANDU melakukan analisis selama ini jika tiada perbandingan maklumat dibuat bersama agensi-agensi berkaitan?

11. Agak memeranjatkan apabila analis data daripada sektor sosial meliputi pendidikan, kesihatan, bahan api dan tenaga, infrastuktur pembangunan, subsidi makanan etc. adalah berbeza antara BNM dan KPDNKK. Malah harga semasa pasaran dan harga pasaran selepas disubsidi seperti tepung, gula, subsidi pendidikan dan kesihatan juga tidak sama data yang dibentangkan oleh kedua agensi.

12. Bagaimana perkara sebegini boleh berlaku? Adakah kini tidak lagi wujud jaringan komunikasi antara agensi-agensi pelaksana dasar yang mewakili kerajaan? Lebih menghairankan apabila BNM mendakwa kerajaan memiliki rizab yang tinggi melalui Real GDP Growth, External Reserves, Current Account Balance dan FDI Inward; tetapi pada masa sama segala peruntukan agensi-agensi kerajaan dan jumlah subsidi cuba dikurangkan.

13. Justeru tidak hairanlah apabila PEMANDU mengatakan subsidi RON95 perlu dikurangkan, tetapi sebaliknya Gabenor BNM mengatakan perkembangan ekonomi semasa negara membolehkan kerajaan menyerap sebarang kenaikan harga bahan api dan tidak perlu menaikkan harga RON95. Seterusnya, wakil BNM turut menjelaskan bahawa PEMANDU tidak pernah mendapatkan data sebenar daripada pihak mereka, dan ini jelas menunjukkan keangkuhan PEMANDU dalam membuat keputusan.

14. Makmal Rasionalisasi Subsidi di bawah PEMANDU kelihatan tidak membantu membina imej yang baik kepada BN di hati rakyat. Langkah rasionalisasi yang dicadangkan lebih tertumpu pada elemen harga barangan tetapi tidak jelas dalam konteks pembangunan pasaran yang lebih adil. Keputusan dan dasar yang dibuat PEMANDU lebih banyak menyusahkan rakyat yang sedang bergelut dengan kos sara hidup yang semakin meningkat, tetapi tidak selari dengan pendapatan yang diperolehi. Senang cerita, harga barang naik, tapi gaji tetap sama.

15. Rakyat bertambah jelak apabila KPDNKK membuat perbandingan harga dalam negara berbanding negara-negara jiran, sedangkan elemen-elemen lain dalam sektor sosial tidak pula dijadikan perbandingan. Contohnya, walaupun harga gula dan minyak di Indonesia serta Thailand tinggi berbanding kita; TETAPI harga beras, ikan, sayur etc. di kedua negara itu jauh lebih murah daripada kita. Dan rakyat bertambah meluat apabila setiap kali kerajaan membuat keputusan mengurangkan jumlah subsidi, maka akan kedengaranlah kempen 'gaya hidup sihat' dan 'rakyat diminta berkorban'. Namun, wajarkah rakyat sahaja yang dituntut berkorban sedangkan poket pegawai PEMANDU yang membuat keputusan menyusahkan rakyat, tidak pula terkorban sama?

16. Najib perlu menilai semula peranan PEMANDU dalam mengendalikan Makmal Rasionalisasi Subsidi. Dua ekor mangkuk bernama Tsu Koon dan Jala pernah menyusahkan BN dalam menangani isu Al-Kitab sebelum ini. Kini mereka berdua juga bakal menyebabkan BN dibenci rakyat melalui keputusan-keputusan paloi PEMANDU.

17. Dalam sistem demokrasi, "kerajaan dipilih dikalangan rakyat, oleh rakyat, untuk rakyat." Jadi cakap siapa sebenarnya yang patut didengar?

17 comments:

  1. Nampak gayanya ... PEMANDU ni sedang memandu laju dgn mengurangkan subsidi.

    Takut nanti ... PEMANDU menyebabkan Kerajaan BN masuk longkang sebab syiok sendiri je ... work in silo.

    Hebat kan PeMANDU ... tiada siapa boleh kawal/komen.

    Kalau naik juga tarif leterik ni ... dan harge barang naik ... naik darah lah rakyat

    Jawapannya ... nanti PRU13 ... bungkuskan PEMANDU dan kekawannya.

    ReplyDelete
  2. Saya cadang kita semua kempen supaya PERKASA didaftarkan sebagai parti politik lepas tu kita seru semua orang-orang Melayu undi perkasa. Biarkan Najib dan barisan kabinetnya jatuh. Masalah sekarang kita tiada parti altenatif yang boleh ganti UMNO. Harapkan PAS jauh sekali la. Jika PERKASA ada dalam kabinet, saya rasa mereka faham kesusahan rakyat. Saya pun dah meluat dengan Najib sebab dia tadbir negara secara koporat (dengan mengambil Idris Jala sebagai .....). Najib sepatutnya ada jiwa rakyat. Yang saya nampak Najib ada jiwa berniaga.

    ReplyDelete
  3. Najib nampaknya dah jadi bodoh!
    Spt yg kita semua tahu Koh Tsu Koon adalah barua DAP yg memainkan peranannya utk memusnahkan BN dari dalam.
    Dgn menaikkan harga barangan, rakyat akan menjadi marah kpd BN dan akan mengundi secara protes utk Pembangkang di PRU13 nanti.
    Nampaknya Najib macam dah kena pukau utk tidak dapat melihat perkara yg mudah spt ini.
    Apa hal, nak kalah PRU13 ke?
    Nak jadi pembangkang kah?
    Kalau Najib tak boleh berfikiran waras, eloklah letak jawatan dan beri Mahyuddin yg lebih tegas utk mengambil alih negara.
    Sebelum terlambat.
    Melayu bodoh mudah lupa ??????

    ReplyDelete
  4. TAK KIRO LAH MENTERI KE PEGAWAI KE..DIORANG GUNA ELEKTRIK KE @ BAHAN API KE..SEMUA FREE KERAJAAN TANGGUNG..KERAJAAN BN SURUH CARI DANA @ SUMBER KEWANGAN..DIORANG BUATLAH KOJO..YANG MENANGGUNG RAKYAT LAH..ALASAN DIORANG TAK PE SIKIT TU NAIK NYA KALAU DI BANDING KAN DGN NEGARA ASIA LAIN..ALASAN PALING BAGUS DIORANG BAGI DALAM MEDIA..MENTERI @ PEGAWAI BODOH..CAJ TU MEMANG TAK TINGGI NAIK NYA..BARANG LAIN LAIN YANG NAIK HARGA NYA.. BELUM UMUM PUN BARANG2 DAH NAIK..SUSU BUDAK ,MINYAK HITAM @ PELINCIR AWAL BULAN 6 DAH NAIK SAMPAI 5% NAIK ..MENTERI @ PEGAWAI NI TAU TAK..ATAU BUAT TAK TAU..MEMAMNG CIBAI TEAM PEMANDU NI..PUKI OMAK MASA SETUBUH DULU TAK BACA DOA AGAK NYA..TAK KIRA LAH ISLAM @ KAFIR..MEH KITA PAKAT RAMAI RAMAI TUKAR KERAJAAN PRU KE 13 SOK..ADA PEGAWAI TINGGI KERAJAAN YANG SUKO TU..BARUA DAP DAN PKR DALAM PENTADBIRAN KERAJAAN BN..TAK CAYA SIASAT LAH ..CIBAI SE CIBAI NYA..

    ReplyDelete
  5. Bangang! PEMANDU diorg igt dio ado mandat buleh buek suko hati nek moyang eh?Memang cibai PEMANDU! kau tau tak rakyat kek bawha nih sungkuk sangkak mencari rezeki untuk hidup dengan keadaan harga barang mahal sekarang nih..

    ReplyDelete
  6. Tak guna kamu semua kutok Pemandu, Idris Jala dan ET (Koh Tsu Khoon). Mereka di lantik oleh PM dan apa yg dibentangkan adalah atas arahan PM. PM gunakan Pemandu, Idris & ET sebagai org jahat dan PM lah org baik diMsia yg nampak seolah-olah terpaksa akur pada "proposals" Pemandu. Kalau nak kutok, kamu tengoklah pada perjanjian berat sebelah IPP yg ditandatangani oleh bekas PM, grant & research ber-ratus juta yg diberikan ke Proton utk R&D, wang ber-ratus juta yg akan dibelanjakan utk beli bot2 pertahanan (harga Msia beli lebih mahal dari harga negara lain yg beli), wang budget utk skim PERMATA (kita tak ada kementerian pelajaran), budget utk satu listed company utk membina eko resort dan amat banyak lagi. Kalau kamu baca surat khabar kamu akan tahu. Jadi nak kutok, kutok org yang sebanarnya yg bertanggung jawab.

    ReplyDelete
  7. PERKASA nak tolong???? Dia tolong diri dia sendiri dan kroni dia sahajalah

    ReplyDelete
  8. aku dapat tau yang staf PEMANDU ni dapat bonus 4 bulan tahun lepas, macam mana ni Jala & Tsu Koon? Mana boleh negara kurang subsidi, tapi hangpa kenyang bonus 4 bulan? Tutup saja PEMANDU, aku sokong 100% artikel ni

    ReplyDelete
  9. http://twitter.com/#!/WMFIRDAUS

    ReplyDelete
  10. Salah jugak UMNO. Buat apa le BN nak simpan Gerakan? Kaki tumpang saja.
    TNB tu syarikat kerajaan ke PR?

    ReplyDelete
  11. nak salahkan PEMANDU pulak.. tak pyhla salahkan orang lain, kalau kabinet tak luluskan pemotongan subsidi, takkan jadi punya..
    terima jela hakikat bahawa pemimpin BN mmg tak prihatin kpd rakyat.

    560 juta tiap2 tahun utk PLKN, 800juta bina istana baru, kerugian 1 billion projek bakun, 12 billion projek PKFZ dan mcm2 pembaziran oleh kementerian pertahanan sejak era Najib..

    apa kes? salah PEMANDU jugak ke?

    ReplyDelete
  12. anon atas ni agaknya pegawai pemandu yang nak hancurkan kerajaan dari dalam ni. macam marah je bila pemandu kena tala. hehe.

    ReplyDelete
  13. bongek boy mmg bangang. sedar2lah PEMANDU tu bawah PM. dia takkan baut sesuatu tanpa consult PM dulu. PM la yang menyusahkan rakyat, PEMANDU hanya kambing hitam.
    ko mmg bodoh, tuan blogger ni pon bodoh jugak.

    ReplyDelete
  14. he he he.saya cadangkan paneh miang dah boleh mula,buat kempen terbuka didalam blog ini ,untuk cadangan dari rakyat nama nama menteri yg patut digugurkan dari kabinet oleh najib.pemilihan dan pengundian terbuka ini mampu menampakkan pada najib,apakah kehendak rakyat. untuk aku menteri yg no 1 patut digugurkan dan diganti jika bn menang selepas pru ini ialah, 1 icamuddin auw auw auw. 2. husni si ekonomi hancur 3. subramaniam dgn doll indonesia 4 , nge yin yin,shooping projek promosi di negara cina aja 5 , si jalal,sipencetak injil melayu. mari kita undi,

    ReplyDelete
  15. anon 9.30am ekau cubo baco statement penulih ni dari no 1 lai dio dah balun pm. kek no 4 tu pun skali lagi di balunnyo. dan banyak yang tesirat eh dio balun najib. ekau jo yang tak paham2. kito kok nak baco sesuatu bondo jgn baco tesurat jo. pehtu sesodap ekau jo nak koba orang bangang. ekau tu cerodik bonar ko kok baco yang tesirat pun tak bulih. setahu den la blog ni la yang den nengok konsisten banyak kali hontam najib dari banyak blog yang nyokong gomen. kok ekau baru sekali duo baco sini memang la ekau bungko tak tau.

    ReplyDelete
  16. Ini sume poyokung.... haktuihhhhh

    ReplyDelete

Blog Archive