Tuesday, July 10, 2012

Apo kes calon DUN Paroi?

Paneh Miang telah di'foward'kan email pembaca daripada rakan blogger senogori untuk dipaparkan di blog ini. Isunya mengenai calon BN Dun Paroi untuk PRU-13, yang kini diwakili oleh Pas. Dipendek an cito, baco jolah apo yang ditulih si pengirim email yang konon mendakwa dirinya adalah penyokong togar Pas. 

*********

Salam blog Anak-Anak Nogori Sembilan.

Den ado cito tip-top lagi panas dan terbaik dari ladang. Den pocayo, ini maklumat yang den dapat straight daripada orang UMNO Bahagian Rembau laie.

Ini mengenai pencalonan UMNO Dun Paroi yang kini dipegang oleh YB Taufek dari Pas.

Bahawasanya, YB Taufek bakal berdepan dengan seorang old-timer/experienced politician UMNO, iaitu Timbalan Ketua Bahagian UMNO Rembau sendiri, Dato' Firdaus Muhammad Rom Harun (Tok Daus). Macam mano boleh keluar cerita ni? Ha...sini meh den cito.

Maso awal-awal nak pencalonan namo UMNO Rembau marin, hanya 5 calon yang diletakkan untuk Dun Paroi, manokalo untuk Dun Rantau hanya MB seorang dan Parlimen Rembau hanya Khairy seorang! Ha...kenapa MB dan Khairy calon tunggal tu, itu isu lain. Ni sekarang den nak cito perihal calon DUN Paroi.

5 pencalonan UMNO Dun Paroi ni, terdiri daripado wakil wanita dan AJK bahagian. Ado yang bini duo, ado yang belajar takat SPM, (dan) ado yang langsung tak nampak muko maso program UMNO (pun). Hampir kesemuo calon ni, ado masalah masing(-masing). Melalui risikan yang dilakukan, masing(-masing) tunjuk muko bilo program yang ado MB yo. Bilo takdo MB, semuo losap. Melalui lapuran juga, semuo calon ni (dah) kembang sayap, dah tunjuk gayo macam YB walaupun hanyo tercalon sebagai calon sahajo. Itu yang MB poning dengan prangai masing(-masing).

Disobabkan hal ni, MB takdo pilihan, melainkan memanggil semula Timbalan Ketua Bahagiannya, Dato' Firdaus Muhammad Rom. Tok Daus ni dikonali (sebagai) orang parti. Ado jawatan kor, takdo jawatan kor, samo jo. Camtu lah ngoman eh. Sobab itu, masa pencalonan semula, Dato' Firdaus dimasukkan semula sebagai salah satu calon Dun Paroi dan (ditambah) juga seorang lagi wakil Pemuda, (yang) menjadikan 6 CALON DUN PAROI.

Apo sobab eh dipercayai Tok Daus (bekas ahli parlimen Rembau 2004-2008) akan bertanding Dun Paroi? Ingat tak dulu maso Khairy Jamaluddin ambik Parlimen Rembau maso 2008, semuo orang ingat karier politik (Tok Daus) eh dah mati. Tapi rupo eh, MB lantik (Tok Daus) eh jadi Setiausaha Politik MBNS maso 2009. Selalu Sekpol ni orang mudo yo, tapi alak diambil eh orang yang berpengalaman? Haaa...itu persoalan eh. Tapi bilo Tok Daus tak nak sambung kontrak Setiausaha Politik maso 2010, teruih jawatan tu kosong yo sampai sekarang. Apo punco eh tu?

Sekarang 2012, Tok Daus masih pegang jawatan Timbalan Ketua. Dipercayai Tok Mat dah bagi amanah dekat Tok Daus untuk menawan semula DUN Paroi. Sekarang ni kalau kito tengok, makin rajin deh Ustaz Fathul Bari dan Dr Ridhuan Tee masuk Dun Paroi. sapo kepalo eh? Tok Daus! Tok Daus sekarang dilihat ada di ceramah(-ceramah) anjurannya di kawasan(-kawasan) panas di Taman Pinggiran Senawang, Bandar Seremban Selatan dan banyak lagi. Mengikut risikan, selalu juga Tok Daus dan YB Taufek bertembung dalam ceramah(-ceramah) ini! Tapi masing(-masing) buat cool bila makan duduk semeja.

Sekarang kalau kito lihat di kebanyakan ceramah(-ceramah) di Masjid dan surau dalam Dun Paroi, ado jo Tok Daus. Ini merupakan satu petando kepado calon Dun Paroi UMNO yang bakal bertanding nanti. Sebab Tok Mat pernah kato dulu, caro nak menawan Dun Paroi ni berbezo. Dikhabarkan juga, Tok Daus sering diberi "exception" (untuk) tidak menghadiri program jemputan MB (supaya) memberi fokus untuk menawan semulo Dun Paroi.

Maklumat risikan juga bagitahu, Tok Mat nak letak calon heavyweight seperti Tok Daus di Dun Paroi kerana yakin Tok Daus mampu tewaskan YB Taufek. Sekarang ni dimaklumkan juga Tok Daus dah mulakan gerakan saraf, dan ada yang kobaan ado akaun Twitter dah! Wallahualam.

Yang tontu eh, Dun Paroi makin lamo makin panas. Ontah siapo yang bertanding eh, wallahualam.

MUNZIL - Penyokong Tegar Pas

Jangan dipublish bulat-(bulat). Ekau edit dulu (j)ang. Kasi teratur sikit ayat den tu.

*********

Apa komen pengundi Paroi? Ustaz Zul, Ketua Cawangan UMNO Taman Rasa Sayang pasti tak sonang duduk bilo baco nih...sobab dongar eh dio laki bini dah siap nompah baju untuk siri kempen PRU-13 sebagai calon UMNO DUN Paroi. Heh...

16 comments:

  1. Munzil,
    Den raso kau ni penyokong toga Tok Daus, bukan..eh PAS.
    Kalau pun kau sokong PAS, den yakin kau akan sokong Tok Daus dalam PRU 13 nanti.
    Sobab..eh? kau sendiri yang tahu.

    ReplyDelete
  2. Salam,

    Dengar cerita nama Ust Zaid Amri yang bakal diumumkan sbg calon adun Paroi, betul atau tidak?

    ReplyDelete
  3. rasanya macam tok daus yang up cerita ni supaya dapek jadik calon hahahaha

    ReplyDelete
  4. Dengar cerita sb bukit aman cadang nama paneh sbg calon adun paroi. Iyo ko?

    ReplyDelete
  5. Saya kenal munzil ni.....dia kerja kilang dekat Taman Tuanku Jaafar.....org kuat Yb Taufek dia ni....selalu jumpa di surau hj Musa.....taktau kenapa dia macam sokong Tok Daus pulak...

    ReplyDelete
  6. poning den baco post nih...dio ni penyokong PAS ko UMNO? kobar penyokong togar PAS tapi banyak input ceghito pasal UMNO.

    ReplyDelete
  7. Ada yang kata......dia penyokong YB Taufek dan PAS.....tapi akan ngundi UMNO kalau Tok Daus bertanding.......licik sungguh....

    ReplyDelete
  8. Dengar khabar calun UMNO DUN Paroi dari NGO khususnya Persatuan Bekas Tentera sbb tak ada orang UMNO yang layak... begity lah cerita nya

    ReplyDelete
  9. Tapi den raso UMNO letak sapo pun jadi calon totap kalah

    ReplyDelete
  10. ADUN PAS ni akan tewas pada PRU 13 nanti.
    Dio ni pesen kulit toba. Dtg kenduri kahwin tak payah jomput. Asal donga pinggan bedonting yo sampailah..deh
    Ado ko dio kato masjid paroi tu di buek pasal dio jadi ADUN. Sewel budak ni. Bilo becakap bunyi..eh macam orang tongah menunyah..yo
    Cam mano dio buleh monang dulu pun den tak tau.

    ReplyDelete
  11. Memang elok lah lotak Tok Daus tu. biar kasi kono sikit dek YB Taufek tu.

    Dikoba eh dio bino Masjid Paroi. Bilo ditegur, terus diam.

    ReplyDelete
  12. Tapi kalau lotak Tok Daus pun, berapo lamo bulih tahan... berwibawa memang berwibawa... Faktor umur pun perlu diambil kira...

    ReplyDelete
  13. jaga2, nanti depa letak rosmah jadi calon kat situ kot..... kan rosmah asalnyo nogori....

    ReplyDelete
  14. Elok lah kalau Tok Daus tak tahan lamo. Buleh buek pilihanrayo kocik. Barulah meriah Paroi...

    ReplyDelete
  15. Salam Che Din,
    Lamo boto lak posting tajuk ni. Sajo nak cari input ko? elok lah tu, janji masyuuuk.

    ReplyDelete
  16. calun ADUN Paroi adalah....jeng...jeng...jeng Timb Mufti NS (winnable candidate). Samox handal bab-bab agamo. jumpo buku dgn ruas dah. heeeeee,.......

    ReplyDelete