Wednesday, June 6, 2012

BN miskin Rakyat papa

BN akan menjadi terus miskin kerana terpaksa kikis dan hakis semua harta kekayaan negara untuk rakyat yang papa. Apakah peranan rakyat kepada Barisan Nasional?

BN akan terus berjanji dan tepati. BN akan terus membayar dan membeli demi rakyat yang dikasihi. Namun, rakyat makin papa dan tidak dewasa dalam menilai peranan rakyat jelata?

Rakyat sudah menjadi kematu dan mangli dengan kemiskinan perangai dan asohan Pas, DAP dan PkR yang berazam takluki Putrajaya. Kumpulan "pelampau politik berpaksikan SYIAH, WAHABI, KOMUNIS, FREEMASON" ini semakin membuat rakyat dan pengundi berdaftar PAPA dan PARIA di negara sendiri.

BN menjadi miskin dek kerana sikap kemiskinan hayat dan roh rakyat yang nampaknya semakin tamak, bongkak dan riak dengan ketaksuban berpolitik, sedangkan secara purata 85% rakyat masih miskin dan melarat.

Rakyat papa kerana:

1. Bekerja dan dibayar gaji/upah/ganjaran/saraan/elaun yang kurang daripada kadar relevan kos kehidupan semasa. Dulu RM1,000, kini masih ada yang dibayar RM1,000 pada perbuatan kerja yang sama. Sedangkan kos belian bahan makanan meningkat 200%.

2. Rumah paling murah berharga RM45,000 (PPRT). Mampu dibayar dan dimiliki oleh seorang pekerja Alam Flora yang bergaji RM1,000 (termasuk gaji+elaun khidmat kotor, busuk, penat, penyakit), yang punya anak 1 orang. Bersyarat pekerja ini seorang penganut agama yang baik. Tak berjudi, minum arak dan kaki betina, maka cukuplah makan-pakai mereka sahaja.

3. Ramai di luar sana, kos tanggungan isi rumah sebanyak RM3,000 tidak mampu memiliki rumah mampu milik. Rumah paling murah kos rendah sekitar RM150,000 di KL dan Selangor. Di Seremban, masih rendah khabarnya. Namun jika berpeluang had gaji wajar isi rumah eksekutif di Malaysia ialah RM6,000.

BN akan terus miskin kerana skim gaji sektor awam dan swasta di Malaysia masih ditakuk lama. 30 tahun dulu, gaji seorang Pengarah Kewangan Tabung Haji pada tahun 1972 ialah RM1,800. Hari ini Pengarah Kewangan di mana-mana GLC atau mungkin CEO mencecah RM120,000 sebulan. Namun, para pekerja bawahan yang berhempas pulas memastikan tak terlingkupnya organisasi, hanya dibayar "kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, kais semalam langsung tak berbaki".

Alangkah baiknya jika seorang pekerja buruh dapat gaji RM1,800, maka bolehlah dia bernafas menyara survival di KL dan Selangor atau mana-mana ceruk Tanah Melayu. Kantung CEO dan sewaktunya masih besar, sedangkan yang kerja bagai nak mati, dikuli batakkan adalah pekerja bawahan, pegawai bawahan, pegawai pertengahan.

Ini tugas besar Barisan NASIONAL!

No comments:

Post a Comment