Wednesday, April 4, 2012

PTPTN

Assalamualaikum,

Mansuhkan PTPTN!!! adakah satu isu yang wajar untuk dibawa ke arena politik. Bagi saya isu PTPTN bukanlah satu isu yang wajar untuk diperdebatkan di dalam arena politik. Nampak ketidakikhlasan pejuang-pejuang politik pihak pembangkang, dimana kebanyakan anak mereka pun sebenarnya adalah peminjam-peminjam PTPTN.

PTPTN di tubuhkan atas dasar membantu anak-anak Malaysia untuk melanjutkan pelajaran di peringkat menara gading. Atas dasar itu jugalah ramai anak-anak Malaysia yang terpelajar dan setelah merasakan dirinya sudah penuh ilmu di dada, dengan sombong dan angkuh menggigit kembali tangan yang menyuapkan mereka makanan di kala tiada sesiapapun yang sudi memandang mereka semasa itu.

Secara dasarnya saya menyokong PTPTN, Cuma yang perlu diperdebatkan adalah sistem PTPTN. Di mana bagi saya, PTPTN bagaikan mencari keuntungan keatas peminjam-peminjam mereka. Ya, saya faham nilai 1 peratus yang dikenakan itu kecil kalau dibandingkan dengan bank-bank perdagangngan yang lain. Tetapi kenapa dibandingkan dengan Bank, kenapa tidak dibandingkankan dengan Yayasan-yayasan negeri, MARA, JPA, dan kebanyakan agensi-agensi yang menawarkan pinjaman dan biasiswa. Sudah tentu jawapanya "Kenapa tidak minta kepada mereka sahaja, jangan pinjam PTPTN..". Tetapi hakikatnya kami tidak diberi pilihan semasa pertama kali kami menjejakan kaki ke menara gading. Dimasa itu kami hanya ditawarkan PTPTN, tandatangan atau tidak itu sahaja pilihan kami. Tanpa kami faham akan akibat apa yang akan jadi selepas itu.

Saya secara peribadi mohon kepada pihak PTPTN agar dipertimbangkan pemansuhan nilai 1 peratus itu dan segala denda lewat yang dikenakan kepada kami, yang terleka dalam melangsaikan tanggungjawab membayar hutang kepada PTPTN. Fahamilah kami bukan tidak mahu membayar hutang dan jauh sekali ingin lari dari hutang. Cuma kalau boleh dipertimbangkan situasi menang-menang kedua-dua belah pihak. Kami dapat langsaikan hutang, PTPTN dapat kembali duit mereka.

Kami bukan pesalah jenayah berat, janganlah dihukum kami sedemikian rupa. Dengarlah suara kami. Jangan terhantuk baru nak tergadah. Jangan sampai nasi menjadi bubur. Isu telah dipolitikkan, Takut-takut rasa marah diterjemahkan di atas kertas undi.

Sekian Terima Kasih

4 comments:

  1. Salam

    Terbaca dalam Mingguan Malaysia baru2 ini di mana MB Negeri Sembilan membuat kenyataan kononnya hanya nama dia saja dicalunkan di DUN Rantau.

    Kononnya juga pengundi diNegeri Sembilan dah kembali sokong BN.

    Sapa kata? Mat Hassan?

    Kalau PM hendak Negeri jatuh ke tangan Pakatan, letaklah Mat Hassan untuk terus jadi MB.

    Perangai Mat Hassan tak berubah. Pendendam. Busuk hati. Bongkak.

    2008 BN kalah banyak kerusi. Kenapa? Kerana Umno berpecah. Apa tidaknya. Semua Ketua Bahagian, Mat Hassan letak orang lawan untuk jatuhkan Ketua Bahagian.

    Mat Hassan ini tinggalan Pak Lah. Legasi Pak Lah.. sombong macam menantu Pak Lah, KJ.

    Boleh menangkah BN kalau Mat Hassan terus jadi MB?

    Hampeh, kalau menang. Macam mana nak menang, kalau tiga suku ketua bahagian tak sokong mat hassan.

    Najib patut check kehadiran mesyuarat perhubungan Negeri Sembilan. Semak kehadiran 10 mesyuarat perhubungan terakhir negeri sembilan. Siapa yang hadir.

    Tak lebih dari 3 orang saja hadir. Yang hadir hanya Hashim Rasidi Ketua bahagian Rasah dan Ismail Lasim Ketua Bahagian Kuala Pilah. Berapa kali Isa samad, Rais Yatim, Shaziman, Lilah hadir mesyuarat perhubungan?

    Kalau dalam perhubungan pun Mat Hassan tak dapat sokongan majoriti, macam mana BN nak dapat sokongan majoriti di negeri sembilan?

    Sokongan pada mat hassan dah lama hilang. Umno Negeri Sembilan dalam keadaan paling teruk dalam sejarah kali ini.

    Semasa Isa Samad jadi MB, Isa dikutuk macam2. Macam isu berbangkit masa era Isa. Isa digelar Isa Pendek. Isu babi Bukit Pelanduk. Isu Kubur Cina di Nilai.

    Tapi sokongan pada Isa dari ketua2 bahagian kuat. Tak pernah semasa Isa menjadi Ketua Perhubungan, hanya 3 orang ketua bhg hadiri mesyuarat perhubungan.

    Tak ada sorang pun ketua bhg zaman Isa yang tak hadir mesyuarat perhubungan.

    Hari ketua pemuda helmi pun tak hadir mesyuarat perhubungan. Ketua Puteri Negeri Sembilan merata mengadu cara Mat Hassan melayan Puteri. Ketua Wanita tak kering gusi mencurah isi hati kekecewaan dgn mat Hassan.

    Busuk betul hati Mat Hassan. Taukeh Restoran Nelayan dihalau Mat Hassan semata2 kerana tak se-geng dengannya. Sampai merana Towkay restoran nelayah.

    Lilah, Ketua Bahagian Jasin, nak dicincangnya Mat Hassan. Mat Hassan sanggup pengaruh semua AJK bhg Jasin sehingga tinggal Lilah terkonteng2 keseorangan.

    Begitulah perangai buruk Mat Hassan.

    PRU-13 nanti, pasti isu RM10 juta duit yang mat hassan hantar ke London akan hidup kembali.

    Mahukan PM buang masa pertahan isu ini dalam kempen akan dating.

    Baru2 ini, apabila TS Muhyiddin dibawa melawat War Room di Seremban, tidak seorang pun ketua bhg dijemput.

    Kenapa? Sebab Mat Hassan nak nama. Nak claim kredit.

    Yang buat kajian, konsultan yang di bayar Mat Hassan. Konsultan mana nak bagi gambaran negative. Tak kan nak gigit tangan yang membayar mereka ribuan ringgit.

    Dengar kata, Mat Hassan nak buat lawatan sekali lagi ke War Room. Kali ni nak jemput semua ketua bhg. Kita tengok siapa yang akan hadir.

    Kalau BN nak menang di Negeri, Najib kena singkir Mat Hassan. Jika tidak, kita boleh ucap selamat memerintah kepada Pakatan Rakyat. Baru padan muka Najib.
    .

    ReplyDelete
  2. Kalau nak cito pasal tak pueh ati ghamai laie yang tak pueh ati temasuklah den. UMNO ni memang makin nazak. Kito samo-samo baca kan yassin supaya UMNO ni berubah.

    Den akan totap undi BN walaupun ati den dah meluat dgn UMNO ni. Bagi den UMNO ni macam buah epal yang ado ulek tapi boleh di makan. Pembangkang ni hanyo gambar buah epal yang cantik bekilat tapi tak buleh di makan.

    Den harap ulek dalam buah epal ni tak bertambah dan menjadi busuk. Kalau dah busuk den gantunglah gambar buah epal yang cantik bekilat tu. Apo nak Di kato ..

    ReplyDelete
  3. umno kuat krn ahlinya...jika semua ahli berpadu tenaga umno akan terus berjaya..

    masalahnya ahli2 umno yg ramai ni...kenapa tak berkumpul & berpakat? nak naik suah, nak jatuh senag sgt...
    pikirkan bgmn nak jernihkan keadaan, bukan sebaliknya. suara seorang blogger mungkin tak kedengaran. cuba ramai2 naik bas ka ketapi ka pergijumpa PM, tentu lbh berkesan! cadangan ambo ja...

    ReplyDelete
  4. AKU SELAKU RAKYAT SELANGOR DARUL EHSAN SERTA JUTAAN LAGI RAKYAT SELANGOR YANG TELAH MEMBERIKAN MANDAT KEPADA PKR BERDASARKAN JANJI-JANJI PRU 12 YANG LALU MEMINTA PENJELASAN DARI DSAI TENTANG PERKARA-PERKARA DIATAS SEBELUM BELIAU TERUS MENABUR JANJI-JANJI MASIN..

    ReplyDelete