Friday, June 8, 2012

HAKIM MARZUKI vs ZABIDIN MOHD DIAH


Sangat mengharukan apabila seorang hakim bernama Marzuki di Mahkamah Indonesia berasa sebak dengan penerangan pesalah seorang nenek tua yang mengaku salah mencuri ubi kayu. 

Di ruang mahkamah pengadilan, seorang hakim duduk termenung menyemak pertuduhan kepada seorang nenek yang dituduh mencuri ubi kayu. 

Nenek itu merayu bahawa hidupnya miskin, anak lelakinya sakit, dan cucunya kelaparan. Namun pengurus ladang tuan punya ladang ubi tersebut tetap dengan tuntutannya supaya menjadi iktibar kepada orang lain. 

Hakim menghela nafas dan berkata sambil memandang nenek itu, "Maafkan saya, bu! Saya tidak dapat membuat pengecualian undang-undang. Undang-undang tetap undang-undang, jadi anda harus dihukum. Saya mendenda anda Rp1 juta (lebih kurang RM350) dan jika anda tidak mampu bayar, maka anda harus masuk penjara 2 setengah tahun, seperti tuntutan undang-undang."

Nenek itu tertunduk lesu. Namun tiba-tiba hakim membuka topi hakimnya, membuka dompetnya kemudian mengambil dan memasukkan wang Rp1 juta ke topinya serta berkata kepada hadirin yang berada di ruang mahkamah, "Saya atas nama pengadilan, juga menjatuhkan denda kepada setiap orang yang hadir di ruang mahkamah ini, sebesar Rp50 ribu (lebih kurang RM17), kerana menetap di bandar ini, dan membiarkan seseorang kelaparan sehingga terpaksa mencuri untuk memberi makan cucunya. Saudara pendaftar, tolong kumpulkan denda dalam topi saya ini lalu berikan semuanya kepada yang tertuduh.

Sebelum tukul diketuk, nenek itu telah mendapat sumbangan wang sebanyak Rp3.5 juta dan sebahagiannya diberi kepada mahkamah untuk membayar dendanya. Setelah itu, nenek tersebut pulang dengan wajah gembira dan terharu disebabkan masih punya baki wang, termasuklah wang Rp50 ribu yang turut dibayar oleh pengurus ladang yang mendakwanya.

*********

Persoalannya, bagaimana pula dengan hati nurani dan integriti hakim-hakim di Mahkamah Malaysia? Adakah dapat mencontohi apa yang berlaku dalam kes 'Pengurus Ladang Ubi vs Nenek Tua' ini? Adakah hakim-hakim kita mempunyai hati nurani seperti Hakim Marzuki? Adakah hakim-hakim kita benar-benar bebas daripada dipengaruhi serta bersungguh-sungguh dalam setiap penghakimannya? 

Ambil contoh penghakiman yang dibuat oleh Hakim Mahkamah Tinggi, Dato' Mohamad Zabidin Mohd Diah dalam Kes Liwat II yang membuat keputusan bahawa mahkamah tidak dapat memastikan 100 peratus ketulenan sampel DNA yang dikemukakan sebagai bukti itu tidak terusik. Keputusan melepas dan membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat semata-mata kerana mahkamah keberatan untuk menyabitkan tertuduh hanya berdasarkan keterangan mangsa, Mohd Saiful Bukhari Azlan. 

Saya tidak berhasrat mempertikaikan keputusan mahkamah, mahupun menghina mahkamah atas keputusan yang telah diberikan hakim tersebut, namun hanya ingin memberi pandangan mengenai perbicaraan yang seolah wujud beberapa unsur luar biasa yang berbeza berbanding pengendalian kes yang sama dibuat oleh hakim-hakim lain. 

Sepanjang perbicaraan kes liwat II yang bermula pada 7 Ogos 2008, sehinggalah ke 9 Januari 2012 yang mana mengambil masa 3 tahun 6 bulan; Bro Anwar Bin Ibrahim selaku tertuduh, berjaya menangguhkan kes sebanyak 69 kali termasuk 38 kali rayuan, merupakan rekod dalam sejarah sistem kehakiman Malaysia dan mungkin juga dunia.

Penangguhan serta rayuan yang dibuat kebanyakannya atas alasan yang tidak munasabah, seperti penangguhan untuk menukar peguam bela daripada Sulaiman Abdullah kepada Karpal Singh. Cuti sakit ketua peguambela pun boleh menyebabkan penangguhan, walhal tertuduh mempunyai barisan peguam yang ramai. Rayuan pula ada bermacam jenis seperti rayuan menukar hakim, rayuan tolak bukti DNA, rayuan gugur kes, rayuan bukti bla...bla...bla. 

Lazimnya, seorang tertuduh yang menghadapi kes mahkamah perlu membayar wang jaminan kepada pihak Mahkamah supaya tertuduh menghadirkan diri. Namun dalam kes liwat Bro Anwar Bin Ibrahim, tertuduh tidak perlu membayar sesen pun wang jaminan dan hanya dibebaskan dengan bon peribadi semata yang jelas merupakan satu bentuk diskriminasi berbanding tertuduh lain seumpamanya. 

Dan sepanjang berlangsungnya perbicaraan, Bro Anwar Bin Ibrahim berkali kali pula 'diizinkan' untuk menghina Mahkamah apabila membicarakan fakta kes sewenang-wenangnya di hadapan para penyokong Komplot Pembangkang di pentas-pentas ceramah. Malah, Mahkamah sedikit pun tidak memberi amaran, jauh sekali untuk mengambil tindakan atas perbuatan Bro Anwar Bin Ibrahim yang jelas terang-terangan menghina mahkamah apabila bertindak membicarakan kes liwatnya dalam siri jelajah ceramah ajuran Komplot Pembangkang. 

Penyudahnya, Anwar dibebaskan. Bebas dah satu hal...Jabatan Peguam Negara nak failkan rayuan pun puas didesak, barulah nak bertindak, itupun di hari terakhir tempoh rayuan. 

Persoalan yang bermain di minda ramai rakyat marhaen di bawah ni, mengapa kerenah Anwar dilayan oleh Mahkamah? Kenapa Anwar bebas menghina dan mempersendakan Mahkamah? Kenapa Jabatan Peguam Negara mengambil masa lama untuk kemukakan rayuan? 

Namun, kemunculan bekas Peguamcara Negara II, Dato' Mohd Yusof Zainal Abiden sebagai peguambela Anwar dalam kes rusuhan bersih di Mahkamah Sesyen KL, telah menjawab banyak persoalan di minda rakyat akan 'permainan' sebenar dalam kes Anwar vs Saiful Bukhari. Selamanyalah rakyat menjadi mentimun dipermainkan geng kolar putih, sama ada dalam sistem kehakiman sendiri, mahupun jerung gay macam Bro Anwar Bin Ibrahim.

Jauh lagilah nampaknya para hakim dan peguam di Malaysia ni nak mencapai taraf maqam Hakim Marzuki!

6 comments:

  1. Nuar cakap dio bebas sobab tokanan kuaso asing.. monyingo Karpal Sinki..

    Bagus jugak Hakim Marzuki ni.. Dio ikut cagho Nik Aziz kutip dermo nak buek High Way..

    ReplyDelete
  2. Salam kasih. Kisah Hakim Marzuki vs Nenek Tua ni memang menyentuh hati. Inilah hakim yang dinanti2 dlm dunia keadilan negara. Sifat ini bukan saja perlu pd para hakim, malah seluruh pemimpin dan pentadbir pemegang amanah di semua peringkat.
    Hakim Marzuki benar2 mewarisi sifat Hakim yang beriman dan bijaksana. Memang sukar mencapai tahap ini. Ada hadis Nabi mengatakan bahawa dari 3 hakim, 2 akan masuk neraka.
    Lazim kita mendengar si miskin mencuri RM50 dihukum penjara 2 tahun. Si Menteri kaya raya mencuri wang rakyat R50 juta dipenjara beberapa bulan sahaja. Dimanakah keadilan?

    Artikel amat menarik menyentuh nurani. Amalan ini perlu diteruskan. Namun demikian, saya fikir, menghubungkannya dengan isu DSAI vs Saiful dlm isu liwat, saya rasa tidak relevan.

    ReplyDelete
  3. Saya ingat kepala otak tidak betul la.Mana boleh di bandingkan kes Hakim Azuki dengan hakim Zabidin Mohd Diah.jikalau hendak di bandingan mungkin ampir sama kes nenek tua dengan kes Imam baling kasut kapada Hakim.Dia kena satu tahun.Jika hakim kita ada ati mungkin dia menderma kapada Anak imam itu yang tujoh orang ,yang telah hilang tempak bergantong.

    ReplyDelete
  4. Mana nak same hakim m'sia dan indonesia bro....hakim M'sia bolih di beli Lingam pun bolih jadi Hakim dari rumah atas nasihat Mamak kutty,orang lain jadi Hakim Lingam tukang tulis verdiknya tulah dia hakim M'sia nanti Lingam cakap correct,correct,correct Mamak kutty yang menjahanamkam sistem perundangan M'sia

    ReplyDelete
  5. sesuka hati jer nak tuduh org.mahkamah pun x dapat sabitkan kesalahan lingan dengan tun m tue.

    ReplyDelete
  6. Itu le hakim dan peguam Malaysia. Kena jerkah dengan bewak aljuburi habis terkejut babi...betul le banyak yang menjadi penghuni neraka ialah para2 bijaksana hakim dan peguam...

    ReplyDelete