Sunday, December 11, 2011

Apalah nasib Tentera Malaysia ni...

Terkesima mendengar luahan hati para perajurit berpangkat PBT hingga Staf Sarjan daripada pelbagai Kor Perkhidmatan bermula yang paling tua, Rejimen Askar Melayu Di Raja hinggalah Kor Agama Angkatan Tentera.

Jika di amati keluhan mereka, ternyata terlalu banyak yang Kerajaan BN belum lunaskan janji terdahulu termasuk pulangan kasih sayang terhadap anggota ATM.

Apalah sangat dengan terkorbannya jurukamera Bernama yang secara automatis layak dianugerahi Pingat Keberanian Seri Paduka, iaitu Pingat Gagah Berani jika dibandingkan dengan pengorbanan anggota ATM. Lagipun ramai sudah anggota ATM yang menjadi korban dan mangsa peluru tidak bertuan dalam misi-misi PBB yang tidak pun diberi penghargaan yang setara.

Pelbagai tindakan tidak berpelajaran penghuni Mes Sarjan seperti di Kor Artileri Di Raja yang diberitakan mengenakan tol-tol sehingga RM20,000 untuk pelbagai hajat kepala Mes yang menyebabkan Sarjan-Sarjan yang baru naik pangkat terpaksa berhutang keliling pinggang. Rasuah mes berleluasa, pemaksaan wang ringgit kepada Mes makin membarah.

Ada juga Pegawai Pemerintah (Commanding Officer Kem) yang berkepala Zionis telah membebankan anggota dengan hutang-piutang. Besar sangatkah gaji seorang Sarjan? Atau besar sangatkah gaji seorang Pegawai Muda yang terpaksa bergolok bergadai untuk puaskan hati Pegawai-Pegawai Kanan dalam Kem?

Penyediaan betina jalang, arak, berjudi, masih menjadi resam jahiliyyah zaman ini di kem-kem tentera telah menjadi rahsia umum sejak sekian lama. Ini bukan aspirasi 1Malaysia tetapi aspirasi 1 Jahiliyyah Moden. Sedarlah bahawa dunia tentera Malaysia sifatnya demi Allah dan Muhammad. Inilah perlambangan pada "crest" Gagah Setia ATM.

Pak Sedaro fikir bukan perajurit bawahan yang bermasalah, tetapi yang menjadi Penyamun dan Penyagak ATM ialah para Pegawai ATM itu sendiri. Pegawai-pegawai ATM ini perlu diberikan Sekolah Ketatanegaraan Imam Abdul Hamid Al-Ghazalli. Pegawai-pegawai ATM perlu diperdengar dengan wirid dan talkin yang boleh memberi kesan psikologi kepada mereka.

Daripada referendum yang boleh dikutip, 80% pegawai ATM di Kem merupakan pegawai bermasalah dan memberi masalah kepada ATM dan Raja-Raja Melayu. Cuba teropong apa yang dibuat oleh KAGAT.

Apakah Ahmad Zahid Hamidi terlena dengan perangai pegawai ATM ini?

4 comments:

  1. setuju sangat dengan kurus tatanegara untuk pegawai tentera, banyak salah laku yang membabitkan pegawai dan anggota tentera, yang buruk nanti kerajaan. Jangan sangat nak amik hati depa ni, ATM harus dibersihkan

    ReplyDelete
  2. setuju sangat dengan kurus tatanegara untuk pegawai tentera, banyak salah laku yang membabitkan pegawai dan anggota tentera, yang buruk nanti kerajaan. Jangan sangat nak amik hati depa ni, ATM harus dibersihkan

    ReplyDelete
  3. Jgn sedap mulut bercakap....perkara begitu dh tak berlaku lagi. Salahlaku hanya mereka yg sejak dari awam bermasalah.Yang dah tahu tak berkemampuan masih nak berlagak tu yg hutang sekeliling pinggang. Takde masalah dgn ATM...perangai anak2 muda yg masuk dalam perkhidmatan ini yg buat banyak masalah dan campur tangan dalam pengurusan ATM.
    Kerana itu le jgn masuk campur dalam latihan ketenteraan yg dilaksanakan. Ini kena sepuk sikit dah mengadu dan buat "media conference" le...padahal kena le sedar diri tu nak jadi tentera

    ReplyDelete
  4. http://paliez.blogspot.com/2011/12/penerangan-hudud.html

    ReplyDelete