Friday, April 6, 2012

Imej KBS di MATA Dunia

Amat malang diucapkan kepada Ahmad Shabery Chik, Ahli Parlimen Kemaman yang diamanah sebagai YB Menteri Belia dan Sukan Malaysia, menanggung integriti Kementerian Belia dan Sukan. Rupanya, kubur Ahmad Shabery Chik bukan dicipta oleh rakyat pengundi tetapi oleh "kebahalolan" para pegawai KBS.

Perkhabaran, dalam satu sidang akhbar yang melibatkan pasukan My Corps, pegawai yang tak cerdik telah menasihatkan YB Menteri, akhirnya Menteri membuat pembetulan ayat, bahawa My Corps sudah tamat. Tahun ini akan dibina Akademi Kesukarelaan. Siapakah yang memberi dorongan tidak wajar kepada proses ini. 30 orang peserta My Corps yang sepatutnya ditampil secara lebih jauh dan KBS bina lagi beberapa pasukan My Corps, supaya dapat memberi limpahan kuasa ilmu kesukarelaan yang lebih mapan dan strategik kepada negara dan dunia. Namun, tinggal kenangan sahaja.

Perkhabaran, dalam sebuah konferen di Tokyo, KBS menghantar Nuraida Idris, penolong pegawai gred 39 bersidang dengan 10 buah wakil Kerajaan Negara ASEAN dan Jepun. Forum mesyuarat menjadi keliru, dengan pelbagai kenyataan dan maklum balas yang dibentang oleh "budak hingusan KBS" ini. Akhirnya, Kerajaan Malaysia dilihat tidak sensitif kepada dunia diplomatik antarabangsa oleh korum konferen ini. Sesungguhnya, Ahmad Shabery Chik sedang dilondehkan oleh barisan pegawai mangkuk hayun dan mengkarung bertanduk di KBS. Tahniah, YB Menteri.

Pak Sedaro fikir sudah masanya, YAB PM dan YAB TPM mencatur bidak-bidak YB Menteri dan calon-calon yang lebih berwibawa dalam dunia penuh cabaran intelektual politiking.

Kedudukan Kementerian Belia dan Sukan Malaysia perlu diteropong sebagai Agen Transformasi Belia Paling Berwibawa dalam rancangan pembangunan sosio budaya dan kepimpinan pelapis. Namun, apakan daya, bila mana pegawai-pegawai KBS terdiri daripada "haiwan berakal" yang tidak bertugas secara hikmah dan hemah, maka, kewajaran INTEGRITI Kementerian Belia dan Sukan Malaysia telah terlacur.

1 comment:

  1. orang suh lepak ngan ali rustam, takmau. apo la lu mat. buek artikel provokatif skit la. ni cam pondan yo. hehe..

    ReplyDelete