Friday, December 9, 2011

Cacamarba Parlimen Seremban

Analisis 6 bulan sebelum PRU-13, melihat Parlimen Seremban kini sedang diancam tsunami gelojoh UMNO-BN.

Ketua Bahagian UMNO Seremban dilihat tidak bekerja untuk parti lagi. Ishak Ismail dilihat sering bergentayangan di tapak parkir Bukit Aman. Tidak berperanan sebagai Ketua Bahagian UMNO yang meletak dirinya sebagai Najib Favorite Man. Inilah stigma dalam kepala Ishak Ismail. Sukalah Paneh Miang maklumkan bahawa YAB Presiden UMNO sudah tahu tembelang Ishak ini. Ishak tiada tempat lagi sebagai calon wakil rakyat. Ishak akan diarahkan fokus kepada gerak kerja memenangkan Calon UMNO di Parlimen Seremban. Di fahamkan juga kerusi Parlimen Seremban akan diberikan kepad UMNO-BN. Siapa calonnya? Dia ini proksi kuat Najib semasa Najib di Petronas dulu.

ADUN Ampangan menjadi bahan lelucon rakyat. Wan Salwati Abdullah sedang sibuk melolosi halangan politik, belum cukup dengan pemidato UMNO terbaik, Wan Salwati dilihat meneroka rongga-rongga lompong yang dicipta oleh Ishak Ismail. Suka Paneh Miang fahamkan bahawa Wan Salwati bukanlah winnable candidate di Ampangan. Dia perlu berguru dan perbaiki perwatakan yang gila publisiti, barulah selesai imejnya untuk pencalonan DUN Ampangan. Nama yang hit antaranya bekas wakil rakyat, Zakaria Nordin. Juga mungkin orang Ampangan yang bergelumang dengan rakyat sejak kecil di Masjid Jalan Jelebu.

ADUN Sikamat menjadi satu lagi bahan kajian siapa yang layak? Yang pasti anak-anak kariah Masjid Sikamat dan taman perumahan awal di lokaliti Sikamat seperti Temiang Jaya, Ulu Temiang, Rashibah Indah, Bukit Temiang, merupakan calon wibawa menang UMNO.

ADUN Lenggeng ternyata perlu tukar. Nampaknya calon baru akan memberi impak kepada DUN Ampangan, Sikamat, Lenggeng, Temiang (perlu UMNO) dan Parlimen UMNO-BN. Kenapa? Inilah makna besar Transformasi Politik yang ditaja oleh UMNO-BN. UMNO perlu kembali kepada Kuasa Asal agar Negara Aman Damai. UMNO kekal sebagai pembida terbaik kemerdekaan dan kenegaraan. UMNO ialah pemberi ehsan kepada MCA dan MIC.

Persoalannya kini, ada beranikah Najib Razak dan Mohamad Hassan melakukan transformasi besar-besaran?

11 comments:

  1. jika mohammad hassan mahu melakukan transformasi di negeri sembilan beliau perlu bersara dan meletakan jawatan.

    Sahak pun jangan bertanding. Isa sama pun jangan bertanding. Hassan Malek pun jangan bertanding, ismail lassim jangan bertanding serta Rais Yatim mesti di gugurkan.

    Mereka-mereka ini sekarang patut berkempen untuk calon lain pula untuk memenangi pru ini.

    Barulah terbukti ada pengorbanan. Orang ramai dah naik jojok dengan muka-muka ini. Macamlah negeri sembilan tak ada pemimpin....kepala hotak dia orang. Saya tidak akan mengundi UMNO lagi kalau mereka ini masih ada.

    Muak...muak....

    ReplyDelete
  2. bidin, ampangan,

    Encik bidin baru sedar?

    Sedar tak kita diNS sejak dulu dari sekarang, balek-balek orang ni aje yang bermaharajalela.

    Kita hanya dijadikan lembu-lembu untuk membawa beban mereka.

    Saya sudah mengembil ketetapan, enough is enough. Cukup lah setakat ini UMNO memerintah.

    Mereka semua lintah darat.

    ReplyDelete
  3. Cam mano Mat Asan nak tranmomasikan Palimen Somban. Palimen Ghombau pun cacamarba. Dun Koto YB eh slow. Dun Combung YB eh asik kumpul ghoto samo kroni. Dun rantau sendiri mau ingat lah. Dun paroi lak tak do calun winable, mampuih la UMNO cam ni.

    ReplyDelete
  4. Aku tetap setia dengan perjuangan UMNO. Yang aku kenangkan Melayu...Pegi mampos dengan muka-muka lama. Namun untuk tukar parti sorry...

    Aku merdeka di bumi bertuah ini adalah atas hasil usaha pejuang UMNO..Terutama Dato' Onn Jaafar.
    Inilah satu-satunya parti yang bertunjangkan Melayu dan Islam.

    Harapkan Pas...ada pemimpinnya cakap mana ada negara Islam dalam perlembagaan Pas..haktuihh

    Hidup UMNO!!!!Hidup Melayu!!!!

    ReplyDelete
  5. bukn sremban jer.. sebenarnyer seluruh kepimpinan di N9 ni patut dirombak.. dari MB smpai la ke bawah..

    klau di tengok dr pembangunan N9 tiado apo2 pun perubahan besar yg bolh kito banggokan.. baik zaman isa smpai la zaman mat asan.. byangkan la nak lopehkn jln senawang dr jln pilah ke jln tampin pun bukan main azab.. itu bolum jln2 kt tempt lain..

    itu sobab klau nak dibandingkn dgn negeri jiran spt johor.. selangor apatah lg melako yg kocik tu memang kito tertingal jauh.. wawasn 2020 pun tinggl berapo tahun jer lg..

    mintak2 lopeh ni tukar la MB lain plak... x kish la dr pilah ko atau pun dari tampin atau jempul.. yg ponting biar yg ado wawasn.. dh cukup la bg kt orang Rantau ngan orng PD.. talak utung..

    ReplyDelete
  6. Sapo nak sokong UMNO tu sokonglah. Den dah tak nak dah.

    Sapo kato UMNO ini yang mencapai merdeka orang tu bodoh.

    Ini UMNO baru. Bukannyo UMNO yg mencapai merdeka dulu.

    Tolonglah, jangan coghito pasal UMNO nia samo den.Pomogak!!!

    ReplyDelete
  7. ado boghito org dalam ckp mb kito lopeh ckp yg dio tak sonang tgk kojo dan kewibawaan sotongah exco dan adun yg dilebelkan 'bungkur', bangang dan mada.. ghaso ae bahaso yg dilopehkan dek mat asan ni toghok bona. agak ae mat asan yg jonih korporat tu tak seleso tgk exco mcm wakil rakyat tahun 60an.

    antaro wakil rakyat /exco yg paneh skrg yolah samad, razak mansor, wakil palong dan lain-lain lagi. kito tgk sapo yg tersungkur praya ke 13 ni...

    ReplyDelete
  8. Den oghang jolobu. Den sokong sumo wake tuo2 tu pencenlah.Muak dah den tengok muka tu dah ado yg lobeh 29 tahun jadi YB. Baik jolobu,pilah,ghombau dan lain2 X ado bonda yg buleh dibanggokan.Bia Melako yg kocik tapi banyak bondo yg ado.Sobab tu den pindah duk kek Melako.Den sokong Melako.Neghori kalau dah beghubah YB2 yg tuo tu baghu den pindah balik jolobu kampung den.Ha!ha!padan muko!

    ReplyDelete
  9. "Di fahamkan juga kerusi Parlimen Seremban akan diberikan kepad UMNO-BN."
    -dlm byk2 point part ni paling den goma....dah lamo den mimpi UMNO duduk kerusi ni...tp calon biar la senegheh kalau x baik den cakar gambar superman yo...pembangunan anak watan somban ni dah lamo bona topinggir...elok bona la DS Najib boghi perhatian. Somban eh dah sampai tigo tapi hampeh....

    ReplyDelete
  10. Jom kito menjongok apo yang ado kek SONANTI (SERI MENANTI) sebagai Bandar Diraja. Kiro lobih setongah abad kito dah medeka, Apo pun Tak ado bro.

    Den rasa dah sampai maso eh Bandar Seri menanti kona naik Taraf, Tukar jadi Daerah dan Parlimen Seri Menanti jo,dan puilah jadi Bandar Kuala Pilah itu baru ado sori eh...Den percayo untuk menjana sumber ekonomi untuk dinekmati sepanjan zaman dirikan sekolah berasrama penuh, maktab perguruan, Politeknik,Maktab Rendah Sain Mara dan rumah kedai, Taman Perumahan den percayo akan mendoru anak2 yang bermastautin di luar segalo cucucicit berhijrah semula ke Senanti kok timbul isu tanah adat/ pusaka itu kiro topi bukan tanah haram pun, bulih guna akta pengambil tanah Negaro tak ke begitu Pak SeDaro tak po keliling semua suku sakat kito .....

    ReplyDelete
  11. Pakcik Anon. December 9, 2011 11:37 AM (pokcik ko atuk ni). pokcik atau atuk ni sorang yo masih setio dgn parti. cakap Pas takdo negara Islam dalam perlembagaan, pahtu Umno ada ko? Umno dok menogakkan Islam ko? apo yang ado cuma Umno dok bagi makan lombu dalam kondo yo...

    ReplyDelete