Thursday, June 7, 2012

Lebuhraya ke SYURGA...

Assalamualaikum.

Jom kita pakat derma ramai-ramai... dapat pahala boleh ke SYURGA...

Sekian Terima Kasih.

10 comments:

  1. Salam,

    Jika niat kita menderma itu ikhlas kerana Allah dan projek lebuhraya tersebut dapat direalisasikan (tak kiralah oleh siapa) dan sumbangan kita digunakan, InsyaAllah selagi ada yang menggunakan jalan tersebut adalah ganjarannya. Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui.

    ReplyDelete
  2. takut jadi mcm tabung memali je sok. duitnya tah kemana. ni derma highway ni masuk akaun company, kroni husam pulak tu. habis org kelantan kena tipu hidup2. sok2 kalo bg peluang pas memerintah negara, nak buat jln raya, longkang, sekolah, klinik bla..bla..bla...pun nak kena derma. dah la kena bayar cukai, nak kena derma lagi. bagus tul la prinsip negara berkebanjingan ala pas mcm ni.

    ReplyDelete
  3. Dari kita je sebagai rakyat malaysia. Nak derma, derma je, tak mau derma tak payah keluar duit dan tak perlulah pertikaikan projek tu. Kalau ada yang songlap duit tu, biarlah mereka menjawab nanti di Mashyar sebab tu duit Amanah. Kalau jalan tu jadi buat guna hatta 1% pun dari sumbangan orang ramai, tetap ada balasannya.

    Satu budaya yang baik juga libatkan orang ramai dalam membina prasarana. Tak dapat sumbang wang ringgit, sumbang tenaga atau apa saja yang dalam kemampuan. Lagipun, benda ni semua bukan paksaan, malahan satu peluang untuk melabur dalam saham akhirat, dengan syarat IKHLAS KERANA ALLAH.

    Lagipun kita biasa menderma di Masjid/ buat masjid, sekolah tahfiz dan lain-lain. Buat jalanraya jarang berlaku orang kutip sumbangan, dan ini satu peluang kerana ianya melibatkan ramai pengguna (berbilang bangsa) dan digunakan hari2.

    ReplyDelete
  4. Harga projek mungkin RM 100 ke RM 200 juta. Untuk nak cukup tu makan 10 tahun, bila tak cukup2 juga, maka duit tah kemana projek tah kemana. Bila org tanya mana pembangunan, senang pas nak jawab, tuuuuu papan tanda tu tak nampak? Bijak sungguh putar belit pok nik. Tak pernah ada kerajaan di dunia yang pernah buat mcm ni, hanya si bahlol saja yg buat dan yg percaya.

    ReplyDelete
  5. Kalau nak buat projek mega,..kena lerr ada perancangan!! Buat bajet dulu...tengok ada ker tidak duit...kalau tak cukup, kat mana nak pinjam...camner pulangannyer!! Nak buat jambatan tak boleh lerr nak minter sedekah. Memerintah dan mentadbirkan negeri tak sama dengan tadbir surau atau masjid...nak harapkan koleksen hari Jumaat!! Kalau nak perintah negeri berharapkan sedekah....tok siak pun boleh jadi MB!! Iniler masalah besar bagi kelantan dan pas!! TAK TAHU NAK TADBIR DAN URUSKAN NEGERI...TAK TAHU CAMNA NAK GENERATE REVENUES!! Khutbah memangler boleh..tapi dan dapatkan pelaburan, nak jana ekonomi perlukan lebih dpd serban..air liur..dan janji-janji ajerr!!

    ReplyDelete
  6. Nak buat masjid - rakyat kena korban
    dengan menderma
    buat jalanraya - rakyat kena korban
    dengan menderma
    Tengok China Doll menari ... Kerajaan Negeri sedia sedekah mlm 'Bertam Nite'

    ReplyDelete
  7. MASUK TUBIK MASUK TUBIK MASUK TUBIK
    KOHO KOHO TAMBAH SERIA BOLEH WAT HIGHWAY ENEY LORONG BARU MOLEK

    ReplyDelete
  8. Salam.

    Sy fikir idea ini amat kreatif dan mengkagumkan. Memang ramai tak setuju dengan segala alasan. Itulah tabie dalam menghasilkan suatu yang baru, pasti ada kelompok yang menjadi 'pembunuh' perubahan.

    Apapun,segala kritikan perlu diberi perhatian supaya perancang dan pelaksana projek ini dilakukan secara lebih berhati-hati dan benar2 menjadi kenyataan.

    Kebimbangan dan ketidakpercayaan memang ada manasabahnya. Pengalaman melihat projek2 lebuhraya lain menimbulkan tanggapan terlalu banyak salah tadbir yang berlaku. Makanya, kos ditanggung rakyat melalui cukai, tol dsb amat memerit dan menyerikkan. Pemegang konsessi yang mengaut keuntungan tujuh keturunan.

    Kepercayaan kpd siapa yang menganjur amat kritikal. Jadi, siapa yang yakin dan percaya menyumbanglah. Siapa yang tidak, janganlah.

    Apapun, jika projek ini berjaya nanti, ia akan menjadi sejarah amat besar dalam dunia binaan lebuh raya negara. Secara peribadi, saya doakan ia berjaya.

    ReplyDelete
  9. nonbal,memang tak ada kerajaan yg buat macam ini. Yang ada dibuat oleh Kerajaan BN ialah memasukkan projek ini dlm RMK 5, RMK 6 dan RMK 7. Kemudian hilang disambar geruda dlm RMK 8, RMK kini dan RMK selamanya.

    ReplyDelete
  10. bila agaknya ye lebuhraya ni dapat direalisasikan...rasa aku le pok nik tak sempat nak rasa ni. tak pe le dapat pecah tanah pun jadi le...hehehe

    ReplyDelete